Dia pergi meninggalkan,
Dan kau perempuan.
Bertahan boleh,
Tapi satu saat kau juga harus buat keputusan.
-BSA
Ada sedikit kau fikir, kau mahu jumpa dia. Bukan untuk apa. Cukup untuk kau sedapkan hati kau yang selalu bertanya soal dia biarpun jauh.
Kau duduk makan. Kau marah dalam hati kerana rasa pertama itu adalah pembunuh rasa untuk kau dengan orang lain. Bukan kau tak pernah cuba. Sudah. Rasa kau untuk orang lain, tak sama macam rasa kau dengan dia. Orang lain semua faham tak?
TAK--
Yang rasa kau.
Ada terdetik, kau ingin telefon dia. Semata-mata untuk kau dengar dia ketawa lewat suara yang dulu setiap malam kau dengar. Tapi kali ini, jauh. Berbeza seperti mula-mula
Terkadang kau cuba untuk sampaikan rasa kau pada orang lain tentang bagaimana untuk kau pergi untuk hapuskan semua ingatan kau pada memori manis pertama. Kerana bagi kau, memori didik untuk kau jadi pendendam, Satu saat, kau penat. Tapi orang sekeliling kau tak pernah faham rasa kau. Tak semudah dengan ungkapan; sabar
Kau terus bangun untuk kehidupan kau biarpun kau rasa sakit untuk kau lalui hari-hari. Permulaan hari kau, benda pertama yang kau lihat adalah telefon. Rasa kau pada dia subur, sedangkan rasa dia pada kau sudah mati. Yang kejamnya, hati kau tak mati-mati biarpun tiap hari kau jadi pembunuh untuk hati kau sendiri
Sekarang biarpun kau lemah, tapi kau tetap boleh bangun untuk diri kau sendiri. Kerana satu hari, kau akan jadi berterima kasih. Kalau tak kerana dia, kau tak rasa tentang kesempurnaan hidup. Bukan kerana dia hidup kau tak sempurna. Tapi sekurang-kurangnya kau nampak dan tahu tentang apa yang kau pilih sekarang
Di luar, Tuhan hidupkan banyak jiwa dalam memilih tanpa tarikh luput dalam mencari cinta
Terus, kau cuba lagi. Lagi, dan lagi
Satu saat kau akan mengerti, di sebalik rasa susah dulu adalah jawapan kepada persoalan yang sering ditimbulkan hati kau sendiri
Tentang rindu, tentang cinta, tentang hidup, tentang rasa,
Akhir nanti kau akan temui itu:
'Makna cinta sebenarnya'
**********************************************************************************
**********************************************************************************
Ini adalah salah satu artikel dari buku Patah tulisan Kiki Grindawangsa. Banyak-banyak artikel dalam buku tu, aku rasa yang artikel MAKNA CINTA ni la yang setepek kena dengan aku. Ibarat tepuk tepung dalam dulang terpercik ke muka sendiri. Haaa gittewww. Hahahaha. Dan disebabkan artikel ni best aku pun copy paste dan share dalam blog ni. Sebagai semangat time aku duk kecewa bila pikior pasal cinta. Kihkihkih.
Buku Patah ni seriously aku recommend sangat dekat para-para gadis diluar sana yang kecewa dengan cinta yang frust menonggeng ibarat there is no tomorrow. Memang best dan rasa macam motivated bila baca buku ni. Well, life is not about love. Right? So, MOVE ON la kita ramai-ramai. Yang nak beli boleh usha, twitter atau instagram BSA
"Tuhan tak pernah letak tarikh luput untuk kau pilih. Selagi kau hidup bernyawa, selagi itu kesempatan itu ada"-BSA