April 26, 2011

.Video menangis mangsa buli yang sangat comel.

Sesiapa yang baca blog aku dari dulu memang tahu yang aku tak de adik. Bila tak de adik, jangan anggap aku tak de perasaan kat budak budak cinonet tu. Aku bole je jon venture dengan budak budak cinonet hok comel comel belako nih. Join venture yang aku maksudkan kat sini adalah join venture antara pembuli (suka menyakat) dengan mangsa buli (suka menangis)


Pembuli yang memang tak comel dah dengan mangsa buli yang berganda ganda comel dari pembuli. Mata budak tu (mangsa buli) bersinar lah dah la bolat.


Ni ah mangsa buli. Bulu mata dia lentik kalah bulu mata pelsu RCW oi. Tak payah pakai mascara memang dah melentik original punya. Mata memang bulat habis. Muka memang licin habis biasalah kulit baby memang sesuci lebaran lagi.


Budak mangsa buli hok mata bolat hok bulu mata melentik sampai langit ke 7 kalah RCW.
Nama penuh: FIZZ RIFQIE AMZHAR bin FARID (panjang gila nama -___-)
Nama glemer: panggil FIZZ je
Umur: tak sampai setahun mungkin dalam 7 or 8 bulan cenggitu
Anak ke: 2 hujung tahun ni bakal dapat adik lagi (hebak sungguh)
Hobi: hisap puting kaler hijau sambil gentel gentel bantal bulan sabit yg busuk.


Sila lah lihat video mangsa yang kena buli sampai menangis. Alololo tomey ah bila dia cebik mulut cm tu. Kehkehkeh.




Hampa duk tengok video ni tak payah la nak cakap aku kejam ke apa. Aku menyakat budak budak paling koman kasik nangis ja. Tak da la nak pi belasah budak budak sampai patah riuk badan budak tu. Gila apa?


**Ini entry lama terperap lama dalam draft. Dah basi dah. Tapi kira apa aku tetap nak publish juga.


Ok bai

April 15, 2011

.Review movie: SENJAKALA yang tak berapa nak senja sambil melepak di tepi pantai.

14.4.2o11 movie Senjakala keluar kat wayang. 14.4 tu juga aku pegi tengok. First time tengok movie hari pertama movie tu keluar. Hebak tak hebak? (mata ke atas tangan ke dada)

Dah senja ni. Meh masuk rumah. Nanti kena sampuk hantu. - Senjakala.


Senjakala ni pasal saka. Saka yang berkait rapat dengan keturunan. Haa dalam cite ni duk cite pasal saka tu la. Sapa sapa yang nak taw pasal saka bole lah tengok cite Senjakala.


Bagi aku cite ni bole tahan la. Tak dela seram sangat. Sebab dah bole agak bila part hantu nak keluar. Tapi tak seram sangat pun aku pegi bantai tutup mata dengan tangan. Bukan takat mata dengan mulut pun aku bantai tutup cover tak nak kasi terjerit. Biasalah penakut berlagak berani memang cenggitu lagaknya -___-


Aku suka tengok Liyana Jasmay dengan Zahiril Adzim dalam cite ni. Zahiril sangat hensemmmm OhEmJayyy sampai tak puas tengok dia. Liyana Jasmay pula kurusssss sangat. Nak body macam LJ bole dop bole dop? Tapi aku tak bape nak puas hati lah ending dia sebab macam cepat sangat. Kan best kalau ending tu buat happy ending mesti keluar wayang tadi muka ada senyum sampai telinga. Tadi keluar senyum senyum kambing je. Ekekeke.


Sesuai pulak tengok Zahiril dengan LJ nih. Tapi dalam cite ni Zahiril duk pegang telinga dia je. Apa motif dia pegang telinga pun aku tak taw sampai la ni.


Haa. lagi satu aku rasa Senjakala ni ala ala macam cite Twilight sikit. Twilight=Senjakala (dalam bahasa melayu). Hekhekhek. Bagi aku la. Tak taw la bagi korang cm ne.


Oh ye bila tengok wayang mestilah kena ada pasangan dating. Pasangan dating minggu ni.......


ialah....


abcdEYQA. Kenal dekat blog terus ke facebook sampai la ke alam realiti. Terima kasih alam maya sebab mempertemukan kami. Acewahhh :')


Biasalah pipi tembam, mata eyebag, hidung besar tu memang aku. First time pakai shawl buat gaya ala ala Hana Tajima you. Bedal main lilit jadilah Hana Tajimot yang booooolat. Hahaha!


Kalau tengok wayang berdua, haruslah couple seat sebab bole duduk bersila atas kerusi. Hehehe.


Bila keluar harus melepak bersama pasangan dating.


Perempuan+ Perempuan = CAMWHORE. Lets start it! :D

Birthday Eyqa si pasangan dating hujung bulan 4. So, dengan advancenya, aku celebrate bday dia dulu. Dan aku telah menggodek hp dia seperti harta aku sendiri. Biasalah jakun. Btw, thanks eyqa! :')


Otw balik singgah melepak kat tepi pantai. Kebanyakkan pantai kat Melaka ni dah kena tambak. Tapi tambak tambak pun cantik juga. Marilah melawat Melaka. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia (sempat promote)


And lastly....


Gambar favorite kami. Sebab apa? Sebab gambar ni CUN! Hahaha! :D



Okey lah bai!

April 2, 2011

.Review movie: CUN! memang the best,tak rugi tengok.

31.3.2011 cite CUN! keluar wayang. Dari dulu memang aku aim cite tu. Memang nak tengok juga. Tengok video trailer, baca komen wartawan pasal cite tu memang buat aku lagi eksaited nak tengok. Hikayat Merong Mahawangsa memang aku tak dapat tengok. Jadi aku pun frust. Dan nak cover frust tu, aku tengok CUN!.




Frankly speaking, cite CUN! ni memang the best la. Even jalan cite ni ringan, sempoi, tak de konflik banyak sangat tapi mesej tersirat memang sampai! Memang dapat feel.


CUN! ni bukan cite cinta jiwang tangkap leleh semata mata. Banyak part kelakar dari awal sampai akhir cite ni. Tapi bila sampai part sedih, memang bole meleleh air mata ni. Bila sampai part sakit hati, rasa geram je sampai rasa nak penampar and meluat gila. Semua ada dalam cite CUN! ni.

Kembang si kerbau yang sangat jinak, menurut kata dan perintah. Kan best kalau dapat kerbau jinak macam ni :')

Part yang paling menyakitkan hati, paling sedih, paling tacing. Air mata hampir meleleh bila time part ni :')


Bagi aku, tak rugi aku laburkan RM12 untuk tengok cite ni. Siap amik couple seat dengan pasangan dating aku minggu ni. Memang berbaloi baloi. Yang aku perasan, semua orang dalam wayang tu semua happy and gelak berdekah dekah bila part lawak. Memang enjoy gila ah!

Tak rugi melaburkan duit untuk tiket wayang ni. Berbaloi balooooooii :D

Muka eksaited tengok CUN!. Mata sembap. Eye bag besar gila. Mata merah. Pipi je yang sentiasa maintan tembam (bakat semulajadi)

Pasangan dating minggu ni. Akak yang paling pemalu. Akak yang paling penyegan. Akak yang paling rapat dengan aku masa praktikal sekarang ni.

Ingat pasangan couple je bole amik couple seat? Kami pasangan adik dan akak pun bole amik couple seat taw. Hekhekhek. Macam biasa, muka aku haruslah teruja dari biasa. Kehkehkeh.


Btw, rasa kagum dengan Remy Ishak yang berlakon dalam cite ni. Dia cakap loghat utara weh. Bukan senang bila orang bukan utara nak cakap utara. Memang aku kagum ah bila tengok tadi Kalau korang tak tengok lagi, better pegi tengok. Memang best wa cakap sama lu.


Oh ye! cite CUN! ni adalah FIRST MOVIE yang aku tengok dalam tahun 2011 ni. Ye ye aku taw aku sangat ketinggalan (tutup muka) -______-


Ok bai!


p/s: Esok nak pegi kedah dgn perlis. Tapi perlis banjir. Agak agak aku sempat tak nak main air banjir?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...