Saat hati kau di ketuk dengan perasaan bahagia.
Kau gembira.
Tapi kau lupa.
Bahagia tu tak lama.
Lalu kau jatuh.
Jatuh ditinggalkan sendiri.
Mengutip hati yang retak sendiri.
Membawa diri yang telah dilukai.
Mengumpul kekuatan yang harus kau cari.
Untuk kau tabah mengharungi dugaan ini.
Kuatlah kau wahai hati.
Jangan ditunjukkan bahawa kau mati.
Biarkan memori itu berlalu sendiri.
Dan kau akan berdiri sendiri tidak lama lagi.
Wahai hati.
Maafkan aku.
Kerna sering lupa untuk menjagamu.
Wahai hati.
Maafkan aku.
Kerna aku, kau terluka kembali.
Wahai hati.
Sama-sama ya kita untuk kuat kembali?
Seperti dulu.
Wahai hati.
Jangan bimbang.
Aku ada. Allah ada.
Kita sama-sama berdoa
Wahai hati.
Akhir sekali,
Bertabahlah.
Bersabarlah.
Kebahagiaan pasti akan muncul.
Courtesy picture from : Instagram bsa_awan
No comments:
Post a Comment