July 5, 2011

.Awal bulan yang menyedihkan.

Ingatkan bulan 7 ni nak bergiat aktif dalam blogging balik. Lepas sebulan blog ditinggalkan. Impian nak update blog secara gerila masa bulan 7 ni akhirnya tercapai bila banyak benda yang menyedihkan berlaku dalam hidup aku.


Dan akhirnya aku bole cerita semua benda dekat blog sebab blog ni dah di privatekan. Biarlah tak de UV ke tak de visitor ke tak de earning ke janji apa yang aku nak cerita ni bole terus diceritakan tanpa pikir perasaan orang lain :')


Awal bulan 7. Yes. Awal bulan 7 yang berlaku sesuatu benda yang menyedihkan. Entah mengapa sebab satu kesalahan sepuluh kebaikan sebelum ni di butakan. Aku tak taw kenapa. Aku ni manusia biasa. Tak terlepas dari melakukan kesalahan. Tapi sebab satu kesalahan tu, aku di buang. Di buang dengan insan yang aku sayang and aku cinta. Sakit bukan?


Aku taw aku ni kepala angin. Jenis ikut kepala otak sendiri je kekadang. Tapi tak perlu nak mengungkit hubungan yang tercipta 5 tahun lepas. 5 tahun masa yang terlalu lama untuk mencipta pelbagai kenangan. Sedih bila dapat taw hubungan cinta selama 5 tahun dapat di kekalkan sebab perasaan terpaksa yang ada dalam diri awak. Awak stay dengan saya untuk 5 tahun sebab terpaksa bukannya sebab ikhlas menyayangi dan mencintai saya. Sedih bila tahu kenyataan yang sebenar. Tapi itulah hakikat yang sebenar.


Awak jenis open. Bagitaw benda apa yang awak tak puas hati. Pasal saya yang awak tak puas hati semuanya awak bagitaw. Memang tak de selindung lagi. Tapi tak semua benda yang awak bagitaw saya dapat terima sebab saya juga ada hati dan perasaan. Hati saya sakit bila awak cakap family awak tak dapat terima saya dengan alasan saya ni gemuk badan saya ni besar. Yes itulah alasan yang awak bagi. Penah awak pikir pasal perasaan saya bila awak bagitaw pasal tu? Bagi awak benda itu macam satu gurauan. Tapi tidak bagi saya. Bila benda yang sama awak bagitaw saya, saya rasa macam saya ni anak patung yang dipermainkan.


Bila saya dingin dengan awak, awak pelik kenapa saya dingin. Saya tak mampu nak bagitaw. Sebab saya bukannya orang yang jenis terus terang macam awak. Untuk pulihkan balik hati saya ni, saya amik masa untuk diri saya. Saya still contact awak, mesej awak macam biasa. Tapi saya dingin sebab hati saya sakit lagi. Jadi saya tak ceria bila mesej dengan awak. Segala call dari awak saya tak penah angkat dengan alasan saya batuk. Padahal saya memang tak bole bercakap dengan awak. Saya ni bukannya orang yang jenis terus terang macam awak. Even awak sakitkan hati saya, saya takkan bagitaw awak directly macam awak buat kat saya sebab saya pikir pasal perasaan dan hati awak.


Tapi entah kenapa perasaan sayang awak kat saya nipis sangat. Senipis kulit bawang. Awak bagitaw perasaan sayang kat saya semakin berkurang sebab saya ignorekan awak sebelum ni. Ya Allah awak taw tak macam mana perasaan saya time tu? Saya rasa hati saya ni remuk sangat bila awak cakap macam tu. Bagi awak hubungan 5 tahun ni langsung tak bermakna bagi awak kan? Entah lah. saya tak taw nak buat apa lagi. Saya rasa saya ni macam mengemis cinta dan kasih sayang dari awak. Saya tak taw sama ada saya kuat atau tak untuk hadapi semua ni. Saya taw awak kuat dari saya sebab tu awak bole buat keputusan yang macam ni bukan? How lucky you are :')


Kalau awak rasa awak nak kembali kat saya, awak bole kembali. Tapi mungkin saya tak sama macam dulu. Manusia boleh berubah. Awak, saya dan sesiapa saja bole berubah. Terima kasih sebab buat saya macam ni.

July 2, 2011

.Bukan dia.

Tiap tiap kali baca entry eykameow yang INI mesti aku rasa sebak.


Ya Allah Ya Tuhanku, Andai dia adalah jodoh aku, kau kembalikan lah hubungan kami seperti dulu, dan jika dia bukan jodoh aku, kau pisahkan lah kami.... pisahkan lah perasaan aku ini padanya... mungkin dia bukan tulang rusuk kiri ku..

Bila cinta itu tak direstui macam macam yang kau uji... Aku tahu ada hikmah di sebalik apa yang telah kau rancang pada kami... Sesungguhnya kau Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Credit - Eykameow


Sampai sekarang aku masih membaca doa ni. Hati ni sakit Ya Allah. Sakit sangat.


Saat ini memang aku tak okey. Totally I'm not okey. Hanya Tuhan yang taw rasa di hati ni. Sedih, kecewa semuanya bergabung menjadi satu.


p/s: Memang saya insan yang lemah. Yang sentiasa bergantung harapan dekat awak. Sebab tu saya berani kasi kepercayaan dan hati saya ni kat awak. Tapi sampai masa, awak remukkan hati saya ni.


**Ya Allah kuatkan lah diri aku ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...