June 28, 2010

.Bye bye semua jaga diri.

Perhatian!

Entry ini adalah entry auto publish. Pergh, aku terasa sangat berbangga sebab ni first time ni aku buat entry auto publish, tepuk tepuk sikit!. Selalunya, aku taip aku terus publish je. Ni kiranya first time in my life lah. Hohoho. Lihatlah dunia, aku berjaya walaupun aku sentiasa mandom. Thanks kat sis Intan sebab dia yang ajar aku. Ngeee.:D


Waktu entry ni di auto publishkan aku ada dalam keta on the way nak pegi Kedah. Nak pegi meminang kak zura, awek abang kedua aku (bayin). Peminangan ini bukannya buat kali pertama atau kedua ye. Tapi peminangan ini sudah masuk kali ketiga! Diulangi lagi sekali, kali ketiga ok. Third time already maa! Aku penah cite pasal family kak zura dekat entry SINI dan SINI (kena klik kalau nak taw). Dan aku harap, peminangan kali ni tak de apa apa masalah dah aih. Dah anak dah suka sama suka, kasi kahwin sudah habis cite. Penat kot nak bertelagah bagai ni. Huhuhu. Korang doa doakan taw supaya peminangan kali ni berjalan lancar ok :)


Aku kat Kedah tu kejap je. Lusa dah balik Melaka balik. Esok, aku dengan family nak pegi Padang Besar sat. Nak p shopping kat sana. Dah lama aku tinggalkan Padang Besar tu. Rindu wei kat sana. Rindu nak p jumpa orang siam. Kapkumkap Sawadikap, masuk kot pintu keluaq kot tingkap. Hahaha!


So, hari ini, esok dengan lusa aku tak de. Maknanya, sepanjang ketiadaan aku tu, aku tak bole nak berblogwalking dan tak bole nak membalas penyinggahan korang. Sebab aku tak bawa laptop. Tapi jangan risau tulat insyaAllah aku ada balik, dan aku akan singgah singgah kat blog korang sampai lebam. Ngeee~~~ :D Doakan aku dengan family aku selamat pergi dan selamat kembali ok :)

.Bye bye semua. *sedih sedih T__T*
.Muka nak kena sepak memang macam tu.


p/s: Aku taw ramai yang kecewa sebab England kalah dengan German malam tadi. 4-1 tu. Bawa bawa bertendang. Hahaha.

June 27, 2010

.Facebook semakin bengongkah?.

Hari ni dah genap seminggu aku meng-DEACTIVATE-kan facebook aku. Aku rasa bangga dengan pencapaian tersebut. Yela, sebelum ni aku teramatlah addicted dengan fb. Ibarat fb ni macam dadah lah! Sekali kau berfb, terus addicted, melekat kat depan lappy 24/7 ok. Hahaha. Hiperbola disitu. Aku tipu je. Ngeee.

.No Facebook for a while!

Dalam seminggu tak berfacebooking ni aku tak taw apa apa pun pasal dunia luar. Gosip gosip terhangat di pasaran pun aku tak taw. Agak ketinggalan zaman bila aku tak berfacebook ni. Dan aku rasa sejak aku tak berfacebook aku makin baik je. Acecece, konon konon je baik, padahal aku online juga even tak berfacebook pun. Dah tak facebook, haruslah aku online blog. Blog peneman aku sekarang ni. Hehehe. Maceyh ye blog kesayangan. Leb u lah blog!


Bila dah deactivate fb, haruslah kawan kawan akan tanya 'nape, tak de pun fb kau?', 'kemanakah fb kau?', 'nape deactivate fb?', 'aku cari fb kau tak jumpa pun, 'kau delete/block aku ke?'. Eh eh eh, ada pula aku nak main block block orang ni. Tak baik bai. Aku tak block pun, just deactivate je. Kenapa deactivate fb? Sebab aku kecewa dengan fb haruslah aku deactivate. Hahaha! Kecewa la sangat. Tak dela, aku deactivate kejap je. Nanti active balik tuuu.


Dan bila dah deactivate ni haruslah profile aku kat fb tu x de. Tapi, semalam punya semalam abang aku ada buka facebook dia, dia bgtaw yang profile aku ada. Haa. Sudah, aku dah pening ni. Sapa yang pegi buka profile aku tu. Then aku tukar pass and deactivated balik. Tapi profile aku kejap ada kejap tak de dah macam chipsmore. Ke facebook memang dah bengong? Hmmm. Aku pun malas nak pikir, biar jela dan aku terus je deactivate balik. So, kalau korang ada yang jadi friend kat fb aku tu, pastu ternampak profile aku ada tu maksudnya aku tak taw la sebabnya aku dah deactivated fb aku tu. Aku rasakan fb tu mesti dia nak aku fb selalu sebab tu dia bergurau main cak cak dengan aku. Tak bagi aku deactivated fb tu. Hahaha! :D


Okey, Bye!

p/s: Nanti fb tu active balik, dah active nanti bole la add ye. Tapi dah add tu jangan tak tegur pula.:)

June 25, 2010

.Bodoh punya orang Melayu!.

Tajuk entry ni macam aku saja je kan nak cari masalah dengan orang Melayu. Dah sah sah aku pun Melayu, tak kan aku nak cakap 'Bodoh punya orang Melayu!'. Nehi nehi, bukan aku yang cakap. Aku ada benda nak story ni. Meh dekat meh. Yang jauh meh dekat, yang dah dekat meh rapatkan. Acecece, macam iklan pula. Hahaha.


Okey okey, aku nak cite ni. Semalam, lepas abah aku buka puasa, aku ajak mama dengan abah pegi Tesco Cheng kat Melaka yang baru buka semalam. Saja je ajak jalan jalan kan. Macam biasalah bila tempat shopping baru buka, konfirm berduyun duyun orang datangkan. Parking memang tak yah cakap la. Already fulled. Tapi nasib baik time family aku sampai, ada parking. Macam tau tau je VVIP nak masuk. Hihihi.


Dah habis usha usha dan amik beberapa barang, haruslah aku yang beratur panjang. Memang panjang sih barisan nak beratur tu. Aku ni gigih angkut bakul yang penuh dengan barang barang muatan. Menggigil tangan dan kaki aku sampai aku rasa macam aku ni parkinson -_-. Lama kot nak beratur. Pastu depan aku ada Cina, belakang aku ada Melayu. Mereka sangat ramah mesra ok. Sambil sambil tunggu nak bayar tu sembang sikit sikit. Tak semena mena, ada la orang India ni dia tolak troli dia pastu nak potong barisan yang aku tengah beratur. Siap kau tolak tolak troli tu sampai tercucuk muntot aku ni ar. Haruslah aku jeling dan bengang! Dalam hati, dah maki makian keluar. Aku pun bagi isyarat mata kat mama aku yang setia tunggu kat tepi aku. Mama aku cakap elok elok je taw dengan orang India tu. Mama aku cakap macam ni

'Encik, orang beratur panjang ni, tak elok la nak potong potong barisan orang. You bole beratur juga masuk belakang sana'.

See see, mama aku punya la tegur elok elok. Dan tak semena mena aku dengar la yang orang tu cakap sesama mereka dalam bahasa diorang yang sah sah aku tak paham langsung pastu terus aku dengar lagi yang dia cakap 'Bodoh punya orang Melayu!' sambil dia cakap dia pandang mama aku dengan muka tak puas hati!. Haih, haruslah aku bengang wei. Dahlah dia cakap mama aku bodoh. Eii, rasa nak hentak hentak je kepala dia tu kat dinding. Betul la apa yang mama aku cakap, janganlah potong barisan, beratur kat belakang tu. Yela, orang lain penat penat beratur, pastu sesuka hati kau je nak cilok cilok barisan tu ea. Tak belaja sivik ke? Geram betul aku dengan orang tu! Haish!


Kenapa dia mesti cakap Orang Melayu bodoh? Padahal, mama aku just tegur je. Tegur dengan penuh kesopanan lagi taw. Bukannya tegur marah marah kurang ajar bagai. Haish! Tak paham betul aku kalau orang tak bole nak terima teguran orang lain ni. Bila tegur sikit, mula lah cakap bodoh la apa la. Haih tak paham tak paham -_-


p/s: Korang korang jangan buat macam tu taw. Negara kita kan ada adab. 1 Malaysia babe! :)

June 24, 2010

.Jangan berjanji kalau tak boleh ditepati!.

Korang pernah berjanji tak? Berjanji apa apa je. Berjanji dengan kekasih ke. Berjanji dengan kawan ke. Berjanji dengan mak ayah ke. Berjanji dengan adik beradik ke? Aku berani bajet la semua orang pernah berjanji. Aku pun pernah berjanji dan dijanji.


Selalunya, kalau aku nak berjanji, aku akan berjanji benda yang aku rasa aku mampu buat dan tunaikan. Aku takkan berani berjanji membabi buta kalau aku taw benda tu aku tak bole buat. Sebab semua orang taw kot, kalau dah berjanji wajib di tepati ok. Janji bukan sebarang janji. Kalau dah berjanji kena la tepati. Agak agak kalau tak bole nak berjanji cakap je yang kau tak berani nak janji apa apa. Kang kalau berjanji, macam bagi harapan kat orang tu pulak. Kang dia kecewa pula kalau kau tak tepati janji kau tu.


Lecturer aku selalu pesan kat budak budak lelaki kelas aku. Dia pesan cam ni


'Boys, nanti kalau dah ada kekasih ke ada wife ke jangan berani nak berjanji bukan bukan kat kekasih or wife tu. Ladies ni akan sentiasa ingat janji janji yang boy tu penah buat especially janji dari kekasih atau husband dia. Bila sekali kamu dah berjanji, ladies ni tuntut janji kamu sampai mati. Ingat tu boys!'


Haa, lebih kurang macam ni la yang lecturer aku pesan kat budak budak lelaki kelas aku. Aku mengaku yang perempuan ni memang jenis ingat janji janji yang lelaki penah buat kat dia. Janji masa berkawan, janji masa bercinta, janji masa berkahwin, semuanya dah save dalam memori seorang perempuan. Perempuan memang mempunyai daya ingatan yang tinggi berbanding lelaki. Ini memang fakta ye. Hehehe.


Ala, bukan perempuan je jenis ingat janji. Lelaki pun jenis ingat janji taw. Ada yang siap tulis dalam diari lagi. Jangan memain u. Even lelaki ni bukannya jenis yang kuat daya ingatan tapi diorang bole je tulis kat dalam diari apa yang orang penah berjanji kat dia. Betul tak betul tak? Ngeee.~~~:D


Senang cite macam ni la, jangan senang nak berjanji dengan seseorang ok. Tak kira la kawan ke, kekasih ke, mak ayah ke, adik beradik ke atau sesapa jela. Sebab sekali kau berjanji, orang itu ingat sampai mati. Tak pasal pasal nanti orang tu jadi hantu tuntut janji kau tu. Susah nanti. Jangan main main dengan janji!


p/s: Aku tak suka nak berjanji dan aku tak suka dijanji. Sebab kalau janji tak tepati aku jadi sedih, geram, kecewa. Kang aku jadi emo, bertukar menjadi makhluk hijau. Arrggghhh!! Hahaha.

June 21, 2010

.Kawan macam pelangi.

Sebulan lepas, ada orang tanya aku kat formspring pasal kawan. Dalam omputih kawan tu 'friend'.

"What do you do when you have people called as 'friend' but they didn't appreciate you same as how you appreciate them? What are your opinions? What should you do to make them appreciate you better?"


Aku baca soalan ni pun aku macam dah terkedukan. Ish, dalam hati ni ar duk tertanya tanya gak macam mana la si Anonymous tu bole pula nak tanya pasal kawan kawan ni. Touching aku wei bila orang duk tanya pasal kawan, sahabat, teman nih. Bila bercakap pasal kawan ni mesti menangis tersedu sedan mengalahkan orang yang putus cinta. Isk isk isk.


Bagi aku kawan ni penting. Sebab pegi mana mana mesti nak kena ada kawan, even pegi tempat baru pun kena pandai cari kawan. Kang kalau tak de kawan bosan wei. Hidup tanpa kawan ibarat kau kera sumbang la. Tak mesra alam langsung. Aku sayang semua kawan kawan aku. Tak kira kawan tadika, kawan sek ren, kawan sek men, kawan se'U', kawan fb, kawan fs, kawan blogger semua aku sayanglah! Sebab kawan kawan yang ceriakan hidup aku dan yang sedihkan hidup aku. You all make my day lah!

.Kawan macam pelangi. Memula kawan buat kita sedih lepas tu kawan buat kita gembira.


Back to the question yang Anonymous tu bg, dia tanya pasal menghargai kawan apa semua tu kan. Hmmm. Bagi aku kalau kawan tu tak reti nak menghargai kita, kita tak payah nak buat apa pun. Biar je mereka dengan cara mereka. Selagi mereka tak menimbulkan masalah tu okey. Tak kan la kita nak pegi desak desak orang suruh hargai kita kan. Tak kan la nak cakap 'Hey, aku nak kau hargai aku macam aku hargai kau. Kalau kau tak hargai aku, kita putus kawan!' Eh eh ada pula nak paksa paksa orang macam tu sampai nak putus kawan. Biar la kat dia nak hargai kita ke tak. Masing masing kan da besar dah ada akal fikiran. Bole pikir la wei sama ada nak hargai orang tersebut mahu pun tidak.


Malaslah nak cakap pasal kawan kawan ni panjang lebar. Sebab nanti aku menangis kang susah nak berhenti. Banyak kenangan antara aku dengan kawan kawan. Manis pahit masam tawar kelat semua ada. Kang tak pasal pasal rumah aku banjir. Sapa nak menjawab tu ar? Kesimpulannya, aku sayang semua kawan kawan aku because once a friend, forever a friend :)

.A friend gives hope when life is so low, a friend is a place where you have nowhere to go, a friend is honest, a friend is true. A friend is precious, a friend is You.


p/s: Hargailah orang yang kita sayang. Mana tahu esok lusa orang yang kita sayang meninggalkan kita.


June 20, 2010

.Apabila si Argentina bertemu si Brazil.

Sekarang kan musim World Cup. Kau pegi sini orang cakap pasal WC. Kau pegi sana orang cakap pasal WC. Pendek kata semuanya tentang WC dan bola sahaja! Dan masa ini lah isteri isteri mithali dan girlfriend girlfriend cantik di luar sana akan men'janda' sehingga WC ni habis. Kesian kan? Huhuhu. Tak pe. Tak lama nanti nak habis tu.


Aku pun layan juga WC nih sebab abang aku (bayi) duk tengok je. So, aku pun terpengaruh sama. Tapi aku tak dela sampai tak tido malam sebab tengok WC tu. Tak de tak de, aku tak fanatik ye. Just tengok tengok je. Sambil sambil duk tengok tu entah macam mana aku dah jatuh cinta sama mamat dari Argentina nih.

Gonzalo Higuain


.Eh u ni, janganlah buat flying kiss dekat i. I malu la u. Ramai orang tengok ni :*>

.Nape u tak senyum ni? U ingatkan i ea? Sorylah i tak dapat pegi Afrika tengok u main sebab tiket plane dah habis. I tengok u je dari umah i. I sokong u dari jauh ni. Main betul betul ye syg.


Aku minat dia lepas tengok match Argentina VS Korea Selatan. Time tu dia masukkan 2 gol untuk Argentina. Haruslah aku menjerit gol dan terus update status kat fb! Dalam hati duk cakap, hensem juga dia nih. Dahlah terer. Sampai 2 gol dia masukkan untuk Argentina. Masa between 2 gol tu tak dela lama sangat. Sekejap je pun. Ibarat kau pegi kencing pastu tengok depan tv dah gol lagi sekali. Haa. Macam tu la. Ngeee~~:D

.See see. Demi u Gonzalo Higuain i sanggup update status i dekat fb taw.


Bukan mamat dari Argentina je aku minat, mamat dari Brazil pun wajib aku minat sebab team Brazil memang team yang aku sokong since aku kecik kemetot lagi. Nak taw sape? Dia yang bertuah itu (erk?bertuah ke?) jeng jeng jeng


KAKA bukan Kakak!

.U taw tak senyuman u tu membuatkan i'm melting.

.Bila muka u serius, i takut, kecut ooh.

Hensemkan dia. Dahla hensem terer main bola pula tu. Tak salah aku dia pernah jadi Pemain Terbaik FIFA kan kan kan? Hee. Sory la kalau salah. Main hentam keromo je ni ar. Tapi dia dah curang dengan aku sebab dia kahwin dengan ex gf dia siap dah dapat anak lagi. Haruslah aku kecewa. Tapi tak pe Kaka, even u telah curang dengan i, i tetap meminati u tapi sekarang i sudah ada Gonzalo Higuain taw. U jangan jeles yaa. Sekarang Gonzalo Higuain di hati i. Hahahaha. Aku cakap ni macam la si Gonzalo Higuian dengan si Kaka ni kenal aku kan. Pooraah! Entah diorg pernah datang Malaysia ke tak. Ngeh ngeh ngeh :p


Okeylah. Harap harap team yang kuat kuat ni dapat bertahan lebih lama. Bagi team England, aduyai, kenapa harus seri dalam kedua dua match? Pas ni kena bagi menang woi. Buat penat je abang abang aku bersengkang mata nak tengok team kau main. Haish! Bagi team Germany, kena usaha lebih untuk menang lepas ni yee. Sama juga dengan team Spain. Usaha la kamu sebelum kamu diusahakan yee ;)

June 18, 2010

.Bila first time pakai inner syria.

Aku rasakan aku la yang paling mandom sikit bab bab fashion nih. Taw x mandom tu apa? Mandom tu sama dengan lembap, lambat dan seumpama dengannya. Nape aku cakap aku mandom bab bab fashion nih? Sebab aku baru 1st time nak try pakai inner syria. Hahaha. See. Mandom gila aku wei. Perempuan lain semua dah try pakai tudung syria apa semua. Aku baru pakai inner syria. Kalau tak taw inner syria tu apa, pandai pandai la google. Jangan duk malas no!

Aku pakai inner syria ni pun lepas aku usha usha blog kakak kakak gorjes Fatin Liyana dengan Cik Nadia Bayu kita. Aku pikir beribu kali owh nak pakai inner syria ni sebab muka aku bulat pipi tembam macam pinggan, takut kang pakai nanti muka jadi macam bola. Kang tak pasal pasal ada orang nak sepak muka aku sebab ingatkan bola. Ye ye, aku mengaku memang muka aku bulat pun.-_-


Lepas dah dapat taw teknik macam mana nak bg muka tak nampak macam bulat macam bola bila pakai inner syria tu, aku terus beli. Aku beli online je kat SINI. Banyak inner inner syria dan tudung tudung syria yang cantik dan murah murah. Tak rugi beli :) .Akukan suka inner syria kain cotton sebab kain cotton terletak elok kat kepala dan tak gerak gerak sangat bila gerak gerak nak garu kepala tu kan. Bila pakai pun selesa. Rasa nak tido dengan inner syria tu je tak nak buka buka dah. Okey okey. Aku tipu je. Hahaha.


Nah! Aku kasi tengok muka aku bila 1st time pakai inner syria dengan shawl nih.

.Haruslah senyumkan. Pergh. Pipi yang tembam macam pinggan itu jelas ternyata. Tak bole disangkalkan lagi yang aku memang tembam! -_- Tak pe tak pe. Redha redha. Pemberian Tuhan tu. *Senyum balik* :)

Lepas try pakai inner syria ni, aku rasa aku dah jatuh hati sebab makin comel (ouh.perasan!) dan tahap confident aku makin membuak buak. So, lepas ni nak pakai lagi. Nak kumpul inner syria bagi banyak lagi ;) Ala, tak kisah la orang nak cakap apa. Janji kita confident dengan apa yang kita pakaikan. Kalau tak confident, pakai apa pun tak cantik dan tak jadi. Betul tak? Ngeee.


Okeylah, aku tempek kan variasi variasi muka aku start aku pakai tudung bawal biasa sampai la ke inner syria dgn shawl ni.

.Agak agak muka mana yang macam minta penyepak? Hahaha.
Eh eh. Shawl di gambar 4 dan 6 tersamala pulak. Huhuhu.


Okey bye!

June 14, 2010

.Trust your lover.

Petang tadi, aku tengok Cinta Luar Biasa. Dalam cite tu Nasha Aziz yang cantik gebus tu ada cakap macam ni


"If you love someone, you have to trust that person"


Aku memang setuju gila dengan apa yang beliau cakapkan tu. Yela, dah kalau kau cintakan seseorang,mestilah kau kena percaya kat dia. Kalau kau tak percaya dia, buat apa kau cintakan dia. Nonsense la. Buang masa je kau nak pegi cakap kat dia yang kau cinta dia, padahal kau tak percayakan dia langsung.


Kepercayaan sangat penting dalam perhubungan. Kalau kau tak percaya dengan orang yang kau cinta, sah sah orang lain senang nak amik kesempatan dekat hubugan kau dengan orang yang kau cinta. So, people trust is very important in relationship okey!


Biarlah, orang lain nak kata apa pasal kau dengan si dia tu. Janji kau percaya kan si dia dan si dia pun percayakan kau. Zaman sekarang ni banyak sangat orang yang tak suka tengok orang lain bahagia. Ada je cara nak buat orang berpisah. Ada je cite dan fitnah yang tak elok nak bagi orang berpisah. Sangat jahat kan!


Tapi, dengan kepercayaan kau dengan si dia, anasir anasir jahat parasit itu dapat dilupuskan.:) No more parasit yang bole menggugat percintaan kau dengan si dia lagi. Biasalah tu zaman percintaan memang banyak dugaan. Parasit pun salah satu dugaan juga ok.


Yang penting jangan sia siakan kepercayaan yang telah diberikan..:)

"Love me without fear. Trust me without wondering"

June 12, 2010

.Feeling tetiba down bila tengok Lagenda Budak Setan.

.LAGENDA BUDAK SETAN.

.Yeah. Itu dia movie yang ditunggu tunggu.


Masa memula movie ni kuar, memang aku tergedik gedik gila nak tengok. Sebab tengok trailer macam best je. Tapi, mama pula tak bagi tengok, mama suruh tunggu dvd je. Tengok kat umah. Huu. Tapi hati tetap bersabar. Bila lama lama, aku tengok makin ramai orang status update kat fb bgtaw yang LBS ni. Ada yang kata best, ada yang kata tak best. Perasaan nak tengok tu makin menurun tapi bila je aku taw yang kak zura tengok LBS sampai nak menangis, perasaan nak tengok tu makin berkobar kobar macam nak pegi lumba lari. Dan hari Jumaat lepas, aku pun pegi la tengok LBS dekat TGV KLCC dengan kak ana dan adik adiknya. Total semua 5 orang.


Bagi aku cite ni ok la. Memula cite ni memang lawak. Terkekeh kekeh aku gelak. Tapi lama lama part sedih meruntun jiwa. Tambah pula dengan suara gemersik penyanyi lelaki yang nyanyi lagi Bila Cinta tu. Mak aihh, memang tersentuh. Masa part Lisa Surihani jadi Ayu tu memang aku feeling habis. Memang syahdu bila tengok dia berpisah dengan Kasyah time Kasyah nak buat research tu. Tapi bila Ayu bertukar wajah jadi Emilia, terus feeling aku down. Muka Shikin, suara Lisa. Ala, memang potong stim aku nak layan feel lah. Terus aku jadi tak touching, tak nangis. Aku tengok Kasyah pun macam tak feel je bila Ayu bertukar wajah. Kalau la Lisa terus jadi Ayu dari awal sampai habis, aku rasa aku dah nangis teresak esak sampai tak cukup tisu kot. Ngeeee..


.Part ni paling aku suka. Romantis babe! :)


Even, aku tak nangis tapi hati still tersentuh dan aku still prepare tisu awal awal mana taw aku nangis. Last last bukan aku yang nangis tapi kak ana dengan adik adik dia yang nangis. Keluar je wayang, semua pakat mata nak merah. Aku pula yang menganjeng pegi gelakkan lagi. Hahaha.


Tapi kan kan kan, aku memang terpegun la dengan kecantikan Lisa Surihani dalam cite nih. Rasa dia cantik sangat. Dengan rambut dia, muka dia, mulut dia, senyum dia, semuanya cantiklah! No wonder, sekarang ni Lisa menjadi rebutan. Dahla dia pandai. Ada ijazah undang undang lagi. Kalau dia jadi lawyer mesti kes menang kat dia saja. Memang Pretty with Brain. Untung Lisa :')

.Lisa memang cantik kan.:)

Ye ye, aku taw ramai blogger tegar dah tulis pasal LBS nih. Tapi aku nak tulis juga. Sebab aku suka. Heee. Ok, bye!


p/s: mata dan hidung berair bila entry ini ditaip. Maknanya aku nak demam. Huuu.-_-

June 10, 2010

.Sinetron Indonesia pun stereotype juga.

Siang tadi tertengok sinetron baru dekat TV 3. Tajuk dia, ALISA. Memula tengok macam best je kan tapi nak dekat habis ala sinetron ni sama je dengan sinetron kat TV 3 sebelum nih. Jalan cite pun lebih kurang sama.


.Sinetron terbaru.Alisa.


-Orang kaya dapat anak lepas tu bagi anak tu dekat orang miskin bela. Bila anak tu dah besar, dia akan jadi hero/heroin yang hensem/cantik dan dapat taw yang dia tu anak angkat je dan dapat taw lagi yang mak bapa kandung dia sebenarnya orang kaya.


-Perebutan harta antara anak kandung si kaya dengan anak tiri si kaya. Bila anak kandung dah dapat cari family kandung mula la yang anak tiri nak jeles menjeles dengki mendengki.


-Perebutan cinta antara si heroin dgn si hero dgn si orang ketiga. Bila hero dengan heroin suka sama suka, cinta sama cinta, ibarat bertepuk dua belah tangan pastu nanti ada la orang ketiga yang mula masuk jarum nak pisahkan romeo dan juliet tersebut.


Haa, 3 jalan cite ni mesti ada dalam sinetron Indonesia. Yang lagi tak menahan masalah tak kan pernah nak habis sampaikan jalan cite dah meleret leret dan tersasar dari tajuk sinetron. Sampai beratus ratus episod woo. Gila lah. Padahal cite 1 jam tapi iklan mak aih lama sangat. Iklan kat TV 3 lagi tak bole blah. Banyak sangat. Ada la nak dekat 10 minit utk iklan. Cite je 5 minit lebih. Sangat bosan! -_-

Antara sinetron sinetron yang jalan cite mesti nak sama

.Anakku BUKAN Anakku.
Cite ni lagi tak bole blah sebab ada syaiton pegang ular lagi.
Entah apa apa je.

.Tasbih Cinta.
Tajuk macam gempak je tapi indah khabar dari rupa.
Nasib baik dah habis dah cite nih.


Kalau perasan la kan, heroin dalam setiap sinetron mesti muka yang innocent gila. Muka polos, suci murni gitu. Pastu yang jenis tak reti melawan, orang bole pijak kepala. Dan sangat murah untuk mengeluarkan air mata. Adala dalam satu episod 3 4 kali babak menangis. Yela, kena marah nangis. Gaduh dengan bf nangis. Gaduh dengan kawan nangis. Asyik nangis nangis nangis! Sangat cengeng! T____T


Senang citekan, drama Melayu dengan sinetron Indonesia sama je. Jalan cite orang dah bole agak. Huuu. Bosan bosan. -_-

June 8, 2010

.Drama Melayu sangat stereotype.

Tadi aku tengok cite Si Capik yang dekat TV 2 tu. Dah 50 lebih episod dia, dah macam cite Indon pula nak panjang berjela jela bagai nih. Lepas 1 masalah, masalah lain datang pula. Tak pernah nak habis. Aku ni pun layankan jela sebab mama peminat setia cite Si Capik nih.


Dalam cite tu kan. Walaweyh! Rumah banglo gedabak gedabak besar naw. Kalau budak budak kecik main nyorok nyorok mesti tak jumpa sebab banyak sangat bilik. Dah la siap swimming pool dengan lif lagi. Pergh. Mantopppp seyh!! Pastu dapat projek berjuta juta berbillion billion kalah Donald Trump lagi. Keta pula tak main la Kancil. Paling cikai dalam drama MyVi juga. Fuuuuuhhhh, dalam drama semuanya kaya kaya belaka.

.Wuu. Kalau berendam dalam tu mesti best.

.Duit, duit, duit!. Duit tak penah nak cukup.-_-

Tapi itu semua dalam drama jela kan, hakikat sebenar kebanyakkan orang Melayu nih still lagi duk kat rumah setinggan bagai. Paling koman pun, rumah flat yang kerajaan dah peruntukkan tu je. Paling koman pun, orang Melayu dapat projek setakat beribu ribu je tak sampai berjuta juta lagi. Paling koman pun orang Melayu bawa Viva je. Itulah realiti sebenar. Tapi itu semua pun dah cukup. Lebih baik ada dari tak de.:')


Itu beza dalam drama dengan realiti. Tapi ada satu benda yang ditunjukkan dalam drama yang diambil dari realiti kehidupan sebenar.

.Perasaan Hasad Dengki (PHD), Iri hati, Cemburu, Dengki, Khianat dan semaksud dengannya.


.Ish! Tak aci ar. Dia dpt A+. Aku dpt D je. Eii. Tak aci tak aci!

Benda ni memang selalu kita tengok kat drama drama Melayu kan. Dia punya PHD dia fuhh komain lagi memang mengalahkan syaitooonnn. Tapi apa yang ditunjukkan dalam drama tu memang hakikat pun. Orang Melayu mesti tak bole tengok kelebihan, kebahagiaan, kejayaan orang lain. Kang mulalah syaitoooonn bisik bisik kat tepi telinga tu ar. Pastu nanti mulalah nak merancang macam macam nak bagi orang tuh jatuh. Ish tak baik dek non buat macam tu. Berdosa, nanti Tuhan marah. Aiyokk. Tak tahu. Tuhan marah. Haaa. Takut tak takut tak? Baik takut, even orang tak tahu apa yang kita buat tapi Tuhan tahu. Lagi satu, tak payah la nak dengki, cemburu, iri hati dengan orang sampai nak khianat khianat nak sihir sihir bagai nih. Syirik woh. Berdosa besar! Kalau dah cemburu dengan kejayaan orang tu apa kata kita pun berusaha dengan cara yang afdal dan halal. Mesti berjaya juga macam orang tu. Tak yah duk main kotor nanti mesti tak kekal lama punya. Percayalah cakap aku. Heee. Ada gaya gaya macam Ustazah Ieyna tak? Hahahaha. Perasan je lebih!


So, lepas nih tak payah la nak dengki khianat bagai nih. Buat hati tu jadi lagi busuk berkulat taw! Eii... nak ke bawa ke hulu ke hilir hati yang busuk cm tuh? Mesti tak nak kan? So, tak payah la nak dengki khianat ni ea. Tak baik. Nantikan hidup tak tenang. Kalau agak agak syaitoooonn tu tengah berbisik bisik kat tepi telinga pegi amik air sembahyang cepat cepat pastu baca quran tak pun baca ayatul kursi. Mesti nanti ok..:)


Ni jela benda yang akan sentiasa ada dalam setiap drama Melayu kita. KAYA dan HASAD DENGKI. Every drama mesti ada punya. Dari dulu sampai sekarang. Siap dah bole taw story line dia. Oh. Stereotypenya drama Melayu -_-

June 7, 2010

.Apa yang ada dekat Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2010?.Best ke tak best?.

Hari Sabtu lepas aku ikut mama pegi jaga pameran kat Airport Antarabangsa Melaka sebab kat situ ada Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2010. Huargh! Tetiba terasa sangat bangga menjadi orang Melaka sebab Melaka yang kecik ni dah ada airport sendiri okeyh! Antarabangsa lagi, tak payah nak pegi menempel kat airport negeri lain dah.


Nak pegi Karnival tuh aku kena bangun awal pagi maa. Pukul 6.30 pagi alarm dah bunyik padahal kul 3.30 aku baru je lelap mata. Sangat sangat tak puas wei tapi nak buat macam mana dah gedik sangat nak pegi. Sabar jela. Dan nasib baik, pengorbanan aku yang tak cukup tido tuh berbaloi sebab karnival tuh sangatlah best! Ini bagi aku lah. Yela, sebabnya first time kot Melaka ada buat karnival udara macam nih. Selalunya buat kat Langkawi jek. So, memang best la wa cakap sama lu. Tak rugi aku bangun pagi pagi buta tuh. Cis! Nampak sangat selama nih aku bangun tengah hari jek.-_-


Ada apa kat sana? Mestilah ada kapal terbang wei. Tak kan ada kapal selam kot. Dah nama pun Karnival Udara okeyh bukannya Karnival Laut. So, kat sana banyak la aircraft aircraft yang dipamerkan. Helikopter pun ada. Ala bayar singgit je pun. Belek la kapal terbang tu lama lama nak tangkap gambar ke, nak peluk kapal terbang tu ke, nak duduk dalam kapal terbang tu ke (kalau muat) buat jela puas puas. Singgit tuu. Murah jee. Tapi kapal terbang cam Air Asia, MAS Airlines tu nan ado la yee. Hak tu semuanya besar gedabak. Tak celuih nak pamer pamer nih lagipun Air Asia dengan MAS Airlines busy bawa penumpang nih. Tak dan nak booked. Tapi tak pe, even kapal terbang Air Asia dengan MAS tak de tapi semua yang datang dapat tengok aksi akrobatik udara yang ditunjukkan oleh sapa tah. Tapi memang gentar ar wei tengok kapal terbang tu duk buat aksi lagak ngeri versi 18PL. Konon konon buat aksi menjunam la, aksi orang mabuk bawa kapal terbang la, aksi nak langgar tiang lampu la. Aku yang tengok ni pun cemas wei siap terjerit jerit emo pula ibarat aku yang ada dalam kapal terbang tuh padahal tengok kat bawah je.-_-. Lepas dah habis aksi aksi ngeri tersebut, ada la pertunjukkan payung terjun dari Unit Udara PDRM. Terasa bangga seketika sebab jadi anak Polis. :') Mama ada naik aircraft PDRM bila nak pertunjukkan payung terjun tu. Aku tak bole naik sebab bukan anggota Polis hanya anak anggota Polis sahaja jadi aku tak bole nak naik. Aku hanya tunggu mama kat bawah saja. Ni ha ada video yang aku letak sekali bila Polis tu nak buat aksi payung terjun tu. First time upload video letak dalam blog. Satu pencapaian yang baik. Tepuk tepuk sikit. Yeay!!! (^_^)




video

.Wuuu. Cemas tak cemas tak?. Aku tengok pun cemas. Nak rakam video ni pun kena ikat nset dekat tangan taw. Mau jatuh kang nangis tak berlaguuu.


Setiap yang best mesti ada yang tak bestnya. Tapi yang tak bestnya tak dela banyak sangat pun. Sikit je pun. Yang tak best bila nak cari parking keta teramatlah susah. Dah la parking keta kat airport tu sikit jek. Orang yang datang pula berduyun duyun. Memang tersangatlah tak best bila nak cari parking ditambah pula dengan orang yang tak berperikemanusiaan yang parking keta diorg ikut sesuka hati tok nenek diorg je. Dahla parking dekat simpang simpang nak masuk. Kiri kanan pulak tuh. Nak jalan pun susah. Kalau keta diorg je yang calar tak pela. Ni tak, dengan keta aku calar juga. Ish! Memang selfish sungguh! Cuaca yang panas pun antara yang tak best juga. Hitam sikit muka aku ditambah pula minyak yang bergelen gelen menempel kat muka ni. Oh sangat damn! Haa. Bab makan memang lagi tak best. Urus setia kat situ kerek mak aihh berlagak macam airport tu mak bapak dia yang punya! Dahlah tak bagi makanan kat orang yang involve dengan pameran macam mama aku. Dahlah panggil Polis suruh buat pameran kat situ tup tup diorg tak bagi makanan even air mineral pun tak bagi. Memang hampeh sungguh! Dahlah makanan yang dijual kat situ mahal nau. Cekik darah wei. Sosej sebatang pun dah seringgit limapuluh sen taw. Mengambil kesempatan betul. Kalau guna sosej ayamas yang mahal tu tak pela juga ni tak guna sosej yang cap cap cokia yang murah murahan nih.Tak patut betul! Eh. lagi satu, bab harga nak naik kapal terbang dengan helikopter, mahal sangat wei. RM80 utk kapal terbang, RM100 utk helikopter. Mahal gila dan tak berbaloi! Orang yang tak berada macam aku nih tak mampu nak benda mahal mahal nih. T___T. Tak pe tak pe nanti aku kumpul duit banyak banyak naik Air Asia pegi Langkawi baru berbaloi baloi!


Dahlah tengok jela gambar yang ada nih. Maaf la ye gambar tak dela nak jelas sangat pun. Guna kamera handset je pun yang kuasa kuda 2 MP. Tunggu la bila sesapa bagi DSLR nanti aku bagi gambar kaw kaw punya. Haaa. Lagi satu, gambar aku tak banyak pun sebab tak de sapa nak tolong tangkapkan gambar aku. Tak kan aku nak tangkap gambar sendiri depan depan orang ramai pula. Kang orang kata aku perasan pula walaupun hakikatnya memang begitu. Hahahaha.^_~


.Haa, Yang DiPertuan Melaka siap datang sekali nak rasmi.
Belakang tu Ketua Menteri Melaka. :)



.Kecik gila landasan kapal terbang ni. Muat ke kapal terbang sebesar gabak MAS Airlines tu landing kat sini? Hmmmm.


.Kan dah cakap ramai orang. Tak nak caya lagi. Padan muka!

.Yang kecik kecik tu payung terjun ye bukan belon udara yee adik adik.

.Pergh, awan yang terpilu betul. Bole pula awan tu mendung mendung sepoi bahasa macam nak hujan. Naya pemayung terjun tuu.

.Sikit lagi sikit lagi nak jejak tanah tuu. Nasib baik tak hujan.
Awan yang terpilu dah berlalu pegi dan awan yang cerah kembali!.

.Itu dia barisan perajurit perajurit bangsa yang menjaga keamanan negara yaw.;) Kalaulah sehari je semua polis cuti, apa yang akan terjadi???.

.Mama dengan anak buah beliau, Kak Asrah.


.Itu dia muka orang yang ditunggu tunggu. Cis! Macam bajet fofular je kan. -_-



Kesimpulannya, tak rugi pun datang Karnival Udara nih sebab besttt!! :)

June 4, 2010

.Bila si perempuan drive,si lelaki mesti condemn.

'Keta depan ni slow betul la. Bawak keta macam siput babi. Ni mesti perempuan yang bawak'


'Keta depan ni asyik tekan brek je. Ni mesti perempuan yang bawak'


'Keta depan ni duk ikut belakang lori je asal?. Ni mesti perempuan yang bawak tu yang takut nak potong lori'


'Keta depan ni masuk parking pun senget. Tak center. Ni mesti perempuan yang bawak'


Mesti korang penah dengar orang cakap macam ni juga. Tak pun kena kat batang hidung sendiri. Dulu masa tak de lesen dan tak berani nak bawa keta. Abang abang aku selalu je condemn perempuan yang driving nih. Dulu aku gelak la sebab tak terkena lagi kan. Tup tup bila dah start drive baby oren kesayangan aku baru la kena kat batang hidung sendiri. Cisdel betul! Tula dulu gelak kat orang sekarang aku pula yang kena. Yang tak bole blah tu abang abang aku sendiri condemn aku. Haih berasap telinga ni.


Abang: Haa. Traffic light dah hijau tu tak yah brek terus je masuk simpang tu.

Iena: Ish. Tak bole la. Viva ni ringan kang rasa nak terbalik. Kena brek juga. Tak bole nak terus masuk je.

Abang: Haish! Kata ada abang yang bawak keta macam racer tapi adik bawak keta macam siput. Slow je.

Iena: Ala, orang bukan apa. Sayang keta oo. Nanti mama marah bawak laju laju.

Abang: Eleh, penakut! Cakap jela tak berani nak bawak keta laju laju.


Haaa. Tengok tengok. Abang aku pun condemn cara aku drive keta. Cisdel punya abang. Ini memang membangkitkan kemarahan ni! Grrr.


Aku bole je nak bawak laju laju. Tapi aku rasa tak selamat la bila laju laju ni. Rasa macam keta tu nak terbalik pun ada. So, better drive dengan cermat dan steady. Sebab tu aku tak suka kalau time aku drive ada keta kat belakang yang saja nak cucuk cucuk keta aku. Dah la si drivernya sang lelaki. Saja la tu nak bagi aku gabra. Bila dah bagi laluan bg potong tak nak pula dia potong. Lagi mau cucuk cucuk bontot baby oren aku tuh. Haih. Mentang mentang la kau lelaki aku perempuan, kau buli aku ea. Ciskek betul! Jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna nama ku wanita.... Tak pepasal aku dah nyanyi lagu seksis.


Sebenarnya, perempuan ni cermat, sopan santun penuh dengan tata kesusilaan. Sebab tu bila si drivernya perempuan mesti bawak slow je. Dah cermat katakan. Biar lambat asal selamat. Lagipun sayang keta la wei. Dah lah beli mahal mahal beribu riban buat loan sana sini pastu senang senang je nak lenjan keta tu. Wuuu, sangat rugi ooh. Sebab tu perempuan pandai jaga keta sebab perempuan taw kang kalau kereta rosak dia bukan taw apa apa pun. Nanti nak kena cari lelaki juga kena uruskan. So, better jaga elok elok kan. Tak mau bagi calar ke apa. Lagipun kalau perempuan accident susah wei. Tak pasal pasal nanti harga hantaran kena turun. Wuuu.. Sadis sadis.T____T



Haa..dan lagi satu, kebanyakkan perempuan suka drive keta auto dari manual kan. Aku pun sama. Sebab bagi aku auto senang masuk gear terus jalan pastu brek. Tak dela susah susah nak tukar gear pastu nak kena tekan clutch la apa la. Ala,even orang cakap bawak keta auto tak nikmat macam manual tapi apadehal? Janji keta tu gerak. Try la bawa keta manual kat KL tu ar. Dengan jalan jam apa semua. Konfirm kaki kau lenguh mana nak tekan clutch, mana nak tekan minyak brek lagi. So, auto is easy babe! Haha.



Whatever pun drive la dengan cermat ye kawan kawan sekalian. Hidup ni hanya sekali je. Tak de yang kedua kali. Hanya sekali ye! So, hargai nyawa tu. Nyawa tu tak de galang ganti wei.


Pesanan khidmat masyarakat: Ingatlah orang yang tersayang..wink wink :D



p/s: Marilah sama sama berdoa supaya si iena arshad dapat result yang cemerlang ye..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...