August 31, 2012

PEOPLE WILL KEEP ASKING THE SAME QUESTIONS

Assalammualaikum. Hai! Hello!


Tadi masa duk siapkan goodie bag dengan family untuk event esok, kitorang duk sembang sembang. Sambil sembang aku duk tengok Aina main kat hall tu. She's already one years old todayyy! She's a baby of independence dayy. Baby merdeka. 31st August. How lucky she is. :') Okey nevermind, itu bukanlah point aku nak share sekarang ni.


Back to the topic, aku ingat lagi masa mak dengan abah duk bawak Aina kulur kilir, kawan kawan mak abah or even sedara or even strangers mesti akan tanya "Dia dah pandai buat apa dah? (merangkak, meniarap, berjalan and bla bla bla)" sambil refer dan tunjuk kepada si cinonet Aina itu. 


Yeahh. Thats the same questions people will keep asking. Kalau jumpa 10 orang, kesemua 10 orang tu akan tanya soalan yang sama. WHATT??? PERLU KE TANYAAAA??? :O


Dan sebenarnya, soalan "Dia dah pandai buat apa dah?" akan melarat ke soalan soalan yang lain mengikut pembesaran dan umur seorang anak.


Contoh :
  • "Anak dapat bape A dalam exam (UPSR, PMR, SPM)?' (Soalan akan ditanya masa zaman sekolah. Tak kira sekolah rendah  atau sekolah menengah)
  • "Anak dapat sambung belajar mana? Kos apa? Dekat U mana? (Soalan akan ditanya lepas dapat result SPM dan yang paling popular sekali bila result IPTA/IPTS dah keluar)
  • "Anak keja mana sekarang?" (Soalan akan ditanya lepas dah habis belajar kat U)
  • "Bila anak nak kawin?' (Soalan akan ditanya lepas dah dapat keje dan dah ada gaji sendiri) 
  • "Bila nak dapat anak?"(Soalan akan ditanya lepas sebulan,dua atau tiga bulan selepas kawin)

Seriously, thats the fact. This is the questions that people will keep asking to us. Hahahaha. Aku perasan kot. Soalan yang sama akan ditanya start dari perkembangan seorang baby sampai lah baby tu dah membesar dengan jayanya dan berkahwin dan dapat anak. Soalan yang sama akan ditanya berulang kali sampailah ke generasi turun temurun seterusnya. 


Tapi antara banyak banyak soalan tu aku paling tak gemar bila kena tanya 2 soalan yang terakhir "bila nak kawin?""bila nak dapat anak?". For me as a girl, mestilah aku tak bape nak selesa bila asik ditanya 2 soalan yang sama. Ye ah dah kalau asik tanya bila nak kawin? bila nak kawin?? tak ke tu membuatkan kita sebagai perempuan stress? Dah tu bila dah kawin datang lagi satu soalan, bila nak dapat anak? Omo! Lepas setel hal kawin hal anak pula ditanya. Memang stress la perempuan perempuan di seluruh dunia ni *kerut kening*


Let me announce uollss something

Wahai orang orang di seluruh dunia. Tak payah la duk tanya kami (kaum perempuan ni) 2 soalan maut dan sensitif selalu sangat. Benda macam ni kami pun tak bole nak jangka.

  • Pasal hal kawin. Dah kalau jodoh sampai, kami kawin la. Kawin bukannya macam main pondok pondok yang boleh dibina dan dirobohkan sesuka hati. Ini hal kawin. Kalau bole biarlah kawin sekali seumur dan kekal selamanya. 
  • Pasal hal anak. Dah kalau tak de rezeki lagi tak bole nak buat apa. Dah kalau usaha tapi Allah tetap tak nak kasi rezeki kita tak bole nak buat apa kan? Ada rezeki adala. Yang penting doa :') Oh lagi satu pasal hal anak ni, tak perlu setiap bulan tanya "dah ada isi belum?". Boleh buat bertambah stress tau. Dah kalau stress acano nak pregnant tuu? 


Sebenarnya tak salah pun kalau nak tanya soalan macam tu tapi tak yah la selalu sangat. Kang kalau selalu sangat orang cakap terlebih prihatin pulak. So tanya biasa biasa sudah. Tak perlu nak tunjuk prihatin yang lebih dan over kepochi hal orang okey??



Okeylah nak tido. Perlu rehatkan badan dan mata untuk esok. Sebelum tu nak wish


HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIA! #Merdeka55.Semoga Malaysia akan terus aman dan maju


And...


HAPPY BIRTHDAY AINA LAILA SYAKIRA!


MAKSU LOVE YOU SAYANG! (Kalau rajin maksu buat entry untuk aina eh esok. Kalau rajin.)


Okey bai!





August 27, 2012

ONCE A FRIEND, FOREVER A FRIEND

Dont walk behind me, I may not lead. Dont walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be MY FRIEND.

Kawan = Friend


Istilah aku untuk perkataan kawan ni senang je.


Sekali berkawan selama lamanya tetap kawan. Itu prinsip aku dalam berkawan. Senang je. Tak perlu formula susah payah macam addmath tuu.


Setakat ni la kan. Aku banyak kawan. Banyak sangat sampai tak terbilang dengan semua jari yang ada. Campur kawan tadika, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan universiti, kawan tempat keje. Memang banyak la. Umur pun dah 22. Haruslah banyak kawan.


Kawan masa sek tak dela thrill sangat. Serius langsung tak adventurous tak challenging. Kalau gaduh, setakat merajuk tarik meja kasi renggang sikit, alat tulis sendiri kasi kumpul tak nak kasi kawan pinjam, pegi sekolah sendiri sendiri. Dah tu 2-3 hari dah salam tanda dah baik. Baru nak feel gegaduh lama dah salam. Oh memang tak mencabar keupayaan dan kesabaran tapi semua itu pengalaman.


Naik zaman belaja masuk universiti. Tu diaaaaa. Bermacam macam kawan aku duk jumpa. Yang okey, yang tak okey, yang baik, yang jahat, yang nakal nakal kucing semua aku dah penah jumpa. Siap berkawan bertepuk tampar *pap pap. Berkawan zaman belajar masa kat u ni memang cukup challenging lah bagi aku. Dia punya mencabar memang mencabar habis. Mencabar keupayaan dan kesabaran aku katanya. Orang selalu cakap zaman belajar kat u pilih kawan elok elok. Jangan salah pilih kawan. Jangan culture shock. Jangan ni. Jangan tu and so on bla bla bla.


Kat u, aku kawan je dengan semua. Ada yang rapat ada yang tak rapat. Tapi kalau sekali bergaduh, serius tak bole blah cara gaduh tu. Gaduh kaw kaw punya. Mengutuk bagai nak gila. Siap buat grouping blog lagi. Wakakaka serius lawak kot kalau recap balik. Aku penah gaduh dengan kawan rapat aku. Gaduh teruk. 2 kali gaduh. Sekali time sem 3 pastu baik balik pastu sekali time sem 5. Balas sana balas sini. Mulut masing masing tak nak kalah. Gaduh tak bertegur sapa. Pandang pun tak nak. Buat donno je. (Nasib tak sama course)


Masa gaduh tu ramai kot kawan kawan yang tau. Dah kalau siap berbalas kat blog, haruslah semua orang tahu. See betapa tak matang dan noobnya aku masa zaman tu. Tapi aku admit la dalam gaduh gaduh pun aku rindu juga kat dia sebab dia penah jadi kawan rapat masa kat u. Kitorang tak bertegur sampai habis belajar. Ego woi ego.Ego kena jaga. Muehehehe. Kalau nak tau pasal dia, aku akan tanya kat kawan yang sorang lagi. Nasib kawan yang sorang lagi ni nak update juga cite pasal dia. Dan dan akhirnya time convo tahun lepas aku menurunkan ego aku ni. Aku boleh pegi tegur dia dengan muka tak bersalah macam tak de apa apa jadi. Muka innocent habis time tu. Wahahaha!  Kawan aku yang duk update cite dia kat aku siap tanya 'Iena, cam ne kau bole tegur dia?' dan jawapan aku 'Tegur jela. Malaslah nak gegaduh masam muka ni. Dah habis belajar dah. Dah besar dah pun. Tak kan nak gaduh macam budak kecik'. Amboi jawapan aku tak nak kalah kan. Hikhikhik


So, sekarang ni aku dengan dia still lagi berkawan dan bekerja mencari rezeki (ada peluang insyaAllah akan sambung belajar). Dan kawan kitorang (yang selalu menjadi orang tengah - update cite) sambung degree di tempat yang sama kami bertiga mula berkenalan. Walaupun sekarang ni, masing masing ada komitmen sendiri, tapi still lagi contact each other. Still lagi kitorang ni berkongsi cerita, bertekak, bergaduh, bermasam muka, merajuk (hai orang tengah kesayangan! :p ). Tapi tu semua tak lama sebab kitorang nanti rindu sesama sendiri. Muahahaha.


Jujur aku cakap, bergaduh tu sebenarnya macam ajinamoto nak bagi sedap nak bagi ummmpphhh dalam sesuatu hubungan. Bila bergaduh dah tu baik balik mesti masing masing ingat balik kes gaduh. Dah tu menganjing satu sama lain. Dah tu gelak ketawa sama sama. Tak ke pengalaman semua tu? :')
A friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide, and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity.
A friend is one who knows you and loves you just the same
 A friend is someone who gives you total freedom to be yourself.
Friends are born, not made.

So, selagi hidup ni berkawan la dengan sesiapa saja. Tak de sapa nak halang. Lagipun tak salah berkawankan selagi tak melanggar batas batas yang di tetapkan. So, lets be friend everybody because once a friend, forever a friend :) 


Kepada kawan kawan aku. Aku sayang korang semua. Kawan tadika, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan universiti, kawan tempat kerja, kawan facebook, kawan twitter, kawan blog, kawan urrmm kawan semua lah! Aku sayang korang. Mmuah cit cit 


Okay bai!


p/s: Last aku bergaduh dengan orang tengah kesayangan. Masa tu dia tacing gila babi dengan aku. Sampai tak nak angkat kol. Boleh tahan stress juga bergaduh dengan orang tengah ni. Nasib aku punya kesabaran yang tinggi untuk memujuk. Muahaha. Nasib okey. Lepas ni malas dah nak gegaduh. Sumpah tobat tak nak gaduh. Nak gaduh jangan cari aku eh. Hahaha. Okey i love you both :D

August 4, 2012

KITA PUN PUASA JUGA

Salam 15 Ramadhan :)

Eh dah 15 hari dah kita puasa? Kemain cepat masa berlalu. Dah hari yang ke 15. Lagi 2 minggu nak raya. Sungguh cepat Ramadhan datang dan berlalu meninggalkan kita. :') So, macam mana puasa korang? Penuh takkk? Kalau perempuan macam aku ni sah sah la tak penuhkan *ehem ehem di maafkan tak pe. Yang lelaki kalau tak penuh puasa tu memang tak tau la nak cakap apa *Major turn off terussss -___-


Masa puasa ni la banyak benda yang nak kena sabar. Kena sabar tahan lapar dahaga. Kena sabar tahan marah marah. Pendek kata, kena sabar semualahh. Agak agak nak marah istighfar la banyak banyak Lepas tu duk sesenyap tak yah nak marah marah sangat*peringatan kat diri sendiri sama. Yela, kalau tengok, time bulan puasa ni la bulan yang kemain ramai orang nak emosi bagai. Sikit sikit nak marah. Sikit sikit nak berangin. Muka bad mood sentiasa. Haihhh. Tau la puasa, lapar letih apa semua. Tapi bukan awak sorang je yang puasa. Kita pun puasa juga. Bukan awak sorang je lapar, kita pun lapar juga. So, tak payah la nak berangin membuta tuli macam diri sendiri sorang je yang puasa.


Sepanjang bulan puasa ni, haruslah aku kerja kan. Letih, lemau, mengantuk belakang kira. Gigih juga kerja. Datang kerja pun bukannya ada kerja sangat. Datang punch kad, update order, update invoice sana sini pastu menyingai dengan ofismate dah tu pukul 5 punch kad balik. Menyingai tu maksud eh bersuka ria, gelak sana sini. Haaa kan dah belajar perkataan baru harini. Muehehehe.

Kad raya pun sempat aku karang kat ofis ni. Siap facebook lagi. Tolong la jangan tiru aksi ni kat mana mana ofis. Please do with your own risk. 




Menyingai bersama kak aisyah, ofismate kesayangan. Masa ni baru 11 Ramadhooonnn *Gaya johan. :D


Okey sebenarnya, dah bosan tak tau nak buat apa. Aku kat ofis ni. Nak tunggu pukul 1 punya la lambat. Makanya, update la entry yang bosan bosan cenggini. Wahahahaha :D


Sory la ehh. Terrrrrrrrrrupload gambar makanan. Kan dah terliur.

Okey bye! Selamat berpuasa :D



p/s: Happy birthday la kat awak. Bab bab birthday, tarikh semua ni insyaAllah aku ingat sampai mati. Kalau tak ingat tu, maknanya Allah dah tarik balik ingatan aku. Wehihihihi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...