May 20, 2011

.First interview dapat keje =) Thanks korang!.

Thanks kepada kesayangan sebab dia tolong update blog aku sebelum ini.


Yeap aku memang mengalami kemalasan yang amat scary.


Sampai satu tahap aku rasa macam nak privatekan blog ni. Malas dah nak blogging semua ni.


Memang scary sangat la tu.


Okey dah. Malas nak taip panjang panjang lagi.


Sesapa yang kawan dengan aku kat facebook mesti taw yang beberapa hari lepas aku mengalami nerves yang amat scary. Sebabnya aku di panggil interview dekat kilang MAMEE. Ye MAMEE Monster yang ampa duk makan kruk krak kruk krak tu.


First time panggil interview memang sah sah la aku nerves tahap cipan. Habis semua aku nak emo. Rasa macam nak duk dalam gua sorang sorang tak nak kasi sapa kacau. -___-


Tapi berkat pertolongan kesayangan dan doa kawan kawan semua akhirnya aku berjaya sesi interview tu. Aku diterima bekerja dekat situ. Dan alhamdulillah manager kat situ baik hati bagi aku position yang lain yang sesuai dengan aku. Gaji memang aku tak nego sebab aku tak de experience. Tapi manager sana baik hati bagi gaji yang sesuai dengan position aku. Terima kasih Ya Allah di atas semua rezeki tu. Terharu semalam sampai speechless :')


Hari Isnin ni dah start keje. Aku keje tak pakai baju kurung macam orang duk ofis. Aku pakai seluar t shirt tudung sarung dengan boot. Mekap heels handbag semua tak payah sebab aku keje kilang bahagian packaging. Mesti mencabar kan? Yeah I can't wait :')


Aku harap keje aku semuanya akan berjalan lancar dan okey. Thanks korang yang mendoakan aku. Korang memang terbaik. Peluk cium cit cit.


p/s: Nanti kalau ada apa apa yang menarik pasal keje aku, aku bagitaw la. Jangan lupa makan MAMEE. kehkehkeh aku promote ni.

May 17, 2011

CUBA TEKA INI SIAPA

aku bukan ieyna bersuara. kahkahkah

ok lah. aku updatekan kan blog dia sebab ieyna mengalami masalah penghadaman eh silap. masalah kibod rosak. maknanya tak dapat update selama lama nya (sila lah percaya)

aku tipu.

sebenarnye dia mengidap kemalasan yang amat scary

cuba teka aku siapa. kalau menang dapat penginapan percuma 3 hari 2 malam di rumah sendiri

buehuehueheu :P

memandangkan aku tengah tulis entry ni sambil tahan lapar.marilah kite lapar secara senyap dan berjemaah mengadap gambar mekdi dan big epal kepunyaan ieyna bersuara. kahkahkah

May 1, 2011

.Jangan nak mengharap perempuan je untuk faham. Lelaki pun kena faham sama.

'Kenapa kita couple?' tanya girlfriend.


'Sebab awak memahami saya' jawab si boyfriend.


'Saya paham awak, tapi awak penah tak untuk memahami saya?' tanya girlfriend sekali lagi.



Diam tanpa jawapan sehingga sekarang.


*************************************************************************************


Kadang kadang kita ingin difahami. Tapi kali ni kita harus memahami pasangan kita dahulu - source from here


Semua lelaki kalau boleh nak cari perempuan yang bole memahami diri dia. Yes! MEMAHAMI UNDERSTANDING. Yang bole faham dia luar dan dalam. Yang bole faham tahap kebizian dia. Itu ciri utama yang kena ada pada setiap perempuan untuk menjadi girlfriend seseorang mungkin. Ciri ciri lain abaikan dulu.


Siapa cakap perempuan tak pernah nak faham boyfriend sendiri? Perempuan la orang yang sedaya upaya untuk faham orang yang dia cintai. Ini fakta bukan auta.


Tapi once bila dah lelaki dah dapat girlfriend yang memahami diri dia seadanya, mesti lelaki tu tak reti nak menghargai sangat. Take for granted. Dan lagi masalah, lelaki tak pernah nak memahami girlfriend dia walaupun sekali. Aku je faham kau. Kau tak pernah nak faham aku. Konsep yang menguntungkan bagi pihak lelaki dan menyakitkan bagi perempuan.


Memang betul bila bercinta dedua kena saling memahami. Tapi masa awal awal je memahami faham satu sama lain. Tapi bila dah lama? Persefahaman tu dah tak de. Tinggal la perempuan je yang gigih nak memahami. Lelaki tak de pun.


Come on lah guys. Wake up!


Please la untuk cuba faham perempuan ni. Memang betul, perempuan ni complicated ada 1001 macam perangai. Sekejap emosi sekejap merajuk sekejap berangin. Tapi janganlah jadikan benda tu sebagai alasan. Jadikan benda tu sebagai CABARAN untuk kau memahami girlfriend kau. Kalau girlfriend kau cuba untuk memahami kau why not kau cuba untuk memahami girlfriend kau juga. Bercinta kalau tak de cabaran ibarat makan nasi tak de sambal. Tak de pedas rasa plain je.


Agak agak tak bole juga nak memahami, cuba la untuk berbincang. Mesej elok elok. Time mesej tak payah nak emo bagai. Selalu perempuan yang beriya kalau bab bab mesej ni sebab perempuan tak bole gaduh lama lama. Lelaki pulak tak payah nak buat kepala angin tunjuk hebat. Give and take la sikit. Tak perlu nak ego setinggi langit tak perlu nak penting diri. Ego dengan selfish tu tak bawak ke mana pun. Lagi merugikan ada la.


Senang cerita macam ni, kita hidup dalam dunia ni berpasang pasangan. So, kalau nak orang paham kita, kita pun kena paham orang tu juga. Get it? Konsep dia senang je. Tepuk dada tanya hati.


Ok bai


p/s: Tetiba rasa dah lama tak up entry entry cenggini. Hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...