October 16, 2010

.Sesimple mungkin.

Hai semua!


Sekarang ni, aku busy dengan kelas and Final Year Project. Mana nak siapkan thesis, lab report, sudy untuk quiz, test, final exam, prepare untuk presentation lagi. Wuuu, penat penat. =_='


Tiap tiap hari aku ada kelas. Isnin sampai Jumaat. Kalau bernasib lagi baik, Sabtu dan Ahad pun ada kelas. Ah dem! Bila ada kelas, aku mesti bangun awal. Then, bila dah mandi apa semua, otak aku jadi jammed sebab pikir nak pakai baju apa nak pegi kelas harini. Time tu la, habis aku selongkar almari baju duk cari baju baju yang nak pakai.


Aku jenis pegi kelas memang sempoi habis. Tak de nya aku nak pakai heels bapak tinggi gaban tu, tak de nya aku nak pakai cantik make up setebal 10 inci kat muka, tak de nya aku nak buat semua tu. Aku pegi kelas memang sempoi, aku main pakai apa yang tangan aku sempat capai.


.Aku pegi kelas pakai macam ni la.
-T-shirt
-Jeans
-Kasut crocs tak ori
-Tudung hitam bawal @ tudung ekspress @ shawl


Haa. Macam tu jela aku pegi kelas. Simple tak simple? Gila simplekan. Kalau kat U lain aku rasa memang dah kena hambat dah kalau pakai macam ni pegi kelas. Nasib baik, aku tak penah kena hambat lagi. Ada sebab gak nape aku pakai cam ni pegi kelas. Aku ni tiap hari masuk lab. Bila masuk lab, WAJIB pakai lab coat and kasut bertutup. So, apa jadah aku nak pakai cantik cantik make up tebal segala bagai sebab last last pakai lab coat masuk lab gak. Tak de sapa gak nak tengok.

.Lab coat yang konon konon macam doktot. Cis!


Bila aku pakai sesimple yang macam ni, ada je kawan aku yang tanya macam ni 'Iena, asal kau selekeh sangat harini. Muka berminyak macam apa je?'. Selalu soalan macam ni ditanya waktu petang time dah habis kelas, aku dah ready nak balik umah. Hahaha. Aku gelak jela bila orang tanya macam tu. Selekeh ke sememeh ke, yang penting aku datang nak belajar bukan nak melawa. Yang penting NIAT tu. Kalau orang nak mengata ke nak dengki ke JUST SMILE AND WAVE :)


Okay babai!


p/s: Perasan tak blog berubah lagi? Hehehehe. Eh sory tak sempat nak blogwalking. Busy. Nanti dah setel semua, aku terjah blog sorang sorang. Jaga jaga kak Bedah!!!

October 4, 2010

.Busy gila dan gila busy.

Hai semua!


Hakhakhak. Gua busy gila nak update blog blue blue baby blueeee ni. Tambah plak dengan malas. Pergh memang pakej lengkap gua habaq lu. Tapi lepas gua, di beri amaran dengan samseng kesayangan gua ni, gua update lah. Malas gua nak kecewakan dia. Kesayangan gua tu bai.


Sebenarnya, gua tak taw nak update apa nih. Gua lost gua tak de idea. Siyes tak de idea. Tapi gua belasah je update ni ar. Dah alang alang update, meh gua nak bgtaw korang semua. Korang minat nak edit gambar guna adobe photoshop? Tapi korang tau tak cm ne nak guna benda alah tu? Kalau tanya gua, sah sah gua memang tak taw. So, kalau korang nak belaja cm ne nak guna dan godek godek benda alah photoshop tu, korang klik SINI untuk taw rahsia macam mana nak terer dengan adobe photoshop. Yeah! Wajib klik.


Nah gua tempek gambar gua yang tak bape nak clear ni. Mana taw korang rindu ke. Hahaha. Malas nak interframe banyak sangat. Gua segan arh.

.Gambar gua memang tak clear. Tak cukup 'nur' kat situ.


Haa, kalau korang nak gua sambung wat review pasal blog yang wajib diterjah, korang kena cakap rindu kat gua dulu. Kalau tak cakap, gua letak pisau kat leher korang pastu gua tak nak update dah. Hakhakhak. Bole plak cenggitu kan?


Okay babai!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...