January 19, 2013

RUNNING MAN

Assalammualaikum.

Happy Saturday uollss! Teehehehe. :D


Okey. Siapa kat sini layan Running Man (RM)? Mostly semua orang kat Malaysia ni layan Running Man. Sana sini RM sana sini RM. Memang RM sesaja! . To be truth, aku bukanlah penyokong mahupun peminat Running Man ni. Serius bukan. Tak tahu pun ape tu Running Man. Kalau memember cite pasal RM aku hanyalah duduk membongak sambil termenung mengadap handphone dan berkata 'Amende running man running man ni? Best sangat ke? Duk heboh sangat cite ni'. Cakap pulak dengan nada yang stress. Stress sebab aku rasa aku budak noob yang tak tau apa apa pasal rm ni. -____-


Kawan aku ramai je yang suruh tengok RM ni. Siap bagi link nak tengok online. Memember pun siap cakap 'Tengok la na. Nanti konfirm kau suka punya" . Tapi tak de nya nak dengar. Respond aku hanyalah 'Ermm...yelah nanti aku tengok nanti aku tengok'. Penghabisannya tak tengok pun. Ibaratnya aku memang tak kasi peluang kat diri sendiri nak tengok RM ni. Lantak sana dengan Running Man.


Tapi itu dulu. Kisah sebelum aku mendiskriminasikan Running Man dalam hidup aku. Dan sekarang? Ehem ehem. I'm one of the fan for Running Man show yawwww! *kelip kelip mata* ;)


Hahahaha. Yes. Sekarang aku ni memang peminat Running Man. Tapi bukanlah die hard fan yang beriya iya tu. No no no! Aku peminat biasa biasa je. Just layan apa yang ditunjukkan kat astro sbs tu. Aku tidaklah nak gigih sangat cari episod 1 sampai sekarang ni. Kekonon nak catch up la kan. Tapi memang tidak la aku nak catch up dari episod 1 sampai sekarang. Aku tidak rajin dan segigih macam tu ye kawan kawan.


Apa yang aku boleh cakap sekarang. Running Man memang variety show korea yang sangat Daebakkkk! Terbaik wokkk. Memang boleh hilang stress la tengok RM ni. Ketawa gelak terbahak bahak tengok semua ahli RM. Walaupun kebenarannya aku tidaklah faham bahasa korea yang diorang pung pang pung pang cakap tu tapi jangan khuatir. Subtitle kan ada. ;D


Meh la aku bagitau serba sedikit pasal Running Man ni. Teori yang aku explain ni dari apa yang aku faham masa tengok RM ni. So, ilmu aku tidaklah penuh di dada macam die hard fan RM yang lain ye. 

Fakta Running Man
  • Running Man adalah rancangan variety show yang famous amous di korea sana ye.
  • Terdiri daripada 7 ahli tetap. Semua ahli RM adalah artis korea. Jae suk, Ji hyo, Jong kook, Kwang soo, Haha, Kang gary dan Suk jin. 6 kumbang 1 bunga katanya.
  • Tiap episod akan ada artis jemputan yang datang untuk mencabar ahli ahli RM tersebut. Artis jemputan adalah surprise katanyaaa. Tapi kadang kadang ahli RM tau juga.
  • Tiap episod akan ada mission yang berperingkat. Mission 1,2,3 sampailah mission last
  • Mission last adalah mission dimana diorang akan menyingkirkan kawan kawan diorang dengan helah diorang sendiri. Kat sini lah bermulanya announcement seperti 'Kwang Soo out!'. Sape yang kekal dia lah pemenang.

Running Man members. Kwang soo, Suk Jin, Haha, Jae Suk, Jong Kook, Gary, Ji Hyo.

Jae Suk. Ahli RM yang paling hebat dengan helah and taktik dia. Sometime aku suka dia. Kadang kadang tak suka. But most of the time aku suka. Hihihi


 Ji Hyo. The only woman in RM. Sangat lincah dan pandai kenakan orang dengan taktik dia. Walaupun ramai je artis jemputan wanita yang datang kat RM ni tapi mostly tak bole nak compete dengan Ji Hyo sebab Ji Hyo ni dia bertenaga sikit. Yang penting tak control cun.

Kwang Soo. The giraffe and also the betrayer. Kwang soo ni la sebenarnya penyeri dan pak lawak dalam RM ni. Semua sebab gaya dia yang huru hara tu memang dah bole buat orang gelak dah. Tengok kwang soo ingat izzly sebab izzly minat gila kat kwang soo. 


Itulah serba sedikit yang aku tau pasal RM. Kalau nak tau banyak bole lah google sendiri tak pun nak lagi gigih bole tengok online RM episod 1 sampai lah sekarang. Then konfirm korang akan faham.


So, kepada korang korang yang tak tengok lagi RM tu and nak tengok bole la tengok. Alang alang tengok bole la juga kita ceria bergelak ketawa tengok diorang meyelesaikan misi masing masing. Bole la juga nak lupakan masalah keje yang membelenggu kepala ni. Trust me. It work. Dapat la hilang stress dan lupakan masalah walaupun sedikit dan sekejap.
 

Oh ye. Tiap hari sabtu malam ahad ada Running Man marathon 3 episod dekat astro sbs channel 393 tu. Start pukul 11.20 pm sampai la 4 pagi. Tapi channel sbs tu dia tayang episod yang lama lama. Nak tengok yang latest and yang update carilah online dan download. Aku tengok online je. Malas nak download. 


Dan makanya harini hari sabtu, marilah kita berRunning Man bersama sama malam ni ye wahai peminat Running Man yang lain. :D

Ok bai! 





January 10, 2013

PERMULAAN TAHUN BARU 2013

Assalammualaikum. Hai! Hello!

Selamat Tahun Baru 2013 uolssss. Walaupun hari ni dah masuk 10/1/2013 dah lebih 10 hari nak wish tahun baru tapi iolss tak kisah. Iolss tetap nak wish juga. Jangan nak ollss olls sangat la kan. Pang bagi sedas! -__-'

Hows your new year guys? Okey tak? Mine was okey. SO-SO je. Tak de menda pun nak sesambutnya. Biasa je. Janji masih lagi bernafas dan hidup untuk tahun yang baru dah syukur Alhamdullilah :')

Azam tahun baru? Me tak de azam mana pun. Azam azam sebelum ni pun tak pernah nak tercapai sepenuhnya. So, let me settle the previous azam before make a new azam. Tapinya, aku memang sentiasa ada azam yang satu ni. Tetiap tahun baru mesti azam ni masuk no 1 dalam carta wishlist new year i tell you. Malangnya azam tersebut harus di anjakkan ke tahun tahun berikutnya kerana tiada kesedaran dan kekuatan untuk melakukannya. Azam itu adalah ...... jeng....jeng..... i want to lose some weight! Dalam erti kata lain, aku nak kurus! *tunduk kuis tanah*. Ngahahaha yeapp. Itulah azam aku yang nan satu yang tak pernah nak tercapai lagi. Kalau lose sikit mesti naik balik jap g. Oh fed up gini. So, azam tu sentiasa ada untuk tahun tahun baru berikutnya dan moga ianya tercapai sebelum aku berkahwin :')

 Sehari singgit. Jomlah kita menabung. Bole buat simpanan kawin. Wahahaha

Untuk tahun 2012 pulak, ada yang manis ada yang pahit yang suam suam kuku pun ada. Makanya, aku nak highlightkan memory tahun 2012 yang berlaku kat hidup aku ni. Senang sikit nanti, bole baca balik bila masa free. Lagipun aku ni short term memory sket. Kang sekejapan lupa. Baiklah aku mencoretkan sedikit pengalaman 2012 di sini.

MEMORY 2012

1) Belajar benda baru. 5/12/2012 aritu dah genap setahun aku kerja kat syarikat buku ni. Apa yang aku kerja sekarang memang jauh lari dari apa yang aku belajar kat u dulu. Tapi tu semua tak de hal. Sebab tu kan pengalaman. Kerja kat syarikat buku ni banyak benda baru yang aku belajar. Macam mana nak buat listing, invoice, delivery order, purchase order semua tu. Kan ke semua tu benda baru? So, haruslah aku kena pick up semua tu. Tapi kekadang lambat pick up juga. OT sampai 2 3 pagi. Kau mampuu? Dan bertuah juga kat aku sebabnya ada ofismate yang memang sedia dan cekap membantu di kala diri ini gelabah dan serabut otak. Hahaha. Thank you kak aisyah ofismate tercintaaa. Marilah kita bersama sama kerja dengan lebih cemerlang gemilang dan terbilang lagi katanyaaaaa :p

 Ofismate yang memang sedia membantu diri ini dikala kegelabahan melanda. Hihihi. 


2) Sahabat kesayangan balik Malaysia. Yeap tahun 2012 baru la bestfriend kesayangan sorang ni balik Malaysia. Dah la dia stay US. Study and keje kat sana. So, mesti la tak selalu balik sini. Lebih dari 3 tahun juga aku tak jumpa dia. Then bila dah balik Malaysia, haruslah we spend time together gether. Aku ada update kat SINI pasal dia. Dear bestfriend, i mishh youuuuu :)

Me + You = Bestfriend


3) Jumpa favourite sister all the time. Kawan blogger yang mukanya persis artis korea Park Shin Hye ituuuu. First time jumpa owner blog Kata Kila yang paling sempoi di alam semesta. Amboi overnya sampai alam semesta. Nak tau macam mana bole jumpa dia bole refer entry INI

Omomomo artis korea pujaan hati. Hahahaha. Wei kak, bila kita bole jumpa lagi ni?


4) Penipuan terbongkar. Kes kena tipuuuu. Okey part ni sedih. T___T.  Tapi ni kira kenangan paling ber"makna" tahun 2012. Nak tahu baca jela SINI.
 
Ingatlah ni sampai bila bila pun.


5) Holiday dengan family. Tahun 2012, 2 kali aku pegi holiday. Sekali pegi Langkawi, masa tu pegi bulan 4 semua family members pegi. Yang the latest pegi Bukit Tinggi, Indonesia. Yang ni pegi dengan mak je. Sebab ikut rombongan. Pasal pegi Langkawi tak update kat blog sebab semua penah pegi. Yang pegi Bukit Tinggi tu nanti aku update. Entry coming soon. Amboi diskriminasi betul. Pegi oversea nak update. Pegi dekat dekat tak nak update pulak. Emang dasar!

Akak ipar yang masing masing dah bergelar mummy

Langkawi with Siblings

Indonesia with mama. Berdua je yang lain tinggal. Huehuehue. Entry coming soon. InsyaAllah


6) Dapat ahli keluarga baru. 20/12/2012. Nurul Adlina Balqis binti Nurul Fadhli dilahirkan. Yeayyy legasi Nurul tetap diteruskan. Cumanya kemain panjang nama abang aku bagi kat anak dia. Panggilnya balqis je. Sebab dekat rumah dah ada Aina, Iena, Ana. Semua ada 'na na na' kat belakang. Kang panggil adlina semua perasan. Eh nama adlina yang depan tu macam nama aku. Kalau tambah F depan tu konfirm sama! So, aku dah ada 2 anak buah yang super duper comel. Aina dan Balqis. Maksu love you bothhhh! :*
Aina dah besha dahhhh. Dah setahun 5 bulan dah dia


Nurul Adlina Balqis. 3.25 kg masa lahir. Atototo semangatnya awak sayang. Ada orang cakap muka awak macam muka maksu :')


Tahun 2012 adalah tahun yang banyak mengajar aku pasal erti dunia ni. Dan lagi aku ingat bila mana ada kaum Mayan yang predict 21.12.2012 adalah hari kiamatnya dunia (tiba tiba ingat cite 2012). Diorang punya prediction tu kadang kadang menakutkan. Tapi tu la. Tak de sape pun yang tau kiamat bila kecuali Allah. Sekarang ni pun dah ada tanda tanda kecil. So, kita yang masih hidup ni faham faham la sendiri. Selagi masih ada peluang ni, kita rebutlah peluang tu sesama. Haaa mood ustajah terus dah ni tau :')

So, goodbye 2012. Thanks for being nice to me. And hello 2013. Please please please. Please be nice to me :D

Peace No war . Teehehehe

Ok bai!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...