May 30, 2010

.Rahsiaku kini kau tahu.

Harini rajin sikit, so aku nak jawab tag dari irahehe. Tag ni dapat dari last week tapi biasalah aku tak rajin nak menjawab time tu. Sekarang baru rajin nak buat. Nak buat macam mana kan huruf M lagi banyak dari huruf R. Hehehe.


23 Perkara yang korang mungkin tak tahu

Syarat syarat kelayakan.

a) Tulis 23 rawak (random) tentang diri anda (tak kisah la benda tu fakta ke angan angan ke imaginasi ke tentang body ke awek ke, pakwe, makwe etc)

b) Tag pulak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)

c) Kalau tak ikut peraturan dimana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni..:)

***********************************

Alahai kenapa minta 23 perkara je? Kenapa tak minta 50 ke 100 ke baru banyak sikit. Cis! Berlagak je lebih. Padahal 23 perkara tu dah banyak kot. Jenuh nak pikior. Huhuhu.

Jom lah kita check check checkidaout yeeee...

1. Aku jenis yang kuat tido. Kalau aku tido awal pun bangun lambat, tido lambat pun bangun lambat. So, tak de guna tido awal kecuali masa ada kelas.

2. Emosi aku bole berubah ubah mengikut keadaan. Kadang kada
ng menangis punya nak gila. Tak sampai 5 minit aku dah bole ketawa macam orang gila.

3. Tak suka tengok kawan kawan aku sedih sebab nanti aku sedih sekali. Huhuhu.

4. Suka pakai tudung hitam padahal banyak je tudung kaler lain. Tapi kaler hitam tetap menjadi pojaan hatiku. Hitam is seksi!

5. Tak suka sapu sampah sebab nanti sakit pinggang nak terbongkok bongkok.

6. Kureng sikit nak minum susu. Tapi sekarang dah bole nak minum sikit sikit. At least aku try minum :')

7. Suka minum air yogurt nestle bliss dengan air twister.

8. Suka makan sushi yang beli kat jusco tu.

9. Sangat gila dengan donut J.CO dan Big Apple.

10. Ada parut luka kat buku lali kaki kanan sebab kaki termasuk dekat rantai basikal. Time kena tu kecik lagi umur baru 3 ke 4 tahun tah. Dah la time birthday. Sangat sadis! T___T

11. Pernah kena langgar dengan keta masa darjah 5. Time tu kat Perlis lagi. Nak pegi sekolah naik basikal. Dahlah langgar lari. Nasib baik keta tu langgar tepi je. :')

12. Jenis yang senang tido dalam keta. Asal naik keta, keta dah gerak sikit aku dah krooh krooh kat belakang. Melainkan kalau aku yang drive tak pe.

13. Minat dengan winnie the pooh sebab aku rasa pooh tu teramat la comel!

14. Aku sayang gila kat kawan kawan aku. Tak kira kawan dari sek ren, men, UniKL, blogger, fb apa semua aku tetap sayang deh.

15. Suka baca novel especially novel yang jiwang jiwang tangkap lentok tu. Konfirm aku berangan.

16. Bila tengah sedih + dengar lagu yang jiwang jiwang nih mesti meleleh je airmata nih. Konon konon meratapi kesedihan itu. Hahaha.

17. Tak suka tengok cite site seram sebab aku ni penakut tapi tergedik nak tengok juga. Last last tak bole tido tak pun tido buka lampu. Hahaha.

18. Sangat allergic dengan lipas dan cicak. Euwww.

19. Kadang kadang aku suka pendam perasaan. Kadang kadang aku suka bgtaw direct. Kalau bgtaw direct tu maknanya tahap kesabaran aku dah habis la.

20. Aku ni sensitif sikit. Sikit je tak banyak pun.

21. Aku ni banyak cakap. Masa kecik kecik orang panggil 'mak nenek'. Hahaha.

22. Suka mengambil kesempatan terhadap abang abang kesayangan aku bila diorg dapat gaji. Mula la aku nak mengecek. :)

23. Nama aku Nurul Fadhlina Arshad diambil sempena nama abang aku Nurul Fadhli Arshad sebab aku sorang je anak perempuan dalam family ni dan aku yang bongsu. :')


Okey dah. Dapat juga aku menyelesaikan task yang penuh cabaran ini. Fuh. Lega+bangga....

Sekarang aku nak tag orang lain pula


Orite, semua dah settle.

Bubbye! :)

May 29, 2010

.Gaya yang patut diamalkan bila berphotogediks!.

Siang tadi pergi kenduri kat Muar. Aku sorang je ikut. Dah bosan duk belakang aku berphotogediks sesorang dengan menggunakan kamera nset yang berkuasa kuda 2 MP. Macam macam gaya aku tangkap tapi tak semua aku tunjuk. Muka tak photogenic la babe! Err.. Jangan gelak taw.

Versi Bajet Serius@Garang

.Tak senyum tak ketawa tak gelak. Nampak serius tak? Nampak garang tak?. Bagi sesiapa yang rasa tak nak dikacau atau dimengorat bole la buat muka bajet serius@garang. Mesti orang takut nak tegur. Tapi jangan amalkan selalu sangat sebab nanti ada pula orang cakap kau sombong.


Versi Bajet Comel

.Mimik muka cam ni memang bole buat orang simpati. Konon konon macam kau nak kena marah then try kau buat muka bajet comel macam ni. Konfirm orang tak sampai hati nak marah kau. Mesti dia cakap 'alolo comelnya muka budak ni'. Please try this ok. Kepada pipi yang gebus mulus memang sangat dialu alukan untuk menorai.


Versi Bajet Hot!

.Nak buat muka macam ni kena ada bibir yang tebal ala ala Angelina Jolies. Bibir kena mungil kalau bole pakai lipstick merah menyala tu then bubuh lipgloss sket. Pastu bole muncungkan bibir tu macam gaya nak kiss gitu. Aww. Memang kau bajet hot la buat macam tu. Tapi kadang kadang pose macam ni tempah penyepak juga. Gediks you! Jangan amalkan selalu ok. Kadang kadang tak pe. ;)


Versi Bajet Lapar@Kenyang@Nak pipi tembams

.Kalau rasa rasa tengah lapar ke kenyang ke bole la nak tangkap gambar dengan muka yang macam ni. Kalau rasa nak tengok muka bila pipi tembams pun bole try. Just kena penuhkan angin dalam mulut. Konon kau tengah tahan nafas la. Bila dah kembung terus tangkap gambar. Gaya macam ni comel juga tambah tambah bila tengah lapar kan. Nanti terus ada orang belanja Secret Recipe. Hahaha.


Semua gaya gaya dalam gambar ni aku dah try. Tambah tambah lagi bila berphotogediks dengan kawan kawan aku. Macam macam gaya aku buat. Kadang kadang macam nak sepak muka sendiri sebab suka buat gaya bukan bukan. Hahaha. Tapi dalam setiap gambar selalunya aku akan senyum. Senyum itu sedekah. Bila kita senyum kita nampak lagi manis. Manis dari gula taw. So, senyum senyum la selalu. Tapi jangan senyum sorang sorang pula. Kang tak pasal pasal orang kata kau gila! Hahaha..:)



p/s; Kurangkan manis dalam makanan. Tapi lebihkan manis dalam senyuman.:)

May 26, 2010

.Tanya apa apa je.

Disebabkan kebanyakan kawan kawan aku dah buat benda ni. So, aku pun nak buat juga. Hehehe. You ask, I answer. Deal?

May 25, 2010

.P/S: I Love You.

Semua orang busy. Busy dengan kerja, study, hal rumah tangga apa semua. Tapi dalam busy busy tu try la curi 5 minit untuk hantar mesej or call just to say this word



I LOVE YOU


Konfirm pasangan anda akan tersenyum sampai ke telinga sebab dia tahu yang anda sentiasa ingatkan dia even orang yang dia sayang tu busy.


Tak perlu untuk berhubungan 24 jam selalu. Dengan ucapan I LOVE YOU setiap hari je dah cukup memadai untuk pasangan anda tersenyum bahagia dan rasa dihargai.


.Saya cintakan awak sebanyak ini.:)


Jangan terlampau ego untuk mengungkapkan I LOVE YOU terhadap pasangan anda. Biarkan dia tahu bahawa kehadiran dia dalam hidup anda sangat sangat bermakna. :)


.Awak memang bermakna dalam hidup saya.:)



p/s: kalau bole nak setiap hari ada orang ucap I LOVE YOU. haha.sekarang tengah gila lagu shahir.Kebahagiaan dalam perpisahan.

May 21, 2010

.Jangan terlampau zalim boleh tak?.

Baca paper tadi terbaca pasal isteri dalam pantang DITENDANG suami. Pergh. gila betul! Isteri dalam keadaan pantang pun bole DITENDANG lagi kan.



Sekarang ni banyak gila dengar kes kes penderaan kaum perempuan. Aduhai. Kenapa lah bole jadi macam ni. Perempuan insan yang lemah. Patut dilindungi patut dijaga bukannya disakiti disepak terajang bagai binatang.


.Dalam pantang pun kena tendang lagi. Tak ke zalim?.


Selalunya kes penderaan ni terjadi lepas kahwin. Biasalah sebelum kahwin mana berani nak pukul sepak terajang bagai nih. Tak nikah lagi kau ingat sesuka hati je bole nak pukul bagai nih. Dulu mulut manis gila janji macam macam nak belikan bmw 5 series, gelang emas sampai ke lengan apa semua. Sehidup semati ala ala macam Titanic la you jump i jump. Tapi bila dah kahwin dah dapat, janji yang kononnya nak beli emas sampai ke lengan tu macam haram. Last last dapat cap tapak tangan kat pipi cap tapak kaki kat perut. Sakit taw wei kena pukul sepak terajang nih. Ingat perempuan kuat apa? Kalau nak sepak terajang juga pegi la pukul orang yang kuat bukannya yang lemah ngek. Haih!


Please la lelaki janganlah pukul sepak terajang perempuan ni. Lelaki dayus je yang buat cam tu. Tak kan nak di panggil lelaki dayus kot. Tak gentle la bro. Be gentleman la sikit. Kata lelaki ada 9 AKAL 1 NAFSU. Tak kan la 9 akal tu tak berfungsi nak pikir yang mana betul yang mana salah.


Ingat la yang martabat seorang perempuan sangat tinggi. Perempuan yang melahirkan zuriat. Digelar seorang ibu. Syurga dibawah tapak kaki ibu. And jangan lupa setiap kejayaan seorang lelaki pasti ada perempuan di belakangnya.


Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untik dijadikan atasnya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
Dan dekat di hati untuk dicintainya.

May 20, 2010

.Dulu lain sekarang dah lain.

Bohong la kalau manusia dalam dunia ni tak berubah. Pantai pun berubah. Inikan pula manusia.


Manusia sentiasa berubah ubah mengikut masa dan keadaan. Yela, masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang singa mengaum. Kena berubah la untuk sesuaikan dirikan.


.Auuummmm! Garang betul singa ni.
Jangan memain.


Perubahan dalam diri akan sentiasa ada. Sama ada berubah kepada yang lebih baik atau yang lebih jahat. Dan mungkin sebab kawan kawan juga seseorang itu berubah.


Si A: B, aku tengok si C tu dah berubah la. Dia dah lain je. Dah tak macam dulu. Tak cakap sangat dengan kita la. Dah tak join kita. Kau perasan tak?


Si B: Ha'a la wei. Aku pun perasan. Mungkin kita ada buat salah dengan si C tu tak. Selama ni dia ok je. Sekarang dah senyap.


Haa. Tengok. Si C tu berubah dari banyak cakap jadi pendiam sebab Si A dan Si B. Mungkin ada salah yang Si A dan Si B buat sampai Si C terasa dan terus berubah.


Alah senang cerita, semua manusia berubah la. Tak payah nak expect apa apa. So, sebagai manusia kita pun kena berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ni.


We did not change as we grew older; we just became more clearly ourselves. ~Lynn Hall


Till then.
Bubbye! :)

May 18, 2010

.Perempuan pandai masak baru bole kahwin.

Mama selalu bising sebab aku tak reti nak masak sampai sekarang. Alah bukan tak reti langsung. Reti la sikit sikit. Takat goreng ayam, ikan apa semua tu. Sebelah mata je aku bole buat. Hahaha. Berlagak gila!


Dan untuk membuktikan yang aku bole masak, aku pun decide nak masak untuk hari ini. Hari ni je. Esok lusa belum tentu lagi. Hahaha. So, aku decide nak masak Ayam kicap dengan Sotong Kunyit. Hari ini, aku bagi abah aku rehat puas puas. Biar anak perempuan yang sorang ni tunjuk kan bakat yang terendam yang selama ni semua orang pun tak tahu.


.Ayam kena gaul dgn kunyit dulu. Tengok kunyit kat tepi pinggan tu.
Tak senonoh betul anak dara ni wat keja. Haish!.

.Ayam dah goreng. Tengok semua bahagian kepak je taw.
Lepas ni jangan terkejut kalau aku ada kepak. Bole terbang. Hahaha.


Setelah berhempas pulas dengan periuk belanga, kuali, senduk, pisau akhirnya tercipta la Ayam Kicap dengan Sotong Kunyit aku ni. Nak masak dua lauk ni je dah berpeluh macam lari 100 m. Panas wei dapur tu. Habis dapur tu berkecah bila aku yang masak.


Err.. Sebenarnya Ayam kicap yang aku masak tu termasin sikit. Dah jenuh aku adjust nak cover masin tu. Bubuh air bagi mendidih. Letak air asam. Tapi duk masin gak. Cam hampeh je. Percubaan nak buat Ayam kicap yang sedap tak berapa nak menjadi. Aku bgtaw kat abah yang ayam ni masin sikit. Abah cakap tak pe. Dah lama lama practice ok la tu. Practice make perfect maa. Sotong Kunyit tu sedap. Tak de apa apa yang nak kena adjust. Hehehe.


.Ayam kicap. Nampak macam sedap je kan. Tapi termasin plak.
Spoil betul. Haish. Siapa la yang masak ni. Masin masin plak.

Kemasinan Ayam Kicap dapat ditebus dengan kesedapan Sotong Kunyit.


.Tak bole jadi ni.Sotong kunyit yang marvelous. Slurrp.
Meleleh air liur tengok sotong kunyit ni.
Lain kali bole masak lagi. Aip biasa dia ni!


First time aku masak masa lepas habis SPM. Lepas dah masuk U ni, tak masak pun. Harap mama ngan abah masak jela. Hampeh punya anak dara tak reti nak masak. Huhuhu. Mama selalu cakap perempuan kalau belajar tinggi tinggi pun mesti kena masuk dapur. Nanti dah kahwin siapa yang nak tolong masak untuk suami ngan anak anak? Tak kan nak beli lauk kedai je. Tak pasal pasal suami cari lain baru taw. Haa. Macam tu la mama cakap. So, lepas ni aku akan belajar memasak dari mama kesayanganku. Best juga masak masak ni. Rasa puas dan nikmat!


So, ladies ladies semua. Mari la kita sama sama memasak untuk kesejahteraan negara. Erk. Tetiba je tak de kena mengena langsung. Hahaha.


Okey. Till then.
Bubbye! :)


p/s; Rasa lapar balik bila tengok sotong kunyit tu.

May 12, 2010

.Perempuan cantik VS Bola bulat.

Sekarang ni aku tengok ramai kawan kawan kat fb buat status pasal game badminton Piala Thomas. Semuanya tersangat la excited tengok game badminton ni tambah tambah lagi bila Malaysia pula yang lawan kan. Wuu, biasalah.kita kan rakyat Malaysia mestilah sokong Malaysia. Malaysia Boleh! Haa. Semangat semangat! Hoyeah!. So, marilah kita berdoa supaya Malaysia menang ye. Kata rakyat Malaysia. Kena la doa untuk kemenangan Malaysia. Hehehe.


.Milik siapakah piala ini?. Harap harap milik Malaysia.


Lepas habis je Piala Thomas ni, tak lama lagi muncul FIFA World Cup 2010. Hohoho. Memang ramai jejaka jejaka tampan di luar sana yang menunggu saat ini. Bukan setakat jejaka jejaka tampan tapi perempuan perempuan cantik pun mesti menunggu juga. Kalau tak salah aku, FIFA World Cup ni 4 tahun sekali je. So, bila setiap 4 tahun tu memang ramai orang yang akan penangan bola sepak ni.

.Siapa juara FIFA World CUP 2010?.


Macam biasa, bila time FIFA je kedai kedai mamak mesti dapat untung lebih. Sebab ramai jejaka tampan akan melepak di kedai mamak sampai pukul 3,4 pagi. Tengok bola dekat screen besar sambil pakai jersi team favourite lagi. Lepas tu jerit Goal!!! Bole pecah gegendang telinga ni kalau dengar jejaka tampan ni jerit. Setakat aku yang dengar abang abang kesayangan jerit goal bila Man U lawan pun bole pekak sekejap. Huhuhu.


So, kepada girlfriend girlfriend dan isteri isteri di luar sana time FIFA dah start nanti kena bersedia la di abaikan sekejap. Bila boyfriend korang tak reply mesej, tak angkat kol, silent hp, off hp apa semua jangan panik, jangan risau sebab itu simptom simptom yang korang akan di abaikan sekejap. Yela, boyfriend korang mesti la layan bola. Lelaki dengan bola mana bole berpisah ibarat lelaki dengan rokok la kan. Kang kalau berpisah, tak bernyawa pula. Hahaha. Kalau la boyfriend boyfriend dan suami suami balik rumah lambat tak yah nak risau mesti diorg tu pegi lepak kat kedai mamak dengan geng geng diorg tengok bola. Abang aku selalu cakap tengok bola ramai ramai baru masyukk, meriah, best apa semua dari tengok sesorang. Yela tengok kat kedai tak dela nak kena berebut control tv dgn adik beradik apa semua. So,better tengok dekat kedai mamak. Screen besar gedabak siap bole order makan lagi.


Ala.tapi bukan jejaka je yang obses dengan bola. Ada je perempuan perempuan cantik yg minat bola. Tapi tak dela seobses lelaki kan. Aku pun minat juga sebab penangan abang abang aku tu. Tambah tambah lagi kalau Man U lawan. Maunya dah siap chupp remote control. Tak bagi sesapa tukar channel. Aku pun kena jela tengok. Tak pasal pasal dah jadi peminat setia Man U. Hahaha! Untuk FIFA, aku tak tahu la aku minat yang mana. Yang mana masuk final yang tu la aku minat. Hahaha! Sebab aku tak suka team yang kalah kalah ni. Nak team yang kuat kuat masuk final baru aku minat. Ngehngehngeh. Sangat tidak aci!


So, ladies out there bersedia la untuk di abaikan sekejap dari your boys sebab penangan bola ni. Jangan sampai pegi tanya pula dekat your boy mcm ni 'u pilih i atau bola?'. Oh mahunya your boy tu cakap dia pilih bola. Heh! mau menangis terduduk kang. Baik jangan tanya. Ala, FIFA 4 tahun sekali je. Apa salahnya bagi peluang kat jejaka jejaka tampan tu nak melayan bola sekejap. And para jejaka tampan tersebut tak payah la nak menyalah gunakan kepercayaan perempuan perempuan cantik tersebut. Nama pun jejaka tampan, mestila panjang akalnya kan.


Okay, better stop sini dulu. Malas nak melalut lagi.
Till then!
Bubbye! :)


p/s; sangat bersyukur sebab encik boyfiee tak minat sangat dgn bola..:)
p/s; teringat iklan adibah noor yang pasal bola tu.haha.comel!

May 10, 2010

.kecantikan adalah hak milik setiap insan.

Semua orang dalam dunia ni mesti nak cantik kan?dah nama pun manusia.memang dah jadi fitrah semulajadi yang semua orang memang sukakan kecantikan dan pasti ingin kelihatan cantik.Rasulullah S.A.W pun ada menegaskan yang Allah itu indah dan suka pada keindahan.Keindahan Allah terletak pada sifat sifat kesempurnaan-Nya.



Tapi macam mana kita nak menilai kecantikan pada seorang wanita?kalau tanya soalan ni pada lelaki,mungkin dah bermacam macam jawapan yang kedengaran.ada yang cakap kecantikan wanita pada wajahnya.kalau wajah wanita tu putih,mulus,hidung mancung bak seludang,bibir merah bak buah delima,mata bulat.konfirm ramai cakap 'cantiknya wanita ni'.mau pandang 3 kali tak berkelip.


.heliza af 5 memang cantik.mata dia bulat.kulit putih.fuh!.


ada juga yang bg akan bg jawapan kecantikan wanita terletak pada bentuk tubuh badan.maknanya,kalau body wanita tu langsing,mantap,meletup memang akan dikategorikan sebagai cantik.then,kalau body wanita tu gemuk,menggelebar sini sana,banyak spare tayar ada juga gelaran cantik.tapi tak dela secantik wanita yang langsing tu kan.

.body cam angelina jolie mmg jd idaman ramai kot.haha.


then,ada juga yang akan bagi jawapan kecantikan wanita terletak pada kebijaksanaan atau tingkah lakunya/akhlak.maknanya kalau wanita tu seorang yang tinggi budi bahasa,bersopan santun,lemah gemalai,taw nak hormat orang,pandai jaga diri apa semua.dan ditambah pula dengan bijak.mmg jadi satu bonus kepada wanita tersebut.

.aisha dlm ayat ayat cinta.dah la cantik.tggi budi bahasa.bijak lak tuh.pergh.superb!.


antara semua jawapan pasal kecantikan ni,bagi aku la kan.kecantikan wanita terletak pada kebijaksanaan atau tingkah laku/akhlaknya.sbb kecantikan ni akan kekal sampai bila bila.maksudnya kecantikan hakiki.lagi satu,kalau akhlak wanita tu baik,bagus apa semua,mestila ramai yang akan suka.kalau la rupa wanita tu dah memang cantik,then ditambah pula dengan kecantikan akhlak dia plus dia bijak.fuh! memang superb la wanita tersebut.bukan senang kecantikan wajah nak seiring dengan kecantikan akhlak.aku pun tak mampu nak jd sebegitu.T__T.but at least,kita mencuba utk jadi wanita yg terbaik.



pasal kecantikan ni memang luas.lain orang lain pendapat.ikut pendapat masing masing la nak kan kecantikan ni macam mana.



tak salah untuk cantik.tapi ikut kepada niat.dan jangan terlampau obses dgn kecantikan sampai diri sendiri yang merana.



Renung renungkan dan selamat beramal! ;)


till then!
bubbye! :)

May 6, 2010

.kena patuk ular.

orang tua tua cakap kalau perempuan kena patuk ular maknanya ada orang nak masuk meminang.
erk..betul ke??

sebab time aku tido malam td,aku ada mimpi ular hijau datang patuk aku.pergh.haruslah aku cuak kan.ular kot wei.binatang yang sangat aku allergic+geli! eeeiii.time mimpi tu aku rasa yang kaki aku menendang nendang segala benda yang ada kat katil aku.bangun pagi je semua bantal bantal dah jatuh ke bawah akibat terkena tendangan libas kaki aku ni.hahahaha!


.lebih kurang cm ni la ular yang patuk aku.kaler hijau,kecik.eeii.

errr..berbalik semula pasal mimpi td.ada orang nak masuk meminang aku ke sampai dah mimpi kena patuk dgn ular ni.ke encik boyfiee tersayang yang dlm diam plan nak masuk meminang?hahaha.perasan gila!

.we have been fall in love since 2006 until now.ILYSM.


tadi ada gtaw mama pasal mimpi ni.mama ngan bayi gelak terbahak bahak dengar aku cte.
hampeh je.aku ni semangat gila cte konon konon ada orang nak masuk meminang.hahaha.
mama siap cakap,kalau ada orang masuk minang,mama terima je terus.erk.harus la aku terkedu seketika.umur baru 2o ada hati nak kawen.hingus pun meleleh lagi,masak apa tah lagi.jauh bebenor.ceit.poorahhh!


till then.
bubbye! :)


May 4, 2010

.yes! i need vacation pleaseee.

Klung klang klung kleng.

semalam dah habis exam.fuh.terasa nikmat gila bila semua paper exam dah setel.sekarang ni just kena doa dan tawakal banyak banyak la bg dapat result ok kan.:)


and yeap! sudah semestinya cuti semester dah start pun dik noon ooi.cuti nak dekat dua bulan tuu.waa.lama gila kot.serius tak tahu nak buat apa.tapi yang wajib aku buat,mestila aku akan mengqadakan segala tido tido yang tak cukup sebab study.ceit.bajet mcm pelajar cemerlang.haha.

so,sekarang ni aku sedang plan benda apa yang aku bole buat time cuti ni.
-baca novel (banyak lagi novel yang tak baca lagi.ada 8 novel)
-shopping
-tengok wayang
-jalan jalan
-online

tu jela kot yang aku bole buat sempena nak habiskan cuti sem ni.makan,tido tu benda wajib la kan.so,tak kira.tapi aktiviti num 2,3 ngan 4 hanya bole dibuat time hujung bulan je.sbb time tu baru duit masyuuukkkk.hahaha.

tapi kan,sekarang ni aku teringin nak g holiday ngan family aku and semua abg abg aku kena ada la.diorg wajib ikut.baru best.tapi angan angan jela.dah semua pakat keja.mana ada cuti.haih!


.wuu.bestnya tempat ni kalau buat honeymoon.hahaha.


oh,sebelum lupa.aku akan selalu online blog ni.and aku akan selalu blogwalking blog korang.jaga jaga! hahahaha

till then.
bubbye!



p/s; nnt nak g usha spa spa yang best kat melaka nih.hehehe.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...