December 3, 2012

ISTANBUL AKU DATANG

Assalammualaikum. Hai! Hello!


Istanbul Aku Datang. Cite yang memang mostly cakap best best dan best. Semua komen semua pendapat semua pandangan memang mostly positif side la kan. Tapi aku tak tengok la masa duk tayang kat wayang tu. Sebabnya malas malas dan malas dan tambah lagi bajet dah terlari sikit. So, simpankan angan angan tu nak tengok wayang cite tu. Lagi pun nanti nak tengok Twilight Breaking Dawn Part 2. Haruslah twilight menjadi pilihan hati aku. Sorry Lisa, i choose Robert Pattinson more. Hihihi.


Dan beberapa hari yang lepas tengok tv ternampak la yang Istanbul Aku Datang ni dah keluar astro first. Yes. Astro first. Astro first yang nak kena subscribe 15 ringgit for one movie. Yes yes. For one movie tuu. Tapi kalau aku nak subscribe for one movie nak tengok Istanbul Aku Datang sahaja memang tidak la aku nak laburkan 15 ringgit tu. 15 ringgit untuk satu movie, kau tengok la cite tu sampai muntah. Dah habis tayang balik. Dah habis tayang balik dah habis tayang balik. Memang muntah la kann. Kang kalau tengok tetiap hari jemu pulak tengok muka Lisa, Tomok dengan Beto. So Lisa, sorry again. I cant subscribe astro first just to watch you. Better aku tunggu dvd keluar sebab aku tau abang aku akan belikan dvd untuk aku just for freeeee.


Disebabkan sifat tak nak melaburkan 15 ringgit untuk one movie tu, aku redho bak hang. Redho menunggu dvd free mahupun link link free yang bole tengok cite istanbul tu secara freeee. Redho punya redho tunggu punya tunggu tengok tengok ternampak la link youtube Istanbul Aku Datang Full Movie secara freeeee okeyy. This is madnessss weyyyy. Penantian tu tak dela lama sangat. Sehari dua je. Bila dah nampak link tu haruslah dengan cepat pantas dan tuntas aku on laptop lalu mencopy paste link youtube tu untuk tontonan mata aku ni. Hehehe. Dan akhirnya aku dapat lah tengok Istanbul Aku Datang just for freeeeeeeeee! Gila exicted kau tau.


Bila dah tengok tu, apa yang aku boleh bagitau Istanbul Aku Datang ni very the WOW!! Best sangattt kottt! Memang padan la cite ni pun meletup kat wayang kan. RM 3.5 juta okeyy. Untuk movie yang genre romantik komedi memang susah la nak meletup sebab selalunya tak dapat sambutan rakyat malaysia ni haa. Tak kena dengan taste dan tekak sendiri katanya. Tapi Istanbul Aku Datang ni memang menjadi la cite dia. Kalau tak jadi, acane bole dapat 3.5 juta tuuuu? Habaq mai sattt.


Gandingan Lisa surihani, tomok dengan beto kusyairy sangatlah menjadi. Ada chemistry uolsss. Tomok pun baru je berlakon tak dela kekok keras mana pun. Okey je aku tengok. Tapiiiii, semestinya Lisa sangat la comel dalam cite tu. Oh my god! Oh my god! Oh my god! Sangat lah comel okey si lisa dalam cite ni. Haa kan dah terexcited lagi sekali.


 Di pawagam 8 November 2012. Tapi aku tengok 2 Disember 2012. Lambat nak dekat sebulan. 


.


.Oh my god! oh my god! oh my god! Korang tak rasa ke Lisa surihani ni sangatlah comel dalam cite ni? Dengan pakaian dia, stokin kaler yang striking, heels, cekak rambut, reben kat rambut, topi apa semua tu la memang nampak sangat comel okeyyyy. Rasa macam nak nangis tengok kecomelan Mrs Yusry sorang ni. (Over tau sampai nak nangis ni)





Cinta hati si Dian. Azad. Sanggup terbang 8000 km untuk memastikan Azad meminang si Dian ni haa. Mula mula memang sweet je tengok Azad dengan Dian ni. Tapi makin lama something must goes wrong with Azad. 'Kita dah lama kenal, Takkan you nak buang macam tu je?' - Azad - Dian "So, dengan tu je everything is okey" - Dian - Azad



Housemate Dian. Harris. Penuh dengan misteri sampai dian anggap harris ni gay. Tapi sangatlahhhhh caring. Lawak tengok harris dengan dian ni bergaduh sebab rumah, sebab megi asam laksa sebab kucing la. Memang tersangatlah ada chemistry si dian dengan harris ni haaa. 'Saya takkan minta awak peluang kedua, saya hanya minta satu peluang' - Harris - Dian


Dah terbanyak pulak aku mengomel pasal Istanbul Aku Datang. Can you feel this is just an awesome movie for this year? Gila woiii. Best sangat cite ni. Romantik, lawak, sedih semuanya in one movie. Mana nak cari semua tu dalam local movie? Yang import movie tak yah cakaplaa memang melambak. Ni local movie ni. Memang best la senang cite. Memang patut pun box office. Peh peh peh sekali lagi.

Excited sangat sampai habis aku tweet pasal Istanbul Aku Datang ni haa. Tambah lagi dengan update blog pasal Istanbul ni haa. Tak ke itu menunjukkan aku excited sangat? Hewhewhew.


Sape sape yang tengok tu bole la pegi cari link link yang free kat twitter tu. Istanbul Aku Datang still trending kott. So, cari je kat situ. Link kat youtube dah kena remove sebab ramai pulak orang excited yang duk share link tu pastu dah kena remove. Booo boo padan muka booo.


Okey la bagi korang yang memang duk tengok atau nak tengok tu happy watching uollsssss.


Kadang kadang orang yang kita sayang adalah orang yang akan menyakitkan hati kita suatu hari nanti


Bye!


p/s: Gambar semua adalah belas ihsan dari google. Sekian terima kasih


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...