July 23, 2012

KAHWIN AWAL

Tiap tiap hari aku online facebook. Dah memang kaki online. Nak buat macam mana. Tapi hari ni masa aku online, aku ternampak kat home aku ada satu video perkahwinan yang member aku share. Video Majlis Perkahwinan Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun)


Aku abaikan dulu video tu sebab masa tu tengah keje. Malas nak tengok bila tahap kelam kelibut busy dengan keje. So, lepas isyak tadi aku tengok full video dia. Boleh tahan banyak juga yang bagi komen tu. Ada positif ada negatif.

Frankly speaking, bila aku tengok video tu aku pun terkejut juga. Yelah lelaki baru 16 tahun tak ambil SPM lagi and girl pula baru 14 tahun PMR pun tak ambil lagi. Its like macam WOW! Mudanya diorang kawennnnn :O At the first place memang tu reaksi aku and mostly semua orang yang tengok video tu bereaksi yang sama dengan bermacam macam pendapat kat dalam kepala otak masing masing tu. Yeahh i know.

  • "Ish, budak ni muda lagi. Duk sekolah lagi. Duit pun harap mak pak yang kasi. Nak jaga anak dara orang tu nak bagi makan apa? Pasir?"
  • "Ni mesti kes dah gatai sangat nak kawen awal tak pun perempuan tu dah bunting. Nak cover line la tu"



Okey kat atas ni antara TOP 2 mentaliti orang orang sekarang TOP 2 ye TOP 2. Asal kahwin awal je mulalah pemikiran macam kat atas ni keluar. 

Bila tengok balik video tu, aku rasa macam terharu pulak. Yelah budak 16 tahun dah ada kesedaran dan berani pikul tanggungjawab sebagai seorang suami untuk lindungi isteri yang dia kahwini. Lelaki yang umur dah ke atas pun belum tentu berani nak pikul tanggung jawab ni. Still lagi berfoya foya, enjoy sana sini. Jujur, memanglah budak lelaki tu tak habis belaja lagikan. Duit pun tak de lagi nak kasi makan isteri tapi sekurang kurangnya dia berani nak bertanggungjawab mendirikan masjid dan melindungi orang yang dia cintai. Memang akan ada orang cakap "Alahh dengan tanggungjawab tu, bukannya boleh kasi anak bini kau makan pun, sekolah pun belajar tak habis lagi" Tapi sebelum nak cakap macam tu sekurang kuranya tolong la pikir dulu. Rezeki kat dunia ni datangnya dari Allah bukan dari kita. Kita ni siapa nak mempersoalkan rezeki Allah bagi. Allah dah tetapkan rezeki untuk semua hamba kat dunia ni. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. Inikan pulak manusia. Yang penting usaha.



Kahwin awal orang akan cakap kita gatal. Gatal nak kahwin sampai tak menyempat nak habis belajar. Bila kahwin lambat, orang akan cakap kita tak laku, memilih sangat la apa la. See? Nampak tak kat situ keadaan macam mana? Kahwin awal orang kata gatal. Kahwin lambat orang kata tak laku. Dah tu macam mana nak buat? Kahwin awal orang mengata, kahwin lambat orang tetap mengata. Sama je point dia. Kadang kadang sedih, bila tengok orang kita still lagi berpikiran macam ni.



Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kahwin awal sebabnya kahwin awal ni ada hikmah dan kepentingannya. Contoh kepentingan kahwin awal yang disebutkan dalam Shahih Muslim adalah hadis hadis dari Rasulullah SAW sendiri yang bermaksud

  •  "Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

  • Dari Umar al Khattab r.a., sesungguhnya telah berkata: “Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa.3

Kahwin awal ni hakikatnya banyak kelebihan. Kelebihan apa? Pikirla sendiri. Semua dah besar panjang.

  • Hadis Riwayat Ibnu 'Addi:
"Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku..."



Kalau tengok balik video perkahwinan adik Syafiq tu bole tahan meriah la juga kan. Dengan gotong royong satu kampung, kek bertingkat tingkat, ada persembahan puk amai amai lagi (tak tau nama apa), tukar baju, shooting sana sini. Boleh tahan meriah kann. Dari video tu, kita bole tengok yang mak ayah kedua dua belah pihak restu dan redha dengan perkahwinan diorang. Kalau tak restu takkan meriah cenggitu kan? Kalau perkahwinan diorang ni, mendapat keredhaan ibubapa sendiri, insyaAllah keredhaan Allah pun akan dapat. Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Itu kata kunci dia. InsyaAllah bahagia dunia akhirat. Dan kita, tak payah la nak pikir negatif, doa yang bukan bukan pulak.


Sebenarnya senang cite macam ni jela. Kahwin tu ibadah. Cuma cepat atau lambat kita akan tetap rasa nikmat perkahwinan tu. Yang dah dijodohkan pada usia yang muda tu Tahniah! Semoga bahagia dunia akhirat dan cepat dapat anak. Muehehehe. Dan yang tak kahwin lagi a.k.a jodoh belum sampai (aku la tu huehuehue), teruskan berdoa kepada Allah, jangan risau Allah dah tetapkan jodoh kita seawal kita berusia 4 bulan di dalam kandungan mak kita. Dont worry. Sentiasa berdoa kepadaNya. InsyaAllah one fine day jodoh kita akan sampai juga. 
GAMBAR GOOGLE JE

Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah dipetik kerana ia akan gugur ke tanah. epal yang berkualiti berada di puncak… memang sukar untuk dipetik. terkadang epal itu risau, kenapa aku belum dipetik, lantas ia merendahkan martabat dan menggugurkan martabat dan diri ke bumi. sedangkan Allah jadikan dia tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan didunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringinya

Andai kata adik Syafiq tu terrrrrbaca entry akak ni kan (wah tetiba akak pulak muehehehe) Akak doakan adik bahagia dengan isteri. Pedulikan kata kata orang sekeliling. Kita ni tak bole puaskan hati semua orang ye dak? Semoga berbahagia hendaknya. :D


Ok byeeee! 

July 21, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI. YUK PUASA YUK!

Ramadhan datang lagi. Yeayyy! Alhamdulillah diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ni :')


Aku start berpuasa sejak umur berapa tak ingat lah kannn. Zaman kekecik dulu. Umur 6 ke 7 tahun kalau tak salah. Dulu kekecik puasa, tak de la puasa full 30 hari. Mesti ada kantoi juga hari tak puasa. Masa kecik kalau mak abah nak didik kitorang adik beradik puasa, mesti akan kasi ganjaran. Macam sehari puasa dapat seringgit. 30 hari dapat la 30 ringgit. Duit kannn. Semua sanggup, gigih puasa ni sebab nak duit. Pandai mak abah aku rasuah aku puasa dengan duit. Wakakakaka. Zaman sekarang ni, tak dela lagi sehari seringgit. Sekarang paling koman, kalau puasa full dapat 100 ringgit. Wuuu. Makin lama makin naik ganjarannya. Untung bebudak zaman sekarang :')


Kenangan #puasakecikkecikdulu on myTwitter. Mostly semua penah buatkan? Muehehehehe

Kalau puasa, bagi aku wajib ada kurma, ada murtabak ke puding roti ke karipap sardin (salah satu jo). Hak alohhh tu je? Tak special langsung menu wajib berbuka kau ienaaaa. Booooo... Memang tak special pun menu tu. Yelah bulan tak puasa murtabak ke karipap sardin ke puding roti ke melambak je jual kat pasar malam tu haaa. Tapi masa bulan tak puasa, aku tak beli pun semua tu. Pandang pun tak apatah lagi nak jeling (berlagak). Bila bulan puasa ni haa baru terkinja kinja pegi bazar ramadhan yang maha banyak dengan makanan tu untuk mencari salah satu tu tapi mesti yang paling enak sekali. Kiranya, bulan puasa adalah bulan istimewa untuk makan makanan yang aku sebut tadi. Konsep aku dengan makanan tu senang je. Bulan tak puasa = makanan rasa biasa je tak de special. Bulan puasa = makanan  tu rasa sedap macam special paling sedap paling enak sekali. Fahammm dah? Wahahaha.


Sebenarnya banyak yang best masa bulan puasa ni. Walaupun bulan puasa ni kita kena berlapar masa siang. Tapi masa malam kita bole makan juga kannn? Paling best, bulan puasa ada terawih, ada malam lailatulqadar. Itu yang istimewa bulan Ramadhan. Lepas tu time bulan puasa la, segala jenis kurma akan habis dengan lakunya. Tambah lagi kurma yusoffffff taiyoobbb *bisik bisik


Kurma paling femes di abad ini. Yusuf Taiyoob *bisikkkk. Gambar google je.


Disebabkan hari ni dah start berpuasa. Aku nak ucap lah SALAM RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA dekat semua. Selamat berpuasa uollsss. Jangan lupa niat puasa, jangan lupa bangun sahur. Jangan lupa pegi terawih. Semoga Ramadhan kali ni akan lebih diberkati yooo. Amin :D
I'm gonna celebrate my Ramadhan and my Raya with this litte cute girl. Excited yawwww! :D


Okey nak pegi kedai beli kuih. Nanti kuih feveret habis. Nak tolong mak masak berbuka lagi. Ok uolsss. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasaaaaa. Berbukalah dengan penuh sederhana. Jangan tamak yoo :D


Byeeee!





July 14, 2012

KEMAS MENGEMAS

Tengok tajuk pun dah bole agak apa yang aku nak update.

So, dalam akhir bulan 5 lepas, mak aku plan nak renovate rumah. Kononnya nak besarkan ruang tamu kat rumah ni. Senang dak aina nak meluncur dengan walker dia dari dapur zrooom sampai ruang tamu. Aku pun bajet la lambat lagi nak renovate mebi lepas raya ke tahun depan ke renovate. Tup tup awal bulan 6 mak aku dah panggil orang ukur apa semua. Pastu dah datang pepecah dinding. Ketung ketang. Bunyi drill tu tak payah cakap. Benak kepala otakk.


Bila dah pecah dah kecah semua rumah berhabuk, berkecah. Dah macam pelarian aku rasa. Nan ado nak duduk bawah. Semua bertapa kat bilik je. Makan pun dalam bilik. Boleh bayangkan keadaan rumah yang dah macam tongkang pecah tu?

Ini nama eh rumah padang jarak padang tekukur. Hidup sogan mati tak mau macam ni la goman eh rumah kena la nina.


Genap sebulan dah siap renovate ape semua. Dah renovate kena mengemas. Ini part aku paling lemah. Even bilik sendiri pun macam kapal selam nak terbalik apatah lagi nak kemas satu rumah yang memang sedia berhabuk berkecah ni? Tapi nak tak nak kena lah tolong kemas. Dah la harap dua kerat perempuan je dalam rumah ni (aku & mak) nak mengemas. Kenalah pepandai hidup kan.


Aku mengaku aku bukanlah jenis yang rajin mengemas. Aku sangat pemalas nak mengemas. Mak aku sendiri pun tak penah nak berhenti membebel suruh kemas bilik tapi aku pekakkan telinga buat macam tak taw. Boleh tahan tebal telinga aku ni ha menahan bebelan tanpa henti seorang emak.


Akak ofis aku sendiri cakap, 'dak ina kalau kawen, kena cari lelaki yang rajin kemas, sebab nanti kalau dedua malas berkecah rumah kau dik cm no kau nak duk umah cm tu gayo eh?' Kahkahkah. Even akak ofis kak aisyah dengan kak fara pun dah kenal sangat dengan perangai aku ni. Kalau nak kemas kat ofis tu, aku nak kena bersuruh sebab tak geti nak buat apa. Ramai orang yang kemas sampai tak tau nak kemas apa lagi. Kang buat tu salah, buat ni tak kena. Makanya, tunggu arahan dari rakan seperjuangan kakak kakak ofis. Muehehehe.


Tapi tapi semalas malas aku nak mengemas bila mood mengemas aku datang, memang tak payah bersuruh la. Memang aku buat je. Sebagai contoh, minggu lepas aku kemas bilik. Siap pakai mask sebab habuk maha dasyatttt. Nama pun bilik perempuan, mesti penuh dengan rambut rambut gugur yang bersepah berkeliaran kat lantai tu. Kalau kutip tu konfirm dapat buat rambut palsu satuuu. Wakakaka. Dah kemas semua, bersih okey bilik aku. Lantai ni haa licin, siap bersapu, mop, kilat lagi. Kau mampoo? Haaa kemahen kau rajin kannn  (Boo iena boo ...) 


Bila bilik dah kekemas ni kekonon cantiks ni kan, rasa cam semangat je masuk bilik sendiri. Semangat nak tido pun ada lagi menebal nebal dalam diri ni haaa. Siap tak tutup pintu bilik kadang kadang kekonon nak tayang bilik i dah cantiks uollss. Mak pun sengih sengih tersenyum bangga. Wakakaka. Aku sendiri syak dan bajet dengan yakinnya bilik aku ni akan kemas sampai raya nanti laa sebabnya nanti nak raya tak yah nak kemas sangat. Kemas sesikit je. Emang dasar pemalas lohhh 


Baru kemas memang la kosong bersih susun elok je. Cuba kalau tak kemas, getah rambut tu pun MIA taww. Meja solek aku memang cm ni goman eh. Nan ado make up bebanyak tuu. Yang ada pun bedak compact pixy ngan perfume. Itu jola yang eden pakai pung.



Aku teringin nak gantung gambar gambar kenangan terindah macam ni kat bilik aku. Kreatif kannn? Aku tengok love rain la yang hero dia pi gantung gambar awek eh macam ni. Dah terpengaruh. Tapi tak letak gambar pakwe, kite letak gambar kawan kawan family ngan dak aina je. Memang nak buat, tapi tunggu lahh. Sebelum raya mungkin? (doa doa la aku rajin. Amin)


Ok bai! Have a nice day uollssss :D

July 3, 2012

First time jumpa artis korea live depan mata.

Sejak aku berblogging ni, memang aku rapat gila dengan sorang blogger yang ibaratnya memang wajah artis korea fevret aku, Park shin hye tuuu. Muka saling tak tumpah. Sebijik samaaaa. Tak payah susah susah nak buat plastic surgery bagai. Sekali pap! Muka korea terus. Anugerah tu anugerah. Muehehehe.

And mostly semua taw sape blogger yang aku maksudkan. Beliau yang dimaksudkan adalah .......


PAP!

PAP!

PAP!

Ye Betul.




Kenal sejak tahun 2010 sampai sekarang. Kenal memula macam biasa tapi lepas tu makin lama makin rapat. Aku sendiri dah anggap dia macam kakak. Ingat senang nak kenal then rapat dengan orang yang kita tak penah jumpa? Susah kottt.

 Sebenarnya, aku nak bagitaw yang aku dah jumpa dengan kak kila tuuu. First time jumpaaa retis korea depan mata in love hokeyhhh. Tu yang semangat kemain. Wakakaka.

Dia datang honeymoon kat Melaka. Sanggup kot. Dah la sanding dia, aku tak dapat datang. Pastu dia datang sini, aku tak jumpa? Memang tak laaa kalau tak jumpa. Peluang tu peluang. Peluang nak peluk cium mmuah cit cit.

20/6/2012, akhirnya aku jumpa dia wehh. Ya Allah macam tak percaya dapat jumpa:') Siap bawak ofismate kesayangan, kak Aisyah jadi peneman.


Kak kila bagitaw aku yang dia overnight kat Hotel Puri. Aku taw hotel puri tu kat area jonker walk tapi tak taw celah mana the exact location of hotel puri. And kak Aisyah la penyelamat aritu. So, pusing punya pusing, dari jauh aku nampak abg krol sebab dia tinggi. Pastu baru nampak kak kila dengan rambut tocang kuda dia. Sekali berhenti tepi jalan, aku buka tingkap jerit 'akakkkkkk!'. Nasib dia pandang dan cam aku. Kalau tak pandang, memang malu aku. Tutup tingkap terus blah je. Muahahaha!

Ni lah hotel puri yang kak kila stay. Harga tak taw. Korang bole tanya kak kila rate bilik kat hotel ni. Tapi hotel ni memang cantik. Selesa ke tak tanya kak kila sendiri.


This kak kila's room. Muehehehee

Ni lah kak Aisyah ofismate yang banyak tolong aku. Thanks kak. Mmmuah cit cit! :*

Time ni tengah tunggu Kak Kila dengan abg krol siap kat hotel. Sementara tunggu tu kitorang pun bajet macam pelancong juga. Padahal dedua orang melaka jeee.




Malam tu kitorang (aku dengan kak Aisyah) bawak kak kila dengan abg krol round round Melaka jela. Melaka kecik, mana ada apa. Bawak makan kat asam pedas claypot tuu, naik cruise kat sungai melaka tu, naik menara taming sari tuu, pastu lepas mamak makan roti nan tuuu.




Masa ni naik river cruise tu. Muka gembira je bila nak bergambar tapi hakikatnya serius bapakk bosan gila. 45 minit menjelajah sungai melaka tu gila bosan. -___-' Inilah first time and hopefully last time aku naik. Memang bole terlelap naik bot tuuu. Nak naik ada tiket. Dewasa 10 ringgit. Kanak kanak tak tau pulok sebab tak bawak anak time tu. 
 


Ni sungai melaka. Melaka malam malam memang cantik sebab diorang pandai main lampu. Kekonon feeling i-city laa tapi ini version melaka punyaa. Kahkahkah.




Ni kat menara taming sari. Tinggi tak tinggi sangat laa. Biasa je. Nampak la juga area Melaka tuuu. Bila bebola ni pusing pusing kiranya bole la nampak semua 360 darjah area Banda Hilir tuuu. Adala dalam 15 minit benda tu pusing pusing. Ni pun ada tiket. Harga standard. Sama harga macam river cruise tadi. Aku prefer ni dari river cruise. *Angkat angkat kening

Itu dia pasangan sejoli secucuk sepadan se semua laaa tengah kusyuk tengok bandar melaka dari atas.


Lepak mamak. Ada kedai mamak baru 24 jam baru buka kat area melaka raya. Roti nan dengan ayam tandori dia sedap wehhhhh. Roti dia lembut je, ayam pun sedap. Nak pegi lagi ahhh.


Dan tepat pukul 11 malam, mak aku kol. Tu tandanya kena balik la kan. Dan itu tandanya kena hantar kak kila dengan abg krol balik hotel. Nak berpisah dahhh. Sobsobsob.


Depan hotel pun jadi. Eh. Aku tinggi lagi laaa. Ngehngehngehh.:p




Semoga berbahagia akak dengan abg krol! Cecepat dapat baby taw. Muuah akak cit cit. :*

Entry ni punya la lama aku nak update entry ni. Lama tau sampai aku ngelat masa keje aku sebab nak update blog. Nasib la bos tak de. Boleh mengelattt. Muaahahaha! Okey jahat. Bawak bawak bertaubat iena -__-"


Itu jela nak story mory. Eh akak! Thanks taw dekat akak ngan abg krol sebab honeymoon kat sini. Bole jumpa. Dan thanks juga kat kak Aisyah sebab teman kite. Lupa pulak, kak Aisyah pandai jahit manik tau. Kalau nak order, jahit manik bole tempah kat kak Aisyah or terjah blog or fb manik dia, AD BEADS


Ok bai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...