July 29, 2010

.Nak privatekan blog bole tak?.

Hai korang korang semua!


Tengok la tajuk entry aku. Nak privatekan blog bole tak? Aku nak taip sesuatu yang emo yang aku alami sendiri. Memang sentap wei. Hati meronta ronta tangan menggigil gigil nak taip pasal kisah itu kat blog. Tapi aku taw dia dia dia dan juga dia mesti baca blog picisan aku ni. Macam mana ea? Rasa nak privatekan je blog ni. Huhuhu.


Apa pendapat korang?


Okay babai!


p/s: Entry kali ni teramatlah pendek sebab kejar masa kot dan sory tak sempat nak blogwalking. Busy dengan fyp la sayang. Wish me luck!


July 27, 2010

.Maaf, blog Cik Ieyna akan makin terabai.

Hai korang korang semua!


Masa aku taip entry ni, mata aku ni dah mengantuk gila gila dah ni. Memang banyak syaiton yang berkelah atas mata aku ni. Syaiton tu nak suh aku tido. Tapi aku tahan jap tahan jap celikkan mata nak taip entry ini. Gagah ni wei.


Korang, sebenarnya aku dapat rasa yang blog ni akan makin terabai tak lama lagi. Ye, betul. Perlahan lahan aku dah start busy. Kelas aku dah start dah. Tak de dah nak cancel cancel macam dulu lagi. Tak de dah lecturer lecturer nak rilek goyang kaki, semuanya dah aktif lepas makan biskut tiger cicah dengan milo panas. Tak de dah tangguh tangguh nak antar assignment. Tak de dah nak ronggeng ronggeng selalu dekat blog purple kesayangan ni. Tak de dah korang nak dengar Cik Ieyna Bersuara lagi. Sedih tak sedih tak? Cis macam la ramai sangat yang nak baca blog aku ni T___T

.Time jumpa lecturer pun sempat kau nak tangkap gambar.
Muka budak ni sentiasa nak minta penyepak -_-


Kalau korang rindu kat blog Cik Ieyna Bersuara ni selalu selalulah jenguk kat sini. Acecece konon aku terbajet hot la? Hahahahaktuih!


Okay babai!


p/s: Tetiba terpikir untuk memprivatekan blog.

July 25, 2010

.Otak ada, jangan letak kat kepala lutut!.

Hai korang!


Korang korang jom tengok pic kat bawah ni.


Dah tengok?


So, macam mana?


Apa perasaan korang bila tengok baby yang tak bersalah ni menjadi mangsa? Sedih, geram, marah semua bercampurkan? Yeap! Aku pun rasa macam tu. Serius, aku cakap yang orang sanggup buat macam ni memang letak otak kat kepala lutut.


Apa lah dosa baby yang kecil yang lemah tak berdaya ni. Sampai pegi buang merata rata macam buang anak patung. Gila arh sapa yang buat macam tu. Dah masa bercinta pandai plak nak romen romen tak ingat dunia. Pastu dapat anak pegi buang kat tong sampah la pegi tanam la pegi letak kat mangkuk tandas la. Gila wei gila! Kalau tak nak anak tu sekali pun pegi la letak kat depan umah org ke, kat surau ke, masjid ke. At least baby tu masih lagi bernyawa dan bole hidup.


Anak luar nikah ke SYURGA Anak kandung ke NERAKA


Allah bagi kita akal untuk membezakan manusia dengan binatang. Tapi bila kes macam ni selalu berlaku tak de bezanya manusia dengan binatang. Akal untuk berfikir mana baik mana jahat. Pandai pandai la guna.


Okay babai!


p/s: Zaman sekarang ni macam macam benda jadi -_-


July 23, 2010

.Eleh, kau pun hipokrit lah!.

Hai semua!


Penah tak korang tanya kawan kawan korang manusia yang macam mana yang diorg benci? Dan jawapan yang diberikan mestilah 'Manusia yang hipokrit!'. Aku konfirm la wei dalam setiap jawapan mesti ada pasal Manusia hipokrit ni. Wa berani jamin bai! Sebab wa pun selalu bagi jawapan macam tu dan korang pun mesti bagi jawapan macam tu. Wa tau wei wa tau. Hahaha!


Bila korang bagi jawapan tak suka 'Manusia yang hipokrit' penah tak korang terpikir yang korang pun kadang kadang hipokrit juga? Penah tak penah tak? Aku penah wei. Aku selalu pikir aku ni dah la tak suka 'Manusia yang hipokrit' tapi aku pun hipokrit juga pastu bole pula tak suka 'Manusia yang hipokrit' nih kan. Ish ish ish, sangat tidak patut (sambil geleng geleng kepala)


Tapi aku hipokrit bertempat, ikut keadaan dan masa juga la wei. Apa ke gila aku nak hipokrit sepanjang masa? Tak best wei. Tak nikmat hidup nak hipokrit bagai nih. Tak jadi diri sendiri bila hipokrit nih! Sangat tidak nikmat ye kawan kawan.


Bagi aku, hipokrit ni bila perlu je. Macam nak jaga hati someone ke. Nak rahsiakan sesuatu ke. Ye, kekadang hipokrit itu perlu juga. Jangan selalu hipokrit sudah kang orang menyampah baru nak terngadah!


Aku tak bape suka sangat orang yang terlampau hipokrit ni. Asyik nak hipokrit sesaja! Tak de faedah pun nak hipokrit hipokrit nih. Menambah kebencian ada lah. Baik jadi diri sendiri lagi bagus kan ;)


Okay lah babai!


p/s; Asal ada blogger blogger lain duk banned ip address aku? Aku ada wat salah ke? Musykil aku nih. Kalau ada wat salah tolong bgtaw ye. Kita bole berbincang ye kawan kawan.

July 22, 2010

.Hey,aku tak suka kau lah!.

Hai korang!


Korang korang, aku nak tanya ni.


Apa yang korang buat kalau tetiba je korang diserang diterjah dikejutkan dengan sapaan face to face yang kurang ajar yang macam nak cari gaduh tu lebih kurang macam ni


Hey, aku tak suka kaulah!

Hey, aku benci kaulah!

Hey, aku meluat dengan kaulah!

Hey, hey, hey aku tak percaya cintaaaa. Erk! Tetiba je :p


Okay, apa yang bakal korang buat?


A. Balas balik dengan kata kata kesat dan maki makian
B. Cakap balik 'aku pun tak suka kau' dengan muka yang kerek!
C. Marah marah dia sebab cari pasal dengan korang
D. Tersentap 3 minit. Buat bodoh, pandang muka dia then blah.


So, korang akan buat apa?


Kalau aku, aku pilih jawapan D. Hahaha. Op kos la wei aku sentap tersentap dan menyentap bila tetiba je ada orang terjah aku face to face cakap 'Hey, aku tak suka kaulah!'. Wuuu. Sentap bai. Sentap 3 minit je. Itu paling kejap la. Kalau sentap paling lama ada la sejam. Huish! Tengok je muka aku macam ganas tapi dalam hati ada garden :p


Actually kan aku selalu pkir, macam mana la tetiba je ada orang bole pegi terjah pastu cakap depan depan 'hey, aku tak suka kaulah!'. Ish, susah wei nak terus terang. Kena jaga hati banyak pihak.


Lagi 1 aku pikir, sebelum nak cakap tak suka kat orang ni tak suka kat orang tu baik kita pikir dulu ramai ke orang yang suka kat kita? Entah entah lagi ramai orang yang tak suka kita. Lagi susah woo. So, sebelum nak pegi terjah orang, apa kata pikir pikir la dulu ea. Kang sebab mulut badan binasa lak kan?


So, korang pula macam mana? Kalau kena terjah macam tu apa yang korang buat? Hehehe.


Okay babai!


p/s: Kalau korang tak suka kat someone pun tak yah la terus terang sangat dengan dia. Berlapik la sket. Berkias kias ke. Kalau tak paham juga, buat bodoh je tak yah layan.




July 20, 2010

.Semangat yang hilang.

Hai semua!


Korang korang, semalam aku dah start kelas. Tapi kelas aku cancel. Hehehe. Dah 2 bulan lebih aku bercuti menanam anggur, akhirnya start juga semester baru. Aku dah final year wei tahun ni. Dah senior dah aku. Its semester five baby semester five! Gila wei, sem 5 aku kena buat Final Year Project (FYP). Aku dah rasa nak terkincit ni ar bila dapat taw tajuk fyp aku.


MICROBIAL CONTAMINATION IN HERBAL MEDICINAL PRODUCTS


Ye kawan kawan, itulah tajuk fyp aku. Mak aih, aku dah gabra dah cuak dah panik bila dapat tajuk tu, padahal aku yang pilih tajuk tu. Aku tak ready apa apa lagi ni ar. Satu preparation pun non ado wei. Nak kena run experiment sorg sorg. Buat report, present lagi. Menangis aku wei. Sem ni juga aku kena survey dan apply tempat tempat praktikal untuk sem depan. Banyak keja woh banyak keja! -_-


Entah apasal tah, aku rasa sem ni macam tak best. Bukan macam tak best tapi memang tak best. Tak de semangat wei! Alahai, mana tah hilang semangat aku. Saja je semangat aku tu, time aku perlukan dia, time tu juga dia tak de dia hilang. Semangat datang la kat aku balik. Aku memerlukan kau semangat. Kang aku nangis kang! T___T


Korang korang semua, kasi semangat kat aku pelissss. Nak hadapi sem yang memenatkan ni. Rasa down down down pun ada ni ar. Rasa nak nangis pun ada ni ar. T____T


Okey lah babai!


p/s: sesapa yang ada maklumat pasal tajuk fyp aku bole share share dengan aku. Sharing is caring ;)

July 19, 2010

.Movie Mantra dan Chicken Rice Shop.

Hai korang!

Weekend ni buat apa je?

Aku ada benda nak story telling ni. Meh le baca. Hihihi ^^


Hari Sabtu tu aku hang out dengan kawan sek men aku. Dia datang dari KL. Stay kat umah aku. Tu yang bawak dia jenjalan Melaka ni ar. Ceh, padahal tak dela jalan mana sangat. Just bawak dia pegi tengok wayang, jenjalan kat kota a famosa tu. Tu jela kot. Kitorang tengok wayang cite Mantra. Bagi aku, bole la. Yang penting tak banyak sangat part part yang terkejut, mengejut, ataupun dikejutkan. Dan yang paling penting, aku tak dela nak terjerit jerit tengok cite ni. Kalau tak, pantang je tengok cite seram mesti aku jerit dah macam kena histeria. Padahal sound effect je lebih, hantu tak keluar pun. Haish. -_- Eh eh, cite ni lucah sket. Umur 18 tahun ke atas je bole tengok. Kalau tak caya cuba baca kat SINI.


Sebenarnya, aku malas nak cite panjang. Korang tengok jela gambar yang ada ni ea. Acecece wat macam tak besa pulak. Scroll la sendiri.

.Muka harus di touch up terlebih dahulu ye.


.Acecece, dah macam iklan colgate pulak. Senyum! :)

.Pergh, kaler baju aku bole TER-sama dengan kaler rumput ituuuu.-_-

.Mak aih, tak senonoh betul duduk macam tu. Anak dara mana la nih. Ish ish ish.

.Berehat sebentar bersama sama kusi Gintell. Tapi kusi ni rosak kot time ni. Aku masukkan duit konon nak try tapi tak masuk pun. Ciskek!

.Cewah, muka aku berseri seri sebab nak tunggu makanan bai. Lapar woi lapar!

.Kawan aku pun berposing sementara nak tunggu makanan. Opss. She is single acecece promote nampak.

.Yeeeha, makanan dah sampai. Tangan yang pegang garpu tu semestinya tangan aku. Tak sabar woi nak makan. Lapar nih. Bismillahirrahmanirrahim.

.Gendang perut tali kecapi. Kenyang perut suka hati.
Muahaha!

Dah tengok semua?


Okay babai!

p/s: Aku tak de mood nak belaja balik ni. Haih! Cm ne ni? -,-


July 16, 2010

.Kenapa kau tak reti bersyukur wahai perempuan?.

Ye, memang aku tengah marah sekarang ni. Aku marah dan geram dekat sorang perempuan ni. Bagi aku, perempuan ni macam tak tau bersyukur la. Nak taw perempuan tu sapa? Haa. Ni dia!

**

**

**

**

**

**

Bella Swan



Aku tak puas hati betul la dengan perempuan ni. Rasa menyirap je darah bila tengok movie Eclipse tu. Haih, panas hati woi panas! Asal la dia ni tamak kan. Dah la dedua lelaki hot dia nak. Si Edward dengan si Jacob tu ha. Eh eh. Asal aku ter'emo' je ni?-,- Memang aku emo pun bila tengok Bella macam tu. Dari New Moon sampai ke Eclipse. Dedua dia nak sapu. Haih. Mana bole tamak tamak. Pilih 1 sudah.

.Amiklah yang belah kiri tu woi.


Yang aku tak pahamnya kan, Edward tu sangat la protective dekat Bella. Sanggup kau jaga Bella. Teman dia tido apa semua. Heh, ingat senang nak dapat laki macam tu? Tapi yang Bella ni nak mengendeng dengan Jacob plak. Aiyoyo amma appa! Apa sudah jadi? Haa. Lagi satu, part yang tak bole blah, time Bella cemulot dengan Jacob tu. Dah la cemulot dengan penuh feel masyuk layan sungguh dekat depan si Edward tu. Pergh, wa rasa macam nak pi masuk dalam movie tu nak pelempang sket muka Bella. Aku emo la bila tengok Bella buat macam tu kat Edward. Aku team Edward taw wei. Sapa lagi team Edward meh meh nak sep sikit.

.Ke'emo'an aku ketika berfb dengan kakak serumate ku dulu. .Fokuskan kepada yang bertanda star itu.


Urm..overall cite ni best juga. Tapi banyak sangat part cakap. Actionnya seciput je. Huhuhu. Aku taw mesti ramai perempuan rasa geram dekat Bella tapi saja tak mau tunjuk sebab di kaburi dengan Edward dengan Jacob yang hot itu kan? Sebab since dari Twilight, New Moon sampai ke Eclipse selalunya perempuan yang tengok. Acecece, tak mau ngaku pula. Tak pe tak pe aku taw. Muahahaha!


Okey babai!

p/s: Aku pun tak taw nape aku ter'emo' sangat bila tengok Eclipse ni. Padahal movie je kot. Dah pengarah suruh wat mcm tu. Tapi aku emo gak ni. Haih! -_-

July 15, 2010

.Hindustan ooo Hindustan.

Ehem ehem.


Korang korang, korang minat cite hindustan tak?


Akukan memang minat sangat cite hindustan. Tambah tambah lagi cite hindustan yang sedih sedih tangkap leleh ni (semua cite hindustan sedih kot). Aku minat hindustan since sekolah rendah. Dalam darjah 2 kot kalau tak salah aku. Pergh, time tu cite Kuch Kuch Hota Hai memang famous! Aku bole tengok cite tu berulang kali sampai video tape rosak (time tu ada video tape je, vcd tak de lagi). Asal aku tengok je, aku nangis. Asal aku tengok je, lagu dia siap aku hafal wei. Kekadang tu step tarian pun aku hafal. Pergh. Memang obses gila. Time tu aku dah minat Shah Rukh Khan dengan Kajol dah. Memang pasangan sesuai :)




Klik la link di sini kalau nak tengok klip video yang best!

Kuch Kuch Hota Hai 1

Kuch Kuch Hota hai 2


Dalam banyak banyak cite hindustan kan, aku paling minat Kuch kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Kalau tengok dua cite hindustan ni pergh, mata merah semedang wei. Menangis sesaja! Sedih je aku tengok. Touching touching. Isk isk isk. T__T


Tapi sekarang ni, cite hindustan makin mengarut. Hero pun dah lain. Banyak yang tak reti berlakon. Harap muka jela hensem. Tapi bakat tarak! -,- Kekadang tu aku tengok juga bila dah tak da cite kan. Tambah tambah lagi kat channel zee tv ngan B4U kat astro tu. Cite hindustan yang tak best tu jela yang berulang ulang banyak kali. Yang best best meletup tak mau pula nak ulang ulang. Haih!


Korang pulak macam mana? Minat ke tak? ;)


Okay babai!

July 13, 2010

.Pentingkah jumlah follower?.

Tengok tajuk kat entry ni macam bajet bagus je kan. Tapi tu bukannya maksud aku. Aku just nak minta pendapat korang, 'Pentingkah jumlah follower dekat blog kita?'. Aku dah penah bgtaw pandangan aku kat Sini. Sekarang, apa kata korang lak kasi pandangan dan pendapat. Meh le kita sama sama berkongsi pendapat ye adik adik abang abang kakak kakak yang disayangi. Sharing is caring kan ;)

So, apa kata korang

Pentingkah jumlah follower dekat blog kita?

.Pinjam burung twitter jap.^^


Okay babai!


p/s: Pendekkan entry aku? Tak cecah lantai. Sila tepuk tepuk tangan! Hahaha! ^^

July 12, 2010

.Saya seorang Puteri Raja.

Hai korang!



Cuba korang tengok tajuk entry ni 'Saya seorang Puteri Raja'. Ye ye, aku memang puteri raja. Puteri raja mana? Puteri raja Kaporrr! Bhahaha. Tak dela wei. Aku mana ada kaitan dengan raja raja bagai nih. Aku biasa biasa je macam korang semua :)

Sebenarnya, aku selalu cakap 'Saya seorang Puteri Raja' dekat mama dengan abah aku sebab aku seorang je anak perempuan dalam family dan aku yang paling bongsu. Teeehehehe. So, aku selalu cakap 'Saya seorang Puteri Raja' sebab hidup aku dikelilingi dengan 3 orang abang yang dah besar dan bakal berkahwin pun tak lama lagi.


Bila jadi seorang anak perempuan dalam family dan dikelilingi oleh 3 orang abang memang best! Tapi sayangnya aku tak de kakak -_- Aku selalu berangan nak ada seorang kakak sebab bila ada kakak ni bole la aku nak share share cite share share problem bagai. Tapi tak pe, aku bakal mendapat 2 orang kakak ipar hujung tahun ini. Even aku berangan nak ada kakak, tapi aku tak nak ada adik sebab aku tak nak sesapa ambil takhta aku sebagai anak bongsu. Hahaha. Keji wei perangai aku. Kawan aku penah tanya nape aku tak nak adik. Aku cakap la kalau aku ada adik, nanti aku akan jadi kakak yang paling kejam sekali sebab selalu dera adik sendiri. Yela, cuba bayangkan dah 20 tahun kau jadi anak bongsu tup tup dapat adik. Apa yang kau rasa? Hahaha. Kalau aku konfirm aku jeles! Kang mesti aku pikir aku tak dapat perhatian mama dengan abah lagi. See, sampai macam tu sekali aku pikir kan. Hehehe. Kejam betul. Tapi, kalau anak buah tak pe. Aku akan menjadi maksu yang paling baik dan paling comel sekali ok.


Even, aku ni berangan nak ada kakak la apa la tapi aku memang bersyukur sebab dapat 3 orang hero yang sanggup melindungi 'Puteri Raja' nya. Hahaha. Aku nak pegi bank pun abang aku drive dan escort kan. Nak pegi kedai pun, pegi dengan abang aku. Nak makan pun, makan dengan abang aku. Nak makan sedap sedap, minta dengan abang aku. Nak tengok bola, tengok dengan abang aku. Nak bergaduh pun, bergaduh dengan abang aku. Semuanya dengan abang aku la. Dan aku sangat sayangkan 3 hero aku dengan mama dan abah :) Korang pun mesti sayangkan family korang kan? Apa apa pun bersyukur dengan apa yang ada ;)




Okay babai!


p/s: Ada sesapa nak jadi kakak dengan adik aku? Dont worry. Aku baik. Bhahaha!


July 10, 2010

.Kenapa korang berblogging?.

Hai semua!
Kata encik Pluffy (bear) itu.

Korang korang, aku nak tanya ni.

'Kenapa korang berblogging?'

'Kenapa korang berblogging?'

'Kenapa korang berblogging?'


Okey dah. Cukup 3 kali aku tanya. Sebelum korang jawab, meh aku bagi jawapan aku dulu. Teeehehehe.

Aku berblogging ni sebab best! Hahaha. Jawapan aku macam budak budak je kan. Teehehe. Aku berblog ni sebab aku minat plus aku pun bosan sama. So, nak dijadikan aku pun start la berblog. Masa mula mula start blog ni serius aku tak de asas pun pasal blogging, blogger, blog apa semua ni la. Aku tak taw apa apa. Aku tak taw blogwalking tu apa. Nuffnang tu apa. Semua aku tak taw la. Tapi makin lama, aku makin tahu lepas aku baca blog blog famous dan blogger blogger tegar.


Dulu kan, masa aku start berblog ni, aku duk pikir juga macam mana nak tarik follower ramai. Tapi lama lama aku dah tak kisah pasal follower sebab bagi aku kalau follower ramai tapi yang jenis follow tak ikhlas lebih kurang 'i follow u, u follow me back' baik tak yah follow. Kalau follow setakat nak kita follow balik baik tak yah wei pastu bila kita tak follow mula la nak unfollow balik. Acececece, amma! bole pula macam tu ea? Bukannya kau concern pasal peng-update-an blog yang kau follow tu. Kalau follower kau ramai tapi tak de sapa baca entry kau tak de gunanya follower kau tu. Dan aku pula jenis yang follow blog yang aku betul betul suka je. Yang bole buat hati aku terpikat dan melekat dengan blog diorg tu. Dan yes! kalau aku dah follow, aku akan ikut segala update update blog tersebut.


Dengan berblog juga, aku dapat menambah bilangan kawan kawan aku. Even dengan berblog je, tapi aku dapat je cari kawan, dapat je share pengalaman dengan orang lain. Even aku tak penah jumpa kawan kawan blog tersebut dan hanya contact through blog je tapi tu tak jadi masalah pun untuk berkawan. Dan yes! berkawan dengan mereka memang membuatkan aku gembira. Mereka sentiasa bagi semangat, pandangan dan pendapat. Dan aku sayang mereka. Mereka itu Eykameow, Eny, Kila, Tembume, Fyka, I.Hazwani dan ramai lagi yang tak dapat aku listkan disini. Aku tak sombong. Korang bole je tegur tegur aku kat blog atau fb atau pun formspring aku :)


Ala, senang cite aku berblog sebab aku minat dan puas sebab aku dapat share pengalaman dengan orang lain. Aku dapat berkawan dengan kawan kawan baru yang baik. Aku dapat belaja ilmu limu coding html. Ingat senang ke nak edit edit blog? Kena godek godek coding html wei. Kalau tak tau memang blog jadi lingkup bai. Haaa, lagi satu. Kalau nak berblog ni, kena ada mood, ada feel, ada jiwa. Baru kuar cite yang best best meletup kebabom! :)


Korang pulak macam mana? Kenapa korang berblogging?

Okey babai!
Kata encik Pluffy lagi :)

July 8, 2010

.Luahan perasaan yang sangat sadis!.

Ehem ehem.

Disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kat semua yang bagi pandangan dan pendapat kat entry ini. Segala pandangan dan pendapat amat saya hargai. Acecece, ada gaya macam orang penerima anugerah tak? Tetiba je kan menggunakan perkataan 'saya'. Bhahaha!


Okey, okey. Disebabkan korang korang bagi pendapat dan pandangan kat entry ini, aku pun nak bagi pandangan aku juga. Sebelum tu meh la kasi aku berstory telling kat korang pasal pengalaman aku yang menjadi perempuan chubby ini. Tehehehe.


Dulu dulu zaman sekolah rendah dalam darjah 6 ala zaman zaman menuju keremajaan dan akil baligh ni, kawan kawan lelaki sekolah aku suka ejek 'Gajah, gajah, doraemon, doraemon'. Pergh. Sadis wa cakap lu. Tersentap jiwa raga aku ni bai. Time tu meleleh air mata menangisi nasib diri. Sedih ooo bila orang ejek ejek kita ni. Time tu badan aku membesar macam di pam pam. Tu yang kena ejek 'gajah gajah, doraemon doraemon'. Bila kena ejek haruslah aku marah. Tapi bila aku marah lagi aku kena ejek. Pastu aku mesti nangis. Isk isk isk. Sedih bai! T___T Kiranya aku kena psiko la, dah la time tu aku UPSR. Sabar jela wei.


Bila dah habis sekolah rendah, aku masuk sekolah menengah pula. Nasib baik, aku sekolah perempuan semua. So, aku tak de psiko psiko lagi dah. Kawan kawan sekolah menengah pun banyak support aku. Tapi dalam hati, haruslah aku cemburu bila tengok kawan kawan yang kurus. Yang pakai cantik cantik kan. Tapi dalam hati je. Honestly, aku suka tengok perempuan cantik yang pandai bergaya dan pandai jaga diri ini. :) Habis sekolah menengah, masuk zaman U pula. Ada je kawan kawan lelaki pandang serong bila tengok aku yang makin besar di pam pam ini. Tapi aku malas nak bidas apa apa balik. Kang kalau marah, orang cakap aku cepat melatah. Tapi even mulut tak cakap tapi dalam hati ni ar. Sakit wei. Mesti akan terasa walaupun sedikit. Mulut cakap tak kisah tapi dalam hati sakit bai! -_-

.Kadang kadang teremosi juga bai.


Kalau kau fikir perempuan chubby ni tak pernah diet ke apa. Kau silap taw. Sebenarnya, perempuan chubby ni mesti pernah berdiet. Tapi aku taw, bila je perempuan chubby ni berdiet mesti ada je orang orang yang gelak bila taw dia ni berdiet. Pastu nak pandang rendah nak memperlekehkan. Ciskek betul! Aku tak suka ooh orang pandang rendah ni. Bajet macam bagus je.


Eh eh, aku rasa entry ini macam entry luahan perasaan je. Bhahaha! Sory wei. Terluah perasaan pula. Tehehehe. Urm. Bagi aku perempuan chubby ni comel. Ye memang comel. Bukan aku perasan sendiri wei. Ramai orang cakap macam tu. Ala, senang cite, perempuan chubby tak salah janji sihat dan confident bila dengan orang ramai. Dan sekarang ni aku tengah mengumpul keyakinan aku. Ala macam cite Dottie kat Astro ria tu. Even Dottie tu chubby tapi dia berkeyakinan kan kan. Aku nak jadi macam Dottie la :)

Okey babai!


p/s: Even perempuan chubby bgtaw dia dah lali dengan ejekan ejekan orang ramai. Tapi hati kecil diorg mesti akan terasa.

July 7, 2010

.Silalah bagi pendapat dan pandangan dekat entry ini.

Sila tengok gambar ini

.Enot.


Dan ini


.Syanie.


Dan ini



.Syuhaida Dottie.


Dan gambar penutup ini


.Cik Ieyna.


Dah tengok semua? Okey, sekarang aku nak tanya. Apa pandangan korang korang semua kepada perempuan yang berbadan besar, tembam dan chubby? Ye ye, aku salah seorang perempuan yang berbadan besar sebab tu muka sentiasa bulat dan pipi sentiasa tembam semedang -_-. Segala pandangan dan pendapat aku akan hargai. Lepas korang bagi pandangan korang, baru aku akan buat entry untuk bgtaw pandangan aku pula. Teehehehe. Jangan malu jangan segan. Silalah kasi pandangan dan pendapat korang ok :)


Okey babai!


p/s: Ada komen komen kat blog aku ni hilang la. Dah approve pun tak muncul muncul. Geram betul! Korang jadi macam ni juga tak? -_-

July 6, 2010

.Jangan terpedaya dengan kecomelan mereka.

Sila tengok gambar budak ini

.Muhamad Farish Amsyar.

Dan ini

.Putra Afif Syazwan.


Apa persamaan yang korang nampak kat kat kedua dua budak ini
C.O.M.E.L kan? Rasa macam nak cubit cubit je kan.

Tetapi (baca dengan nada tegas ye), korang jangan terpedaya dengan kecomelan budak budak ini. Disebalik kecomelan itu tersembunyi perangai yang sangat mengada ngada dan dasyat! Pergh, bunyi macam gerun je kan. Hahaha. Memang gerun pun wei. Geram pun ada juga. Aku selalu je geram dengan budak budak ni sebab diorg sepupu kesayangan aku. Kiranya memang aku taw la perangai dia dari kecik sampai la sekarang.


Kedua dua budak di atas ni sangat la manja, mengada ngada, suka memekak, suka berlari, suka merengek, senang kata semua suka lah! Kalau budak budak ni buat perangai, mak aih kau rasa macam nak penampar je budak tu. Kalau dia menjerit, kau rasa macam nak tutup mulut dia dengan tangan kau. Kalau dia tengah lari lari buat bising, kau rasa macam nak ikat je dia kat pokok yang penuh dengan kerengge. Hahaha. Keji dan kejam perangai aku nih kan.


Dan aku suka sangat menyakat budak budak ok. Sebab aku suka tengok dia menangis teresak esak sambil guling ala ala hindustan. Bhahaha! Even suka menyakat pun aku sayang budak budak. Dan kalau aku ada anak buah, aku la yang akan menjadi mak su yang terbaik dalam dunia! Bayin dan bayi sila cepat kawen dan sila suruh kak zura dan kak ana producekan anak buah yang comel macam mak su ieyna ni ok. Hakhakhak! Aku dah berangan

.See, kan aku cakap aku akan jadi mak su yang baik dan comel!.
.Makhluk comel yang pakai tudung hitam itu memang comel.
Perangai dia pun comel, secomel dirinya. Hakhakhaktuih!
Perasan gila!


Okey babai!


.UPDATE. : Facebook sudah kembali active. Silalah add kalau nak add :)

July 4, 2010

.Kisah rombongan meminang Cik Ieyna.

Yeah! Sekarang baru ada mood untuk berstory telling dengan korang pasal rombongan cik ieyna ke Kedah minggu lepas. Mari mari semua datang rapat, cik ieyna dah nak start berstory telling dengan korang semua. Hahaha.


Okey okey, rombongan cik ieyna ke Kedah tu tak dela ramai sgt pun. 1 keta 5 orang. Yang pegi mestilah mama, abah, bayi, kak ana dan aku sendiri sebagai co-driver tak bertauliah. Sempit bai keta tu. Mama, kak ana dengan aku duk belakang ok. Sesak nafas aku bila kena duk tengah. Tak bole nak tido kot sebab terhimpit oleh mama dengan kak ana. Sakit bahu ditambah pula dengan kekebasan muntut yang duduk lama dalam keta dan kelenguhan kaki ni. Paham paham jela bila travel jauh jauh ni. -_-


Dipendekkan cite, rombongan cik ieyna ke Kedah tu untuk meminang kak zura telah pun berjaya dan diterima. Segala ranjau duri onak badai percintaan antara bayin dengan kak zura telah pun berjaya ditempuh. Acecece, asal ayat aku macam puitis jiwang terlebih karat ni? Hahaha. Dan insyaAllah bulan 9 seminggu lepas raya kahwin la kak zura dengan bayin. Dan hujung tahun ni bulan 12, kenduri kahwin kedua dua abang pulak. Kenduri serentak tu woh. 2 pasangan pengantin nanti. Bayin-kak zura, bayi-kak ana, dan aku? lagi 7 tahun lagi ek. Ngeee :D


Dahla malas nak cite panjang, layankan jela gambar yang sempat ditangkap ini. Pentangkapan gambar ini dilakukan secara kalut dan rushing sebab lepas majlis bertunang tu terus gerak balik Melaka. Penat dowh rushing rushing. But, alhamdulillah semuanya dah selesai. Tunggu nikah je. :)

Sila lah scroll down sendiri. Jangan malu jangan segan.


.Ini dia bakal kakak ipar makhluk comel. Kak zura. Beliau chantek kan?. Beliau make up sendiri masa pertunangan itu.

.Harus salam dan cium tangan ibu mertua dulu ye.
Minta restu dan berkat. Hakhakhak!

.Bergambar dengan bakal ibu mertua juga adalah WAJIB ye.

.Makhluk yang di tengah lagi tembam dan comel itu memang suka menyelit.

.Inilah makhluk comel yang suka menyelit td.
Sebenarnya, bakal kakak ipar itu sedang melawan ketembaman pipi dengan si makhluk comel itu. Tapi tak berjaya sebab pipi makhluk comel itu macam pau!.-_-

.Kedua dua bakal kakak ipar makhluk comel tersebut.
.Yang pakai tudung pink tu kak ana tunang bayi.

.Makhluk comel bersama kedua dua bakal kakak iparnya. Dia sedar yang kedua dua bakal kakak iparnya kecik tapi dia juga sedar dia yang paling comel dan tembam antara bakal kakak iparnya. Hakhakhak :D

.Antara hantaran pada hari itu.
Ouh, fererro rocher tu makhluk comel punya.
Dia dah chup awal awal.

.Gambar penutup.
.Makhluk comel bersama bayi dengan kak ana.
.Sekian~.


Okey babai!

.Blog Cik Ieyna dah berubah.

Ehem ehem.

Adakah anda perasan yang blog 'Bila Cik Ieyna Bersuara' ini sudah berwajah baru? Anda perasan tak? Cis. Tetiba je terasa menjadi sopan bila menggunakan 'anda' di situ. Hahaha. Okey okey, korang perasan tak yang blog aku ni dah berwajah baru? Kalau tak perasan buka mata besaq besaq na. Bagi jelas sikit. Ngeee :D


Dulu blog aku kaler pink. Sekarang sudah kaler purple. Dulu blog aku 3 column. Sekarang sudah 2 column je. Dulu header blog aku background kaler putih. Sekarang header blog aku dah transparent gitu. Dulu dan sekarang mana korang lagi suka?

.Blog lama aku. Kaler pink bunga bunga.


Semua perubahan edit mengedit ubah mengubah blog ni adalah diatas pertolongan Cik Fyka, thanks sayang!. Beliau yang tolong aku nak edit blog blog ni. Tolong buatkan header baru. Guna adobe photoshop tu. Laptop aku tak de adobe photoshop. Laptop aku ada photoscape je. Hahaha. Aku tersangatlah ketinggalan. Orang lain dah guna window 7 aku still guna window xp. Tapi apedehal, janji laptop aku berada dalam keadaan sihat walafiat macam aku. Hehehe :)

.Inilah Cik Fyka yang aku maksudkan. Beliau sangat baik :)
*sorry dear sbb i copy pic u


Bagi sesiapa yang nak minta tolong Cik Fyka editkan blog, bole la add beliau dekat fb dan minta pertolongan beliau secara berhemah dan sopan ye. Beliau akan cuba memenuhi segala kehendak korang. Lepas dah edit tu, say thank you taw. Tak say thank you kena babap! Heee.


Okey babai!

July 1, 2010

.Internet penting lah!.

Hoyeah! Akhirnya, aku dapat juga meng-ONLINE-kan diri aku balik. 3 hari aku tak online bole jadi gila bai. Okey, aku tipu. Hahaha. Tak dela sampai gila wei. Agak agak ar kau nak sampai gila. Tapi kan siyes aku cakap bila aku tak online tak de tenet, aku dah rasa macam cacing kepanasan. Tak lengkap hidup wei bila tak online.


Aku dengan tenet sangatlah kamceng. Bangun pagi aku mengadap tenet. Nak makan, aku ngadap tenet. Nak mandi, aku ngadap tenet. Nak tido pun aku ngadap tenet. Memang tenet la peneman setia aku sekarang. Bagi aku kalau air tak de tak pe. Jangan eletrik tak de sebab nanti tenet pun tak de dan aku tak bole online. See, tenet sangat penting dalam hidup aku.


Bila dah berinternet ni, haruslah aku akan pikir 10 ke 20 kali kalau nak pegi mana mana yang melibatkan masa yang lama dan berhari hari. Macam balik kampung ke, pegi holiday ke. Konfirm aku akan pikir banyak kali ooh sebab aku pikir nanti tak bole online. Online itu sangat penting ok. Dulu zaman guna broadband celcom tapi bila dah pindah Melaka, tukar guna streamyx. Penah sekali, modem streamyx aku rosak, tak bole online. Aku la orang yang paling kecoh sekali. Aku sanggup kol tmnet banyak banyak kali sampai la technician tmnet tu datang. Selagi tak datang, selagi tu aku kol. Kira apa aku, janji aku dapat tenet dan dapat online. Hahaha. Aku sangat pentingkan diri bab bab online ini. Ngeee :D


Bila dah balik dari Kedah, haruslah aku suka melompat kegembiraan sampai bergegar rumah ni sebab dah bole online. Hehehe. Dan aku haruslah membaca segala entry entry terbaru dari blog blog korang semua. Dah banyak ketinggalan ni ar ;)


Okey babai!


p/s: Next entry aku akan cite pasal peminangan kak zura tu ea. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...