February 28, 2010

.oppss.copycat?alamak.terlebih sudah.

Hoyeah!
tiba tiba petang td tengah best best mencekik kuih cakoi tu ada kawan aku yang baik hati kol aku.
aku ingatkan sebab apa dia kol aku.rupa rupanya dia nak bgtaw yang ada 1 blog ni mendakwa yang aku copycat blog beliau.

hohoho.memula aku dengar memang la terperanjat sbb aku x taw pun KEWUJUDAN blog beliau.then,aku pun berlari lari anak mendaki tangga utk tengok blog yg dimaksudkan.aku pun baca punya baca punya baca sampai la habis entry tersebut.memula tu aku agak blur.kenapa aku harus dicop sebagai copycat?aku tak faham di mana copycat nya?setahu aku la kan copycat tu kalau aku ni pegi blog beliau then amik la 1 or 2 entry dari blog beliau then paste kat blog aku.itu baru namanya copycat kan?*kalau salah,betulkan aku*


aku nak buat survey dimana beliau mengatakan aku copycat blog beliau.

- penggunaan bintang kecik (*)
- perkataan ulangan (laju laju,tidak tidak)

.okey,yang pasal bintang kecik (*) tu aku dah lama guna since aku terlibat dlm dunia blog yni.mmg aku selalu guna bintang kecik tersebut.kalau x percaya,bole tengok entry entry aku yang lama

.penggunaan bintang kecik (*) mmg dari dulu aku dah buat.


.pasal penggunaan perkataan ulangan (laju laju dan tidak tidak).yang ni aku mmg guna juga perkataan ulangan.cikgu sekolah panggil kata ganda.aku mempraktikkan apa yang aku belaja.mmg aku guna juga perkataan ulangan utk perkataan lain.bukan hanya utk perkataan laju aju dan tidak tidak.yeap.kdg kdg aku mengaku yang aku pun suka taip perkataan mcm ni -->kdg2,mkn2,jln2,tidak2.
tapi aku taw ramai yang x bape nak suka guna singkatan dlm berblog ni sbb susah difahami.sis intan pun ada cakap baik berblog guna gaya penulisan yang sng difahami.
x kan sbb aku guna perkataan ulangan yang sama terus di cop sebagai copycat?

.penggunaan perkataan ulangan mmg dah guna dari dulu.

- cara penangkapan gambar yang sama dan penggunaan perkataan 'sila percaya' 'sila bersimpati'.

.yang ini aku x taw menahu pasal cara tangkap gambar bagai nih.aku hanya letak gambar aku then aku x taw plak yang posing gambar tersebut telah diguna oleh beliau.aku hanya posing gambar tersebut just ikut suka suki hati aku je.tapi x sangka plak cara berposing itu sama dgn beliau.kalau aku taw,mmg aku x posing mcm tu.aku posing mcm erra fazira ke.lisa surihani ke.nsha aziz ke.lagi meletupp kan.haha.kalau nak tgok gambar tersebut sila klik SINI

.penggunaan perkataan 'sila percaya' 'sila bersimpati' semua tu hanya terlintas dari otak aku.dan jari aku hanya taip apa yang keluar dari sel sel otak aku nih.aku x taw la plak yang beliau pun guna perkataan 'sila menyila' bagai nih.bak kata aku tadi.kalau aku taw beliau guna.aku pun x guna.


- penggunaan perkataan 'merapu raban'

.penggunaan perkataan 'merapu raban' ini pun hanya terlintas dari sel sel otak aku.lagi sekali aku x taw yang beliau pun guna perkataan tersebut.bak kata aku tadi.kalau aku taw beliau guna.aku pun x guna..--->penegasan kali kedua.haha.siap nak tegas tegas bagai.macam debate plak.haha.


so,aku x taw la kalau sebab sebab tersebut aku terus di cop sebagai copycat,meniru,kaki tiru,pentiru,peniru,dan yang seumpama dgnnya.x kan sbb beliau guna perkataan tersebut terus orang lain x bole nak guna and dicop sebagai copycat?x tahu lah aku.


bagi aku,kalau aku nak copycat pun baik aku copycat dari blog sis YnaaOhYnaa, blog sis intan, blog cik epal ke kan.lagi best.mana taw market blog bole tinggi.hahaha.pengakuan berani mati dari aku.


so,apa kata korang?aku ni copycat ke?

entry ni bukan utk cari gaduh bertumbuk bagai.entry ini tercipta sbb nak menerangkan hujung pangkal dari entry INI.aku pun x nak gaduh gaduh.penat taw asik asik gaduh.kepada beliau,aku minta maaf kalau ada apa apa persamaan dari blog ini.


okeyh.stop sini dulu.bubbye.
taking care.
chowchinchow..


p/s; akan jarang online selepas ini kerana hidup kembali sibuk.huhu.

February 27, 2010

.oh damn! suami dan anak anak sudah terabai.

Awchak! Awchak! Awchak!

yeeehaaa.dah lama aku x update blog kesayangan nih.
biasalah,akukan wanita bekerjaya.sibuk dgn urusan rumah tangga dgn kerja.*ayat x bole blah.riak gila!*


hohoho.tidak tidak! aku bukannya ada kerjaya lagi.belaja pun still merangkak lagi.bila tah nak belaja kasi laju laju.ini lambat je.huhuhu.
sebenarnya,aku agak busy dgn study mudy,lab report yg mcm bukit bendera,test yang memanggil manggil nama aku *nama aku sedap sgt sbb tu kena panggil.fofular kan.haha!*


penat la bila study ni.asik asik study je.pastu buat lab.then wat lab report.hoih,penat taw.ingat tak penat.tambah tambah lagi bila ada lab 24 jam.tiap 3 jam amik sample.amik sample.amik sample dan amik sample.fuh! sungguh memenatkan.azab jadi budak bio mmg cam tu kan.kena tggu punya lama.ada org ckp nak jadi bdk bio kena sabar banyak banyak sbb bio susah sket.nak kena buat lab la.tggu result berjanggut janggut la.okey,itu mmg betul.so,kepada adik adik lepasan spm yg bercadang nak sambung study amik bio,make sure adik adik semua bersabar ye.kang kalau x bersabar susah plak kang nak amik bio.*budget mcm aku dah pro dalam bio bagai nih padahal aku bukannya penyabar.haha!*


aku terpikir lew kan.kalau study dah busy mcm ni.nnt bila dah kawen mcm mana plak?haih.maunya suami dgn anak anak aku terabai.tak de masa nak layan diorg.kesian plak kat diorg.kang x pasal pasal suami aku cari lain.huh! minta simpang la.x nak aku.x sanggup makk nak jadi hot widowed.hohoho.


nah! aku taw korang rindu kan budak tembams dan perasantan ni.so,aku bagi korang tgok pic ni,jadi pengubat rindu kan.jangan korang santau kan sudah*hahaha.konon aku budget aku hot la.perasan!*


.kedua dua gambar diatas jelas menunjukkan ada eye bag kat mata aku.bukti yang mmg aku busy and stay up utk siapkan keja keja yang terbengkalai.sila percaya!.



apala yang aku nak merapu raban kat sini lagi.otak dah jammed sbb tadi hentuk hentak kepala kat dinding bagi ok sket dari sawan yang menyerang dari semalam.haih.kesian aku kan.*sila bersimpati.*


okeyh.malas nak merapu raban lagi.aku stop dulu sambil melayan alunan lagu kecorong dalam perut nih.hohoho.


bubbye semua.taking care.


p/s; Salam Maulidur Rasul..:)


p/s2; sory sbb x sempat nak blogwalking.busy dgn study.

February 19, 2010

.cantik diluar busuk didalam.

kalau korang nampak perempuan yang pakai tudung,alim,lemah gemalai,liuk lentok,sopan santun kalah gadis melayu apa pandangan korang?

.pumpuan mcm ni mmg mnjadi idaman makcik-makcik diluar sana
utk jadi menantu.stok laku nih.

selalunya korang mesti pikir
.alahai,lembutnya pumpuan ni.sopannya.baiknya.bole buat calon bini nih.




kalau korang nampak perempuan yang seksi meksi,gedik,rambut kaler-kaler bagai,lepak sana sini dgn laki,cakap kuat-kuat kalah lelaki apa pandangan korang?

.bukan menjadi idaman makcik-makcik diluar utk
dijadikan menantu.stok tangkap muat aje.


selalunya korang mesti pikir
.ish.apa pumpuan mcm nih.liar smcm je.x reti nak jaga ke.mesti jahat.x bole buat calon bini.nak buat sparepart bole la.


smpai skrg ada lagi yang pikir cm tu.
bila yg pakai tudung,tutup aurat bagai semuanya baikk
bila yg pakai seksi meksi x cukup kain,rambut kaler-kalerful semuanya jahatt
mmg stereotype.
selalu sgt jadi.


zaman skrg ni,x bole nak menilai dgn luaran je.kena kenal hati budi baru chantekk babe.
ini x,nampak je pumpuan seksi meksi gedik liar mesti dah di cop 'pumpuan jahat'
padahal pumpuan tu x dela sejahat mana pun
ala.ada je pumpuan yg pakai tudung tapi tempat lain terbuka juga.
betul x?


apa-apa hal pun semua dah pandai fikir mana baik mana buruk.
fikir-fikir la sendiri.jangan terhantuk tercium tanah sudeyh.


kawan aku,irahehe ada buat entry pasal perempuan liar.
klik SINI untuk baca.


kesimpulannya
.JANGAN MENILAI SESUATU DARI LUARAN SAHAJA.KENAL DULU.BARU TAW!
.JANGAN TERLAMPAU MENDISKRIMINASI.



sekian saje untuk arini.*mcm pembaca berita je.hahaha*
till then bubbyeee.
taking care.


p/s; ada 3 lab report yg masih belum bersentuh.amacam?terer x terer pdahal lagi 3 hari je cuti nak habis.haha.

February 17, 2010

.kenapa,kenapa dan kenapakah mesti jadi begitu?


sape kat sini pernah makan kfc?
angkat tangan cepat!
hohoho.x yah angkat tangan.
dah bersawang dah aku tengok bawah ketir tu.
hahaha.


rasa-rasanya semua pernah makan kfc kan?
bohong la kalau ada org ckp ada yang x pernah.
mesti pernah punya.
kan kan kan?


lepas korang makan kfc tuh,korang haus x?
taw x haus tu apa?haus tu adik beradik dahaga.
taw kan?
so,lepas makan kfc korang haus x?


mcm aku,lepas mkn konfirm haus gila babengg la.
pas makan tuh mesti cari air sejuk juga.
mmg aku akan minum air bergelen-gelen,bertan-tan.
kekdg haus tu x ilang gak.
nak kena minum sampai tangki pecah kot.


so,kenapa tiap kali makan kfc mesti haus?
ada sesiapa yg taw jawapan x?


okeylah.stop dulu.bubbye.
taking care.enjoy ur holidays.:)


p/s; tengah bersuka suki sambil menikmati baki cuti lagi 5 hari pdahal banyak lagi keja yang terbengkalai.buat2 lupa.hahaha.

February 13, 2010

.ada apa dengan valentine's day?.


esok valentine's day kan?
ada apa dengan valentine's day?
ada orang cakap hari meraikan kekasih hati intan payung penawar rindu kita.
iye ke?


tapi aku x penah lagi nak sambut apa kejadah valentine's day ni.
aku ingat lagi time zaman sek menengah dulu
tiap-tiap tahun bila valentine's day je mesti ustaz dgn ustazah buat ceramah sbb nak terangkan sejarah valentine's day ni apa.*valentine's day pun ada sejarah bagai nih.ingatkan melaka je ada sejarah*


aku pun x ingat sgt pasal sejarah valentine's day even 5 tahun aku akan dengar cite yang sama.*otak dah karat sbb terlampau banyak minum air yg bercampur semut*
kalau nak taw pasal sejarah asal usul cicit valentine's day ni sila klik SINI
*credit kepada DIA


perasan x time valentine's day la penjual bunga banyak dpt untung.
yela,dah sah-sah nak bagi bunga kat kekasih hati pojaan.
restoran-restoran 5/6/7/8/9/10 bintang semua dah ditempah.
time ni mana layan makan kat mapley-mapley bagai.
nak makan kat restoran high class je.
siap ada candle light dinner bagai.
konon-konon romantik ye bangg.


time valentine's day juga la banyak kes-kes khalwat@tangkap basah yg akan trpampang kat paper.
mmg time valentine's day ni la ramai couple-couple kat luar sana yang akan aim utk wat benda alah ni.
ala.dah alang-alang nak buat pegi la booking hotel 5/6 star ke.confirm x kena serbu.
ni nak buat kat hotel setinggan yang murah-murah.bila kena cekup lintang pukang lari x cukup kaki baii.
nak buat,baik buat terus.x yah bagi kena tangkap apa ni.
ini x,nak buat,nak buat tapi bila kena tangkap taw plak malu.
masa nak buat x pikir malu ke hapa.
orang mcm ni baik sula je.haih!


banyak lagi la benda-benda yang x elok akan berlaku time valentine's day ni.
klu x caya nnt tengok la berita,baca la paper.


chuupp!!!
mmg tyme valentine's day je ke yang nak tunjukkan kasih syg kat org yang kita cinta?
aku x sambut valentine's day pun tunjukkan kasih syg taw.
sampai x terlarat nak tunjuk ni ar.ngihaha.


okeyla.itu saja mau update.
bubbye.taking care.enjoy ur holidays.


p/s; selamat tahun baru cina! klu dpt ang pao hulur-hulur la sket.nak limau!:)

February 9, 2010

.bila maruah family aku diperkotak-katikkan.ouh.sungguh sakit.apa?kau ingat bab-bab kawen nih mcm main pondok-pondok?.

.WARNING : entri ini sedikit emo dan akan mengandungi maki-makian yang terlampau.


okey,actually abg-abg kesayangan aku bayin dgn bayi bakal berkawen tahun ni.tapi x taw sape yg kawen dulu.maybe bayin or maybe bayi.anything can happen rite.


so,nak dijadikan cite ahad lepas supposed bayin bertunang dgn kak zura.before this aku penah cte di ENTRY ini pasal parents kak zura yang banyak membuatkan family aku huru-hara.dan skrg keadaan itu terjadi lagi dan lebih memalukan.


mama dah kol family kak zura utk gtaw yg ari ahad lepas nak wat majlis pertunangan la kan.so,mama,bayin,bayin,atok ngn kak ana pegi alor star kedah nunn.sanggup pegi weekend sbb mama mmg x dpt cuti.pegi pun mmg rushing.aku ngn abah x pegi sbb kaki abah masih lemah lagi.so,pegila berlima saje dlm sebuah keta.barang hantaran semua dah siap.


tup-tup tyme ari ahad bila family aku pegi,satu apa pun x de kat umh kak zura tuh.tengok-tengok ada wakil yg x de kaitan dgn family kak zura tu bgtaw yang majlis pertunangan tuh x jadi wat ari ahad tuh.pergh.gila babi la kan.sesedap rasa je family dia buat keputusan last minit dgn mengcancelkan pertunangan tersebut tanpa berbincang.dah la mak ayah kak zura tuh x kuar dari dapur.langsung x salam mama aku.x minta maaf pun.buat muka bodoh mcm org x bersalah.then,kakak kak zura pulak dgn kurang ajar gila babengg x salam apa dan hanya pakai t shirt dgn kain batik sahaja! mmg bikin hati aku panas time nih.even aku x pegi tapi aku tetap geram, bila maruah family aku di perkotak katikkan.


family kak zura x de minta maaf langsung dgn family aku.padahal,family aku dah dtg jauh-jauh dari melaka ke kedah kot.dgn duit tol,duit minyak semua.apa dia ingat bayar pakai daun kot.kalau diiorg nak bg duit x pe jg.mmg x de hati perut langsung.mama aku siyes geram dgn perangai family kak zura especially dgn kakak kak zura tuh.tiap kali mama aku ckp,mesti dia nak mencelah.mesti dia nak menyampuk.dia x bg peluang kat mama aku utk habis bercakap.ada je dia nak betah.dah la berlagak macam kau anak jutawan.padahal kerani bank je.bukannya tuan empunya bank.siyes aku geram dgn kakak dia since aku pegi umh dia thn lepas.bapak arh.berlagak gila!


bila tunang x jd dah sah-sah la kawen pun lambat lagi.padahal bayin dah siap kot barang-barang kawen bagai.baju nikah pun dah siap.barang hantaran pun dah beli.nasib baik kad kawen x buat lagi.klu x mmg naya jek.klu x,bayin dgn kak zura kawen tyme cuti sekolah bln 3 nih.tapi dah jd mcm ni sbb family kak zura yg sungguh bingai itu kena tunda la.siyes mmg gila kot bila pikir balik.yela.selama ni aku tengok pasal tunang x jadi kawen x jadi semua nih dlm drama je.tengok-tengok bayin pun kena juga.sakit kot!


aku kesian dgn kak zura sbb dia yang jd mangsa dgn family dia.bayangkan dia menangis-nangis tersedu sedan bila family dia buat mcm nih.yela.dulu ckp lain.skrg ckp lain.apa kes kan.family dia banyak buat masalah kat family aku.sejak mama ngn abah pegi haji balik haji sampai skrg masih ada masalah.kenapa diorg suka sangat nak wat masalah.kenapa masih ada lagi parents yang masuk campur dlm percintaan anak diorg.aku ingtkan zaman dulu je.rupa-rupanya masih ada lagi.entah la.aku kesian dgn bayin dgn kak zura.


bila maruah family aku diperkotak katikkan,mama ada terpikir nak buat report polis and saman menyaman.tapi disbbkan mama masih lagi ada hati dan perasaan mama batalkan je hasrat nak saman menyaman nih.saman malu kot bila diperlakukan mcm tuh.mmg cam syialll jek.lg pun klu saman kang kena naik turun mahkamah bagai.leceh la plak.so,just biar je.what goes around comes around.


aku terpikir kalau dah x suka sgt bayin tuh berkawen dgn kak zura kenapa parents dia x ckp terus terang je.cakap x nak! habis cte.x dela family aku susah payah meredah highway utara selatan tengah2 pagi buta semata2 utk tunang yg x jd and dimalukan mcm tuh.ouh.perangai diorg mmg cam gampang!


aku x taw lagi apa sandiwara yang bakal berlaku selepas ini.adakah bayin dgn kak zura akan berkawen?hanya tunggu dan lihat rentak bayin kesayangan ku itu nnt.diorg nak sgt main dgn api.hambik kau!bayin tu bole wat keja gila.jgn kau yang malu nnt sudah.kang menangis air mata darah mmg x guna la.dah terlambat kan.hohoho.


okeylah.mau rehat.buat assignment.
taking care.bubbye semua.


p/s; entry ini mmg emo sbb family aku yang alami sndri.T___T


p/s2; sorry sbb x sempat nak blogwalking.busy dgn kelas.

February 6, 2010

.5 benda yang wajib dibuat bila dating.

ada x sape2 yang x taw dating tu apa?klu ada sape yg x taw apa itu dating,bole cek kat dlm kamus oxford bi-bm halaman 756.ngihaha.dating tu bila jumpa dah jnji nak jmpa dgn sumone.dgn bf ke.kawan ke.tapi selalunya dgn bf.


sekarang nih,aku nak cite 5 benda yang aku selalu buat bila aku dating





.lets chekidout.

1. tengok wayang
yang ni ramai je couple-couple kat luar sana buatkan?asal dating je tengok wayang.asal tengok wayang je dating.kan3?aku selalu tengok wayang dgn cinta hati aku.tengok la cite pape pun.janji tengok wayang.sbb aku bknnya org yg selalu nak kuar tgok wayang.bila dating ni je baru bole tengok.port aku selalu tgok wayang kat times square ngn dataran pahlawan.sbb tmpat dia besh!

2. makan-makan dan makan-makan lagi
part feberet aku.aku mmg suka makan.so,bila aku dating je x sah klu x makan.mesti kena mkn.pegi sana makan.pegi sini makan.cm ne bdn x tembambambam.aku rasa duit aku banyak habis kat part mkn je kot.sbb sikit-sikit je aku nak makan.dah la nak makan x nak yang murah-murah.nak yang mahal-mahal.nak yang loaded-loaded harga nak meletup bagai.last-last balik dating nampak lew aku kurus sket hilang 5 gram sbb makan megi je.duit dah habis sbb makan time dating..T________T


3. online
semua mmg dah taw yang aku x bole idup kalau x bole online walaupun sehari.mulalah aku nak gelabah beruk bagai.mulalah perut aku nak menggelodak mcm ada blander kat dlm nih.mulalah aku pikir pasal cafe world kesayangan aku tuh.makanan dah masak ke.blog kesayangan ni cm ne.pikir mcm-mcm oo.nasib baik la cinta hati aku itu faham,so dia bawak kan laptop kesygn dia utk kasi pinjam same aku.aku mls nak usung-usung laptop aku nih.lgpun laptop aku nak lingkup dah.malu nak bawak.tggu cinta hati aku bg laptop sony vaio kat aku baru aku usung laptop aku kiri kanan atas bawah.even aku online sambil dating tapi aku online kejap je.cek apa yang ptut.x dela aku online sampai 4 5 jam lama bapak cm tu.gila ke hapa.baik x yh dating.


4. jalan-jalan
aku mmg suka jln-jln bila dating.kdg-kdg tu jln menonong je x pandang kiri kanan sampai cinta hati aku tinggal kat belakang.aku selalu jln-jln kat shopping complex je.zaman p ramlee dulu jln-jln kat zoo negara sambil nyanyi-nyanyi kan.dlm cte masam-masam manis.haha.skrg nih up sket.x main dah zoo negara.shopping complex plak.*x sedar diri langsung aku nih*.aku selalu jln-jln jela sampai penat sampai kaki aku ni lenguh.kaki aku ni problem sket.x bole jln-jln lama sgt.kang mula nak lenguh effect sbb jatuh main skipping tyme form 5.T____T.


5. tangkap gambar

bohong la kalau couple-couple yang dating ni x tangkap gambar dgn bf/gf beliau kan?mesti ada tangkap gmbr.senyum-senyum pose-pose manja gitu.buat muka comel mcm aku.ngihaha.konfirm semua penah.nak masuk wayang tgkap gmbr.nak makan-mkn tgkp gmbr.nak jln-jln tgkp gmbar.semuanya klu bole nk tgkap gmbar dgn cinta hati masing-masing.ala.aku pun cm tu gak.bukan sng nak dating-dating bagai nih.bila sekali jmpa mula la nak tgkap gmbar bagai,upload kat fb,ms,friendster,siap main tag-tag lagi.u tag i.i tag u.haha.aku la tu.yg best skali bila edit pic dgn cinta hati.mcm2 effect nak bubuh kat pic tu.mcm2 kata puitis jiwang karat tangkap leleh nak letak kat pic tu kan.haha.aku taw sbb aku selalu buat.ngihaha.


itu jela 5 benda yang aku selalu buat bila dating.benda wajib yang akan buat.
korang plak selalu buat apa bila dating?.sharing is caring kan.ngihaha.


okey,nak mandi dulu.dah busuk nih.bubye.taking care.
enjoy ur weekend.dun be nuty..:)



February 4, 2010

.kekecohan berlaku disini.sila tengok.panas dari biasa.

sebenarnya aku nak kecoh sket je.
masa check earning nuff ari selasa lepas,aku terkejut gila sbb

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**




ini!

.aku dah dapat buffered earning! haha.
*klik utk tumbesaran


mmg x sangka bole dpt buffered earning.
ini semua sbb kamu sekalian yang rajin mengklik-klik nuff aku.
ouh.jasa-jasa kamu aku akan kenang.=')


dan sorry sbb aku terlampau sibuk dgn study sampai tak de masa
nak blogwalking and klik-klik nuff korang.
tapi,korang jgn berhenti klik-klik nuff aku and tinggalkan link kat chat box
aku akan terjah and klik-klik kat blog korang.
its promise!=)
dun worry be happy ok.


stop sini dulu.nnt update lain ok.
taking care readers.bubbye..(^-^)


~klik nuff aku.nnt aku klik balik korang punya.muafakat membawa berkat.tolong menolong amalan mulia..=)~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...