November 30, 2010

.Zaman dolu dolu punya cerita (Part 1).

Hye semua!


Lately ni kan, awat tah aku malas sangat nak update blog ni. Kekadang tu aku sampai terlupa yang aku ada blog. Blog duk buka, tapi nak update tu malas naw. Serius malas! Cuti sem ni aku duk umah je, melayan korea, mendownload korea. Semuanya korea je. Tak de korea, cuti aku tak bermakna. Acewah!



Okeyh, mood nak berblogging pun dah macam ada balik ni ha. So, aku nak story mory sket pasal zaman dolu dolu punya cerita, masa aku sekolah menengah. Aku dulu sekolah menengah kat peghelih nun. Sek Men Keb Agama Perempuan Kangar, Peghelih. Tu masa zaman sek la, sekarang aku dah pindah Melaka. Secara konklusinya, aku bole cakap utagha ngan selatan. Selatan tu area Melakeee jeleee. Tapi aku suka cakap utagha lagi sebab syiok duk cakap utagha. Kalau duk koling koling kawan aku kat utagha tu, tak yah lu duk cakap ada 'e e' kat belakang nun. Habih kang depa duk menghanjeng! :D



Back to the topic la kan, aku sek men kat peghelih tu dari form 1 sampai form 5. Maknanya 5 tahun aku sek sana. Masa nak apply sek agama nih, mak aku yang uruskan. Siap ada interview lagi. Kena jawab soalan yang berkaitan agama. Aku ingat lagi soalan yang dia kasi. 'Di manakah masjid utama dekat negeri Perlis?'. Hambik ang, sekali aku kena soklan tu. Jenuh aku duk pikiaq. Time tu aku tak terer lagi bab bab peghelih ni. Aku main bantai jawab ja. Dalam hati duk berkira kira, habis la habis la mesti kantoi punya jawapan yang aku bagi. Pas dah setel jawab soalan, kena baca quran depan ustaz atau ustazah pulak. Aku dapat ustaz. Dah la orang 1st kena baca. Ketaq lutut tak yah duk cakap la. Neves cuak gabra semua ada. Time baca tu, suara aku serius terketaq ketaq sebab neves sangat. Bila setel semua, aku duk pkiaq probability untuk aku diterima masuk sek tu macam tipis ja. Maunya tak tipis, dah la ghamai student duk apply sek tu. Sek agama tu plak antara sek sek yang cemerlang gemilang dan terbilang di peghelih. So, probability aku untuk diterima masuk sangat tipis woh. Time tu hati sdey tok sah duk cakap la. Kecewa bukan main lagi.



Tapi.. tapi.. mungkin Allah dah tetapkan rezeki aku. Aku diterima untuk bersekolah kat situ, mak abah aku memang syiok gila bila aku dapat sek kat situ. Mak aku la antara mak mak yang paling busy menyediakan kelengkapan untuk aku. Bila masuk sek agamakan, cara pemakaian tu berbeza sket. Tudung kena labuh takat siku. Selagi tak cecah siku, tak bole. Wajib cecah! Baju sekolah kena cekak tangan. Tak cekak tak bole. Wajib cekak! Kat sek tu, aku kena duk asrama sebab ghumah aku jauh. So, kena la duk asrama. Mestila aku cuak bila kena duk asrama. First time in my life okeyh nak duk asrama ni. Dahla baru form 1, baru lepas lepas akil baligh terus duk asrama. Wajiblah cuak. Time tu plak, kes kes ragging and buli duk berleluasa kan, lagilah aku berdouble double lagi cuak. Gila weh, aku siap pkiaq cm na kalau aku kena buli. Mau teriak sakan aku nanti. Walaupun sek aku tu memang sek perempuan saja, tapi kena pkiaq gak mana taw nanti kena buli ka, kena dera ka, habis aku. Lagi satu aku duk pkiaq pasal benda halus yang selalu terjadi kat asrama. Tapi nasib baik benda tu tak terjadi pun. Kecoh je lebih aku ni. Hehehe.
.

.Zaman dolu dolu punya gambar. Time ni aku kecik, sekarang dah besaq.
.Yang penting tengok kelabuhan tudung dan kecekakan baju kat pergelangan tangan tu.


.Kasi zoom in sket. Muka aku time ni serius muka innocent. Muka budak baru akil baligh katakan. Hahaha.


Macam besa, bila form 1 kan orang akan panggil JUNIOR. So, bila dah junior secara otomatik, akan ada sesi orientasi yang berlangsung selama seminggu. Time orientasi, macam besala memang sepenat penat alam la yang aku rasa. Time orientasi ni la nak kenal kawan apa semua. Best memang best tapi kadang kadang bosan and boring juga. Penat lagi tu. Nak kena kejaq masa sana sini. Penat woh penat. Tapi sib bek seminggu ja orientasi, pas seminggu dah start belajaq mcm besa. Aku kan student asrama. Bila tak cukup tidoq tu memang menjadi satu kebiasaan la. Asal aku masuk kelas ja, aku tidoq. Cikgu tengah duk mengajaq kat depan, aku tidoq kat belakang. Tambah tambah lagi time sejarah. Asal cikgu sejarah masuk ja, aku dah mula landing tangan atas meja. Suara cikgu sejarah lak macam malu malu nak mengajaq. So, makin lama mata aku makin terpejam la. Memang muka aku, muka yang selalu kena aim dengan cikgu cikgu. Penah ja, time Kemahiran Hidup (KH), aku kena baling dengan kapoq sebab tidoq lam kelas. Hahaha. Memang tersentak time tuh weh. Terus mata aku segaq tak sangka. Tak ngantok dah time tu. Kawan kawan aku plak pakat pakat gelak. Hampeh! Bukan takat aku ja, majoriti kawan kawan aku yang duk asrama semua tdoq dalam kelas. Tapi yang merasa pengalaman kena baling kapoq tu, hanya segelintir ja yang bertuah macam aku. Hahaha.



Takat ni ja yang aku mampu aku ceghita. Nanti aku sambung dengan part part lain pula nooo. Tak syiok ar kalau duk sambung terus. Kena ada part part juga baru syiok. Hehehe. Ok bai!


November 21, 2010

.Bukan budak kecik lagi.Happy birthday!.

Hai semua!


Yeah, hari ni duapulohsatu haribulan sebelas tahun duaribusepuluh (21/11/2010). Tu maknanya, aku dah cukup umur dah. Yang ke bape? Yang ke 20 tahun. Bye bye belasan tahun dan hai hai puluhan tahun. Hihihi.


Meh aku nak buat ucapan skema sket kat blog aku nih.



First of all, mestilah aku bersyukur sebab dah 20 tahun aku masih mampu bernafas kat bumi ni. Bersyukur sangat. Thanks Ya Allah :')



Second, aku nak say thanks kat family aku yang sentiasa dengan aku time aku senang or susah. Sayang gila woh kat family aku. Kalau tak de diorang, tak denya aku kat sini. Mak, abah, bayi, bayin, bamok, kak ana, kak zura dan dia. Thanks semuanya :)



Third, aku nak say thanks kat kawan kawan aku. Kawan baik, kawan rapat, kawan tak rapat, kawan blog, kawan facebook dan semua kawan aku. Korang memang terbaik wok! Sebab korang sentiasa menceriakan hari hari aku. And thanks kat kawan kawan yang wish birthday aku kat facebook or mesej. Yeehaaa! Maceh maceh.



Tu jela yang ucapan skema aku sempena birthday aku ni haa. Birthday setahun sekali, so, kena la wat ucapan agak agak skema disitu yee. Birthday yang ke 20 ni, aku dapat hadiah dari parents aku. Bangun pagi terus mak aku kasi sambil cakap 'nah hadiah birthday'. Muka aku plak muka agak agak blur. Rasa terharu kot sebab ingat tak de hadiah, yela dah besar gedabak mana la orang nak bagi hadiahkan. :')


.Umur dah 20 tapi perangai macam budak budak.
.Usia hanya pada number je. Yang penting hati sentiasa muda remaja gitu.
.Acewaaaahhhhh :p



Okay babai!


November 16, 2010

.Setahun 6 hari.

Hai semua!



Hari ni, genap la umur blog aku setahun 6 hari. Tak sangka dah setahun lebih aku duk berblogging ni. Rasa macam baru je. Pejam celik pejam celik dah setahun. Dah besar dah blog Cik Ieyna bersuara ni. Thanks kat korang yang sentiasa wat blog aku ni sentiasa 'hidup'. Hehehe. Sebenarnya, anniversary blog aku ni 10/11/2010. Tapi time anniversary tu aku busy dengan final exam. So, terpaksa extend jap niat nak update blog.


.its 1 year bebeh 1 year :)


Dan semalam, aku dah setel dengan final exam. So, secara tak rasminya aku dah habis belaja. Dah habis diploma dah. Woh! Tahniah kat diri sendiri. 5 sem aku mampu bertahan. Terasa bangga dengan pencapaian diri sendiri :) Walaupun ada orang cakap, alah diploma senang je apedehal. Cuba korang pegi amik diploma dulu tengok senang ke tak. Time tu la korang nak rasa stress, tension apa semua. Trust me. Try dulu rasa, baru bole judge senang ke tak diploma tu.


Sekarang dah start cuti sebulan lebih. So, aku akan try untuk aktif berblog balik. Nanti aku pi terjah blog sorang sorang cuma lambat atau cepat je. Heee :D



Okay babai



p/s: Mama cakap, dah habis diploma dah bole ajak bf datang umah. Kenalkan dekat family. Hehehehe

November 5, 2010

.Baru aku taw kenapa.

Hye semua!


Korang! Aku baru taw kenapa orang minat sangat dengan cite Korea. Hahaha. Aku bukannya tak minat cite Korea. Minat memang minat tapi aku tak dela up to date sangat dengan cite Korea ni. Tapi lately ni, aku rasa aku dah minat dengan sorang pelakon Korea dan aku rasa aku taw kenapa orang suka sangat tengok drama Korea.

Sebab


Sebab


Sebab


Sebab


Sebab


Sebab


JENG JENG JENG~~~



Pelakon Korea sangat comel dan hensem plus jalan cite drama Korea sangat menarik dan sweetkan ^_^


Hahaha. Tu jela sebab yang sempat aku pikir time aku duk tengok cite Korea nih. Ala, aku taw kalau korang tengok cite Korea pun mesti cakap 'alaa, hensemnya hero dia','ala, comelnya heroin dia'.'sweetnya diorang ni. nak juga jadi macam ni'. Kan kan, mesti korang ada bermonolog dalaman sambil sambil duk tengok cite Korea sambil duk peluk peluk bantal or tedy bear pastu berangan sendiri tambah tambah lagi yang perempuan. Kan?!! Hahaha. Konfirm ada punya. Aku berani potong kuku tangan aku ni haa.


Okeyh, secara jujur dengan rendah dirinya sambil tangan tu ala ala nak nyanyi lagu nasyid tu, aku nak bgtaw yang aku baru je layan cite Boys Over Flowers tu. Pergh. serius weyh aku baru je layan cite tu last week. Cite tu zaman 2009 punya, tapi 2010 aku baru nak layan. Sebelum ni, kawan kawan aku ada bgtaw yang cite BOF ni memang best tahap gaban. Tapi aku ni tak hirau pun. Dengar sebelah telinga pun tak nak. Memang aku tak layan lah BOF tu. Apa ada dengan BOF tu sampai duk gila gila sangat, haa macam tu la aku pikir. Punya tak nak layan BOF. Tapi last week, aku bole layan lak lepas aku tengok Playful Kiss. Aku tengok Playful Kiss tu sebab hero dia hensem sangat. Sape hero dia? Sape hero dia? Mestilah hero dia yang hensem bergaya mutu keunggulan.

Kim Hyun Joong


.Aku memang dah suka kat dia ni haa.


Gila cair aku lepas tengok cite tu. Aku duk usha hero dia je. Asal tah hensem sangat. Dah habis Playful Kiss baru aku teringat yang Hyun Joong ni ada berlakon dalam BOF. So, dengan gaya terkocoh kacah ibarat tak de hari esok, aku pun stay up tak tido malam sebab nak tengok BOF. Woah! Aku mengaku cite BOF best la. Sangat sangat best. Kiranya tak rugi aku tak tido malam sebab BOF ni haa. Rasa macam menyesal la plak sebab baru taw kewujudan Hyun Joong yang hensem tu dalam BOF. -_-' Dah habis Playful Kiss, BOF apa semua, aku gigih nak tengok We Got Married season 1 sebab Hyun Joong pun take part dalam rancangan tu. Sebab Hyun Joong je aku gigih mencari. Memang sah aku dah fall in love dengan Kim Hyun Joong ni

.3 cite ni jela yang aku tengok ulang kali. ada la lebih kurang 10 kali.


Kalau korang memang jadi friend kat fb aku, mesti korang akan perasan profile picture fb aku gambar sape. Mestilah gambar hero kesayangan aku, Kim Hyun Joong tu haa. Kawan kawan aku cakap memang sah aku dah minat tahap gaban dengan Hyun Joong tu sebab seumur hidup aku, seminat minat aku dekat orang, aku tak penah nak letak gambar orang lain selain dari gambar aku sendiri kat profile pic tu. Ni bila aku dah letak gambar Hyun Joong mestilah kawan kawan aku pelik. Aku sendiri pun pelik. Hahaha. Korang try la search nama Iena Arshad kat fb tu. Tengok gambar apa yang keluar :p


Okay babai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...