December 3, 2012

ISTANBUL AKU DATANG

Assalammualaikum. Hai! Hello!


Istanbul Aku Datang. Cite yang memang mostly cakap best best dan best. Semua komen semua pendapat semua pandangan memang mostly positif side la kan. Tapi aku tak tengok la masa duk tayang kat wayang tu. Sebabnya malas malas dan malas dan tambah lagi bajet dah terlari sikit. So, simpankan angan angan tu nak tengok wayang cite tu. Lagi pun nanti nak tengok Twilight Breaking Dawn Part 2. Haruslah twilight menjadi pilihan hati aku. Sorry Lisa, i choose Robert Pattinson more. Hihihi.


Dan beberapa hari yang lepas tengok tv ternampak la yang Istanbul Aku Datang ni dah keluar astro first. Yes. Astro first. Astro first yang nak kena subscribe 15 ringgit for one movie. Yes yes. For one movie tuu. Tapi kalau aku nak subscribe for one movie nak tengok Istanbul Aku Datang sahaja memang tidak la aku nak laburkan 15 ringgit tu. 15 ringgit untuk satu movie, kau tengok la cite tu sampai muntah. Dah habis tayang balik. Dah habis tayang balik dah habis tayang balik. Memang muntah la kann. Kang kalau tengok tetiap hari jemu pulak tengok muka Lisa, Tomok dengan Beto. So Lisa, sorry again. I cant subscribe astro first just to watch you. Better aku tunggu dvd keluar sebab aku tau abang aku akan belikan dvd untuk aku just for freeeee.


Disebabkan sifat tak nak melaburkan 15 ringgit untuk one movie tu, aku redho bak hang. Redho menunggu dvd free mahupun link link free yang bole tengok cite istanbul tu secara freeee. Redho punya redho tunggu punya tunggu tengok tengok ternampak la link youtube Istanbul Aku Datang Full Movie secara freeeee okeyy. This is madnessss weyyyy. Penantian tu tak dela lama sangat. Sehari dua je. Bila dah nampak link tu haruslah dengan cepat pantas dan tuntas aku on laptop lalu mencopy paste link youtube tu untuk tontonan mata aku ni. Hehehe. Dan akhirnya aku dapat lah tengok Istanbul Aku Datang just for freeeeeeeeee! Gila exicted kau tau.


Bila dah tengok tu, apa yang aku boleh bagitau Istanbul Aku Datang ni very the WOW!! Best sangattt kottt! Memang padan la cite ni pun meletup kat wayang kan. RM 3.5 juta okeyy. Untuk movie yang genre romantik komedi memang susah la nak meletup sebab selalunya tak dapat sambutan rakyat malaysia ni haa. Tak kena dengan taste dan tekak sendiri katanya. Tapi Istanbul Aku Datang ni memang menjadi la cite dia. Kalau tak jadi, acane bole dapat 3.5 juta tuuuu? Habaq mai sattt.


Gandingan Lisa surihani, tomok dengan beto kusyairy sangatlah menjadi. Ada chemistry uolsss. Tomok pun baru je berlakon tak dela kekok keras mana pun. Okey je aku tengok. Tapiiiii, semestinya Lisa sangat la comel dalam cite tu. Oh my god! Oh my god! Oh my god! Sangat lah comel okey si lisa dalam cite ni. Haa kan dah terexcited lagi sekali.


 Di pawagam 8 November 2012. Tapi aku tengok 2 Disember 2012. Lambat nak dekat sebulan. 


.


.Oh my god! oh my god! oh my god! Korang tak rasa ke Lisa surihani ni sangatlah comel dalam cite ni? Dengan pakaian dia, stokin kaler yang striking, heels, cekak rambut, reben kat rambut, topi apa semua tu la memang nampak sangat comel okeyyyy. Rasa macam nak nangis tengok kecomelan Mrs Yusry sorang ni. (Over tau sampai nak nangis ni)





Cinta hati si Dian. Azad. Sanggup terbang 8000 km untuk memastikan Azad meminang si Dian ni haa. Mula mula memang sweet je tengok Azad dengan Dian ni. Tapi makin lama something must goes wrong with Azad. 'Kita dah lama kenal, Takkan you nak buang macam tu je?' - Azad - Dian "So, dengan tu je everything is okey" - Dian - Azad



Housemate Dian. Harris. Penuh dengan misteri sampai dian anggap harris ni gay. Tapi sangatlahhhhh caring. Lawak tengok harris dengan dian ni bergaduh sebab rumah, sebab megi asam laksa sebab kucing la. Memang tersangatlah ada chemistry si dian dengan harris ni haaa. 'Saya takkan minta awak peluang kedua, saya hanya minta satu peluang' - Harris - Dian


Dah terbanyak pulak aku mengomel pasal Istanbul Aku Datang. Can you feel this is just an awesome movie for this year? Gila woiii. Best sangat cite ni. Romantik, lawak, sedih semuanya in one movie. Mana nak cari semua tu dalam local movie? Yang import movie tak yah cakaplaa memang melambak. Ni local movie ni. Memang best la senang cite. Memang patut pun box office. Peh peh peh sekali lagi.

Excited sangat sampai habis aku tweet pasal Istanbul Aku Datang ni haa. Tambah lagi dengan update blog pasal Istanbul ni haa. Tak ke itu menunjukkan aku excited sangat? Hewhewhew.


Sape sape yang tengok tu bole la pegi cari link link yang free kat twitter tu. Istanbul Aku Datang still trending kott. So, cari je kat situ. Link kat youtube dah kena remove sebab ramai pulak orang excited yang duk share link tu pastu dah kena remove. Booo boo padan muka booo.


Okey la bagi korang yang memang duk tengok atau nak tengok tu happy watching uollsssss.


Kadang kadang orang yang kita sayang adalah orang yang akan menyakitkan hati kita suatu hari nanti


Bye!


p/s: Gambar semua adalah belas ihsan dari google. Sekian terima kasih


November 25, 2012

NOVEMBER SWEETHEART

Assalammualaikum. Hai! Hello!

Sekarang ni bulan november. And i loveeeee november so much. Why? Because i'm november sweetheart!  And and blog ni pun wujud bulan november. Sebab tu aku suka bulan november ni. Sangat!

Bulan november pun ramai birthday kawan kawan aku. And my friends, you are november sweetheart too ;)

Alhamdulillah and congratulations to us!

**********************************************

5/11 - Birthday che dah. Peminat setia JYJ. Semua album JYJ dia ada. Semua original, tak main cetak rompak. Die hard fan sungguh. Happy birthday Che Dah!


7/11 - Birthday ofismate kesayangan, kak Aisyah. Penjahit manik tegar. Memang cecantik dan kemas dia jahit manik. Kalau nak bole pm dia kat fb. Harga reasonable and aku rasa harga yang paling murah dia tawarkan. Happy birthday kak Aisyah :)


Ni contoh baju yang kak aisyah jahit manik. Gila cantik. Aku berkenan sangat. Tunggu aku beli kain plain kosong memang siap la aku suruh kak aisyah jahitkan manik. Harga memang murah. Reasonable price i tell you and korang akan puas hati. Kalau nak tempah bole pm kat facebook kak aisyah ni.


9/11 - Birthday ofismate juga. Abg Malik. Sale Executive kat tempat aku keje. Sempoi and rilek je. Happy birthday abg Malik!
 

15/11 - Birthday sahabat kesayangan. Anne Wawa Majid. Yes. Dia lah kawan yang bergaduh bagai nak gila tak tegur sampai habis belaja. Tapi tu la, kalau persahabatan tu ikhlas, gaduh macam mana pun pasti akan berbaik juga :') And kitorang berbaik dan bersahabat sampai sekarang walaupun masing masing jauh. I love you kak and Happy birthdayyyyy! :) 


17/11 - Birthday Zairy. Adik kesayangan yang selalu kena marah dan selalu kena tegur dengan aku. Kahkahkah. Happy birthday zairyyyy! Belaja lek lok. Jangan asik nak bercinta je. :p Akak sayang kau.


20/11 - Birthday sahabat kesayangan sorang lagi. Nisa Abu Kassim. Kawan yang sentiasa susah senang dengan aku, yang tak penah berkira langsung dengan aku especially bab bab makan. Hehehe. Selalu bertekak, bergaduh, merajuk. Tapi tak dela lama pun kan nisa? Nanti baik juga. Hehehe ;) I love you nisaaaa and happy birthdayyyyyy! :)


20/11 - Birthday farahin. Sweet 16 gitu. Next year SPM dahhh. Belaja lek lok farahin! Happy birthdayyyy! Farahin ni adik kepada ana kontenananana. Ana kontena ni kekasih gelap aku.
Farahin yang hujung belah kiri. Tengah tu kakak dia merangkap kekasih gelap aku ana kontena.  Thank you sebab sudi teman tengok Fajar menyinsing bahagian 2 semalam. Kehkehkeh. Fajar menyinsing pun bole :p


21/11 - Here we are. Happy birthday to ME! Hehehehe. Semangat taw aku set reminder kat handphone mama dengan abah ingatkan pasal birthday aku ni. Hewhewhew. Siap bagitau abang aku yang kat tampin jangan lupa wish birthday ina tau! Hewhewhew (lagi sekali). Dah besar dah. So, hadiah tak de. Tapi tetap juga aku tuntut dekat abang abang aku. Peduli apa. Anak bongsu dan anak perempuan sorang mesti dibagi keistimewaan lebih sikit. Hihihi. Tapi sebenarnya dah wish pun dah cukup dah :')


3 of us. Bak kata dak akak the end of waiting. Sebab diorang dua orang tunggu birthday aku je. Wawa the first. Nisa the second. I'm the last and youngest and also the biggest! Hahahaha. I love both of youuuu


26/11 - Happy upcoming birthday Dalila! (Esok kan?) Hehehe. Dari sekolah kita sekolah sama. Tak sangka universiti pun sama. Ada jodoh orang kata :p Ang dah nak habis degree kan?  Nanti jauh jauh jangan lupa contact aku and Goodluck for your practical. I love you :)



***************************************************


Nak dijadikan cerita, disebabkan dekat ofis, birthday kak aisyah, abg malik dan aku dalam bulan 11, bos decide untuk celebrate birthday kitorang sekali. Senang tak payah nak buat banyak kali kan. Hehehe. Semuanya di sponsor habis oleh bos dan husband dia. Kitorang ni hanya duduk dan makan pastu tup tup dapat hadiah :')


Our cake! We are november sweetheart ;)


Second family. Ofismate and boss.  Thanks for the celebration! :D



Kek pelangi. Manis melecas gila. Memang bole kena kencing manis :O



Officially i'm 22 and i'm happy with my life now :D


Kepada kawan kawan yang wish birthday dekat facebook, twitter, mesej, whatsapp, call and semua lah, terima kasih aku ucapkan. Korang memang the best la kannn! Semoga Allah memberkati korang semua :)



Thank youuuuuu uolsssss. Mmmmuah cit cit :*


And yeapp. Aku bersyukur sebab masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini sebagai hamba Nya :') Di kelilingi family yang ambil berat, kawan kawan yang sporting, gurau senda tepuk tampar semua, makan pakai yang cukup and yes aku bersyukur sangat. Semoga pertambahan umur ini akan buat aku dan kita semakin matang untuk terus menempuh dugaan untuk masa depan. Bila umur dah meningkat, tanggungjawab pun makin besar. Semoga kita kuat menggalas tanggungjawab itu. :')


Age Is Just a Number: Achieve Your Dreams at Any Stage in  Your Life



Ok bai!


P/S : Happy birthday kepada november november sweethearts yang lain. May Allah bless you :)

August 31, 2012

PEOPLE WILL KEEP ASKING THE SAME QUESTIONS

Assalammualaikum. Hai! Hello!


Tadi masa duk siapkan goodie bag dengan family untuk event esok, kitorang duk sembang sembang. Sambil sembang aku duk tengok Aina main kat hall tu. She's already one years old todayyy! She's a baby of independence dayy. Baby merdeka. 31st August. How lucky she is. :') Okey nevermind, itu bukanlah point aku nak share sekarang ni.


Back to the topic, aku ingat lagi masa mak dengan abah duk bawak Aina kulur kilir, kawan kawan mak abah or even sedara or even strangers mesti akan tanya "Dia dah pandai buat apa dah? (merangkak, meniarap, berjalan and bla bla bla)" sambil refer dan tunjuk kepada si cinonet Aina itu. 


Yeahh. Thats the same questions people will keep asking. Kalau jumpa 10 orang, kesemua 10 orang tu akan tanya soalan yang sama. WHATT??? PERLU KE TANYAAAA??? :O


Dan sebenarnya, soalan "Dia dah pandai buat apa dah?" akan melarat ke soalan soalan yang lain mengikut pembesaran dan umur seorang anak.


Contoh :
  • "Anak dapat bape A dalam exam (UPSR, PMR, SPM)?' (Soalan akan ditanya masa zaman sekolah. Tak kira sekolah rendah  atau sekolah menengah)
  • "Anak dapat sambung belajar mana? Kos apa? Dekat U mana? (Soalan akan ditanya lepas dapat result SPM dan yang paling popular sekali bila result IPTA/IPTS dah keluar)
  • "Anak keja mana sekarang?" (Soalan akan ditanya lepas dah habis belajar kat U)
  • "Bila anak nak kawin?' (Soalan akan ditanya lepas dah dapat keje dan dah ada gaji sendiri) 
  • "Bila nak dapat anak?"(Soalan akan ditanya lepas sebulan,dua atau tiga bulan selepas kawin)

Seriously, thats the fact. This is the questions that people will keep asking to us. Hahahaha. Aku perasan kot. Soalan yang sama akan ditanya start dari perkembangan seorang baby sampai lah baby tu dah membesar dengan jayanya dan berkahwin dan dapat anak. Soalan yang sama akan ditanya berulang kali sampailah ke generasi turun temurun seterusnya. 


Tapi antara banyak banyak soalan tu aku paling tak gemar bila kena tanya 2 soalan yang terakhir "bila nak kawin?""bila nak dapat anak?". For me as a girl, mestilah aku tak bape nak selesa bila asik ditanya 2 soalan yang sama. Ye ah dah kalau asik tanya bila nak kawin? bila nak kawin?? tak ke tu membuatkan kita sebagai perempuan stress? Dah tu bila dah kawin datang lagi satu soalan, bila nak dapat anak? Omo! Lepas setel hal kawin hal anak pula ditanya. Memang stress la perempuan perempuan di seluruh dunia ni *kerut kening*


Let me announce uollss something

Wahai orang orang di seluruh dunia. Tak payah la duk tanya kami (kaum perempuan ni) 2 soalan maut dan sensitif selalu sangat. Benda macam ni kami pun tak bole nak jangka.

  • Pasal hal kawin. Dah kalau jodoh sampai, kami kawin la. Kawin bukannya macam main pondok pondok yang boleh dibina dan dirobohkan sesuka hati. Ini hal kawin. Kalau bole biarlah kawin sekali seumur dan kekal selamanya. 
  • Pasal hal anak. Dah kalau tak de rezeki lagi tak bole nak buat apa. Dah kalau usaha tapi Allah tetap tak nak kasi rezeki kita tak bole nak buat apa kan? Ada rezeki adala. Yang penting doa :') Oh lagi satu pasal hal anak ni, tak perlu setiap bulan tanya "dah ada isi belum?". Boleh buat bertambah stress tau. Dah kalau stress acano nak pregnant tuu? 


Sebenarnya tak salah pun kalau nak tanya soalan macam tu tapi tak yah la selalu sangat. Kang kalau selalu sangat orang cakap terlebih prihatin pulak. So tanya biasa biasa sudah. Tak perlu nak tunjuk prihatin yang lebih dan over kepochi hal orang okey??



Okeylah nak tido. Perlu rehatkan badan dan mata untuk esok. Sebelum tu nak wish


HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIA! #Merdeka55.Semoga Malaysia akan terus aman dan maju


And...


HAPPY BIRTHDAY AINA LAILA SYAKIRA!


MAKSU LOVE YOU SAYANG! (Kalau rajin maksu buat entry untuk aina eh esok. Kalau rajin.)


Okey bai!





August 27, 2012

ONCE A FRIEND, FOREVER A FRIEND

Dont walk behind me, I may not lead. Dont walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be MY FRIEND.

Kawan = Friend


Istilah aku untuk perkataan kawan ni senang je.


Sekali berkawan selama lamanya tetap kawan. Itu prinsip aku dalam berkawan. Senang je. Tak perlu formula susah payah macam addmath tuu.


Setakat ni la kan. Aku banyak kawan. Banyak sangat sampai tak terbilang dengan semua jari yang ada. Campur kawan tadika, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan universiti, kawan tempat keje. Memang banyak la. Umur pun dah 22. Haruslah banyak kawan.


Kawan masa sek tak dela thrill sangat. Serius langsung tak adventurous tak challenging. Kalau gaduh, setakat merajuk tarik meja kasi renggang sikit, alat tulis sendiri kasi kumpul tak nak kasi kawan pinjam, pegi sekolah sendiri sendiri. Dah tu 2-3 hari dah salam tanda dah baik. Baru nak feel gegaduh lama dah salam. Oh memang tak mencabar keupayaan dan kesabaran tapi semua itu pengalaman.


Naik zaman belaja masuk universiti. Tu diaaaaa. Bermacam macam kawan aku duk jumpa. Yang okey, yang tak okey, yang baik, yang jahat, yang nakal nakal kucing semua aku dah penah jumpa. Siap berkawan bertepuk tampar *pap pap. Berkawan zaman belajar masa kat u ni memang cukup challenging lah bagi aku. Dia punya mencabar memang mencabar habis. Mencabar keupayaan dan kesabaran aku katanya. Orang selalu cakap zaman belajar kat u pilih kawan elok elok. Jangan salah pilih kawan. Jangan culture shock. Jangan ni. Jangan tu and so on bla bla bla.


Kat u, aku kawan je dengan semua. Ada yang rapat ada yang tak rapat. Tapi kalau sekali bergaduh, serius tak bole blah cara gaduh tu. Gaduh kaw kaw punya. Mengutuk bagai nak gila. Siap buat grouping blog lagi. Wakakaka serius lawak kot kalau recap balik. Aku penah gaduh dengan kawan rapat aku. Gaduh teruk. 2 kali gaduh. Sekali time sem 3 pastu baik balik pastu sekali time sem 5. Balas sana balas sini. Mulut masing masing tak nak kalah. Gaduh tak bertegur sapa. Pandang pun tak nak. Buat donno je. (Nasib tak sama course)


Masa gaduh tu ramai kot kawan kawan yang tau. Dah kalau siap berbalas kat blog, haruslah semua orang tahu. See betapa tak matang dan noobnya aku masa zaman tu. Tapi aku admit la dalam gaduh gaduh pun aku rindu juga kat dia sebab dia penah jadi kawan rapat masa kat u. Kitorang tak bertegur sampai habis belajar. Ego woi ego.Ego kena jaga. Muehehehe. Kalau nak tau pasal dia, aku akan tanya kat kawan yang sorang lagi. Nasib kawan yang sorang lagi ni nak update juga cite pasal dia. Dan dan akhirnya time convo tahun lepas aku menurunkan ego aku ni. Aku boleh pegi tegur dia dengan muka tak bersalah macam tak de apa apa jadi. Muka innocent habis time tu. Wahahaha!  Kawan aku yang duk update cite dia kat aku siap tanya 'Iena, cam ne kau bole tegur dia?' dan jawapan aku 'Tegur jela. Malaslah nak gegaduh masam muka ni. Dah habis belajar dah. Dah besar dah pun. Tak kan nak gaduh macam budak kecik'. Amboi jawapan aku tak nak kalah kan. Hikhikhik


So, sekarang ni aku dengan dia still lagi berkawan dan bekerja mencari rezeki (ada peluang insyaAllah akan sambung belajar). Dan kawan kitorang (yang selalu menjadi orang tengah - update cite) sambung degree di tempat yang sama kami bertiga mula berkenalan. Walaupun sekarang ni, masing masing ada komitmen sendiri, tapi still lagi contact each other. Still lagi kitorang ni berkongsi cerita, bertekak, bergaduh, bermasam muka, merajuk (hai orang tengah kesayangan! :p ). Tapi tu semua tak lama sebab kitorang nanti rindu sesama sendiri. Muahahaha.


Jujur aku cakap, bergaduh tu sebenarnya macam ajinamoto nak bagi sedap nak bagi ummmpphhh dalam sesuatu hubungan. Bila bergaduh dah tu baik balik mesti masing masing ingat balik kes gaduh. Dah tu menganjing satu sama lain. Dah tu gelak ketawa sama sama. Tak ke pengalaman semua tu? :')
A friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide, and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity.
A friend is one who knows you and loves you just the same
 A friend is someone who gives you total freedom to be yourself.
Friends are born, not made.

So, selagi hidup ni berkawan la dengan sesiapa saja. Tak de sapa nak halang. Lagipun tak salah berkawankan selagi tak melanggar batas batas yang di tetapkan. So, lets be friend everybody because once a friend, forever a friend :) 


Kepada kawan kawan aku. Aku sayang korang semua. Kawan tadika, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan universiti, kawan tempat kerja, kawan facebook, kawan twitter, kawan blog, kawan urrmm kawan semua lah! Aku sayang korang. Mmuah cit cit 


Okay bai!


p/s: Last aku bergaduh dengan orang tengah kesayangan. Masa tu dia tacing gila babi dengan aku. Sampai tak nak angkat kol. Boleh tahan stress juga bergaduh dengan orang tengah ni. Nasib aku punya kesabaran yang tinggi untuk memujuk. Muahaha. Nasib okey. Lepas ni malas dah nak gegaduh. Sumpah tobat tak nak gaduh. Nak gaduh jangan cari aku eh. Hahaha. Okey i love you both :D

August 4, 2012

KITA PUN PUASA JUGA

Salam 15 Ramadhan :)

Eh dah 15 hari dah kita puasa? Kemain cepat masa berlalu. Dah hari yang ke 15. Lagi 2 minggu nak raya. Sungguh cepat Ramadhan datang dan berlalu meninggalkan kita. :') So, macam mana puasa korang? Penuh takkk? Kalau perempuan macam aku ni sah sah la tak penuhkan *ehem ehem di maafkan tak pe. Yang lelaki kalau tak penuh puasa tu memang tak tau la nak cakap apa *Major turn off terussss -___-


Masa puasa ni la banyak benda yang nak kena sabar. Kena sabar tahan lapar dahaga. Kena sabar tahan marah marah. Pendek kata, kena sabar semualahh. Agak agak nak marah istighfar la banyak banyak Lepas tu duk sesenyap tak yah nak marah marah sangat*peringatan kat diri sendiri sama. Yela, kalau tengok, time bulan puasa ni la bulan yang kemain ramai orang nak emosi bagai. Sikit sikit nak marah. Sikit sikit nak berangin. Muka bad mood sentiasa. Haihhh. Tau la puasa, lapar letih apa semua. Tapi bukan awak sorang je yang puasa. Kita pun puasa juga. Bukan awak sorang je lapar, kita pun lapar juga. So, tak payah la nak berangin membuta tuli macam diri sendiri sorang je yang puasa.


Sepanjang bulan puasa ni, haruslah aku kerja kan. Letih, lemau, mengantuk belakang kira. Gigih juga kerja. Datang kerja pun bukannya ada kerja sangat. Datang punch kad, update order, update invoice sana sini pastu menyingai dengan ofismate dah tu pukul 5 punch kad balik. Menyingai tu maksud eh bersuka ria, gelak sana sini. Haaa kan dah belajar perkataan baru harini. Muehehehe.

Kad raya pun sempat aku karang kat ofis ni. Siap facebook lagi. Tolong la jangan tiru aksi ni kat mana mana ofis. Please do with your own risk. 




Menyingai bersama kak aisyah, ofismate kesayangan. Masa ni baru 11 Ramadhooonnn *Gaya johan. :D


Okey sebenarnya, dah bosan tak tau nak buat apa. Aku kat ofis ni. Nak tunggu pukul 1 punya la lambat. Makanya, update la entry yang bosan bosan cenggini. Wahahahaha :D


Sory la ehh. Terrrrrrrrrrupload gambar makanan. Kan dah terliur.

Okey bye! Selamat berpuasa :D



p/s: Happy birthday la kat awak. Bab bab birthday, tarikh semua ni insyaAllah aku ingat sampai mati. Kalau tak ingat tu, maknanya Allah dah tarik balik ingatan aku. Wehihihihi


July 23, 2012

KAHWIN AWAL

Tiap tiap hari aku online facebook. Dah memang kaki online. Nak buat macam mana. Tapi hari ni masa aku online, aku ternampak kat home aku ada satu video perkahwinan yang member aku share. Video Majlis Perkahwinan Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun)


Aku abaikan dulu video tu sebab masa tu tengah keje. Malas nak tengok bila tahap kelam kelibut busy dengan keje. So, lepas isyak tadi aku tengok full video dia. Boleh tahan banyak juga yang bagi komen tu. Ada positif ada negatif.

Frankly speaking, bila aku tengok video tu aku pun terkejut juga. Yelah lelaki baru 16 tahun tak ambil SPM lagi and girl pula baru 14 tahun PMR pun tak ambil lagi. Its like macam WOW! Mudanya diorang kawennnnn :O At the first place memang tu reaksi aku and mostly semua orang yang tengok video tu bereaksi yang sama dengan bermacam macam pendapat kat dalam kepala otak masing masing tu. Yeahh i know.

  • "Ish, budak ni muda lagi. Duk sekolah lagi. Duit pun harap mak pak yang kasi. Nak jaga anak dara orang tu nak bagi makan apa? Pasir?"
  • "Ni mesti kes dah gatai sangat nak kawen awal tak pun perempuan tu dah bunting. Nak cover line la tu"



Okey kat atas ni antara TOP 2 mentaliti orang orang sekarang TOP 2 ye TOP 2. Asal kahwin awal je mulalah pemikiran macam kat atas ni keluar. 

Bila tengok balik video tu, aku rasa macam terharu pulak. Yelah budak 16 tahun dah ada kesedaran dan berani pikul tanggungjawab sebagai seorang suami untuk lindungi isteri yang dia kahwini. Lelaki yang umur dah ke atas pun belum tentu berani nak pikul tanggung jawab ni. Still lagi berfoya foya, enjoy sana sini. Jujur, memanglah budak lelaki tu tak habis belaja lagikan. Duit pun tak de lagi nak kasi makan isteri tapi sekurang kurangnya dia berani nak bertanggungjawab mendirikan masjid dan melindungi orang yang dia cintai. Memang akan ada orang cakap "Alahh dengan tanggungjawab tu, bukannya boleh kasi anak bini kau makan pun, sekolah pun belajar tak habis lagi" Tapi sebelum nak cakap macam tu sekurang kuranya tolong la pikir dulu. Rezeki kat dunia ni datangnya dari Allah bukan dari kita. Kita ni siapa nak mempersoalkan rezeki Allah bagi. Allah dah tetapkan rezeki untuk semua hamba kat dunia ni. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. Inikan pulak manusia. Yang penting usaha.



Kahwin awal orang akan cakap kita gatal. Gatal nak kahwin sampai tak menyempat nak habis belajar. Bila kahwin lambat, orang akan cakap kita tak laku, memilih sangat la apa la. See? Nampak tak kat situ keadaan macam mana? Kahwin awal orang kata gatal. Kahwin lambat orang kata tak laku. Dah tu macam mana nak buat? Kahwin awal orang mengata, kahwin lambat orang tetap mengata. Sama je point dia. Kadang kadang sedih, bila tengok orang kita still lagi berpikiran macam ni.



Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kahwin awal sebabnya kahwin awal ni ada hikmah dan kepentingannya. Contoh kepentingan kahwin awal yang disebutkan dalam Shahih Muslim adalah hadis hadis dari Rasulullah SAW sendiri yang bermaksud

  •  "Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

  • Dari Umar al Khattab r.a., sesungguhnya telah berkata: “Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa.3

Kahwin awal ni hakikatnya banyak kelebihan. Kelebihan apa? Pikirla sendiri. Semua dah besar panjang.

  • Hadis Riwayat Ibnu 'Addi:
"Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku..."



Kalau tengok balik video perkahwinan adik Syafiq tu bole tahan meriah la juga kan. Dengan gotong royong satu kampung, kek bertingkat tingkat, ada persembahan puk amai amai lagi (tak tau nama apa), tukar baju, shooting sana sini. Boleh tahan meriah kann. Dari video tu, kita bole tengok yang mak ayah kedua dua belah pihak restu dan redha dengan perkahwinan diorang. Kalau tak restu takkan meriah cenggitu kan? Kalau perkahwinan diorang ni, mendapat keredhaan ibubapa sendiri, insyaAllah keredhaan Allah pun akan dapat. Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Itu kata kunci dia. InsyaAllah bahagia dunia akhirat. Dan kita, tak payah la nak pikir negatif, doa yang bukan bukan pulak.


Sebenarnya senang cite macam ni jela. Kahwin tu ibadah. Cuma cepat atau lambat kita akan tetap rasa nikmat perkahwinan tu. Yang dah dijodohkan pada usia yang muda tu Tahniah! Semoga bahagia dunia akhirat dan cepat dapat anak. Muehehehe. Dan yang tak kahwin lagi a.k.a jodoh belum sampai (aku la tu huehuehue), teruskan berdoa kepada Allah, jangan risau Allah dah tetapkan jodoh kita seawal kita berusia 4 bulan di dalam kandungan mak kita. Dont worry. Sentiasa berdoa kepadaNya. InsyaAllah one fine day jodoh kita akan sampai juga. 
GAMBAR GOOGLE JE

Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah dipetik kerana ia akan gugur ke tanah. epal yang berkualiti berada di puncak… memang sukar untuk dipetik. terkadang epal itu risau, kenapa aku belum dipetik, lantas ia merendahkan martabat dan menggugurkan martabat dan diri ke bumi. sedangkan Allah jadikan dia tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan didunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringinya

Andai kata adik Syafiq tu terrrrrbaca entry akak ni kan (wah tetiba akak pulak muehehehe) Akak doakan adik bahagia dengan isteri. Pedulikan kata kata orang sekeliling. Kita ni tak bole puaskan hati semua orang ye dak? Semoga berbahagia hendaknya. :D


Ok byeeee! 

July 21, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI. YUK PUASA YUK!

Ramadhan datang lagi. Yeayyy! Alhamdulillah diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ni :')


Aku start berpuasa sejak umur berapa tak ingat lah kannn. Zaman kekecik dulu. Umur 6 ke 7 tahun kalau tak salah. Dulu kekecik puasa, tak de la puasa full 30 hari. Mesti ada kantoi juga hari tak puasa. Masa kecik kalau mak abah nak didik kitorang adik beradik puasa, mesti akan kasi ganjaran. Macam sehari puasa dapat seringgit. 30 hari dapat la 30 ringgit. Duit kannn. Semua sanggup, gigih puasa ni sebab nak duit. Pandai mak abah aku rasuah aku puasa dengan duit. Wakakakaka. Zaman sekarang ni, tak dela lagi sehari seringgit. Sekarang paling koman, kalau puasa full dapat 100 ringgit. Wuuu. Makin lama makin naik ganjarannya. Untung bebudak zaman sekarang :')


Kenangan #puasakecikkecikdulu on myTwitter. Mostly semua penah buatkan? Muehehehehe

Kalau puasa, bagi aku wajib ada kurma, ada murtabak ke puding roti ke karipap sardin (salah satu jo). Hak alohhh tu je? Tak special langsung menu wajib berbuka kau ienaaaa. Booooo... Memang tak special pun menu tu. Yelah bulan tak puasa murtabak ke karipap sardin ke puding roti ke melambak je jual kat pasar malam tu haaa. Tapi masa bulan tak puasa, aku tak beli pun semua tu. Pandang pun tak apatah lagi nak jeling (berlagak). Bila bulan puasa ni haa baru terkinja kinja pegi bazar ramadhan yang maha banyak dengan makanan tu untuk mencari salah satu tu tapi mesti yang paling enak sekali. Kiranya, bulan puasa adalah bulan istimewa untuk makan makanan yang aku sebut tadi. Konsep aku dengan makanan tu senang je. Bulan tak puasa = makanan rasa biasa je tak de special. Bulan puasa = makanan  tu rasa sedap macam special paling sedap paling enak sekali. Fahammm dah? Wahahaha.


Sebenarnya banyak yang best masa bulan puasa ni. Walaupun bulan puasa ni kita kena berlapar masa siang. Tapi masa malam kita bole makan juga kannn? Paling best, bulan puasa ada terawih, ada malam lailatulqadar. Itu yang istimewa bulan Ramadhan. Lepas tu time bulan puasa la, segala jenis kurma akan habis dengan lakunya. Tambah lagi kurma yusoffffff taiyoobbb *bisik bisik


Kurma paling femes di abad ini. Yusuf Taiyoob *bisikkkk. Gambar google je.


Disebabkan hari ni dah start berpuasa. Aku nak ucap lah SALAM RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA dekat semua. Selamat berpuasa uollsss. Jangan lupa niat puasa, jangan lupa bangun sahur. Jangan lupa pegi terawih. Semoga Ramadhan kali ni akan lebih diberkati yooo. Amin :D
I'm gonna celebrate my Ramadhan and my Raya with this litte cute girl. Excited yawwww! :D


Okey nak pegi kedai beli kuih. Nanti kuih feveret habis. Nak tolong mak masak berbuka lagi. Ok uolsss. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasaaaaa. Berbukalah dengan penuh sederhana. Jangan tamak yoo :D


Byeeee!





July 14, 2012

KEMAS MENGEMAS

Tengok tajuk pun dah bole agak apa yang aku nak update.

So, dalam akhir bulan 5 lepas, mak aku plan nak renovate rumah. Kononnya nak besarkan ruang tamu kat rumah ni. Senang dak aina nak meluncur dengan walker dia dari dapur zrooom sampai ruang tamu. Aku pun bajet la lambat lagi nak renovate mebi lepas raya ke tahun depan ke renovate. Tup tup awal bulan 6 mak aku dah panggil orang ukur apa semua. Pastu dah datang pepecah dinding. Ketung ketang. Bunyi drill tu tak payah cakap. Benak kepala otakk.


Bila dah pecah dah kecah semua rumah berhabuk, berkecah. Dah macam pelarian aku rasa. Nan ado nak duduk bawah. Semua bertapa kat bilik je. Makan pun dalam bilik. Boleh bayangkan keadaan rumah yang dah macam tongkang pecah tu?

Ini nama eh rumah padang jarak padang tekukur. Hidup sogan mati tak mau macam ni la goman eh rumah kena la nina.


Genap sebulan dah siap renovate ape semua. Dah renovate kena mengemas. Ini part aku paling lemah. Even bilik sendiri pun macam kapal selam nak terbalik apatah lagi nak kemas satu rumah yang memang sedia berhabuk berkecah ni? Tapi nak tak nak kena lah tolong kemas. Dah la harap dua kerat perempuan je dalam rumah ni (aku & mak) nak mengemas. Kenalah pepandai hidup kan.


Aku mengaku aku bukanlah jenis yang rajin mengemas. Aku sangat pemalas nak mengemas. Mak aku sendiri pun tak penah nak berhenti membebel suruh kemas bilik tapi aku pekakkan telinga buat macam tak taw. Boleh tahan tebal telinga aku ni ha menahan bebelan tanpa henti seorang emak.


Akak ofis aku sendiri cakap, 'dak ina kalau kawen, kena cari lelaki yang rajin kemas, sebab nanti kalau dedua malas berkecah rumah kau dik cm no kau nak duk umah cm tu gayo eh?' Kahkahkah. Even akak ofis kak aisyah dengan kak fara pun dah kenal sangat dengan perangai aku ni. Kalau nak kemas kat ofis tu, aku nak kena bersuruh sebab tak geti nak buat apa. Ramai orang yang kemas sampai tak tau nak kemas apa lagi. Kang buat tu salah, buat ni tak kena. Makanya, tunggu arahan dari rakan seperjuangan kakak kakak ofis. Muehehehe.


Tapi tapi semalas malas aku nak mengemas bila mood mengemas aku datang, memang tak payah bersuruh la. Memang aku buat je. Sebagai contoh, minggu lepas aku kemas bilik. Siap pakai mask sebab habuk maha dasyatttt. Nama pun bilik perempuan, mesti penuh dengan rambut rambut gugur yang bersepah berkeliaran kat lantai tu. Kalau kutip tu konfirm dapat buat rambut palsu satuuu. Wakakaka. Dah kemas semua, bersih okey bilik aku. Lantai ni haa licin, siap bersapu, mop, kilat lagi. Kau mampoo? Haaa kemahen kau rajin kannn  (Boo iena boo ...) 


Bila bilik dah kekemas ni kekonon cantiks ni kan, rasa cam semangat je masuk bilik sendiri. Semangat nak tido pun ada lagi menebal nebal dalam diri ni haaa. Siap tak tutup pintu bilik kadang kadang kekonon nak tayang bilik i dah cantiks uollss. Mak pun sengih sengih tersenyum bangga. Wakakaka. Aku sendiri syak dan bajet dengan yakinnya bilik aku ni akan kemas sampai raya nanti laa sebabnya nanti nak raya tak yah nak kemas sangat. Kemas sesikit je. Emang dasar pemalas lohhh 


Baru kemas memang la kosong bersih susun elok je. Cuba kalau tak kemas, getah rambut tu pun MIA taww. Meja solek aku memang cm ni goman eh. Nan ado make up bebanyak tuu. Yang ada pun bedak compact pixy ngan perfume. Itu jola yang eden pakai pung.



Aku teringin nak gantung gambar gambar kenangan terindah macam ni kat bilik aku. Kreatif kannn? Aku tengok love rain la yang hero dia pi gantung gambar awek eh macam ni. Dah terpengaruh. Tapi tak letak gambar pakwe, kite letak gambar kawan kawan family ngan dak aina je. Memang nak buat, tapi tunggu lahh. Sebelum raya mungkin? (doa doa la aku rajin. Amin)


Ok bai! Have a nice day uollssss :D

July 3, 2012

First time jumpa artis korea live depan mata.

Sejak aku berblogging ni, memang aku rapat gila dengan sorang blogger yang ibaratnya memang wajah artis korea fevret aku, Park shin hye tuuu. Muka saling tak tumpah. Sebijik samaaaa. Tak payah susah susah nak buat plastic surgery bagai. Sekali pap! Muka korea terus. Anugerah tu anugerah. Muehehehe.

And mostly semua taw sape blogger yang aku maksudkan. Beliau yang dimaksudkan adalah .......


PAP!

PAP!

PAP!

Ye Betul.




Kenal sejak tahun 2010 sampai sekarang. Kenal memula macam biasa tapi lepas tu makin lama makin rapat. Aku sendiri dah anggap dia macam kakak. Ingat senang nak kenal then rapat dengan orang yang kita tak penah jumpa? Susah kottt.

 Sebenarnya, aku nak bagitaw yang aku dah jumpa dengan kak kila tuuu. First time jumpaaa retis korea depan mata in love hokeyhhh. Tu yang semangat kemain. Wakakaka.

Dia datang honeymoon kat Melaka. Sanggup kot. Dah la sanding dia, aku tak dapat datang. Pastu dia datang sini, aku tak jumpa? Memang tak laaa kalau tak jumpa. Peluang tu peluang. Peluang nak peluk cium mmuah cit cit.

20/6/2012, akhirnya aku jumpa dia wehh. Ya Allah macam tak percaya dapat jumpa:') Siap bawak ofismate kesayangan, kak Aisyah jadi peneman.


Kak kila bagitaw aku yang dia overnight kat Hotel Puri. Aku taw hotel puri tu kat area jonker walk tapi tak taw celah mana the exact location of hotel puri. And kak Aisyah la penyelamat aritu. So, pusing punya pusing, dari jauh aku nampak abg krol sebab dia tinggi. Pastu baru nampak kak kila dengan rambut tocang kuda dia. Sekali berhenti tepi jalan, aku buka tingkap jerit 'akakkkkkk!'. Nasib dia pandang dan cam aku. Kalau tak pandang, memang malu aku. Tutup tingkap terus blah je. Muahahaha!

Ni lah hotel puri yang kak kila stay. Harga tak taw. Korang bole tanya kak kila rate bilik kat hotel ni. Tapi hotel ni memang cantik. Selesa ke tak tanya kak kila sendiri.


This kak kila's room. Muehehehee

Ni lah kak Aisyah ofismate yang banyak tolong aku. Thanks kak. Mmmuah cit cit! :*

Time ni tengah tunggu Kak Kila dengan abg krol siap kat hotel. Sementara tunggu tu kitorang pun bajet macam pelancong juga. Padahal dedua orang melaka jeee.




Malam tu kitorang (aku dengan kak Aisyah) bawak kak kila dengan abg krol round round Melaka jela. Melaka kecik, mana ada apa. Bawak makan kat asam pedas claypot tuu, naik cruise kat sungai melaka tu, naik menara taming sari tuu, pastu lepas mamak makan roti nan tuuu.




Masa ni naik river cruise tu. Muka gembira je bila nak bergambar tapi hakikatnya serius bapakk bosan gila. 45 minit menjelajah sungai melaka tu gila bosan. -___-' Inilah first time and hopefully last time aku naik. Memang bole terlelap naik bot tuuu. Nak naik ada tiket. Dewasa 10 ringgit. Kanak kanak tak tau pulok sebab tak bawak anak time tu. 
 


Ni sungai melaka. Melaka malam malam memang cantik sebab diorang pandai main lampu. Kekonon feeling i-city laa tapi ini version melaka punyaa. Kahkahkah.




Ni kat menara taming sari. Tinggi tak tinggi sangat laa. Biasa je. Nampak la juga area Melaka tuuu. Bila bebola ni pusing pusing kiranya bole la nampak semua 360 darjah area Banda Hilir tuuu. Adala dalam 15 minit benda tu pusing pusing. Ni pun ada tiket. Harga standard. Sama harga macam river cruise tadi. Aku prefer ni dari river cruise. *Angkat angkat kening

Itu dia pasangan sejoli secucuk sepadan se semua laaa tengah kusyuk tengok bandar melaka dari atas.


Lepak mamak. Ada kedai mamak baru 24 jam baru buka kat area melaka raya. Roti nan dengan ayam tandori dia sedap wehhhhh. Roti dia lembut je, ayam pun sedap. Nak pegi lagi ahhh.


Dan tepat pukul 11 malam, mak aku kol. Tu tandanya kena balik la kan. Dan itu tandanya kena hantar kak kila dengan abg krol balik hotel. Nak berpisah dahhh. Sobsobsob.


Depan hotel pun jadi. Eh. Aku tinggi lagi laaa. Ngehngehngehh.:p




Semoga berbahagia akak dengan abg krol! Cecepat dapat baby taw. Muuah akak cit cit. :*

Entry ni punya la lama aku nak update entry ni. Lama tau sampai aku ngelat masa keje aku sebab nak update blog. Nasib la bos tak de. Boleh mengelattt. Muaahahaha! Okey jahat. Bawak bawak bertaubat iena -__-"


Itu jela nak story mory. Eh akak! Thanks taw dekat akak ngan abg krol sebab honeymoon kat sini. Bole jumpa. Dan thanks juga kat kak Aisyah sebab teman kite. Lupa pulak, kak Aisyah pandai jahit manik tau. Kalau nak order, jahit manik bole tempah kat kak Aisyah or terjah blog or fb manik dia, AD BEADS


Ok bai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...