July 5, 2011

.Awal bulan yang menyedihkan.

Ingatkan bulan 7 ni nak bergiat aktif dalam blogging balik. Lepas sebulan blog ditinggalkan. Impian nak update blog secara gerila masa bulan 7 ni akhirnya tercapai bila banyak benda yang menyedihkan berlaku dalam hidup aku.


Dan akhirnya aku bole cerita semua benda dekat blog sebab blog ni dah di privatekan. Biarlah tak de UV ke tak de visitor ke tak de earning ke janji apa yang aku nak cerita ni bole terus diceritakan tanpa pikir perasaan orang lain :')


Awal bulan 7. Yes. Awal bulan 7 yang berlaku sesuatu benda yang menyedihkan. Entah mengapa sebab satu kesalahan sepuluh kebaikan sebelum ni di butakan. Aku tak taw kenapa. Aku ni manusia biasa. Tak terlepas dari melakukan kesalahan. Tapi sebab satu kesalahan tu, aku di buang. Di buang dengan insan yang aku sayang and aku cinta. Sakit bukan?


Aku taw aku ni kepala angin. Jenis ikut kepala otak sendiri je kekadang. Tapi tak perlu nak mengungkit hubungan yang tercipta 5 tahun lepas. 5 tahun masa yang terlalu lama untuk mencipta pelbagai kenangan. Sedih bila dapat taw hubungan cinta selama 5 tahun dapat di kekalkan sebab perasaan terpaksa yang ada dalam diri awak. Awak stay dengan saya untuk 5 tahun sebab terpaksa bukannya sebab ikhlas menyayangi dan mencintai saya. Sedih bila tahu kenyataan yang sebenar. Tapi itulah hakikat yang sebenar.


Awak jenis open. Bagitaw benda apa yang awak tak puas hati. Pasal saya yang awak tak puas hati semuanya awak bagitaw. Memang tak de selindung lagi. Tapi tak semua benda yang awak bagitaw saya dapat terima sebab saya juga ada hati dan perasaan. Hati saya sakit bila awak cakap family awak tak dapat terima saya dengan alasan saya ni gemuk badan saya ni besar. Yes itulah alasan yang awak bagi. Penah awak pikir pasal perasaan saya bila awak bagitaw pasal tu? Bagi awak benda itu macam satu gurauan. Tapi tidak bagi saya. Bila benda yang sama awak bagitaw saya, saya rasa macam saya ni anak patung yang dipermainkan.


Bila saya dingin dengan awak, awak pelik kenapa saya dingin. Saya tak mampu nak bagitaw. Sebab saya bukannya orang yang jenis terus terang macam awak. Untuk pulihkan balik hati saya ni, saya amik masa untuk diri saya. Saya still contact awak, mesej awak macam biasa. Tapi saya dingin sebab hati saya sakit lagi. Jadi saya tak ceria bila mesej dengan awak. Segala call dari awak saya tak penah angkat dengan alasan saya batuk. Padahal saya memang tak bole bercakap dengan awak. Saya ni bukannya orang yang jenis terus terang macam awak. Even awak sakitkan hati saya, saya takkan bagitaw awak directly macam awak buat kat saya sebab saya pikir pasal perasaan dan hati awak.


Tapi entah kenapa perasaan sayang awak kat saya nipis sangat. Senipis kulit bawang. Awak bagitaw perasaan sayang kat saya semakin berkurang sebab saya ignorekan awak sebelum ni. Ya Allah awak taw tak macam mana perasaan saya time tu? Saya rasa hati saya ni remuk sangat bila awak cakap macam tu. Bagi awak hubungan 5 tahun ni langsung tak bermakna bagi awak kan? Entah lah. saya tak taw nak buat apa lagi. Saya rasa saya ni macam mengemis cinta dan kasih sayang dari awak. Saya tak taw sama ada saya kuat atau tak untuk hadapi semua ni. Saya taw awak kuat dari saya sebab tu awak bole buat keputusan yang macam ni bukan? How lucky you are :')


Kalau awak rasa awak nak kembali kat saya, awak bole kembali. Tapi mungkin saya tak sama macam dulu. Manusia boleh berubah. Awak, saya dan sesiapa saja bole berubah. Terima kasih sebab buat saya macam ni.

July 2, 2011

.Bukan dia.

Tiap tiap kali baca entry eykameow yang INI mesti aku rasa sebak.


Ya Allah Ya Tuhanku, Andai dia adalah jodoh aku, kau kembalikan lah hubungan kami seperti dulu, dan jika dia bukan jodoh aku, kau pisahkan lah kami.... pisahkan lah perasaan aku ini padanya... mungkin dia bukan tulang rusuk kiri ku..

Bila cinta itu tak direstui macam macam yang kau uji... Aku tahu ada hikmah di sebalik apa yang telah kau rancang pada kami... Sesungguhnya kau Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Credit - Eykameow


Sampai sekarang aku masih membaca doa ni. Hati ni sakit Ya Allah. Sakit sangat.


Saat ini memang aku tak okey. Totally I'm not okey. Hanya Tuhan yang taw rasa di hati ni. Sedih, kecewa semuanya bergabung menjadi satu.


p/s: Memang saya insan yang lemah. Yang sentiasa bergantung harapan dekat awak. Sebab tu saya berani kasi kepercayaan dan hati saya ni kat awak. Tapi sampai masa, awak remukkan hati saya ni.


**Ya Allah kuatkan lah diri aku ni

May 20, 2011

.First interview dapat keje =) Thanks korang!.

Thanks kepada kesayangan sebab dia tolong update blog aku sebelum ini.


Yeap aku memang mengalami kemalasan yang amat scary.


Sampai satu tahap aku rasa macam nak privatekan blog ni. Malas dah nak blogging semua ni.


Memang scary sangat la tu.


Okey dah. Malas nak taip panjang panjang lagi.


Sesapa yang kawan dengan aku kat facebook mesti taw yang beberapa hari lepas aku mengalami nerves yang amat scary. Sebabnya aku di panggil interview dekat kilang MAMEE. Ye MAMEE Monster yang ampa duk makan kruk krak kruk krak tu.


First time panggil interview memang sah sah la aku nerves tahap cipan. Habis semua aku nak emo. Rasa macam nak duk dalam gua sorang sorang tak nak kasi sapa kacau. -___-


Tapi berkat pertolongan kesayangan dan doa kawan kawan semua akhirnya aku berjaya sesi interview tu. Aku diterima bekerja dekat situ. Dan alhamdulillah manager kat situ baik hati bagi aku position yang lain yang sesuai dengan aku. Gaji memang aku tak nego sebab aku tak de experience. Tapi manager sana baik hati bagi gaji yang sesuai dengan position aku. Terima kasih Ya Allah di atas semua rezeki tu. Terharu semalam sampai speechless :')


Hari Isnin ni dah start keje. Aku keje tak pakai baju kurung macam orang duk ofis. Aku pakai seluar t shirt tudung sarung dengan boot. Mekap heels handbag semua tak payah sebab aku keje kilang bahagian packaging. Mesti mencabar kan? Yeah I can't wait :')


Aku harap keje aku semuanya akan berjalan lancar dan okey. Thanks korang yang mendoakan aku. Korang memang terbaik. Peluk cium cit cit.


p/s: Nanti kalau ada apa apa yang menarik pasal keje aku, aku bagitaw la. Jangan lupa makan MAMEE. kehkehkeh aku promote ni.

May 17, 2011

CUBA TEKA INI SIAPA

aku bukan ieyna bersuara. kahkahkah

ok lah. aku updatekan kan blog dia sebab ieyna mengalami masalah penghadaman eh silap. masalah kibod rosak. maknanya tak dapat update selama lama nya (sila lah percaya)

aku tipu.

sebenarnye dia mengidap kemalasan yang amat scary

cuba teka aku siapa. kalau menang dapat penginapan percuma 3 hari 2 malam di rumah sendiri

buehuehueheu :P

memandangkan aku tengah tulis entry ni sambil tahan lapar.marilah kite lapar secara senyap dan berjemaah mengadap gambar mekdi dan big epal kepunyaan ieyna bersuara. kahkahkah

May 1, 2011

.Jangan nak mengharap perempuan je untuk faham. Lelaki pun kena faham sama.

'Kenapa kita couple?' tanya girlfriend.


'Sebab awak memahami saya' jawab si boyfriend.


'Saya paham awak, tapi awak penah tak untuk memahami saya?' tanya girlfriend sekali lagi.



Diam tanpa jawapan sehingga sekarang.


*************************************************************************************


Kadang kadang kita ingin difahami. Tapi kali ni kita harus memahami pasangan kita dahulu - source from here


Semua lelaki kalau boleh nak cari perempuan yang bole memahami diri dia. Yes! MEMAHAMI UNDERSTANDING. Yang bole faham dia luar dan dalam. Yang bole faham tahap kebizian dia. Itu ciri utama yang kena ada pada setiap perempuan untuk menjadi girlfriend seseorang mungkin. Ciri ciri lain abaikan dulu.


Siapa cakap perempuan tak pernah nak faham boyfriend sendiri? Perempuan la orang yang sedaya upaya untuk faham orang yang dia cintai. Ini fakta bukan auta.


Tapi once bila dah lelaki dah dapat girlfriend yang memahami diri dia seadanya, mesti lelaki tu tak reti nak menghargai sangat. Take for granted. Dan lagi masalah, lelaki tak pernah nak memahami girlfriend dia walaupun sekali. Aku je faham kau. Kau tak pernah nak faham aku. Konsep yang menguntungkan bagi pihak lelaki dan menyakitkan bagi perempuan.


Memang betul bila bercinta dedua kena saling memahami. Tapi masa awal awal je memahami faham satu sama lain. Tapi bila dah lama? Persefahaman tu dah tak de. Tinggal la perempuan je yang gigih nak memahami. Lelaki tak de pun.


Come on lah guys. Wake up!


Please la untuk cuba faham perempuan ni. Memang betul, perempuan ni complicated ada 1001 macam perangai. Sekejap emosi sekejap merajuk sekejap berangin. Tapi janganlah jadikan benda tu sebagai alasan. Jadikan benda tu sebagai CABARAN untuk kau memahami girlfriend kau. Kalau girlfriend kau cuba untuk memahami kau why not kau cuba untuk memahami girlfriend kau juga. Bercinta kalau tak de cabaran ibarat makan nasi tak de sambal. Tak de pedas rasa plain je.


Agak agak tak bole juga nak memahami, cuba la untuk berbincang. Mesej elok elok. Time mesej tak payah nak emo bagai. Selalu perempuan yang beriya kalau bab bab mesej ni sebab perempuan tak bole gaduh lama lama. Lelaki pulak tak payah nak buat kepala angin tunjuk hebat. Give and take la sikit. Tak perlu nak ego setinggi langit tak perlu nak penting diri. Ego dengan selfish tu tak bawak ke mana pun. Lagi merugikan ada la.


Senang cerita macam ni, kita hidup dalam dunia ni berpasang pasangan. So, kalau nak orang paham kita, kita pun kena paham orang tu juga. Get it? Konsep dia senang je. Tepuk dada tanya hati.


Ok bai


p/s: Tetiba rasa dah lama tak up entry entry cenggini. Hehehe.

April 26, 2011

.Video menangis mangsa buli yang sangat comel.

Sesiapa yang baca blog aku dari dulu memang tahu yang aku tak de adik. Bila tak de adik, jangan anggap aku tak de perasaan kat budak budak cinonet tu. Aku bole je jon venture dengan budak budak cinonet hok comel comel belako nih. Join venture yang aku maksudkan kat sini adalah join venture antara pembuli (suka menyakat) dengan mangsa buli (suka menangis)


Pembuli yang memang tak comel dah dengan mangsa buli yang berganda ganda comel dari pembuli. Mata budak tu (mangsa buli) bersinar lah dah la bolat.


Ni ah mangsa buli. Bulu mata dia lentik kalah bulu mata pelsu RCW oi. Tak payah pakai mascara memang dah melentik original punya. Mata memang bulat habis. Muka memang licin habis biasalah kulit baby memang sesuci lebaran lagi.


Budak mangsa buli hok mata bolat hok bulu mata melentik sampai langit ke 7 kalah RCW.
Nama penuh: FIZZ RIFQIE AMZHAR bin FARID (panjang gila nama -___-)
Nama glemer: panggil FIZZ je
Umur: tak sampai setahun mungkin dalam 7 or 8 bulan cenggitu
Anak ke: 2 hujung tahun ni bakal dapat adik lagi (hebak sungguh)
Hobi: hisap puting kaler hijau sambil gentel gentel bantal bulan sabit yg busuk.


Sila lah lihat video mangsa yang kena buli sampai menangis. Alololo tomey ah bila dia cebik mulut cm tu. Kehkehkeh.




Hampa duk tengok video ni tak payah la nak cakap aku kejam ke apa. Aku menyakat budak budak paling koman kasik nangis ja. Tak da la nak pi belasah budak budak sampai patah riuk badan budak tu. Gila apa?


**Ini entry lama terperap lama dalam draft. Dah basi dah. Tapi kira apa aku tetap nak publish juga.


Ok bai

April 15, 2011

.Review movie: SENJAKALA yang tak berapa nak senja sambil melepak di tepi pantai.

14.4.2o11 movie Senjakala keluar kat wayang. 14.4 tu juga aku pegi tengok. First time tengok movie hari pertama movie tu keluar. Hebak tak hebak? (mata ke atas tangan ke dada)

Dah senja ni. Meh masuk rumah. Nanti kena sampuk hantu. - Senjakala.


Senjakala ni pasal saka. Saka yang berkait rapat dengan keturunan. Haa dalam cite ni duk cite pasal saka tu la. Sapa sapa yang nak taw pasal saka bole lah tengok cite Senjakala.


Bagi aku cite ni bole tahan la. Tak dela seram sangat. Sebab dah bole agak bila part hantu nak keluar. Tapi tak seram sangat pun aku pegi bantai tutup mata dengan tangan. Bukan takat mata dengan mulut pun aku bantai tutup cover tak nak kasi terjerit. Biasalah penakut berlagak berani memang cenggitu lagaknya -___-


Aku suka tengok Liyana Jasmay dengan Zahiril Adzim dalam cite ni. Zahiril sangat hensemmmm OhEmJayyy sampai tak puas tengok dia. Liyana Jasmay pula kurusssss sangat. Nak body macam LJ bole dop bole dop? Tapi aku tak bape nak puas hati lah ending dia sebab macam cepat sangat. Kan best kalau ending tu buat happy ending mesti keluar wayang tadi muka ada senyum sampai telinga. Tadi keluar senyum senyum kambing je. Ekekeke.


Sesuai pulak tengok Zahiril dengan LJ nih. Tapi dalam cite ni Zahiril duk pegang telinga dia je. Apa motif dia pegang telinga pun aku tak taw sampai la ni.


Haa. lagi satu aku rasa Senjakala ni ala ala macam cite Twilight sikit. Twilight=Senjakala (dalam bahasa melayu). Hekhekhek. Bagi aku la. Tak taw la bagi korang cm ne.


Oh ye bila tengok wayang mestilah kena ada pasangan dating. Pasangan dating minggu ni.......


ialah....


abcdEYQA. Kenal dekat blog terus ke facebook sampai la ke alam realiti. Terima kasih alam maya sebab mempertemukan kami. Acewahhh :')


Biasalah pipi tembam, mata eyebag, hidung besar tu memang aku. First time pakai shawl buat gaya ala ala Hana Tajima you. Bedal main lilit jadilah Hana Tajimot yang booooolat. Hahaha!


Kalau tengok wayang berdua, haruslah couple seat sebab bole duduk bersila atas kerusi. Hehehe.


Bila keluar harus melepak bersama pasangan dating.


Perempuan+ Perempuan = CAMWHORE. Lets start it! :D

Birthday Eyqa si pasangan dating hujung bulan 4. So, dengan advancenya, aku celebrate bday dia dulu. Dan aku telah menggodek hp dia seperti harta aku sendiri. Biasalah jakun. Btw, thanks eyqa! :')


Otw balik singgah melepak kat tepi pantai. Kebanyakkan pantai kat Melaka ni dah kena tambak. Tapi tambak tambak pun cantik juga. Marilah melawat Melaka. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia (sempat promote)


And lastly....


Gambar favorite kami. Sebab apa? Sebab gambar ni CUN! Hahaha! :D



Okey lah bai!

April 2, 2011

.Review movie: CUN! memang the best,tak rugi tengok.

31.3.2011 cite CUN! keluar wayang. Dari dulu memang aku aim cite tu. Memang nak tengok juga. Tengok video trailer, baca komen wartawan pasal cite tu memang buat aku lagi eksaited nak tengok. Hikayat Merong Mahawangsa memang aku tak dapat tengok. Jadi aku pun frust. Dan nak cover frust tu, aku tengok CUN!.




Frankly speaking, cite CUN! ni memang the best la. Even jalan cite ni ringan, sempoi, tak de konflik banyak sangat tapi mesej tersirat memang sampai! Memang dapat feel.


CUN! ni bukan cite cinta jiwang tangkap leleh semata mata. Banyak part kelakar dari awal sampai akhir cite ni. Tapi bila sampai part sedih, memang bole meleleh air mata ni. Bila sampai part sakit hati, rasa geram je sampai rasa nak penampar and meluat gila. Semua ada dalam cite CUN! ni.

Kembang si kerbau yang sangat jinak, menurut kata dan perintah. Kan best kalau dapat kerbau jinak macam ni :')

Part yang paling menyakitkan hati, paling sedih, paling tacing. Air mata hampir meleleh bila time part ni :')


Bagi aku, tak rugi aku laburkan RM12 untuk tengok cite ni. Siap amik couple seat dengan pasangan dating aku minggu ni. Memang berbaloi baloi. Yang aku perasan, semua orang dalam wayang tu semua happy and gelak berdekah dekah bila part lawak. Memang enjoy gila ah!

Tak rugi melaburkan duit untuk tiket wayang ni. Berbaloi balooooooii :D

Muka eksaited tengok CUN!. Mata sembap. Eye bag besar gila. Mata merah. Pipi je yang sentiasa maintan tembam (bakat semulajadi)

Pasangan dating minggu ni. Akak yang paling pemalu. Akak yang paling penyegan. Akak yang paling rapat dengan aku masa praktikal sekarang ni.

Ingat pasangan couple je bole amik couple seat? Kami pasangan adik dan akak pun bole amik couple seat taw. Hekhekhek. Macam biasa, muka aku haruslah teruja dari biasa. Kehkehkeh.


Btw, rasa kagum dengan Remy Ishak yang berlakon dalam cite ni. Dia cakap loghat utara weh. Bukan senang bila orang bukan utara nak cakap utara. Memang aku kagum ah bila tengok tadi Kalau korang tak tengok lagi, better pegi tengok. Memang best wa cakap sama lu.


Oh ye! cite CUN! ni adalah FIRST MOVIE yang aku tengok dalam tahun 2011 ni. Ye ye aku taw aku sangat ketinggalan (tutup muka) -______-


Ok bai!


p/s: Esok nak pegi kedah dgn perlis. Tapi perlis banjir. Agak agak aku sempat tak nak main air banjir?

March 31, 2011

.Ciri ciri si kaki SENTAP.

SENTAP yang dimaksudkan dalam entry aku ni adalah SENTAP yang memang tak bole nak nego langsung. Tak bole nak bawak berbincang. Sikit sikit nak sentap. Cakap sikit sentap. Memang sentap sesaja!




Sekarang aku nak kasi sikit Ciri ciri si kaki SENTAP.


1. Suka cakap gah, cakap besar

Kalau la korang ada kawan yang memang jenis cakap gah. Cakap nak hebat saja tak nak kalah. Konon dia la nombor 1, dia la kaya, dia la tampan kacak bergaya, dia la cantik apa jadah semua tu. Cuba kau jangan terus terusan nak percaya apa yang dia cakap tu. Sebaliknya, kau doubt dengan apa yang dia cakap. Eh betul ke? Tak caya ah. Eh yeke? Macam tak betul je. Kalau reaksi dia tetiba Ah tak caya sudah. Apa yang aku cakap semua tak nak caya. Sudahlah! Nampak sangat dia memang seorang yang kaki SENTAP. *Kamon la brader/sister, tak kan bila orang doubt sikit dengan kau terus kau nak sentap. Ape jadah??


2. Jenis memekik memekak tak tentu hala

Yang ni memang selalu jadi. Cuba kalau kawan korang bising memekik ke apa ke. Cuba try tegur dia Wei kau ni senyap sikit bole tak? Memekak je dari tadi. Kalau reaksi dia guna ayat puitis yang memang menjelaskan dia tu tacing Yela yela, aku senyap. Aku je yang memekak. Aku je yang buat bising. Semuanya aku aku aku!. See, nampak sangat la kawan kau tu jenis SENTAP yang maha dasyat!. Lepas tu TAK DAPAT terima teguran orang pulak tu *Dah kalau orang tegur tu terima dengan hati terbuka. Dah memang kau memekak tak kena masa. Kena ah tegur. Tak payah la butt hurt sangat!*



3. Jenis yang memang tak bole dibawak bergurau/melawak

Hidup dalam dunia ni tak enjoy ah kalau tak de gurau gurau lawak lawak ni. Padahal dekat astro pun ada rancangan raja lawak dengan maharaja lawak. So, tak best la kalau tak de lawak. Tapi ada juga orang yang tak bole di bawak berbincang bab bab melawak ni. Cuba kalau kau saje saje melawak dengan kawan kau. Stokin kau busuk syiallll (sambil pegang pegang stokin yang hakikatnya baru lepas basuh dan wangi) Lepas tu siap ketawa HAHAHA. Then ada la sorang tu yang SENTAP akibat dari pelawakan yang diakhiri dengan HAHAHA. Padahal siap bergelak ketawa dah tu. Tak payah nak amik serius sangat. Benda melawak bro. Cuba try join sekali. Tak payah nak amik hati sangat. Cukup la ada satu hati dalam diri tu. Bawak bawak bertenang



4. Jenis yang tak pikir perasaan orang lain

Biasalah bila hidup, mestilah kita kena tolerate each other kan. Tak payah nak selfish pikir pasal diri sendiri saja. Kadang kadang kena try untuk pikir perasaan orang lain. Bagi aku orang yang jenis pikir pasal diri dia ni jenis yang cepat SENTAP. Yelah, kalau bole setiap masa minit dan saat nak kita je yang dengar luahan dan masalah dia. Bila kita tak layan sikit dengan alasan Eh sory taw, aku busy ni. Lepas tu mesti nak SENTAP Yela sory kacau kau kbai. Padahal memang tengah busy, tak payah la nak buat ayat SENTAP sangat. Orang lain pun ada keja lain juga dari nak melayan kau. Please please jangan nak selfish sangat. Pikir perasaan orang lain sama.


5. Jenis yang memang suka cakap lepas. Mulut tak de penapis

Aku perasan sangat, sangat perasan yang kalau orang jenis suka cakap lepas ni memang jenis si kaki SENTAP. Kalau dia cakap lepas dekat orang lain tak pe. Tapi kalau orang lain cakap lepas kat dia tak bole. Jap g kalau orang cakap lepas dengan dia terus senyap, SENTAP dan merajuk. Tak rasa macam bengong ke kalau orang berperangai macam tuuu? Bagi aku teramatlah bengong. Kalau kau tak nak SENTAP sebab orang cakap lepas dengan kau, baik kau pun tak payah kasi orang SENTAP dengan mulut kau yang tak de penapis.



Ini bukan entry bajet bagus ke apa. Aku pun bukannya jenis KALIS SENTAP. Aku mengaku kadang kadang aku SENTAP tapi ikut masa dan keadaan juga. Tak de lah aku nak pegi bantai SENTAP 24 jam dengan orang keliling. Ape jadah buat perangai macam tu? Gila annoying taw dak? Rimas woi rimas!



Selalunya orang perempuan je dikategorikan sebagai orang yang kuat SENTAP. Biasalah perempuan, hati lembut macam tisu. Itu normal la kan. Tapi sekarang ni aku perasan lelaki yang KUAT SENTAP compare dengan perempuan ape cer tu? Bagi aku TAK JANTAN ah laki tu kalau kuat sangat nak SENTAP. Hilang machoo. Erk macho kewwwwwww??? (muncung muncung mulut)



Ok bai!

March 20, 2011

.Seharian berdating semua benda nak TRY. Memang jakun dan teruja.

Dah lama tak update blog. Macam biasa, sifat pemalas makin meluap luap sampai blog yang dulunya ditatang bagai menatang minyak yang penuh tapi sekarang sudah di anak tanggangkan oleh tuan empunya blog sendiri iaitu AKU. Ekekeke.



Okay dah! Mukadimah je dah panjang berjela. Terus masuk cerita dan perdebatan yang akan di lakukan (perdebatan apekah???)



Sabtu baru ni, aku keluar berdating. Dating dengan siapa? Mestilah dengan orang yang aku kenal. Siapa orang tu? Dia orang yang sentiasa dengan aku tak kira time aku susah or senang. Memang dia sentiasa ada untuk aku.

Inilah pasangan dating aku. Bestfriend aku since sek men sampai sekarang. Aku panggil dia Dayah. Dari dulu kini dan selamanya memang aku panggil nama tu je. Even dia suruh aku panggil dia dengan nama lain tapi tak de nya aku nak melayan permintaan dia tuu. Tak de nama lain yang berkenan dengan mulut aku nak sebut. Ekekeke.


Actually, dia datang Melaka pun sebab nak ambil barang dekat akak dia yang memang study kat Melaka jni. Tak de plan pun datang nak jumpa aku ke apa. So, disebabkan aku pun free time tu, aku mengkidnaplah dia untuk menjadi pasangan dating aku selama sehari. Lama tak jumpa woi. Mestilah aku rindu gila kat dia.


Aku memang tak plan nak buat apa masa dating dengan dia tu. Just ikut kaki mana nak pegi. Last last pegi Jusco bandar Melaka yang besar punyaaaa.


Even masa aku pegi tu hari Sabtu bersamaan dengan hari tanpa beg plastik sedunia tapi apedehal. Jusco tetap penuh. Full parking full human semuanya full sesajo!. Memang bersemangat betul rakyat Malaysia ni bershopping walaupun hari tu tanpa beg plastik. Kagum aku tengok semangat bershopping tersebut.


Masuk jusco terus aku nampak kedai comel Tako tao. Hati meronta ronta nak try makan ape itu Tako tao. Tanya dayah, dia cakap Tako tao sedap. Lagi hati meronta ronta. So, disebabkan dia kesiankan aku yang tak pernah nak try makan benda alah Tako tao tu, dia pun tolong beli and belanjakan.


Hajat di hati konon konon nak pegi tengok wayang. Tapi makin lama makin malas. Kesimpulannya, jalan jalan jela kat Jusco bandar yang besar punyaaaaaaa. Sampai dayah sendiri cakap Jusco bandar tu macam Midvalley pun ada, macam KLCC pun ada. Hahaha. Itu dayah yang cakap. Bukan aku.


Disebabkan pasangan dating aku nak travel jauh bulan 4 nanti, dia kena lah bershopping sikit. Aku pun hanya menemankan. Tengok ada diskaun 70% siapa yang tak nak beli. Tapi tapi kasut yang pasangan dating nak tu tak de saiz. Tinggal saiz kecik je. Terus kelihataan hampa disitu. SABAR ye pasangan dating, nanti hang pi cari kasut tu kat KL. Hehehe. Aku teman dari jauh ja time hang beli nanti.


Habis segala pelosok jusco aku dengan dayah redah. Dari utara sampai selatan timur sampai barat. Last last perut lapar. Siapa penah pegi jusco bandar tu memang taw la yang jusco tu macam syurga makanan. Macam macam restoran kopitiam kedai makan yang ada kat jusco tu. Tinggal pilih and sediakan duit je.


Disebabkan banyak sangat tempat nak makan sampai tak taw nak makan kat mana, last last aku dengan dayah decide nak membela lemak dekat Kenny Rogers. First time aku nak makan kat Kenny Rogers tu -____-. Pasangan dating tak payah cakap la. Dia semua penah makan, aku je yang ketinggalan sikit.

Ni makanan aku. Ayam black pepper. Nak order makanan pun jenuh la dayah nak kena explainkan kat aku satu satu -__-. Disebabkan aku tengok ramai sangat orang memperhebohkan kesedapan mashed potato and coleslaw Kenny Rogers, aku pun terus mengorder dua benda alah tu sebagai side dish aku termasuk nasi. Kata Melayu asli. Tak de nasi memang tak sah.


Ni makanan pasangan dating aku. Ayam smoked bbq. Disebabkan dia dah expert bab bab mengorder ni, dia order je apa yang dia nak makan. Tapi macam biasa la, pasangan dating aku ni kalau bab bab makan mesti nak yang healthy punya. Sebab dia pun nurse. Jadi, haruslah ada buah and potato parsley apa tah sebagai side dish. Nasi haruslah ada sekali.


Ni muffin aku dengan pasangan dating. Aku punya mestilah muffin yang COKLAT raisin. Dia punya muffin BANANA raisin. Muffin aku lesap dulu, muffin dia lesap kemudian.


Keterujaan makan Kenny Rogers buat pertama kali bole tengok kat gambar ni. Dan juga.....


Gambar ni. Nak makan muffin pun aku bole buat muka kena sawan macam tu. Nak makan pun aku mampu buat gaya peace lagi. Dan kesimpulannya, makanan tadi habis licin tinggal pinggan dan garpu je. Makanan bayar kena makan bagi habis. Kalau tak nanti rugi membazir je. Membazir itu amalan syaitoooooonnirrajimmmm. Tak elok tak elok **geleng geleng kepala


Takkan aku sorang ja nak pose time makan. Pasangan dating pun nak posing juga. Alang alang kena ada geng la baru bole posing sekali. Ye dak? Hehehe.


Kat Kenny Rogers tak de dessert, so lepas solat aku ajak dayah pegi j co donut tu untuk menTRY j cool yogurt yang selalu sangat di gembar gemburkan kesedapannya oleh budak INI. Aku amik yang 3 topping punya. Aku pilih chocolate kaviar, strawberry dengan blueberry jem. Harga 10 hengget. Kira okay la untuk 2 orang makan. J cool ni lebih kurang macam Tutti frutti kot. Tapi aku rasa J cool lagi murah sikit dari Tutti frutti tu.


Macam biasa. Gambar muka jakun dan teruja WAJIB ada. First time try makan j cool mau tak teruja. Teruja kot. J cool memang sedap. Walaweh tak rugi aku try!


Bukan j cool je yang ada untuk dessert. Tako tao yang dah beli masa awal awal tadi and dah sejuk pun aku belasah jadikan dessert. Tako tao tu memang sedap. Lembut jee. Memang sedap la. Tak rugi pasangan dating membelanja aku. Memang licin saje. Oh pasangan dating yang mulanya menolak pelawaan aku untuk merasa j cool tu akhirnya terpengaruh juga dengan pelawaan aku sampai makan menjilat sudu.


Pasangan dating sampai cakap 'Keluaq dengan ang ni keja duk makan ja. Semua benda makan ang nak try. Tapi tak pa, best juga'. Hahaha. See see. Aku memang suka try bab bab makan ni. Aku dengan pasangan dating tak penah berkira bab bab makan. Sekali sekala kita treat la diri kita dengan makanan yang mahal sikit. Tak salah nak merasa.

Saat saat nak berpisah. 'Dayah dayah, jom tangkap gambaq weh, bole letak dalam blog aku' kata aku kat dayah. Dayah pun hanya melayankan permintaan kawannya yang sangat gila bergambar sebab nak masukkan dalam blog. Dah nama pun blogger. Tak tangkap gambar tak sah.

Segala muka keterujaan, kejakunan dan kegembiraan dapat disaksikan melalui semua gambar gambar ni. Tak payah cakap apa dah. Ekekeke.


Gambar gambar pasangan dating yang sempat aku tangkap. Pasangan dating yang sangat memahami aku dan sentiasa ada untuk aku. I love you lah pasangan dating!


Pesanan untuk pasangan dating: Weh hang. nanti hang nak p travel jauh kan. Beli lah apa apa souvenir kat aku. Ekekeke. Hang jaga diri elok elok naa. Nanti mai la melaka lagi. Aku ada ja kat sini. Jangan duk stress stress sangat. Apa apa hal ang contact aku, aku sentiasa ada. Jaga diri, love u!


Itu jela kisah dating aku.


Ok bai!

March 3, 2011

.Kitewww pun adeww TWITTER jugewwwww tawwww.

Tengok tajuk memang minta penampar sebab rasa menyampah sangat. Siap ejaan ada ewwww ewwww bagai. Apa jadah? Mungkin rasa diri TERlebih comel bila ada ewww ewww ni. Terbelit lidah kitewwww nak bacewww tawwww **muncung muncung mulut. Kahkahkah!Sememangnya ini bukan gaya aku menulis nak letak ewww ewww ni. Karang terlebih muncung mulut aku.



Okey straight to the point. Ahad lepas aku bosan. So, dah bosan bosan layan facebook tapi facebook tak de apa yang menarik. Makin bosan. Jadi, aku rasa macam nak buat akaun twitter. Padahal sepatah haram apa aku tak paham pasal twitter. Ilmu pasal twitter memang kosong langsung!

.Siap tulis status kat fb, minta orang ajar pasal twitter.


Tapi aku peduli apa. Aku TABAH kan hati nak buat juga. Buka laman web twitter, register, letak username, letak password, upload gambar, design background tup tup dah setel.



Kesimpulannya, secara rasmi aku dah akaun twitter. Even tak tahu apa apa tapi apedehal, benda bole belaja. So, korang jom la kita tweet tweet beramai ramai. Best owh twitter **angkat angkat kening gaya jakun dan berlagak. HAHAHA! :D


.Ini laaa TWITTER kitewwwwww. Jom la kitewww tweet tweet samewww samewww **muncung mulut lagi



Eh chup!! Perasan tak header baru? Hehehe. Haruslah kesayangan aku yang buat. Thanks love! Muah cit cit!


Ok bai.


p/s: Aku memang suka kecoh pun pasal twitter ni. Baru buat haruslah jakunnn.

February 26, 2011

.Zaman dolu dolu punya cerita (Part 2). Kisah asrama.

Dari form 1 sampai form 5 aku duduk asrama. Ye, 5 tahun duduk asrama banyak kenangan yang aku dapat and banyak benda yang aku belaja.


.Kekonon ni asrama aku dulu. Kaler nak pink sebab dulu memang kaler pink. Public phone kuning memang wajib ada port untuk bergayut gayutan.


Asrama aku tak dela besar sangat. Ada 3 tingkat 14 dorm. Setiap dorm tak dela besar mana pun. Satu bilik agak agak dalam 15 ke 20 orang. Katil pulak jenis katil double decker yang 2 tingkat tu, then ada loker kayu loker besi dengan loker buku. Kalau nasib baik, tiga tiga loker ni bole amik untuk kegunaan seorang diri. Aku memang jenis tamak habola, so tiga tiga lokar ni aku kebas untuk kegunaan sendiri.

.Ketiga tiga loker yang aku kebas lebih kurang macam gambarajah atas. Setiap loker HARUS ada nama lepas tu ada la lekat lekat something kat loker. Nak kasi cantik kononnya.


Sepanjang 5 tahun aku duk asrama, aku tak penah tido katil atas. Kan katil double decker ada 2 tingkat. Tapi aku tak penah tido atas. Sebab aku tak suka nak panjat panjat. Dan aku jenis kalau daftar asrama memang awal sebab nak chup katil bawah. Kalau tak awal, aku suruh kawan yang chupkan. Nampak kan kegigihan dan usaha aku untuk mengelak tido atas. Lagi satu aku bukannya jenis tido sopan jadi memang tak berapa nak sesuai tido atas. Kalau tido atas mesti ke bawah juga akhirnya. So, sape nak menjawab nanti?


.Alasan yang sangat KUKUH kenapa aku tak suka tido atas.


Duduk asrama memang banyak benda yang aku belaja. Parents tak de memang kena belaja buat sendiri. Basuh baju sendiri. Yang tu memang ketara kena buat sendiri. Kalau rajin, tiap tiap hari basuh. Kalau tak rajin, kumpul la seminggu sekali basuh. Aku jenis basuh baju time mandi petang. Kalau mandi pagi jangan harap sempat nak basuh. Bangun pun dah lambat. Style aku basuh baju tiap 2 hari baru basuh. Sebab aku kan pemalas nak basuh baju tiap tiap ari. Kalau 'benda' yang aku pakai tiap tiap hari haruslah basuh tiap tiap arikan. Karang kalau habis mana nak cekau? Haa ce cite ce cite.

.Pesyen basuh baju kat asrama dulu. Tiap tiap kali minggu tak balik MEMANG macam ni gayanya nak membasuh baju.


Duduk asrama kena belaja mandi ramai ramai. Mandi dekat kolah or kat dobi. Dobi kat sini tempat basuh baju. Ada la 20 ke 15 kepala paip. Tadah air, basuh baju, terus mandi kat situ ramai ramai. Kalau nak harap mandi dekat toilet memang susah sebab ramai sentiasa. Dan aku pulak bukan jenis yang rajin nak menunggu turn nak guna toilet bagai. Kadang kadang toilet tak de air pastu nak menadah dah satu hal. So, mandi je kat kolah tak pun kat dobi dah setel dah siap dah wangi! Masa mula mula nak mandi memang la malu of kos aku pun malu. Tapi dah lama lama, tak de hal la sebab semuanya perempuan. Janji pandai jaga kain berkemban tu kasi tak terlucut sudah. Jangan sesuka hati buat free show sudeyyyyyy.


Kalau duduk asrama memang tak sah kalau tak kecoh pasal kes kes histeria. Asrama aku pun ada juga pasal histeria. Paling up and paling kecoh masa aku form 2. Masa tu memang kes histeria tak payah cakap. Ada kawan aku yang kena. Memang kecoh sana sini. Takut memang tak payah cakap. Konfirm takut punya. Sangat sangat takut. Takut takut sangat. Dah kecoh tu warden pun suruh setiap budak asrama baca yasin kat bilik masing masing. Buat 'halaqah' dengan ahli bilik pastu letak air dalam baldi then baca yasin ramai ramai. Dah habis baca, orang orang yang terpilih akan siram air yasin tu kat keliling bangunan asrama. Lebih kurang macam pendinding la. And alhamdulillah lepas tu kes histeria makin lama makin kurang.


Duduk asrama memang banyak benda yang dapat belaja. Percaya la cakap aku. Tak rugi pun duduk asrama. Even setahun duk asrama dah dapat banyak pengalaman. Bukan takat pengalaman tapi kenangan pun banyak. So, kalau ada peluang duk asrama tu terus grab and enjoy it. Memang best weh :)


Korang plak penah duduk asrama tak? **gaya berlagak. mata ke atas tangan ke dada. Ekekeke.


Kalau nak baca Part 1 pasal zaman dolu dolu bole klik SINI


Eh eh, Hye Geng SMKAP! Senyum senyum apa? HAHAHA! :p


Ok bai!


p/s: Ini kekonon edisi belajar melukis. First time melukis dan mewarna. Haruslah pelik. Abaikan abaikan yang gambar pelik tu. Buat buat tak nampak. HAHAHA!

February 13, 2011

.Seluar takung air yang famous dekat Korea dah ada dekat Malaysia laaaa.

Pegi Mydin teman kawan beli barang dapur. Jalan jalan cuci mata sekali.


Tengok tengok baju. Tengok tengok seluar. Mana taw ada yang berkenan. Kawan dah pegang satu seluar. Aku tengok seluar tu dahi dah kerut kerut. Rasa penah tengok je style seluar tu. Tilik tilik depan belakang seluar tu.


Baru teringat aku tengok style seluar tu dalam satu video clip lagu korea. Tak sangka pula style seluar macam tu dah sampai Malaysia. Ingatkan tak de kat Malaysia seluar seluar yang style pelik ni.


Kawan aku pegang lagi seluar tu. Hajat di hati konon nak beli. Aku suruh dia try dulu. Bila dah try semua bantai gelak HAHAHA sebab nampak pelik sangat. Pakai seluar tu dah gaya macam bapok je aku tengok. Kalau laki pakai memang nampak gay.


Aku panggil seluar tu seluar takung air. Orang INI panggil seluar takung taik. Segala yang takung takung semua kasi kat seluar tu. Sebab kat tengah memang besar. Angin bole keluar masuk. Agak agak kalau kangkang memang dah bole takung segala benda.


.Kasi full version dulu.

.Close up sket tapi blur bukti aku tengah gelak HAHAHA.


Yang ni versi Korea plak.

Orang Korea selamba je basuh keta pakai seluar takung air. Mungkin nak takung segala air air yang dibasuh. Bukan takat basuh keta je keluar jalan jalan pun selamba pakai seluar takung air. Its like macam fesyen kat sana. Laki perempuan mesti ada yang pakai.


Eh, kenapa diorang selamba je pakai tak de rasa malu pun?


Sebabnya dorang tu korean. Memang lah tak TERperasan yang seluar dorang pakai tu takung taik segala. Kite ni melayu. Cuba kalau kau pakai tengok, memang aku balik terus. Jalan lah kau sorang sorang.<-(jawapan aku cilok dari entry yang INI)


Agak agak korang nak pakai tak seluar macam ni pegi jalan jalan? Hehehe.


Ok bai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...