May 1, 2011

.Jangan nak mengharap perempuan je untuk faham. Lelaki pun kena faham sama.

'Kenapa kita couple?' tanya girlfriend.


'Sebab awak memahami saya' jawab si boyfriend.


'Saya paham awak, tapi awak penah tak untuk memahami saya?' tanya girlfriend sekali lagi.



Diam tanpa jawapan sehingga sekarang.


*************************************************************************************


Kadang kadang kita ingin difahami. Tapi kali ni kita harus memahami pasangan kita dahulu - source from here


Semua lelaki kalau boleh nak cari perempuan yang bole memahami diri dia. Yes! MEMAHAMI UNDERSTANDING. Yang bole faham dia luar dan dalam. Yang bole faham tahap kebizian dia. Itu ciri utama yang kena ada pada setiap perempuan untuk menjadi girlfriend seseorang mungkin. Ciri ciri lain abaikan dulu.


Siapa cakap perempuan tak pernah nak faham boyfriend sendiri? Perempuan la orang yang sedaya upaya untuk faham orang yang dia cintai. Ini fakta bukan auta.


Tapi once bila dah lelaki dah dapat girlfriend yang memahami diri dia seadanya, mesti lelaki tu tak reti nak menghargai sangat. Take for granted. Dan lagi masalah, lelaki tak pernah nak memahami girlfriend dia walaupun sekali. Aku je faham kau. Kau tak pernah nak faham aku. Konsep yang menguntungkan bagi pihak lelaki dan menyakitkan bagi perempuan.


Memang betul bila bercinta dedua kena saling memahami. Tapi masa awal awal je memahami faham satu sama lain. Tapi bila dah lama? Persefahaman tu dah tak de. Tinggal la perempuan je yang gigih nak memahami. Lelaki tak de pun.


Come on lah guys. Wake up!


Please la untuk cuba faham perempuan ni. Memang betul, perempuan ni complicated ada 1001 macam perangai. Sekejap emosi sekejap merajuk sekejap berangin. Tapi janganlah jadikan benda tu sebagai alasan. Jadikan benda tu sebagai CABARAN untuk kau memahami girlfriend kau. Kalau girlfriend kau cuba untuk memahami kau why not kau cuba untuk memahami girlfriend kau juga. Bercinta kalau tak de cabaran ibarat makan nasi tak de sambal. Tak de pedas rasa plain je.


Agak agak tak bole juga nak memahami, cuba la untuk berbincang. Mesej elok elok. Time mesej tak payah nak emo bagai. Selalu perempuan yang beriya kalau bab bab mesej ni sebab perempuan tak bole gaduh lama lama. Lelaki pulak tak payah nak buat kepala angin tunjuk hebat. Give and take la sikit. Tak perlu nak ego setinggi langit tak perlu nak penting diri. Ego dengan selfish tu tak bawak ke mana pun. Lagi merugikan ada la.


Senang cerita macam ni, kita hidup dalam dunia ni berpasang pasangan. So, kalau nak orang paham kita, kita pun kena paham orang tu juga. Get it? Konsep dia senang je. Tepuk dada tanya hati.


Ok bai


p/s: Tetiba rasa dah lama tak up entry entry cenggini. Hehehe.

3 comments:

enyheartsdiamond said...

kdg2 betul, kdg2 mcm terbalik pula.. mungkin sudah tereverse psychology agaknya.. hehe.. best la muzik dlm blog eina ni <3

kalau ada entry tacing2 sikit bole nangis ni <3

Tqa said...

Sangat suka! Sokong kak ieyna!

Syafiq A. Ghani said...

like this entry! ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...