March 16, 2012

PERASAAN LEPAS PUTUS CINTA

Kalau yang kawan kawan aku memang aku rasa dah taw aku baru putus cinta. Yang tak taw pulak sekarang dah tahukan?

Yeap. Aku baru putus cinta akhir tahun lepas. Kesan dia sampai sekarang wooo. 5 tahun bercinta last last putus macam mana tak berkesan kat hati ni haa?

Perasaan lepas putus cinta? Of koslah mula mula sedih tahap kronik. Dah macam meroyan pun ada juga. Tapi nak buat macam mana. Meroyan lama macam mana pun bukannya dapat sambung balik cinta yang dah terpecah berbelah belah itu. Nak kutip cinta tu pun dah tak mampu.

Finally, aku okey la. Bole berdiri sendiri tanpa dia. Aku sendiri pun ambil masa nak okeykan diri ni. Kalau otak ni macam computer yang setiap benda bole di delete sekelip mata tak pe juga. Ni tak, segala kenangan 5 tahun tu tak de nak hilang dalam kepala otak ni. Duk ingat lagi. Kadang kadang bole tersenyum sorang sorang. Kehkehkeh.

Mampu senyum balik tu kira okey dah la kan? Ekekeke.

Sekarang ni aku tak dela nak pikir sangat pasal cinta/bf apa jadah segala bagai ni. Sebab sekarang ni hidup aku mostly pikir pasal kerja, family and masa depan aku. Tapi kadang kadang tu terbabas la juga terpikir hal hal cenggitu. Yolah dah kalau dulu ada peneman sekarang sorang sorang. Sunyi jugakan? Tapi buat tak layan je sunyi tu. Buat buat macam tak wujud. Lama lama nanti hilang juga. Tak nak ada pengganti cepat? Kehkehkeh. Memang tak la buat masa sekarang. Sebabnya aku still fobia dengan JANJI LELAKI.

Kalau boleh la kan kalau boleh. Nak suruh mak apak aku yang tolong carikan bakal suami untuk aku. Bole tak? Konon konon macam #VanillaCoklat. Muahahaha.

Eh apa apa pun aku bersyukur sangat sebab at least baru putus cinta masa duk bercouple ni. Cuba nanti kalau dah kahwin lepastu cerai? Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Untuk renungan bersama. Copy dari SINI

~Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

*. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Ok bai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...