July 23, 2012

KAHWIN AWAL

Tiap tiap hari aku online facebook. Dah memang kaki online. Nak buat macam mana. Tapi hari ni masa aku online, aku ternampak kat home aku ada satu video perkahwinan yang member aku share. Video Majlis Perkahwinan Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun)


Aku abaikan dulu video tu sebab masa tu tengah keje. Malas nak tengok bila tahap kelam kelibut busy dengan keje. So, lepas isyak tadi aku tengok full video dia. Boleh tahan banyak juga yang bagi komen tu. Ada positif ada negatif.

Frankly speaking, bila aku tengok video tu aku pun terkejut juga. Yelah lelaki baru 16 tahun tak ambil SPM lagi and girl pula baru 14 tahun PMR pun tak ambil lagi. Its like macam WOW! Mudanya diorang kawennnnn :O At the first place memang tu reaksi aku and mostly semua orang yang tengok video tu bereaksi yang sama dengan bermacam macam pendapat kat dalam kepala otak masing masing tu. Yeahh i know.

  • "Ish, budak ni muda lagi. Duk sekolah lagi. Duit pun harap mak pak yang kasi. Nak jaga anak dara orang tu nak bagi makan apa? Pasir?"
  • "Ni mesti kes dah gatai sangat nak kawen awal tak pun perempuan tu dah bunting. Nak cover line la tu"



Okey kat atas ni antara TOP 2 mentaliti orang orang sekarang TOP 2 ye TOP 2. Asal kahwin awal je mulalah pemikiran macam kat atas ni keluar. 

Bila tengok balik video tu, aku rasa macam terharu pulak. Yelah budak 16 tahun dah ada kesedaran dan berani pikul tanggungjawab sebagai seorang suami untuk lindungi isteri yang dia kahwini. Lelaki yang umur dah ke atas pun belum tentu berani nak pikul tanggung jawab ni. Still lagi berfoya foya, enjoy sana sini. Jujur, memanglah budak lelaki tu tak habis belaja lagikan. Duit pun tak de lagi nak kasi makan isteri tapi sekurang kurangnya dia berani nak bertanggungjawab mendirikan masjid dan melindungi orang yang dia cintai. Memang akan ada orang cakap "Alahh dengan tanggungjawab tu, bukannya boleh kasi anak bini kau makan pun, sekolah pun belajar tak habis lagi" Tapi sebelum nak cakap macam tu sekurang kuranya tolong la pikir dulu. Rezeki kat dunia ni datangnya dari Allah bukan dari kita. Kita ni siapa nak mempersoalkan rezeki Allah bagi. Allah dah tetapkan rezeki untuk semua hamba kat dunia ni. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. Inikan pulak manusia. Yang penting usaha.



Kahwin awal orang akan cakap kita gatal. Gatal nak kahwin sampai tak menyempat nak habis belajar. Bila kahwin lambat, orang akan cakap kita tak laku, memilih sangat la apa la. See? Nampak tak kat situ keadaan macam mana? Kahwin awal orang kata gatal. Kahwin lambat orang kata tak laku. Dah tu macam mana nak buat? Kahwin awal orang mengata, kahwin lambat orang tetap mengata. Sama je point dia. Kadang kadang sedih, bila tengok orang kita still lagi berpikiran macam ni.



Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kahwin awal sebabnya kahwin awal ni ada hikmah dan kepentingannya. Contoh kepentingan kahwin awal yang disebutkan dalam Shahih Muslim adalah hadis hadis dari Rasulullah SAW sendiri yang bermaksud

  •  "Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

  • Dari Umar al Khattab r.a., sesungguhnya telah berkata: “Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa.3

Kahwin awal ni hakikatnya banyak kelebihan. Kelebihan apa? Pikirla sendiri. Semua dah besar panjang.

  • Hadis Riwayat Ibnu 'Addi:
"Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku..."



Kalau tengok balik video perkahwinan adik Syafiq tu bole tahan meriah la juga kan. Dengan gotong royong satu kampung, kek bertingkat tingkat, ada persembahan puk amai amai lagi (tak tau nama apa), tukar baju, shooting sana sini. Boleh tahan meriah kann. Dari video tu, kita bole tengok yang mak ayah kedua dua belah pihak restu dan redha dengan perkahwinan diorang. Kalau tak restu takkan meriah cenggitu kan? Kalau perkahwinan diorang ni, mendapat keredhaan ibubapa sendiri, insyaAllah keredhaan Allah pun akan dapat. Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Itu kata kunci dia. InsyaAllah bahagia dunia akhirat. Dan kita, tak payah la nak pikir negatif, doa yang bukan bukan pulak.


Sebenarnya senang cite macam ni jela. Kahwin tu ibadah. Cuma cepat atau lambat kita akan tetap rasa nikmat perkahwinan tu. Yang dah dijodohkan pada usia yang muda tu Tahniah! Semoga bahagia dunia akhirat dan cepat dapat anak. Muehehehe. Dan yang tak kahwin lagi a.k.a jodoh belum sampai (aku la tu huehuehue), teruskan berdoa kepada Allah, jangan risau Allah dah tetapkan jodoh kita seawal kita berusia 4 bulan di dalam kandungan mak kita. Dont worry. Sentiasa berdoa kepadaNya. InsyaAllah one fine day jodoh kita akan sampai juga. 
GAMBAR GOOGLE JE

Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah dipetik kerana ia akan gugur ke tanah. epal yang berkualiti berada di puncak… memang sukar untuk dipetik. terkadang epal itu risau, kenapa aku belum dipetik, lantas ia merendahkan martabat dan menggugurkan martabat dan diri ke bumi. sedangkan Allah jadikan dia tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan didunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringinya

Andai kata adik Syafiq tu terrrrrbaca entry akak ni kan (wah tetiba akak pulak muehehehe) Akak doakan adik bahagia dengan isteri. Pedulikan kata kata orang sekeliling. Kita ni tak bole puaskan hati semua orang ye dak? Semoga berbahagia hendaknya. :D


Ok byeeee! 

1 comment:

mirajiwa said...

salam ramadhan.. saya singgah sini..
suka dengan entry awak.. mohon share.. :) sambil follow.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...