April 24, 2014

IT'S A WRAP! BYE 2013

Assalammualaikum.

Last update 19 Januari 2013

Sekarang 24 April 2014

Humakaihhh. Dah 360 hari plus plus ++ blog ni terabai. Hahahaha. Memang dasar menganaktirikan blog la aku ni. Dulu kemain la azam nak update selalu. Last last hampeh tak berupdate! -,-. Hanya buka dan end up nya anak panah terus menghala ke kanan menekan butang X di laptop. Huhuhu!--'

Macam biasa, sekarang dah masuk tahun baru. 2014 kan? So, mestilah aku nak buat highlight memory untuk 2013. Hahaha. Senang nanti. At least teringat la bila baca baca balik nanti. Walaupun sekarang dah bulan April yakni bulan 4, tapi peduli apa? Tetap juga nak buat hashtag throwback 2013. Hewhewhew.

MEMORY 2013


1) MENUNAIKAN UMRAH DENGAN MAK ABAH.

Yes. Itulah kenangan paling termanis sekali untuk tahun 2013. Syukur alhamdulillah, dapat juga jejakkan kaki ke Tanah Suci yang memang menjadi idaman hati semua orang islam kan?:') Ya Allah bersyukur sangat tau. Sampai sekarang teringat balik waktu waktu kat sana. Wallahi rindu sungguh. Rindu Kaabah. Rindu Masjidil Haram. Rindu Masjid Nabawi. Rindu Raudhah. Memang rindu sangat. Yang pegi umrah ni insyaAllah aku akan update kat entry akan datang. Dah taip dah pun. Dalam draft nun. Hihihi Even dah lama, tapi ingat juga sket sket =')





Gambar upload sket je baru. Kat entry pasal umrah nanti baru upload banyak banyak sket.


2) PERANG BESAR DEKAT TEMPAT KERJA.

Part ni memang tak best. Tapi tetap juga nak masukkan dalam highlight memory 2013. Nanti baca boleh senyum sesorang kan? Hehehehe :) . Perang besar ni jadi time bulan puasa. Memang tak bole blah. Orang bulan puasa berbaik, aku bole bergaduh. Hahaha. Memang cannot go la. Sebabnya? Aku begar sangat. Dalam erti kata lain degil benar. Ikut kata hati seorang gadis yang memberontak kononnya. Acewahh! Kes yang jadi ni memang sampai menguji tahap kesabaran orang atasan tempat keje aku. Fuhhh. Memang tahap tinggi suara, apa yang tak puas hati terus cakap. Last last menangis mata merah. T__T Kak aisyah, if you read this. I know you are smiling right? :p


3) I QUIT MY JOB - RESIGNED

Lepas kes no 2 di atas, saya Nurul Fadhlina binti Arshad dengan rasa rendah dirinya meletakkan jawatan sebagai xxxxxx di syarikat xxxxxx. Wah gitu la kekdah suratnya. Aku berhenti hujung bulan 9. Tak sempat nak genapkan 2 tahun kat tempat keje dah berhenti. Masa tu baru je setahun sembilan bulan. Pehh. Sayang gila dengan officemate tempat keje tu. Kak aisyah dengan kak fara. Serius sampai sekarang, tak de sape pun bole jadi officemate terhebat macam diorang. Berhenti keje ni sedih sebab nak tinggalkan officemate sebab susah senang bersama. Makan bersama. Ot 2-3 pagi bersama. Kena marah bersama. Semua bersama. Memang sedih la kan? Kenangan semua tu =')








2011-2013. KREATIF PADU MARKETING. THE BEST OFFICEMATE IN THE WORLD! THANKS BOSS AND OFFICEMATE FOR EVERY SINGLE THING YOU TEACH ME. I LOVE YOU! :)


4) JOBLESS 

Lepas kes no 3, adalah kerja di beberapa tempat. Tapi tak lama mana pun. Paling lama 2 bulan. Paling kejap 2 minggu. Kihkihkih. Makanya, selepas itu,  bermulalah destinasi seorang gadis yang bernama Iena Arshad dalam menempuh kehidupan seharian sebagai seorang jobless terhebat. Hahahaha! Serius, tak ramai yang tahu aku menjadi jobless. Jobless bukan satu benda yang nak dibanggakan sangat pun. So, senyap senyap je aku. Duduk rumah tolong mak jaga aina dengan balqis. Mak dengan abah pun tak de nak bising ke apa. Cuma untuk keluar sakan tu memang tak laaa. Celah mana nak datang duitnya? Tapi duit MARA bulan bulan memang bayar laaaa. Tak pernah skip. Sebab iolss takut kalau tengok statement MARA tu ada perkataan tertunggak. Menjadi jobless ni lama juga la. Adala dalam sebulan lebih duduk rumah. Hihihi.



 END OF 2013- JOBLESS, MENJADI MAKSU SEPENUH MASA MENYAKAT AINA DAN BALQIS


5) ATOK KEDAH MENINGGAL

Atok kedah (mak kepada abah) meninggal masa 30/12/2013. Hari yang sama bila aku decide untuk menjadi jobless seperti di atas. Meninggal petang 30hb. Memula dapat call, pakcik kata atok dah nazak. Lepas 10 minit dapat call lagi, pakcik bagitau atok dah tak de. Huhuhu T__T. Lepas tau je petang tu juga terus packing baju balik Kedah. Balik dengan abah, mak, bayi, kak ana dengan balqis. Arwah atok baik. Baik sangat. Lembut je dengan cucu cucu dia. Paling best time raya, bila arwah atok buat ketupat palas jagung dengan serunding ikan. Pehhh. Terbaik sihhh. Memang makan tak pandang kiri kanan. Lepas ni kalau makan ketupat palas pun tak sama dengan arwah atok buat. Huhuhu. Masa nak urus jenazah arwah atok tu, aku tengok abah cool je. Sangat tenang. Nangis pun sket sket je. Aku pulak tengok je jenazah arwah atok terus air mata macam aliran air empangan timah tasoh. Laju kemain. Memang tak boleh tahan. Wuwuwuwu. Tak dapat bayangkan bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Sebab aku rasa kehilangan orang yang aku sayang, adalah dugaan paling berat dalam hidup. Semoga mak abah dipanjangkan umur. I just cant imagine my life without them T__T.


END OF MEMORY 2013


Habis dah cite pasal highlight hashtag #throwback memory 2013 aku. Tu jela yang penting dan menjadi highlight pun. Semua ni jadi kenangan dan pengalaman aku. Semoga 2014 yang dah nak masuk tengah tahun ni berikan pengalaman dan seribu satu kenangan untuk aku dan untuk kita semua.

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH. KADANG-KADANG KITA DI ATAS. KADANG-KADANG KITA DI BAWAH. MACAM MANA PUN KEADAAN HIDUP KITA, KITA JANGAN PERNAH LUPAKAN KEPADA PENCIPTA YANG MENCIPTA KITA. ALLAH SWT.

2014, Semoga ada kisah best best untuk kau nanti. :)

Byeee!





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...