April 27, 2014

CERITA UMRAH 2013 (PART 1)

Assalammualaikum.

As promises dekat entry INI, aku nak update pasal hashtag #throwback hashtag #umrah2013ienaarshad. Pehh. Kemain panjang hashtag aku. Hahahaa. Sekarang kan zaman semua pakat nak hashtag. So, nak juga la khennnn. :p


Tapi nak bagitau something, atas kepandaian dan kecerdikan aku ni. Segala tok nenek gambar gambar umrah yang soft copy telah pun dirosakkan oleh virus komputer tempat keje aku dulu. Padahal dah tau komputer tu memang penuh dengan virus, tapi orang cerdik pandai kann. Gatal lagi pegi cucuk hard disk kat situ.--' Blerghhh. Cannot accept la wei. Nasib la sempat cuci beberapa gambar. Ada juga kenangan yang boleh nak share kat sini. Damn you virus! I hate you! --"


Okey. Meh nak cerita mai!


Tahun lepas bersamaan tahun 2013. Aku telah berpeluang menunaikan umrah bersama mak dengan abah. Kitorang pegi bulan Jun. Aku dapat tau akhir bulan 5 juga laa. Perasaan masa mak cakap 'iena, bulan 6 kite pegi umrah'. Pehhh. Menggigil kepala lutut aku. Mimpi ke apa aku ni? Rasa tak salah dengar. Dan memang betul lah, bulan 6 tu kitorang konfirm pegi. Tarikh flight 19 JUN 2013. KONFIRM! Btw, kitorang pegi dengan Utas Travel & Tours :)


19 JUN 2013

Flight pukul 3 petang dekat KLIA. Macam biasa kalau nak pegi overseas ni memang kena pegi awal. Kitorang di ingatkan untuk datang 4 jam awal daripada waktu flight. Yelah, mana nak check in luggage bagai. Nak amik tag, nak dengar taklimat dari wakil Utas travel tu. So, kitorang gerak awal. Dalam pukul 9pagi dah gerak. Melaka - KLIA adalah sejam lebih. Tapi malas nak kelam kelibut better gerak awal.


Sampai KLIA tak ramai sangat yang dah sampai. Kitorang just lepak lepak. Breakfast dulu. Bila dah tengok orang makin ramai, pastu wakil Utas pun dah datang, terus beratur check in baggage dengan amik tag masing masing. Pukul 1 petang terus ada taklimat dah tu 'bye semua' turunlah kitorang ke balai pelepasan. Kat balai pelepasan tu solat dulu kat surau yang ada. Better solat siap siap. Jamak kan zuhur dengan asar. Senang. Kat atas flight tak payah risau pasal solat dah :)

GIRLS GENERATIONS. HUAHUAHUA. ABANG ABANG SEMUA PAKAT MALAS NAK BERGAMBAR KANN.


BUDAK DUA ORANG KENA TINGGAL. JUMPA LAGI LEPAS 2 MINGGU! :*

3 petang. Bye bye Malaysia. See you after 2 weeks. Hihihi





 
DALAM FLIGHT. MEMANG AKAN DAPAT SATU BARIS DENGAN FAMILY. SO DONT WORRY. DAN AKHIRNYA DAPAT DUDUK TEPI TINGKAP JUGA. HEHEHE ;D


Lebih kurang 8 jam setengah penerbangan, alhamdulillah sampailah kitorang kat Madinah. Oh. kitorang pegi Madinah dulu lepas tu baru ke Mekah. Masa sampai kat Madinah dalam pukul 7.30 petang. Kalau dekat Malaysia dalam pukul 12 ke 1 pagi camtu. Lebih kurang 8 jam setengah penerbangan Malaysia-Madinah.


Sampai Madinah terus check imigresen, kastam pastu ambil luggage. Dah setel semua terus naik bas yang disediakan then gerak ke hotel. Masa dekat dalam bas, ada la muassasah kitorang jual simcard nombor arab untuk senang nak call nanti. Simcard arab ni memang di suggestkan untuk beli kalau korang kat sana. Harga 50 riyal. Once dah aktif 10 riyal akan ditolak automatik, balance 40 riyal boleh guna untuk mesej dan call orang Malaysia. Kalau pandai jimat, memang 40 riyal tu tahan duA minggu.


Masa on the way nak ke hotel, dah nampak dah kelibat cahaya terang Masjid Nabawi. Lepas tu makin lama makin jelas nampak Masjid Nabawi depan mata. Tau tak perasaan aku time tu macam mana? Ya Allah serius rasa tak percaya yang kat depan mata adalah Masjid Nabawi. SubhanaAllah cantik sangat :') Dan lagi best hotel yang tempat kitorang stay sepanjang kat Madinah ni 1 blok je dari Masjid Nabawi. Dari bilik kitorang pun dah nampak bayang masjid. Memang tak jauh langsung.


Sampai hotel, terus makan, check in. Rehat. Solat dan tidur.


20 JUN 2013.


Pukul 3 pagi dah bangun untuk bersiap solat Subuh. Sana waktu subuh pukul 4 pagi ye kawan kawan. Lepas Subuh, sarapan dan rehat kejap. Sebabnya lepas tu ada ziarah kawasan Majid Nabawi (ziarah Raudhah, makam Rasulullah, perkuburan Baqi').Untuk ziarah ni kena asing. Lelaki lelaki. Perempuan perempuan. Lelaki ikut ustaz. Perempuan ikut ustazah. Untuk ziarah ni, kaum perempuan tak dibenarkan bawak kamera masuk (punah harapan) sebabnya nanti setiap pintu masuk untuk bahagian perempuan akan ada perempuan berpakaian hitam dan berpurdah akan buat spotcheck kat beg beg perempuan yang masuk kat situ. Setiap pintu masuk memang akan di spotcheck. Kalau terjumpa kamera memang kena rampas sebab kamera dan handphone memang dilarang langsung dibawak masuk ke dalam kawasan masjid. Nak bawak bole tapi pandai pandai cover la kan. Hihihi.


Ziarah pertama adalah Raudhah (taman syurga). Raudhah ialah satu ruang dalam Masjid Nabawi, antara mimbar dan makam Nabi Muhammad s'a.w. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang "antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga."

NI KEADAAN LAGI DETAIL DALAM RAUDHAH. GAMBAR GOOGLE JE :)

Untuk kaum perempuan, ziarah Raudhah ni ada 3 waktu je :-
  • Lepas solat subuh
  • Lepas solat zuhur
  • Lepas solat Isyak 

3 waktu ni je yang kaum perempuan boleh ziarah. Masa memang amat terhad. So, memang kena pandai adjust masa untuk kaum perempuan ziarah Raudhah. Kaum lelaki pun bila bila masa je boleh ziarah. Anytime 24 jam available untuk yang lelaki.


Kitorang  masuk Raudhah in group. So, masa nak tunggu masa boleh masuk Raudhah tu memang ramai la jemaah jemaah perempuan dari negara lain yang memang tunggu masa juga nak masuk Raudhah. Ustazah pesan, bila dah berpeluang masuk Raudhah tu seelok eloknya berdoa dan solat sunat sekali. InsyaAllah doa yang kita mohon dalam Raudhah tu akan dimakbulkan Allah. Bukan senang untuk kita dapat peluang masuk ke Raudhah. Nak tau bila kita berada dalam kawasan Raudhah, tengok karpet. Kalau karpet HIJAU itulah kawasan Raudhah. Kena cecepat amik peluang untuk solat sunat dan berdoa.

KAWASAN RAUDHAH. TENGOK MACAM LUAS. TAPI TIDAK LAH LUAS SANGAT. KENA PANDAI CARI PELUANG UNTUK SOLAT DAN BERDOA DALAM KAWASAN RAUDHAH :) GAMBAR GOOGLE JE.

Makanya, bila tiba je group kitorang untuk masuk Raudhah, memang berhempas pulas la tolak menolak dengan jemaah jemaah lain. Masa tu Allahurabbi memang sesak sangat. Kena kuat fizikal bila nak masuk Raudhah ni. Dengan jemaah Arab yang badan besar besar rempuh kita. Masa tu aku pegang erat je tangan mak. Memang tak lepas langsung. Kitorang tunggu peluang je untuk solat sunat dekat Raudhah. Dan Alhamdulillah, akhirnya dapat peluang untuk solat sunat dalam Raudhah walaupun masa tu memang ramai orang sangat sangat. Alhamdulillah dipermudahkan walaupun masa tahiyat akhir tu kepala aku kena tunjal dengan jemaah perempuan sana. Alololo pengalaman sangat taw :')

KARPET HIJAU - KAWASAN RAUDHAH. SEBELUM NAK SOLAT ATAU BERDOA, TENGOK KARPET DULU. SOURCE GAMBAR DARI SINI



MASJID NABAWI. SUBUH DAN WAKTU MALAM. MEMANG TERANG DAN BERCAHAYA.

MASA NI LEPAS SUBUH. TENGOK PAYUNG BESAR TU. BARU NAK MENGEMBANG. HIHI. KAGUM JAP BILA TENGOK PELAN PELAN DIA MENGEMBANG.



DAH TERBUKA DAN MENGEMBANG SEPENUHNYAAAA! :)


JALAN YANG MENJADI TUMPUAN PENIAGA MENJUAL. LEPAS WAKTU SOLAT KONFIRM PENUH ORANG MEMBELI. BANYAK JUAL JUBAH, SELENDANG, TASBIH, AL QURAN, DAN MACAM MACAM LAGI. JUBAH DIORANG JUAL NI MACAM BUNDLE. TAPI CANTIK GILA. MURAH PULAK TUUU.


SIANG, CERAH DAN PANAS. WALAUPUN PANAS, TAPI DENGAN PAYUNG BESAR NI NAMPAK REDUP JE.


MACAM BIASA. GAMBAR SELFIE WAJIB ADA. HEWHEWHEW :P


21 JUN 2013


Macam biasa pukul 3 pagi harus bangun untuk solat subuh berjemaah kat Masjid Nabawi. Untuk aktiviti (21  Jun) ni, kitorang semua dibawa untuk ziarah luar. Maknanya, melawat tempat tempat di sekitar kota Madinah macam Masjid Quba', Ladang Kurma, Jabal Uhud dan kawasan kawasan sekitarnya. Untuk ziarah luar ni, kitorang rushing sikit la sebab hari tu pulak jatuh hari Jumaat. Kebanyakkan kedai tak buka sangat masa hari Jumaat. Tambah pula, jemaah lelaki nak kena balik hotel nak bersiap untuk solat Jumaat. Dekat sana, kalau lambat je untuk solat memang masjid penuh. Ada yang solat dekat kaki kaki lima kedai. Dan apa yang aku perasan, orang berniaga dekat sini kalau time waktu solat, dia terus tutup kedai, tak pun ada yang selamba dek bertawakal tinggalkan kedai macam tu. Apa apa pun waktu solat terus diorang solat. Kagum tengok budaya orang sana. Pentingkan urusan akhirat :'). Haaa,  lepas tu dekat sana, perempuan bole solat Jumaat. Untuk yang ni, terpulang dekat diri masing masing untuk solat sekali atau tidak.


DALAM BAS ON THE WAY NAK ZIARAH LUAR.


JABAL UHUD 
  • TEMPAT BERLAKU PERANG UHUD ANTARA TENTERA ISLAM DAN TENTERA KAFIR QURAISY







MASJID QUBA'.
  • MASJID PERTAMA YANG DIBINA OLEH ORANG ISLAM DAN DIASASKAN OLEH RASULULLAH SAW


ZIARAH LUAR. MASJID QUBA'. LANGIT TU CANTIK SANGAT. AMAZED. SUBHANAALLAH
  
DEKAT LUAR MASJID QUBA'

LADANG KURMA.

Okey fine, bukanlah ladang pun. Dia macam shops of kurma. Tapi ada ladang la tepi tu. Tak masuk pun. Just masuk kedai je beli kurma dan buah tangan. Di cadangkan untuk beli kurma nabi di Madinah instead of beli dekat Mekah. Tak tau kenapa. Tapi ramai orang cakap macam tu. Muassasah kitorang pun cakap macam tu juga. Mungkin sebab kurma nabi dekat Madinah lagi sedap, fresh dan murah kot?


MACAM MACAM JENIS KURMA ADA. BOLEH PILIH DAN RASA.

BEG BESAR IKEA DISEDIAKAN UNTUK LETAK SEGALA JENIS KURMA YANG DAH PILIH. DONT WORRY. NAMPAK MAK KITE TU? SEMANGAT MERASA DAN MEMBELI. HAHAHA.
NI KURMA MUDA RASANYA. NAK BELI PUN BOLEH. TAPI RASA KELAT KELAT GITU
INI LAH LADANG KURMANYA. TAPI TAK DE NAK MASUK PUN. TANGKAP GAMBAR POKOK KURMA PUN DARI DALAM BAS. HUHUHU.


Kedai kurma ni best sebab semua kurma kita boleh rasa. Dari kurma nabi sampai lah kurma yang biasa biasa je. Rasa lah banyak mana pun. Owner kedai tak marah. Free of charge lagi. Air mineral pun disediakan. Free saje. Lepas tu, kedai kurma ni boleh terima duit Malaysia kite. Tu yang best tu. Mana tau seronok sangat shopping kurma sampai habis duit riyal kan? Hehehehe.



SEMPAT BELI AISKRIM BASKIN KAT SANA. HAHAHA. KONON KONON NAK RASA AISKRIM ARAB LA KAN. WAKAKAKA. :p


22 Jun 2013


Hari last berada di Madinah. Rombongan kitorang ni dijangka bergerak ke Mekah lepas zuhur. So, lepas solat Subuh kitorang buat ziarah Wida'. Pegi dekat Makam Rasulullah dari luar je, berdoa dan sampaikan salam kawan kawan kepada Rasullulah S.A.W. Haih, dalam hati sedihnya je nak tinggal Madinah. Nak tinggal Masjid Nabawi. Memang sedih sangattt T__T.


KUBAH HIJAU. DEKAT BAWAH KUBAH TU TERLETAKNYA MAKAM RASULLULAH. MEMANG RASA DEKAT SANGAT DENGAN RASULLULAH SEPANJANG BERADA DEKAT SINI :')

JUST LOOK AT THE SKY. ALLAHUAKBAR. KAGUM SANGAT

MASJID NABAWI, MADINAH AL-MUNAWWARAH. KOTA BERCAHAYA.

SELAMAT TINGGAL MASJID NABAWI. SELAMAT TINGGAL RASULULLAH. SELAMAT TINGGAL RAUDHAH. SEMOGA KAMI DIPANJANGKAN UMUR DAN BERPELUANG MENZIARAHI LAGI =')



Lepas zuhur, dalam pukul 2.30petang macam tu bergeraklah rombongan kitorang ke Mekah untuk menunaikan Umrah.


Cerita kat Mekah to be continue ........ dalam UMRAH PART 2. Hahahaha. Macam tak best la nak cite sekali dalam satu entry. Mesti nak ada part by part kan? Hihihi.

K byeeee!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...