June 11, 2014

CERITA UMRAH 2013 (PART 2)

Assalammualaikum.

Kembali kita dalam sesi menyambung cerita hashtag #umrah2013ienaarshad part two. Hahaha. Kemain panjang gila gap nak sambung dari part one nak ke part two. -_-


Okeylah. Sambung je terus. Malas nak intro panjang lebar sangat.

22 Jun 2013.


Lepas zohor, dalam pukul 2.30 petang waktu Madinah, kitorang satu group terus naik bas gerak ke Mekah. Before gerak tu abah dah pakai kain ihram siap dah. Senang nanti tak kelam kabut bila dah sampai kat tempat nak miqat Umrah. Miqat ni tempat untuk melafazkan niat Umrah sebelum masuk ke Mekah. So, sebelum nak ke Mekah, driver bas akan bawa ke Masjid Bir Ali untuk bermiqat Umrah.


Sampai je Bir Ali, semua turun untuk buat sembahyang sunat dan seterusnya berniat Umrah sebelum perjalanan ke Mekah di teruskan. Bila dah lafazkan niat Umrah, maka segala larangan dan pantang larang ihram kena lah jaga.


MASJID BIR ALI. CANTIK DAN LUAS. GAMBAR GOOGLE JE. :)


Dimaklumkan ye, perjalanan nak ke Mekah dari Madinah mengambil masa 7-8 jam perjalanan dengan bas. Mengikut kepada kelajuan bas dan juga tahap kesesakan jalan. 


Dah habis niat Umrah semua, moh le kita semua gerak ke Mekah. Sambil dalam perjalanan tu memang digalakkan untuk bertalbiyah.



Dan makin lama makin sayup kedengaran talbiyah sampai la suasana sunyi dan sepi.


Sepanjang perjalanan tu, sekali je pit stop. SEKALI SAHAJA. Time tu la nak makan, nak pegi toilet, nak sembahyang bagai. Tempat pit stop kat sana lebih kurang R&R kat Malaysia. Tapi tempat sana besar dan ramai jemaah dari pelbagai negara yang berhenti rehat dekat situ juga so keadaan agak tak selesa bagi aku. Disebabkan memang dah tau sepanjang perjalanan tu akan berhenti sekali je, aku dah mind set siap siap tak nak makan ape ape. Air pun aku kurangkan minum sebab nak elak pegi tandas. Perjalanan jauh kot. Kang kalau rasa nak membuang masa duk jalan tu siapa yang nak layan? Baik aku duduk senyap senyap je. Tak payah makan. Padahal lapar kot. Masa pit stop ni, aku, mak dengan abah just turun sembahyang je. Pastu naik bas balik.


Dalam pukul 9 malam sampai la kami di Tanah Haram bumi Mekah Al Mukarramah. Masa tu baru lepas isyak, jalan memang busy. So, amik masa la bas nak bawak pegi hotel. Kami tiga beranak duduk hotel Banonah. 180 meter dari Masjidil Haram. Sampai hotel, terus check in, dapat kunci dan makan. Lapar wei. Last makan lunch pukul 1. Memang kebulur tahap ape dah haih. Habis makan, naik bilik dan rehat kejap sebab pukul 12.00 malam nak buat Umrah yang pertama. Masa ni excited dan neves kot :')


Pukul 12.00 malam kitorang kumpul la ramai ramai kat lobi hotel. Masa ni ada ustaz under Utas Travel yang akan guide kita untuk 1st time buat Umrah. Yela, nak tunjuk arah jalan nak pegi Masjidil Haram, pintu mana yang nak masuk sebab Masjidil Haram sangat besar dan banyak pintu ye. Bagi yang 1st time nak buat Umrah memang digalakkan ikut ustaz ni.


So, dah kumpul semua, gerak lah kami tiga beranak dengan beberapa ahli keluarga lain termasuk ustaz ni untuk buat Umrah yang pertama. Masa tu dup dap dup dap je i tell you. Jantung ni debar dia lain macam. Masjidil Haram time waktu malam Subhanallah sangat cantik. Kagum. Dan lagi amazingly, time malam la Masjdil Haram akan penuh sepenuh penuhnya dengan umat Islam untuk beribadah. 


Ustaz bawak kitorang masuk ikut pintu no 1. Pintu King Abdul Aziz. Dari pintu tu dari jauh dah nampak Kaabah. Makin lama makin dekat. Dan end upnya, Kaabah depan mata. Allahuakbar. Rasa macam tak percaya sangat. Seriously, tak pernah terbayang dek akal fikiran aku ni yang aku dapat tengok Kaabah live depan mata di waktu usia yang muda macam ni. Syukur sangat Ya Allah. Tak tahu macam mana nak describe perasaan dapat tengok Kaabah. Yang pasti, sepanjang aku buat tawaf, sepanjang tu juga meleleh leleh air mata menangis terharu. Memang menangis tak henti. T__T Rasa kerdil sangat diri ni. Rasa macam bertuah sebab Allah tetap bagi peluang kat aku untuk jejakkan kaki ke Tempat Suci ni. Walaupun aku ni hamba yang sering lupa dan alpa dengan nikmat dunia tapi Allah tetap bagi peluang dekat aku. Eiii. Memang terharu dan rasa syukur sangat. :')


Masa tawaf ni, memang orang ramai sangat. Berhimpit himpit, tolak menolak bagai. Aku ni sentiasa pegang erat tangan mak. Abah pulak jalan belakang sambil pegang bahu mak dengan aku. InsyaAllah memang takkan terpisah la. Okey, masa tawaf memang ada bacaan doa tersendiri untuk setiap satu pusingan dia kan?  Kalau beli buku panduan Umrah ziarah pun mesti ada doa doa untuk tawaf. Macam aku sendiri, memang dah siap beli buku panduan Umrah ziarah yang siap ada tali untuk sangkut dekat leher tu. Senang sket nak baca. Tapi, trust me dengan keadaan bersesak dan tolak menolak dengan jemaah yang lain masa tawaf tu, memang takkan sempat nak tengok buku tu. Dalam masa yang sama juga kena jaga wuduk kita sepanjang tawaf tu. So, kalau dah tak bole nak baca doa ikut buku panduan tu, kita baca je surah surah pendek, selawat, istighfar ketika tawaf tu. Dont worry. Islam itu kan mudah. Baca doa pendek pendek pun boleh. Allah tetap dengar doa kita :)

BILA KIBLAT YANG MENJADI ARAH KITA SEMBAHYANG BERADA DEPAN MATA. LIVE LAGI. WHAT DO YOU FEEL? :')
 
Habis tawaf terus ke tempat saie. Saie ni perjalanan ulang alik sebanyak tujuh kali bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Tempat untuk ibadah saie ni luas dan tak de adegan tolak menolak. So, ibadah saie boleh dilakukan dengan tenang dan tak perlu tergopoh gapah dan juga bole baca doa ketika saie seperti dalam buku panduan umrah. Sepanjang laluan saie, ada tempat minum air zam zam. So, kalau rasa penat ke nak rehat ke, bole je duduk kejap sambil minum air zam zam untuk amik tenaga balik kan? :)

TEMPAT SAIE. SIAP ADA KIPAS. SEJUK JE. MAK CAKAP TEMPAT SAIE SEKARANG DAH LAGI LUAS DAN SELESA DARI DULU MASA MAK DENGAN ABAH BUAT HAJI.    


KAWASAN LAMPU HIJAU. MASA KAWASAN LAMPU HIJAU NI DI SUNATKAN UNTUK BERLARI LARI ANAK BAGI YANG KAUM LELAKI. PEREMPUAN NAK LARI LARI ANAK SEKALI PUN BOLEH. TAK DE MASALAH PUN


Selesai je tujuh kali ulang alik Bukit Safa ke Marwah, maka selesailah ibadah saie. Saie akan berakhir dekat Bukit Marwah ye.

LAKARAN IBADAH SAIE DILAKUKAN. MULAI DARI SAFA KE MARWAH 1 KALI. MARWAH KE SAFA 2 KALI. DAN SETERUSNYA SAMPAI 7 KALI. IBADAH SAIE MEMANG AKAN BERAKHIR DEKAT BUKIT MARWAH

Untuk melengkapkan rukun umrah, kami tiga beranak ke belakang sikit dekat Bukit Marwah tu untuk bercukur atau bergunting. Gunting rambut yang dimaksudkan kat sini bukannya gunting rambut macam kat kedai siap kena buka tudung ye. Maksud bercukur/bergunting kat sini just gunting sekurang kurangnya tiga helai rambut. Macam abah dah siap siap bawak gunting. Senang sket tak payah nak pinjam gunting orang. Untuk orang perempuan just selak sket je telekung belakang tu. dan minta tolong ahli keluarga yang tolong guntingkan. 


Habis je gunting rambut, maknanya sudah tertib mengikut urutan dan selesailah urusan ibadah umrah kami tiga beranak yang pertama! Ibadah umrah kami tiga beranak selesai dengan jayanya dalam pukul 2.30 pagi. Alhamdulillah. Teehehehe :D Habis je umrah, mak, abah dengan aku balik hotel untuk mandi lepas tu siap siap untuk sembahyang subuh dekat Masjidil Haram. Sana kan subuh pukul 4.00 pagi.


SELEPAS SELESAI IBADAH UMRAH YANG PERTAMA! :D

Pukul 3.30 pagi siap siap untuk Subuh dan to be continue...


Wahahaha. Untuk entry ni memang saja nak cerita pengalaman ibadah Umrah yang pertama. Bila pengalaman yang pertama mestilah detail sket kan? Hehehe.

Berjumpa kita di Cerita Umrah 2013 (Part 3). Hahaha.

Nak baca Cerita Umrah 2013 (Part 1), boleh klik SINI

K Byeeee!







1 comment:

lovesports said...

Hi, I enjoy reading your site! Is it okay to contact your through your email? Please email me back.

Thanks!

Cailyn
cailynxxx gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...