February 8, 2011

.Lagi 8 bulan aku bakal jadi 'Mak'.Eh salah! bakal jadi 'Maksu'.

Petang nak dekat senjakala.


Masa on the way pegi bank, kak Ana bagitaw yang kak Zura mengandung. Aku mula mula tak caya sebab mama tak cakap apa pun. So, aku pun mesej kak Zura.


Aku: Salam. Kak, akak mengandung ea??


Senyap. Tak de reply. Report delivered pun tak de. So, abaikan. Mungkin kak Zura keje.


Malam sikit baru ada mesej dari kak Zura.


Kak Zura: Wsalam. Haah. Akak mengandung. Dah 5 minggu ;)


Baca mesej terus senyum sorang sorang. Happy bukan main lagi. Yes! Akhirnya dapat juga peluang nak jadi 'Maksu'. Aiyoyoyo, gila eksaited mak noks. Nak dapat anak buah yang first ni. Semangat berkobar kobar nak jadi 'Maksu' katanya.


.Dah nampak bakat nak jadi Maksu yang terbaik kan? Kekekeke.


Eh kejap. Aku rasa mesti ada je yang kecoh kecoh cakap


"ek eleh bukannya anak kau pun. baru anak buah. tu pun nak kecoh lebih"


Hahaha. Mesti ada punya suara suara sumbang. Nak buat macam mana ni first time akak ipar aku mengandung. First time mama ngan abah nak jadi atuk and nenek. First time aku nak jadi 'Maksu'. So, mestilah aku over eksaited kan. Nak harap dapat anak sendiri lambat lagi so bakal dapat anak buah pun jadi la.


And aku taw, kandungan akak ipar aku tu pun baru lagi. Baru 5 minggu. Ada orang cakap jangan terlebih gembira sangat waktu mula mula takut nanti jadi apa apa kat kandungan. Tapi aku harap and doa tak jadi pape kat kandungan akak ipar aku. Hope semua selamat. Kalau semua selamat, InsyaAllah dalam bulan 8 or 9 dapat la anak buah. Korang pun doa doa la moga semuanya selamat and aku bole jadi 'Maksu' :)


.Yang baju biru tu kak Zura. Baju pepel kak Ana. Dedua akak ipar aku sayang!


Ok bai!

5 comments:

miss N said...

yeay yeay ! sy pun nk jadi maksu 8 bulan lg.. kite same.. hahaha :)

Cik Aien said...

ehh, xde sape kate mcm tu tauu..
klu ain, pun excited nk jadi mak cik!

bun_nee said...

hehehhe tahniah untuk kak zura.. sweet...

miss jue said...

memang best! semoga semua selamat.

Tqa said...

Tahniah! hehe comey je. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...