March 31, 2011

.Ciri ciri si kaki SENTAP.

SENTAP yang dimaksudkan dalam entry aku ni adalah SENTAP yang memang tak bole nak nego langsung. Tak bole nak bawak berbincang. Sikit sikit nak sentap. Cakap sikit sentap. Memang sentap sesaja!




Sekarang aku nak kasi sikit Ciri ciri si kaki SENTAP.


1. Suka cakap gah, cakap besar

Kalau la korang ada kawan yang memang jenis cakap gah. Cakap nak hebat saja tak nak kalah. Konon dia la nombor 1, dia la kaya, dia la tampan kacak bergaya, dia la cantik apa jadah semua tu. Cuba kau jangan terus terusan nak percaya apa yang dia cakap tu. Sebaliknya, kau doubt dengan apa yang dia cakap. Eh betul ke? Tak caya ah. Eh yeke? Macam tak betul je. Kalau reaksi dia tetiba Ah tak caya sudah. Apa yang aku cakap semua tak nak caya. Sudahlah! Nampak sangat dia memang seorang yang kaki SENTAP. *Kamon la brader/sister, tak kan bila orang doubt sikit dengan kau terus kau nak sentap. Ape jadah??


2. Jenis memekik memekak tak tentu hala

Yang ni memang selalu jadi. Cuba kalau kawan korang bising memekik ke apa ke. Cuba try tegur dia Wei kau ni senyap sikit bole tak? Memekak je dari tadi. Kalau reaksi dia guna ayat puitis yang memang menjelaskan dia tu tacing Yela yela, aku senyap. Aku je yang memekak. Aku je yang buat bising. Semuanya aku aku aku!. See, nampak sangat la kawan kau tu jenis SENTAP yang maha dasyat!. Lepas tu TAK DAPAT terima teguran orang pulak tu *Dah kalau orang tegur tu terima dengan hati terbuka. Dah memang kau memekak tak kena masa. Kena ah tegur. Tak payah la butt hurt sangat!*



3. Jenis yang memang tak bole dibawak bergurau/melawak

Hidup dalam dunia ni tak enjoy ah kalau tak de gurau gurau lawak lawak ni. Padahal dekat astro pun ada rancangan raja lawak dengan maharaja lawak. So, tak best la kalau tak de lawak. Tapi ada juga orang yang tak bole di bawak berbincang bab bab melawak ni. Cuba kalau kau saje saje melawak dengan kawan kau. Stokin kau busuk syiallll (sambil pegang pegang stokin yang hakikatnya baru lepas basuh dan wangi) Lepas tu siap ketawa HAHAHA. Then ada la sorang tu yang SENTAP akibat dari pelawakan yang diakhiri dengan HAHAHA. Padahal siap bergelak ketawa dah tu. Tak payah nak amik serius sangat. Benda melawak bro. Cuba try join sekali. Tak payah nak amik hati sangat. Cukup la ada satu hati dalam diri tu. Bawak bawak bertenang



4. Jenis yang tak pikir perasaan orang lain

Biasalah bila hidup, mestilah kita kena tolerate each other kan. Tak payah nak selfish pikir pasal diri sendiri saja. Kadang kadang kena try untuk pikir perasaan orang lain. Bagi aku orang yang jenis pikir pasal diri dia ni jenis yang cepat SENTAP. Yelah, kalau bole setiap masa minit dan saat nak kita je yang dengar luahan dan masalah dia. Bila kita tak layan sikit dengan alasan Eh sory taw, aku busy ni. Lepas tu mesti nak SENTAP Yela sory kacau kau kbai. Padahal memang tengah busy, tak payah la nak buat ayat SENTAP sangat. Orang lain pun ada keja lain juga dari nak melayan kau. Please please jangan nak selfish sangat. Pikir perasaan orang lain sama.


5. Jenis yang memang suka cakap lepas. Mulut tak de penapis

Aku perasan sangat, sangat perasan yang kalau orang jenis suka cakap lepas ni memang jenis si kaki SENTAP. Kalau dia cakap lepas dekat orang lain tak pe. Tapi kalau orang lain cakap lepas kat dia tak bole. Jap g kalau orang cakap lepas dengan dia terus senyap, SENTAP dan merajuk. Tak rasa macam bengong ke kalau orang berperangai macam tuuu? Bagi aku teramatlah bengong. Kalau kau tak nak SENTAP sebab orang cakap lepas dengan kau, baik kau pun tak payah kasi orang SENTAP dengan mulut kau yang tak de penapis.



Ini bukan entry bajet bagus ke apa. Aku pun bukannya jenis KALIS SENTAP. Aku mengaku kadang kadang aku SENTAP tapi ikut masa dan keadaan juga. Tak de lah aku nak pegi bantai SENTAP 24 jam dengan orang keliling. Ape jadah buat perangai macam tu? Gila annoying taw dak? Rimas woi rimas!



Selalunya orang perempuan je dikategorikan sebagai orang yang kuat SENTAP. Biasalah perempuan, hati lembut macam tisu. Itu normal la kan. Tapi sekarang ni aku perasan lelaki yang KUAT SENTAP compare dengan perempuan ape cer tu? Bagi aku TAK JANTAN ah laki tu kalau kuat sangat nak SENTAP. Hilang machoo. Erk macho kewwwwwww??? (muncung muncung mulut)



Ok bai!

5 comments:

lionteen said...

yg memekak tu sedang dialami oleh aku skrg. memekak je minah sebelah ni. erghhhh!

fareeza mukhris said...

yeahhhhh
setuju!!!!!!!!!
kami anti kaki sentap
haha

kata kila said...

KAHHHHKAHHHKAHHHKAHHH

Tqa said...

Rasenya laki yang ramai kaki sentap! opss..hehe kang marah pulak kaum laki. tapi serius la, memang tersentap habis la kalau terdeal ngan manusia kaki sentap ni. argh! menyampah. mcm terbayang-bayang je manusia yang kaki sentap time baca entri neh. huhuhu

Dante90 said...

aku pun ade kawan yang kaki sentap. mmng dia ni ikut sedap mulut dia jer nk ckp ape kt orng. lagi teruk bila dia claim diri dia tu open minded. Tpi bila dia ni kena tegur sikit marah pulak lepas tu merajuk & x nk ckp dngan orang. orng mcm ni sori lh kalau nk pujuk2, buang masa dan buat orang sakit hati jer. dah lah lelaki pulak tu..geli aku bila tengok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...