March 20, 2011

.Seharian berdating semua benda nak TRY. Memang jakun dan teruja.

Dah lama tak update blog. Macam biasa, sifat pemalas makin meluap luap sampai blog yang dulunya ditatang bagai menatang minyak yang penuh tapi sekarang sudah di anak tanggangkan oleh tuan empunya blog sendiri iaitu AKU. Ekekeke.



Okay dah! Mukadimah je dah panjang berjela. Terus masuk cerita dan perdebatan yang akan di lakukan (perdebatan apekah???)



Sabtu baru ni, aku keluar berdating. Dating dengan siapa? Mestilah dengan orang yang aku kenal. Siapa orang tu? Dia orang yang sentiasa dengan aku tak kira time aku susah or senang. Memang dia sentiasa ada untuk aku.

Inilah pasangan dating aku. Bestfriend aku since sek men sampai sekarang. Aku panggil dia Dayah. Dari dulu kini dan selamanya memang aku panggil nama tu je. Even dia suruh aku panggil dia dengan nama lain tapi tak de nya aku nak melayan permintaan dia tuu. Tak de nama lain yang berkenan dengan mulut aku nak sebut. Ekekeke.


Actually, dia datang Melaka pun sebab nak ambil barang dekat akak dia yang memang study kat Melaka jni. Tak de plan pun datang nak jumpa aku ke apa. So, disebabkan aku pun free time tu, aku mengkidnaplah dia untuk menjadi pasangan dating aku selama sehari. Lama tak jumpa woi. Mestilah aku rindu gila kat dia.


Aku memang tak plan nak buat apa masa dating dengan dia tu. Just ikut kaki mana nak pegi. Last last pegi Jusco bandar Melaka yang besar punyaaaa.


Even masa aku pegi tu hari Sabtu bersamaan dengan hari tanpa beg plastik sedunia tapi apedehal. Jusco tetap penuh. Full parking full human semuanya full sesajo!. Memang bersemangat betul rakyat Malaysia ni bershopping walaupun hari tu tanpa beg plastik. Kagum aku tengok semangat bershopping tersebut.


Masuk jusco terus aku nampak kedai comel Tako tao. Hati meronta ronta nak try makan ape itu Tako tao. Tanya dayah, dia cakap Tako tao sedap. Lagi hati meronta ronta. So, disebabkan dia kesiankan aku yang tak pernah nak try makan benda alah Tako tao tu, dia pun tolong beli and belanjakan.


Hajat di hati konon konon nak pegi tengok wayang. Tapi makin lama makin malas. Kesimpulannya, jalan jalan jela kat Jusco bandar yang besar punyaaaaaaa. Sampai dayah sendiri cakap Jusco bandar tu macam Midvalley pun ada, macam KLCC pun ada. Hahaha. Itu dayah yang cakap. Bukan aku.


Disebabkan pasangan dating aku nak travel jauh bulan 4 nanti, dia kena lah bershopping sikit. Aku pun hanya menemankan. Tengok ada diskaun 70% siapa yang tak nak beli. Tapi tapi kasut yang pasangan dating nak tu tak de saiz. Tinggal saiz kecik je. Terus kelihataan hampa disitu. SABAR ye pasangan dating, nanti hang pi cari kasut tu kat KL. Hehehe. Aku teman dari jauh ja time hang beli nanti.


Habis segala pelosok jusco aku dengan dayah redah. Dari utara sampai selatan timur sampai barat. Last last perut lapar. Siapa penah pegi jusco bandar tu memang taw la yang jusco tu macam syurga makanan. Macam macam restoran kopitiam kedai makan yang ada kat jusco tu. Tinggal pilih and sediakan duit je.


Disebabkan banyak sangat tempat nak makan sampai tak taw nak makan kat mana, last last aku dengan dayah decide nak membela lemak dekat Kenny Rogers. First time aku nak makan kat Kenny Rogers tu -____-. Pasangan dating tak payah cakap la. Dia semua penah makan, aku je yang ketinggalan sikit.

Ni makanan aku. Ayam black pepper. Nak order makanan pun jenuh la dayah nak kena explainkan kat aku satu satu -__-. Disebabkan aku tengok ramai sangat orang memperhebohkan kesedapan mashed potato and coleslaw Kenny Rogers, aku pun terus mengorder dua benda alah tu sebagai side dish aku termasuk nasi. Kata Melayu asli. Tak de nasi memang tak sah.


Ni makanan pasangan dating aku. Ayam smoked bbq. Disebabkan dia dah expert bab bab mengorder ni, dia order je apa yang dia nak makan. Tapi macam biasa la, pasangan dating aku ni kalau bab bab makan mesti nak yang healthy punya. Sebab dia pun nurse. Jadi, haruslah ada buah and potato parsley apa tah sebagai side dish. Nasi haruslah ada sekali.


Ni muffin aku dengan pasangan dating. Aku punya mestilah muffin yang COKLAT raisin. Dia punya muffin BANANA raisin. Muffin aku lesap dulu, muffin dia lesap kemudian.


Keterujaan makan Kenny Rogers buat pertama kali bole tengok kat gambar ni. Dan juga.....


Gambar ni. Nak makan muffin pun aku bole buat muka kena sawan macam tu. Nak makan pun aku mampu buat gaya peace lagi. Dan kesimpulannya, makanan tadi habis licin tinggal pinggan dan garpu je. Makanan bayar kena makan bagi habis. Kalau tak nanti rugi membazir je. Membazir itu amalan syaitoooooonnirrajimmmm. Tak elok tak elok **geleng geleng kepala


Takkan aku sorang ja nak pose time makan. Pasangan dating pun nak posing juga. Alang alang kena ada geng la baru bole posing sekali. Ye dak? Hehehe.


Kat Kenny Rogers tak de dessert, so lepas solat aku ajak dayah pegi j co donut tu untuk menTRY j cool yogurt yang selalu sangat di gembar gemburkan kesedapannya oleh budak INI. Aku amik yang 3 topping punya. Aku pilih chocolate kaviar, strawberry dengan blueberry jem. Harga 10 hengget. Kira okay la untuk 2 orang makan. J cool ni lebih kurang macam Tutti frutti kot. Tapi aku rasa J cool lagi murah sikit dari Tutti frutti tu.


Macam biasa. Gambar muka jakun dan teruja WAJIB ada. First time try makan j cool mau tak teruja. Teruja kot. J cool memang sedap. Walaweh tak rugi aku try!


Bukan j cool je yang ada untuk dessert. Tako tao yang dah beli masa awal awal tadi and dah sejuk pun aku belasah jadikan dessert. Tako tao tu memang sedap. Lembut jee. Memang sedap la. Tak rugi pasangan dating membelanja aku. Memang licin saje. Oh pasangan dating yang mulanya menolak pelawaan aku untuk merasa j cool tu akhirnya terpengaruh juga dengan pelawaan aku sampai makan menjilat sudu.


Pasangan dating sampai cakap 'Keluaq dengan ang ni keja duk makan ja. Semua benda makan ang nak try. Tapi tak pa, best juga'. Hahaha. See see. Aku memang suka try bab bab makan ni. Aku dengan pasangan dating tak penah berkira bab bab makan. Sekali sekala kita treat la diri kita dengan makanan yang mahal sikit. Tak salah nak merasa.

Saat saat nak berpisah. 'Dayah dayah, jom tangkap gambaq weh, bole letak dalam blog aku' kata aku kat dayah. Dayah pun hanya melayankan permintaan kawannya yang sangat gila bergambar sebab nak masukkan dalam blog. Dah nama pun blogger. Tak tangkap gambar tak sah.

Segala muka keterujaan, kejakunan dan kegembiraan dapat disaksikan melalui semua gambar gambar ni. Tak payah cakap apa dah. Ekekeke.


Gambar gambar pasangan dating yang sempat aku tangkap. Pasangan dating yang sangat memahami aku dan sentiasa ada untuk aku. I love you lah pasangan dating!


Pesanan untuk pasangan dating: Weh hang. nanti hang nak p travel jauh kan. Beli lah apa apa souvenir kat aku. Ekekeke. Hang jaga diri elok elok naa. Nanti mai la melaka lagi. Aku ada ja kat sini. Jangan duk stress stress sangat. Apa apa hal ang contact aku, aku sentiasa ada. Jaga diri, love u!


Itu jela kisah dating aku.


Ok bai!

2 comments:

kata kila said...

eeeee bestnyee!!! jeles ow

Call me, Eyka said...

ohhhh pandai ehh...gambar makanan kasi besar. terliur tauu! :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...