April 15, 2011

.Review movie: SENJAKALA yang tak berapa nak senja sambil melepak di tepi pantai.

14.4.2o11 movie Senjakala keluar kat wayang. 14.4 tu juga aku pegi tengok. First time tengok movie hari pertama movie tu keluar. Hebak tak hebak? (mata ke atas tangan ke dada)

Dah senja ni. Meh masuk rumah. Nanti kena sampuk hantu. - Senjakala.


Senjakala ni pasal saka. Saka yang berkait rapat dengan keturunan. Haa dalam cite ni duk cite pasal saka tu la. Sapa sapa yang nak taw pasal saka bole lah tengok cite Senjakala.


Bagi aku cite ni bole tahan la. Tak dela seram sangat. Sebab dah bole agak bila part hantu nak keluar. Tapi tak seram sangat pun aku pegi bantai tutup mata dengan tangan. Bukan takat mata dengan mulut pun aku bantai tutup cover tak nak kasi terjerit. Biasalah penakut berlagak berani memang cenggitu lagaknya -___-


Aku suka tengok Liyana Jasmay dengan Zahiril Adzim dalam cite ni. Zahiril sangat hensemmmm OhEmJayyy sampai tak puas tengok dia. Liyana Jasmay pula kurusssss sangat. Nak body macam LJ bole dop bole dop? Tapi aku tak bape nak puas hati lah ending dia sebab macam cepat sangat. Kan best kalau ending tu buat happy ending mesti keluar wayang tadi muka ada senyum sampai telinga. Tadi keluar senyum senyum kambing je. Ekekeke.


Sesuai pulak tengok Zahiril dengan LJ nih. Tapi dalam cite ni Zahiril duk pegang telinga dia je. Apa motif dia pegang telinga pun aku tak taw sampai la ni.


Haa. lagi satu aku rasa Senjakala ni ala ala macam cite Twilight sikit. Twilight=Senjakala (dalam bahasa melayu). Hekhekhek. Bagi aku la. Tak taw la bagi korang cm ne.


Oh ye bila tengok wayang mestilah kena ada pasangan dating. Pasangan dating minggu ni.......


ialah....


abcdEYQA. Kenal dekat blog terus ke facebook sampai la ke alam realiti. Terima kasih alam maya sebab mempertemukan kami. Acewahhh :')


Biasalah pipi tembam, mata eyebag, hidung besar tu memang aku. First time pakai shawl buat gaya ala ala Hana Tajima you. Bedal main lilit jadilah Hana Tajimot yang booooolat. Hahaha!


Kalau tengok wayang berdua, haruslah couple seat sebab bole duduk bersila atas kerusi. Hehehe.


Bila keluar harus melepak bersama pasangan dating.


Perempuan+ Perempuan = CAMWHORE. Lets start it! :D

Birthday Eyqa si pasangan dating hujung bulan 4. So, dengan advancenya, aku celebrate bday dia dulu. Dan aku telah menggodek hp dia seperti harta aku sendiri. Biasalah jakun. Btw, thanks eyqa! :')


Otw balik singgah melepak kat tepi pantai. Kebanyakkan pantai kat Melaka ni dah kena tambak. Tapi tambak tambak pun cantik juga. Marilah melawat Melaka. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia (sempat promote)


And lastly....


Gambar favorite kami. Sebab apa? Sebab gambar ni CUN! Hahaha! :D



Okey lah bai!

6 comments:

EYQA ♥ said...

auwwwwwwwwww lebiu kak iena ! hik hik.

EYQA ♥ said...

gmbr last terbaikkk ! :p

kata kila said...

x best.sekian

Yuzwan Alli said...

korang mmg sweet

SofieyAzwa said...

Suka laa Liyana Jasmay.. Comel sgt.. Emm,x tengok lagi Senjakala nie

Tqa said...

Waaaa!! Tomey2!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...