February 4, 2012

ENTRY PERTAMA UNTUK TAHUN 2012

Selamat Tahun Baru 2012 semuaaaa!!! (padahal dah bulan 2 dah. pftttt)

Lama gila aku privatekan blog ni. Agak agak adalah dalam 7 bulan lebih cenggitu. Bapak lamaaa. Sampai terlupa yang aku ni blogger dan ada blog.

Kenapa tutup blog? Sebab dulu ada orang tak suka aku berblog. Katanya terlampau expose sangat. So, makanya tutuplah sekejap demi menjaga hati orang itu. Tapi sekarang tak perlu lagi nak jaga jaga hati orang lain bagai. Baik jaga hati sendiri lagi bagussss.

Kenapa entry sebelum ini sedih je? Memanglah sedih sebab kita putus cinta tahu? Perasaan putus cinta macam mana? Macam tu laaa. Sedih tu tak payah nak cakap. Tapi lama lama pikir tak payah la nak sedih sangat. Sat ni depa duk bahagia, aku duk sedih menangis macam orang gila duk buat apa. Baik teruskan hidup lagi senang. Tengah berusaha ni tengah.


Sekarang nak summarize up apa memory 2011 bagi aku.


1) Sudah bergelar maksu. Dapat anak buah perempuan yang pertama semestinya satu kenangan terindah untuk tahun 2011. Aina Laila Syakira = mata yang bersyukur pada waktu malam. Lahir 31 Ogos 2011. Baby merdeka raya. Sekarang dah 5 bulan lebih. Permata hati semua orang dalam family. Mmmuah cit cit. Lepas ni akan penuh gambar aina dekat blog maksu dia.




2) Officially I'm a diploma holder. Yes. Finally aku dah grade. Convo 9/10/2011. Berbaloi juga penantian nak habiskan diploma on time. Alhamdulillah dapat la juga banggakan mak abah walaupun hanya diploma sahaja. InsyaAllah ada peluang degree pulak ;)



3) Dah berkerja. Dulu aku penah up entry yang aku dah dapat keje dekat kilang Mamee tu. Tapi aku keje situ tak lama. Dalam seminggu je aku keje situ then aku berhenti sebab mak bapak aku macam tak kasi plus environment keje sana tak best. Lepas berhenti duduk rumah seminggu. Then dapat keje dekat Stesen Minyak Petronas jadi cashier. Time tu terus je keje. Sebab zaman sekarang ni nak pilih keje ikut kos aku belaja memang tak berduit la aku. So, amik je rezeki yang ada. Lepas 6 bulan keje situ, aku berhenti sebab dapat keje dekat syarikat buku. Jauh dari bidang aku. Tapi layankan aje. Rezeki Tuhan nak bagi. Tak baik nak demand sangat. Jadi, aku keje dekat syarikat buku tu dah masuk bulan ke 2. Baru lagi. So far alhamdulillah okey.

Banyak pengalaman best best time keje Petronas ni. Muka memang hitam tak payah cakap. Tapi semua tu pengalaman.


4) Dapat kawan kawan baru yang super awesome!. Keje Petronas 6 bulan macam macam ragam customer aku dapat tengok. Ada yang okey ada yang tak okey (jiwa kacau). Kawan kawan pun ramai. Satu kepala. Buat baik sama sama buat jahat pun sekali. Paling best bila diorang buatkan birthday party untuk aku time tu. Dekat tempat keje kot. Yes dulu i'm 21 but now 22 dah laa -_-. Tak penah aku sambut birthday siap ada kek bagai. Dah besar godang macam ni memang tak la nak sambut siap berkek. Tapi dengan diorang siap bersambut kasi hadiah. Terharu tahu walaupun baru kenal tapi hubungan kitorang macam dah lama kenal :')

Birthday party yang diorang arrangedkan utk aku. Meriah kot.

First time aku tunjuk gambar time keje kat Petronas. Even kat fb dgn twitter pun aku tak pernah tunjuk. Nampakkan betapa rapatnya kitorang masa keje.


5) Officially Single ladies. Yeah. I'm heartbroken. Putus cinta kawan kawan. Lepas raya 2011 bole pulak putus cinta. 5 tahun bercinta last last putus padahal dulu kemain berjanji sehidup semati (puih). Sadis bukan? Tapi nak buat macam mana. Hidup mesti diteruskan. Thanks la kat korang yang sentiasa bagi moral support kat aku. Terutamanya kakak kesayangan aku. Semua yang terjadi mesti ada hikmahnya. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya. So, sama samalah kita kuatkan semangat (cakap untuk diri sendiri juga) :')


Banyaklah sebenarnya memory 2011 aku. Tapi yang 5 kat atas ni yang penting sepanjang 2011. Kiranya highlight memory on the year 2011 gituuuu.


Sekarang ni aku harap tahun 2012 akan lebih baik dari tahun tahun sebelum ni. 2012 be nice to me puhleaseeeee.


Lupa pulak nak bgtaw. Segala perubahan drastik dalam blog ini telah di editkan oleh beliau. Thanks kakak. Muah cit cit.


Ok bai.

3 comments:

kata kila said...

kamu gadis paling kuat kakak pernah jumpa. kakak yakin kamu boleh syg

Call me, Eyka said...

:') cik ieyna...b strong k? *hug*
Ok jgn pikir dah bnde dh lepas tau. Kite pompan kne kuat! Move on!! Kalau ada jodoh korg lg msti dia yg dtg cari ieyna...trust me...buibui pun penah berubah arah kt eyka dlu,ble eyka dh rse dh give up nk syg dia lg..bru dia dtg kat eyka :') Bykkan doa, kte mampu merancang tp Allah lah yg Maha Mengetahui & Menentukan yg terbaik buat kita. Doa byk2 tau syg..

Ohh bestnyaaa! Lepas ni update lah pasal life kamu. Happening tempat keje ieyna! Betul tu. Nak kje xpayah memilih..rezeki tu kt mane2 kan? Just terima je ape yg Allah dh bg dulu ni...mne tahu esk lusa leh ada company sndiri pulak? =)

Okay lah maksu. Pjg sgt komen ni. hihihi mishyu makcu. =P

Qib said...

maniskan hati mu walaopon hidup ini terlalu pahit =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...