August 27, 2012

ONCE A FRIEND, FOREVER A FRIEND

Dont walk behind me, I may not lead. Dont walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be MY FRIEND.

Kawan = Friend


Istilah aku untuk perkataan kawan ni senang je.


Sekali berkawan selama lamanya tetap kawan. Itu prinsip aku dalam berkawan. Senang je. Tak perlu formula susah payah macam addmath tuu.


Setakat ni la kan. Aku banyak kawan. Banyak sangat sampai tak terbilang dengan semua jari yang ada. Campur kawan tadika, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan universiti, kawan tempat keje. Memang banyak la. Umur pun dah 22. Haruslah banyak kawan.


Kawan masa sek tak dela thrill sangat. Serius langsung tak adventurous tak challenging. Kalau gaduh, setakat merajuk tarik meja kasi renggang sikit, alat tulis sendiri kasi kumpul tak nak kasi kawan pinjam, pegi sekolah sendiri sendiri. Dah tu 2-3 hari dah salam tanda dah baik. Baru nak feel gegaduh lama dah salam. Oh memang tak mencabar keupayaan dan kesabaran tapi semua itu pengalaman.


Naik zaman belaja masuk universiti. Tu diaaaaa. Bermacam macam kawan aku duk jumpa. Yang okey, yang tak okey, yang baik, yang jahat, yang nakal nakal kucing semua aku dah penah jumpa. Siap berkawan bertepuk tampar *pap pap. Berkawan zaman belajar masa kat u ni memang cukup challenging lah bagi aku. Dia punya mencabar memang mencabar habis. Mencabar keupayaan dan kesabaran aku katanya. Orang selalu cakap zaman belajar kat u pilih kawan elok elok. Jangan salah pilih kawan. Jangan culture shock. Jangan ni. Jangan tu and so on bla bla bla.


Kat u, aku kawan je dengan semua. Ada yang rapat ada yang tak rapat. Tapi kalau sekali bergaduh, serius tak bole blah cara gaduh tu. Gaduh kaw kaw punya. Mengutuk bagai nak gila. Siap buat grouping blog lagi. Wakakaka serius lawak kot kalau recap balik. Aku penah gaduh dengan kawan rapat aku. Gaduh teruk. 2 kali gaduh. Sekali time sem 3 pastu baik balik pastu sekali time sem 5. Balas sana balas sini. Mulut masing masing tak nak kalah. Gaduh tak bertegur sapa. Pandang pun tak nak. Buat donno je. (Nasib tak sama course)


Masa gaduh tu ramai kot kawan kawan yang tau. Dah kalau siap berbalas kat blog, haruslah semua orang tahu. See betapa tak matang dan noobnya aku masa zaman tu. Tapi aku admit la dalam gaduh gaduh pun aku rindu juga kat dia sebab dia penah jadi kawan rapat masa kat u. Kitorang tak bertegur sampai habis belajar. Ego woi ego.Ego kena jaga. Muehehehe. Kalau nak tau pasal dia, aku akan tanya kat kawan yang sorang lagi. Nasib kawan yang sorang lagi ni nak update juga cite pasal dia. Dan dan akhirnya time convo tahun lepas aku menurunkan ego aku ni. Aku boleh pegi tegur dia dengan muka tak bersalah macam tak de apa apa jadi. Muka innocent habis time tu. Wahahaha!  Kawan aku yang duk update cite dia kat aku siap tanya 'Iena, cam ne kau bole tegur dia?' dan jawapan aku 'Tegur jela. Malaslah nak gegaduh masam muka ni. Dah habis belajar dah. Dah besar dah pun. Tak kan nak gaduh macam budak kecik'. Amboi jawapan aku tak nak kalah kan. Hikhikhik


So, sekarang ni aku dengan dia still lagi berkawan dan bekerja mencari rezeki (ada peluang insyaAllah akan sambung belajar). Dan kawan kitorang (yang selalu menjadi orang tengah - update cite) sambung degree di tempat yang sama kami bertiga mula berkenalan. Walaupun sekarang ni, masing masing ada komitmen sendiri, tapi still lagi contact each other. Still lagi kitorang ni berkongsi cerita, bertekak, bergaduh, bermasam muka, merajuk (hai orang tengah kesayangan! :p ). Tapi tu semua tak lama sebab kitorang nanti rindu sesama sendiri. Muahahaha.


Jujur aku cakap, bergaduh tu sebenarnya macam ajinamoto nak bagi sedap nak bagi ummmpphhh dalam sesuatu hubungan. Bila bergaduh dah tu baik balik mesti masing masing ingat balik kes gaduh. Dah tu menganjing satu sama lain. Dah tu gelak ketawa sama sama. Tak ke pengalaman semua tu? :')
A friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide, and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity.
A friend is one who knows you and loves you just the same
 A friend is someone who gives you total freedom to be yourself.
Friends are born, not made.

So, selagi hidup ni berkawan la dengan sesiapa saja. Tak de sapa nak halang. Lagipun tak salah berkawankan selagi tak melanggar batas batas yang di tetapkan. So, lets be friend everybody because once a friend, forever a friend :) 


Kepada kawan kawan aku. Aku sayang korang semua. Kawan tadika, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan universiti, kawan tempat kerja, kawan facebook, kawan twitter, kawan blog, kawan urrmm kawan semua lah! Aku sayang korang. Mmuah cit cit 


Okay bai!


p/s: Last aku bergaduh dengan orang tengah kesayangan. Masa tu dia tacing gila babi dengan aku. Sampai tak nak angkat kol. Boleh tahan stress juga bergaduh dengan orang tengah ni. Nasib aku punya kesabaran yang tinggi untuk memujuk. Muahaha. Nasib okey. Lepas ni malas dah nak gegaduh. Sumpah tobat tak nak gaduh. Nak gaduh jangan cari aku eh. Hahaha. Okey i love you both :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...