August 31, 2012

PEOPLE WILL KEEP ASKING THE SAME QUESTIONS

Assalammualaikum. Hai! Hello!


Tadi masa duk siapkan goodie bag dengan family untuk event esok, kitorang duk sembang sembang. Sambil sembang aku duk tengok Aina main kat hall tu. She's already one years old todayyy! She's a baby of independence dayy. Baby merdeka. 31st August. How lucky she is. :') Okey nevermind, itu bukanlah point aku nak share sekarang ni.


Back to the topic, aku ingat lagi masa mak dengan abah duk bawak Aina kulur kilir, kawan kawan mak abah or even sedara or even strangers mesti akan tanya "Dia dah pandai buat apa dah? (merangkak, meniarap, berjalan and bla bla bla)" sambil refer dan tunjuk kepada si cinonet Aina itu. 


Yeahh. Thats the same questions people will keep asking. Kalau jumpa 10 orang, kesemua 10 orang tu akan tanya soalan yang sama. WHATT??? PERLU KE TANYAAAA??? :O


Dan sebenarnya, soalan "Dia dah pandai buat apa dah?" akan melarat ke soalan soalan yang lain mengikut pembesaran dan umur seorang anak.


Contoh :
  • "Anak dapat bape A dalam exam (UPSR, PMR, SPM)?' (Soalan akan ditanya masa zaman sekolah. Tak kira sekolah rendah  atau sekolah menengah)
  • "Anak dapat sambung belajar mana? Kos apa? Dekat U mana? (Soalan akan ditanya lepas dapat result SPM dan yang paling popular sekali bila result IPTA/IPTS dah keluar)
  • "Anak keja mana sekarang?" (Soalan akan ditanya lepas dah habis belajar kat U)
  • "Bila anak nak kawin?' (Soalan akan ditanya lepas dah dapat keje dan dah ada gaji sendiri) 
  • "Bila nak dapat anak?"(Soalan akan ditanya lepas sebulan,dua atau tiga bulan selepas kawin)

Seriously, thats the fact. This is the questions that people will keep asking to us. Hahahaha. Aku perasan kot. Soalan yang sama akan ditanya start dari perkembangan seorang baby sampai lah baby tu dah membesar dengan jayanya dan berkahwin dan dapat anak. Soalan yang sama akan ditanya berulang kali sampailah ke generasi turun temurun seterusnya. 


Tapi antara banyak banyak soalan tu aku paling tak gemar bila kena tanya 2 soalan yang terakhir "bila nak kawin?""bila nak dapat anak?". For me as a girl, mestilah aku tak bape nak selesa bila asik ditanya 2 soalan yang sama. Ye ah dah kalau asik tanya bila nak kawin? bila nak kawin?? tak ke tu membuatkan kita sebagai perempuan stress? Dah tu bila dah kawin datang lagi satu soalan, bila nak dapat anak? Omo! Lepas setel hal kawin hal anak pula ditanya. Memang stress la perempuan perempuan di seluruh dunia ni *kerut kening*


Let me announce uollss something

Wahai orang orang di seluruh dunia. Tak payah la duk tanya kami (kaum perempuan ni) 2 soalan maut dan sensitif selalu sangat. Benda macam ni kami pun tak bole nak jangka.

  • Pasal hal kawin. Dah kalau jodoh sampai, kami kawin la. Kawin bukannya macam main pondok pondok yang boleh dibina dan dirobohkan sesuka hati. Ini hal kawin. Kalau bole biarlah kawin sekali seumur dan kekal selamanya. 
  • Pasal hal anak. Dah kalau tak de rezeki lagi tak bole nak buat apa. Dah kalau usaha tapi Allah tetap tak nak kasi rezeki kita tak bole nak buat apa kan? Ada rezeki adala. Yang penting doa :') Oh lagi satu pasal hal anak ni, tak perlu setiap bulan tanya "dah ada isi belum?". Boleh buat bertambah stress tau. Dah kalau stress acano nak pregnant tuu? 


Sebenarnya tak salah pun kalau nak tanya soalan macam tu tapi tak yah la selalu sangat. Kang kalau selalu sangat orang cakap terlebih prihatin pulak. So tanya biasa biasa sudah. Tak perlu nak tunjuk prihatin yang lebih dan over kepochi hal orang okey??



Okeylah nak tido. Perlu rehatkan badan dan mata untuk esok. Sebelum tu nak wish


HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIA! #Merdeka55.Semoga Malaysia akan terus aman dan maju


And...


HAPPY BIRTHDAY AINA LAILA SYAKIRA!


MAKSU LOVE YOU SAYANG! (Kalau rajin maksu buat entry untuk aina eh esok. Kalau rajin.)


Okey bai!





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...