November 30, 2010

.Zaman dolu dolu punya cerita (Part 1).

Hye semua!


Lately ni kan, awat tah aku malas sangat nak update blog ni. Kekadang tu aku sampai terlupa yang aku ada blog. Blog duk buka, tapi nak update tu malas naw. Serius malas! Cuti sem ni aku duk umah je, melayan korea, mendownload korea. Semuanya korea je. Tak de korea, cuti aku tak bermakna. Acewah!



Okeyh, mood nak berblogging pun dah macam ada balik ni ha. So, aku nak story mory sket pasal zaman dolu dolu punya cerita, masa aku sekolah menengah. Aku dulu sekolah menengah kat peghelih nun. Sek Men Keb Agama Perempuan Kangar, Peghelih. Tu masa zaman sek la, sekarang aku dah pindah Melaka. Secara konklusinya, aku bole cakap utagha ngan selatan. Selatan tu area Melakeee jeleee. Tapi aku suka cakap utagha lagi sebab syiok duk cakap utagha. Kalau duk koling koling kawan aku kat utagha tu, tak yah lu duk cakap ada 'e e' kat belakang nun. Habih kang depa duk menghanjeng! :D



Back to the topic la kan, aku sek men kat peghelih tu dari form 1 sampai form 5. Maknanya 5 tahun aku sek sana. Masa nak apply sek agama nih, mak aku yang uruskan. Siap ada interview lagi. Kena jawab soalan yang berkaitan agama. Aku ingat lagi soalan yang dia kasi. 'Di manakah masjid utama dekat negeri Perlis?'. Hambik ang, sekali aku kena soklan tu. Jenuh aku duk pikiaq. Time tu aku tak terer lagi bab bab peghelih ni. Aku main bantai jawab ja. Dalam hati duk berkira kira, habis la habis la mesti kantoi punya jawapan yang aku bagi. Pas dah setel jawab soalan, kena baca quran depan ustaz atau ustazah pulak. Aku dapat ustaz. Dah la orang 1st kena baca. Ketaq lutut tak yah duk cakap la. Neves cuak gabra semua ada. Time baca tu, suara aku serius terketaq ketaq sebab neves sangat. Bila setel semua, aku duk pkiaq probability untuk aku diterima masuk sek tu macam tipis ja. Maunya tak tipis, dah la ghamai student duk apply sek tu. Sek agama tu plak antara sek sek yang cemerlang gemilang dan terbilang di peghelih. So, probability aku untuk diterima masuk sangat tipis woh. Time tu hati sdey tok sah duk cakap la. Kecewa bukan main lagi.



Tapi.. tapi.. mungkin Allah dah tetapkan rezeki aku. Aku diterima untuk bersekolah kat situ, mak abah aku memang syiok gila bila aku dapat sek kat situ. Mak aku la antara mak mak yang paling busy menyediakan kelengkapan untuk aku. Bila masuk sek agamakan, cara pemakaian tu berbeza sket. Tudung kena labuh takat siku. Selagi tak cecah siku, tak bole. Wajib cecah! Baju sekolah kena cekak tangan. Tak cekak tak bole. Wajib cekak! Kat sek tu, aku kena duk asrama sebab ghumah aku jauh. So, kena la duk asrama. Mestila aku cuak bila kena duk asrama. First time in my life okeyh nak duk asrama ni. Dahla baru form 1, baru lepas lepas akil baligh terus duk asrama. Wajiblah cuak. Time tu plak, kes kes ragging and buli duk berleluasa kan, lagilah aku berdouble double lagi cuak. Gila weh, aku siap pkiaq cm na kalau aku kena buli. Mau teriak sakan aku nanti. Walaupun sek aku tu memang sek perempuan saja, tapi kena pkiaq gak mana taw nanti kena buli ka, kena dera ka, habis aku. Lagi satu aku duk pkiaq pasal benda halus yang selalu terjadi kat asrama. Tapi nasib baik benda tu tak terjadi pun. Kecoh je lebih aku ni. Hehehe.
.

.Zaman dolu dolu punya gambar. Time ni aku kecik, sekarang dah besaq.
.Yang penting tengok kelabuhan tudung dan kecekakan baju kat pergelangan tangan tu.


.Kasi zoom in sket. Muka aku time ni serius muka innocent. Muka budak baru akil baligh katakan. Hahaha.


Macam besa, bila form 1 kan orang akan panggil JUNIOR. So, bila dah junior secara otomatik, akan ada sesi orientasi yang berlangsung selama seminggu. Time orientasi, macam besala memang sepenat penat alam la yang aku rasa. Time orientasi ni la nak kenal kawan apa semua. Best memang best tapi kadang kadang bosan and boring juga. Penat lagi tu. Nak kena kejaq masa sana sini. Penat woh penat. Tapi sib bek seminggu ja orientasi, pas seminggu dah start belajaq mcm besa. Aku kan student asrama. Bila tak cukup tidoq tu memang menjadi satu kebiasaan la. Asal aku masuk kelas ja, aku tidoq. Cikgu tengah duk mengajaq kat depan, aku tidoq kat belakang. Tambah tambah lagi time sejarah. Asal cikgu sejarah masuk ja, aku dah mula landing tangan atas meja. Suara cikgu sejarah lak macam malu malu nak mengajaq. So, makin lama mata aku makin terpejam la. Memang muka aku, muka yang selalu kena aim dengan cikgu cikgu. Penah ja, time Kemahiran Hidup (KH), aku kena baling dengan kapoq sebab tidoq lam kelas. Hahaha. Memang tersentak time tuh weh. Terus mata aku segaq tak sangka. Tak ngantok dah time tu. Kawan kawan aku plak pakat pakat gelak. Hampeh! Bukan takat aku ja, majoriti kawan kawan aku yang duk asrama semua tdoq dalam kelas. Tapi yang merasa pengalaman kena baling kapoq tu, hanya segelintir ja yang bertuah macam aku. Hahaha.



Takat ni ja yang aku mampu aku ceghita. Nanti aku sambung dengan part part lain pula nooo. Tak syiok ar kalau duk sambung terus. Kena ada part part juga baru syiok. Hehehe. Ok bai!


11 comments:

kata kila said...

oh sejarah paling tak boleh blah.tidoqq tidoqqq..

LOL gila inesen muka adik.budak baik ni.bagus bagus :P

I*K*T*I*R*A*F said...

alolololo.tomeynye kamu! haha :D

fiq said...

wah, ssh nyer soalan dia. tnya masjid kt perlis tu.. hee..

SHUKRI SALIM said...

cik ieyna~~
saya suda follow~
:) do follow me too yea~

sekamar rindu said...

salam...


singgah follow ur blog...

/Dayah//Nurul/ said...

happy belated :) ok cinta monyet time skola nk tgk :D

aidalicious said...

Habis nafas baca entry ieyna neh,Huhu
sempot aih.Bagi air siket.Haus pulak.Huhu~~Kembali kezaman persekolaha yang kecik tapi sekarang dah besar~~huhu~~

ummiross said...

Eh eh manisnya masa kecik2 dolu,
sekarang pun maintain manis...

enyheartsdiamond said...

hye dear! update lah selalu. eny suka baca entri kamu.. yg mengenai cinta dalam reality <3

btw, eny dok utagha selama 20 tahun pun, tak ckp berloghat utagha sgt..

mampoih p la depa nak hanjeng ka apa..

diri ceq, ceq pny suka :DDD

eykameow said...

hahaha samelah kita , korea je memanjang cuti2 ni..hihik

Btw, tetibe pikiran ku terimbas pada zaman sekolah gak..hoho..macam2 jadi kan...pengalaman......

Anonymous said...

Lovely tajam posting. Tidak pernah berpikir bahwa itu adalah ini mudah. Great job!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...