December 13, 2010

.Benda yang kena taw pasal perempuan.

Hye semua!


"Women are meant to be loved, not to be understood"- Oscar Wilde


Majoriti perempuan sekarang nak boyfriend yang bole mencintai dan menyayangi dia sepenuh hati. Biasalah kan, naluri perempuan, ingin disayangi dan dicintai. Dah memang semulajadi perempuan macam tu.


Orang cakap perempuan ni susah nak faham. Banyak ragam banyak perangai. Kejap kejap happy, pastu nangis, pastu ketawa, pastu marah. Memang orang cakap complicated la kalau nak paham perempuan ni especially time perempuan PMS. Kalau yang bercouple lagi la, bila awek menunjukkan perangai yang luar biasa sket mulalah pakwe nak buat perangai tak semenggah.


Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
Dan dekat di hati untuk dicintainya.


Normal la kan kalau perempuan dah start merajuk bila dia mula rasa terabai. Its normal thing la weh. Semua perempuan penah rasa macam tu. Bila sekali rasa terabai mula nak rasa insecure semacam. Aku pun penah rasa macam tu.



Senang cite macam ni la, perempuan ni bukan untuk DIFAHAMI, tapi untuk DICINTAI. Dicintai dengan jujur dan ikhlas oleh insan yang bernama lelaki.



Okeyh sekarang ni meh la aku share sket serba serbi pasal perempuan



Bila bercinta, perempuan bukan minta apa sangat pun dengan pakwe diorang. Paling koman pun, setiap hari bila bangun dari tido, ada wish Selamat Pagi Sayang, then bila malam, bila nak tido, Selamat Malam Sayang. Kalau tak bole nak buat pun, wish lah I LOVE YOU Sayang. Memang benda ni nampak simple kan, tapi bagi perempuan, benda simple la yang bole buat diorang gembira dan happy sepanjang hari senyum melebau sampai telinga sebab diaorang taw yang pakwe dia sentiasa ingat kat dia :D



Perempuan ni sekali bercinta memang very particular and very detailed person. Setiap segala janji janji yang pakwe penah buat, automatik dia akan ingat. Normal la kan perempuan dengan menghafal ni, ibarat isi dengan kuku. Segala tarikh korang start kenal, start couple, start dating, semua dia save dalam memory. Ingatan perempuan kan lebih tinggi dari lelaki. No wonder la kan ;)



Perempuan suka bila pakwe diorang buat surprise. Speechless weh bila pakwe buat surprise. Tak sangka betul. Silap silap haribulan menitik airmata perempuan sebab terharu sangat. Yeah! Perempuan mana tak suka surprise kan? Semua perempuan sukakan surprise, tak kira lah surprise birthday ke, anniversary ke or saja saja ke. Mesti perempuan akan suka dan akan rasa lebih di hargai. Aku suka baca kes surprise couple ni. Gila sweet!



Perempuan ni bila bergaduh dengan pakwe, mesti diorang lah antara insan insan yang paling cemas di alam semesta. Bila gaduh je nangis, asal nangis je gaduh. Well, perempuan dengan airmata mana bole pisah. Hati perempuan lembut kot. Sekali gaduh dengan pakwe, menjejes airmata keluar. Tapi satu je yang aku taw, perempuan ni jarang sangat nak menangis depan pakwe. Jaga ego, konon nak tunjuk dia hebat, tak kisah kalau gaduh. Tapi bila belakang pakwe je, menderum airmata jatuh. Lepas tu mula berkepit dengan handset 24 jam dengan harapan ada mesej dari pakwe yang berusaha untuk memujuk. Itulah perempuan yang berhati lembut :')


.Airmata senjata utama perempuan. Heh!


Kadang kadangkan, perempuan akan buat perangai bila ada benda yang dia tak puas hati. Perempuan bukan jenis terus terang cakap depan macam lelaki. Tak, perempuan bukan jenis macam tu. Dia jenis pendam pendam pendam, pastu mula dia buat perangai tak pun dia tulis dalam blog or diary. Sebab tu kalau ada benda yang tak puas hati dengan pakwe, kebanyakkan perempuan tulis dalam blog kan? Bagi perempuan, kalau dia dah buat perangai tu, dia sangat harap yang pakwe dia tu paham ada benda yang tak kena. Perempuan bukannya suka buat perangai, bila ada benda yang tak kena je mula nak plan seribu satu perangai. Lebih kurang macam ni, selalu kalau mesej ke kol ke, perempuan yang selalu excited, tapi tiba tiba dia jadi senyap pastu mula berangin je. Maknanya, ada benda yang tak kena la tu.



Jangan sesekali nak bagi harapan palsu kat perempuan. Perempuan ni tak suka kalau lelaki yang saja nak memain main dengan hati dan perasaan dia. Kalau kau nak berkawan, berkawan je. Tak payah nak sebut ailebiu lah or aimissyu lah. Sebab bagi perempuan 143 word tu sangat sangat bermakna. Lebih kurang macam perkataan keramat lah. Bukan keramat yang kat kolumpo tu taw. Lagi satu, jangan nak bergurau pasal hati dengan perasaan dengan perempuan. Perempuan kan sensitif. So, tak perlulah kau nak bergurau hal hal macam tu dengan perempuan. Takat nak gurau besa bole, tapi bab hati dan perasaan ni tak payah la.



Tu jela yang aku mampu share. Lemak ah nak kasi banyak banyak. Yang lain nanti bole cari sendiri. Satu je aku nak bgtaw, perempuan ni tak dela complicated mana pun, so, tak susah nak faham perempuan. Just cintai dan sayangi dia seadanya. Wink wink ^^



Okay bai!

6 comments:

Fyzal said...

surrender ar macam ni.. hehehe.. :)

SyASyA said...

tp xdenyer laki nk pujok kn? T___T

Yayaa said...

yeah, women love to be loved by a men that she love.

kata kila said...

betul.kalau gaduh mengharap pujuk.kahkahkah

enyheartsdiamond said...

yg good morning and goodnight tu betul.. buat perangai tu betul! huhuuu..

my ex tak pernah buat surprise pun..

plus, bila dia abaikan tu, dye tgh foya2 dgn perempuan lain lah tu!

i hate him!

hudahazwani said...

salam..akk..huda terjah sini..huda mohon sokongan dan doa dari akk ye..

visit here:
http://hudahazwani.blogspot.com/2010/12/sekali-lagi-untuk-kali-ke-5.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...