December 16, 2010

.5 blog yang wajib diterjah (Part 2).

Hye semua!


Okeyh sekarang ni korang bersama aku, Cik Ieyna dalam sesi terjah menerjah blog. Before this, aku ada buat Part 1 punya. Kalau sesiapa yang tak sempat baca bole klik SINI. Malas nak buat intro panjang panjang, mari kita lihat blog siapa yang kena??!!




ZAS!!!~~~




1. Huda Luna Hussin Al-Sagoff

Blog kepunyaan Huda Luna. Aku jumpa blog kak Huda ni masa tengah syok syok blogwalking. Masa first first masuk tu, aku macam terpukau dengan header dia. Time tu header blog dia gambar Joni the hedgehog kesayangan dia. Aku penah juga baca pasal hedgehog ni, tapi tak dela aku taw sangat. Bila aku tengok header kak Huda ni ada gambar Joni the hedgehog tu yang aku terus melekat. Comel dowh Joni. Dah lah gemuk. Geram aku tengok Joni, rasa macam nak gomol gomol je Joni tu. Hahaha. Kak Huda nak pinjam Joni bole? Nak gomol dia kejap. Hehehe. Kak Huda ni peminat setia Sailormoon. Suka naw dengan Sailormoon. Sebab tu dia buh nama Luna sebab Luna maksud dia bulan/moon. Aku rasa kalau suh kak Huda ni marathon cite Sailormoon tu mesti dia jadi juara punya. Gila hebat kan? Aku suka style dia dressing ngan pakai shawl. Macam minah arab pun ada. Dengan buh eyeliner kasi tebal sket. Memang ada style lah. Dia konfiden ooh dengan apa yang dia pakai. Respect aku sama kak Huda! Macam besa, aku kalau dah nak berkawan, terus je add kat facebook. Siyes best kawan dengan kak Huda ni. Tak sombong pun. Sempoi ah! Okey pergi terjah blog Huda Luna sekarang.


.Huda Luna yang sentiasa konfiden! :)



2. Blog Ery Farieha

Aku jumpa blog Ery masa tengah blogwalking gak. Besa ah dulu dulu rajin blogwalking. Time tu blog Ery blog stripe kaler kaler. Sekarang blog polka dot. Hehehe. Aku suka entry dia. Entry dia telus dan makan dalam weh. Kadang kadang kena setepek kat muka aku. Hahaha. Sebab tu aku suka baca entry dia. Sebab jujur. Ery ni suka kucing, banyak kot kucing kat umah dia dulu. Tapi sekarang dah tak de. Dia ni suka pegi gathering blogger. Memang kebanyakkan blogger mesti kenal Ery la. Sebab tu ramai orang kenal. Pastu dia rajin update pasal gathering blog tu. Pergh. Sumpah aku jeles. Teringin gak nak pegi gathering blogger macam si Ery ni. Tapi tak berkesempatan lagi. Tunggu ah satu ari nanti aku nak gak pegi gathering blogger ni, pastu aku nak jumpa Ery ni. Bole aku dengar dia karok lagu dangdut. Kasi gelek sket Ery! Hahaha. Macam besa, aku pun jadi kawan Ery kat facebook. Tapi aku suka panggil dia Ery Mery. Hahaha. Bengong tul aku. Sape nak kenal Ery pegi ah terjah blog lapinkery pastu nak kenal lebih lagi pegi add facebook dia. Kekekeke.


.Ery yang berspek merah ;)


3. Liyana Lunia

Blog pink kepunyaan Liyana Lunia. Aku panggil kak Ynn. Siapa masuk blog dia sumpah jeles! Punya la cantek blog pink kak Ynn ni. Sumpah tak tipu. Aku masa memula masuk pun, aku jeles kot tengok blog dia cantek sangat. Dah la header selalu tukar. Gila rajin kak Ynn tukar header. Memang makan hati lah sapa yang tengok header kak Ynn yang selalu bertukar. Dah la semuanya cantek cantek! Kak Ynn, nak header free satu pleaseeeee. Hahahaha :p Blog kak Ynn ni banyak tutorial nak edit blog kasi cantek. Newbie blogger yang rasa nak edit blog bole pegi terjah blog kak Ynn, konfirm tak nyesal punya. Kak Ynn ni lebih kurang blogger otai gak la. Sapa yang tak kenal blog Liyana Lunia? Majoriti kenal kot kecuali newbie blogger yang baru buat blog semalam! Entry entry blog kak Ynn semua best. Kekadang dia cite pasal gosip, kekadang dia cite pasal life dia. Siyes best. Dolu dolu aku takut gak nak tegur kak Ynn sebab aku tengok blog dia gila ramai follower, dah la blog famos amos kalau nak compare dengan blog aku memang beza ah. Pastu aku try tulis kat shoutbox dia, then dia reply. Terus aku add kat facebook. Punya la hepi sebab dah approve. Kak Ynn memang sempoi! Pegi terjah blog Liyana Lunia sekarang juga.


.Liyana Fox yang comel!.



4. Fyka Life's Story

Blog kepunyaan gadis Penang. Aku jumpa blog Fyka ni masa tengah blogwalking. Macam besa la kan, bila dah nama pun blogwalking mesti la tinggal jejak. So, dari situ aku kenal Fyka. Best kawan dengan dia ni. Blog dia cantek dowh. Ni sorang lagi sama dengan kak Ynn. Rajin sangat mengedit blog and mengedit header. Dah la tiap kali dia edit tu semua lawa lawa. Jeles tul aku dengan bakat orang kreatif ni. Fyka penah tolong aku editkan blog juga. Masa blog aku kaler pepel dulu, dia la yang tolong editkan, buatkan header sekali. Terharu aku weh. Dah la time tu aku punya cerewet, tapi Fyka rilek je layankan kehendak aku nih. Sumpah terharu time tu. Thanks Fyka! Jasamu akan ku kenang sampai bila bila. Acewah! Hehehe. Blog Fyka ni memang famous amos dengan fashionista fashionista. Dah la semua fashionista yang dia review semuanya cantek cantek. Agak agak kalau korang nak tengok or nak try and error bab bab fesyen ni, pegi terjah blog Fyka pastu review setiap fashionista yang dia dah wat. Semua ada style tersendiri yang hot hot belaka. Oh yeah, aku penah terserempak dengan Fyka kat Melaka. Time tu aku yang perasan dia, nak tegur macam malu, tapi aku kisah apa, aku tegur gak. Sib bek dia kenal aku. Hehehe. Nanti kita jumpa lagi ea sayang. Tak payah tunggu lagi, korang bole terjah blog and facebook Fyka sekarang!


.Fyka yang kurus. Hehehe.



5. The Pink Gajah Story

Blog ni kepunyaan Cik Ryna Tri Asmara. Gila unik nama tu kan? Kreatif weh. Hahaha. Okeyh, aku jumpa blog Ryna masa blogwalking. Masa tu blog Ryna kaler Pink. Memang trademark dia Pink Gajah Story. Memula aku pelik juga, ada ke gajah kaler pink? Hahaha. Serius aku blur time tu. Pastu baru la aku paham yang gajah kaler pink tu bear. Hehehe. Blog Ryna ni mostly dia taip dalam style Sabah. Sebab dia Sabahan blogger. Aku memang suka dengar orang cakap and taip style Sabah ni sebab unik bila dengar. Pastu bole gak belaja sket sket. Senang sket aku nak cakap style Sabah bila pegi melancong sana nanti. Hehehe. Ryna ni dia terer english kot. Aku penah baca pasal blog fan fic pasal Jonas Brothers tu. Time baca tu serius aku speechless sebab tahap english dia sangat hebat. Terasa aku ni kerdil la dalam english kalau nak dibandingkan dengan Ryna T__T. Ayat dia dalam english memang hebat lah! Aku sendiri pun kagum sebab dia bole buat blog fully english nak cite pasal Jonas Brothers. Kalau aku dah mati akal dah. Takat nak buat karangan time SPM pun tergagap. Nak je aku minta tolong Ryna suruh buatkan ayat english kat aku untuk assignment. Tapi segan ah. Hehehe. Sekarang korang bole pegi terjah blog and facebook Ryna and belaja cakap Sabah. Teehehehe.





Tu jela review 5 blog wajib diterjah Part 2. Nanti aku buat Part 3 plak. Kalau korang rasa ada link blog yang best best, meh kita share sesama meh. Hehehe.


Okay bai!


p/s: Sepanjang taip entry ni aku duk dengar lagu Chocolate Love. Kesayangan aku suruh dengar. Dah addicted dah.



14 comments:

alinac lover said...

hehhee

blog bgus ni

Fyka said...

thankssssssssssss syg...
xsangka sgt2 ada org nk review blog fyka..
weee terharu,jom2 nanti kita jumpa eh..

weengorgeous said...

saya baca semua kecuali pink gajah (lepas ni boleh terjah). mereka memang best kan! :)

Liyana Lunia. said...

waaaa amik pic kiteee, nangis *ngadu kat mak* wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Liyana Lunia. said...

eh apa ni, tak abis comment dh submit WKAKA tq dear <3 mwahh mwahh , tak panggil kakak pun xpe, umur kita nak dekat2 dh HAHAHA

Huda Luna said...

OK. first!

THANKKKKK YOUUUUUUUUUU IENAAAA! muah muah! huhu

nanti huda letak lagi eh gambar joni buat header hehe. =P joni mok mok. omelll! hehe nak pinjam ke? nah nah amik la budak gemok ni. gomol2 dia. huhu

hehe hari tu maraton sailormoon dlm masa 3 hari. gila tak? haha =P

erk @____@
tapi style shaye biase2 je
tapi tenkiuuu iena!

hehe sayang iena!

MiSzy DiaN said...

ryna tu kenal.
1 poli ngan dia..
wahhh BI dia mmg teror arr..
orgnya pun tingi lampai..
hehehehe..
:)

Ryna Tri Asmara said...

owh terima kasih sebab featured saya :D terharuuuuu :")

eykameow said...

wooo.. blog di atas tu pun semua eyka suka terjah gak . mmg masing2 ada style tsendiri dlm berblogging. just blog blogger sabah tu je tak penah masuk. hehe pasni nak try la singgah. mana tahu trus melekat...hihihi thnks iena sbb smbung... ngee :D

Ery Farieha said...

telus dan makan dalam?
ada eh entry ery mcm tu?
hahaha :P

btw, tq so much!
yg dilistkan selain ery kat atas ni mmg best2 belaka ;D

sickchild said...

woahh ;D

kata kila said...

ayokkkk ayokkk.dah addicted.kahkahkahkah

Zayanie said...

huhuiiii! bila la blog huduh aku nk d terjah?? hahaha btw, u've been tagged :)

Lintas Medan said...

Nice blog dear... Your Blog Design so sweet, just like the owner...
Visit and follow your blog...
http://lintasmedan.co.cc

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...