December 9, 2010

.Kahwin bukan benda senang.

Hye semua!


Lately ni ada benda yang selalu aku pikir. Aku nak tulis benda alah yang aku pikir tu kat status facebook macam tak patut la kan. So, aku bajet baik aku tulis kat blog je.


Aku selalu pikir

'Macam mana kalau isteri tak di terima keluarga mertua?'

Aku bukannya dah kahwin pun. Bertunang pun belum. Tapi lately ni aku selalu terpikir pasal tu. Yela, sebab aku pun perempuan. Dan kemungkinan besar aku pun bakal bertunang, berkahwin dan bergelar isteri dan juga ibu kan. Then, abang kesayangan yang num 3 nak kahwin hujung tahun ni sebab tu aku duk terpikir. Tapi abang aku tu lelaki, memang tak de hal la. Tapi kalau perempuan tak di terima keluarga mertua memang parah la.


Bagi aku kan, perempuan memang banyak tanggungjawab. Tambah tambah lagi bila dah berkahwin. Mana nak urus hal rumahtangga, urus suami, urus anak anak, pastu dengan keja and belaja lagi. Memang semua terletak kat bahu perempuan yang bergelar isteri. Serius aku rasa tanggungjawab isteri sangat besar.


Bila seorang perempuan berkahwin, dia bukannya berkahwin dengan lelaki yang dia cintai sahaja. Tetapi dia bakal berkahwin dengan seluruh ahli keluarga lelaki tersebut.


Penah dengar ayat kat atas ni? Aku selalu dengar dan aku setuju sangat. Sebab tu aku cakap bila perempuan tak di terima keluarga mertua memang jadi kes parah.


Bayangkan kalau perempuan tak di terima keluarga mertua memang kelam kabut jadinya. Tak pasal pasal hubungan tak direstui. Susah kalau macam tu. Tambah tambah lagi bila lelaki pulak jenis anak kesayangan mak, anak kepercayaan mak, anak emas mak memang lagi haru la jawabnya.


Aku sendiri pun takut bila pikir pasal hal ni. Aku pun harap kes macam ni tak jadi. Tapi bila benda nak jadi kita tak bole elak juga kan. Nak tak nak kena hadapi juga.


Bagi aku, kalau lelaki tak di terima keluarga mertua okey lagi sebab bila sah perempuan jadi hak milik lelaki tu, perempuan tu akan automatik menjadi tanggungjawab sang lelaki tersebut. Maknanya, parents si perempuan ni terpaksa melepaskan tanggungjawab membesarkan anak perempuan diorang kepada lelaki tersebut. So, bila dah kawen, secara automatik syurga terletak bawah kaki suami. Memang besar darjat sang suamikan.


Tapi kalau perempuan tak di terima keluarga mertua keadaan bole jadi lagi complicated. Tambah tambah lagi bagi si suami. Isteri dia sayang, mak pun dia sayang. Senang cite dedua dia sayang sampai tak taw nak wat apa. Luah mati mak, telan mati bapak. So, bila ada kes macam ni, isteri la yang kena mengalah and kena pandai untuk ambil hati mertua dia demi suami tercinta. Memang time nak amik hati ni la banyak taktik yang nak kena guna. Nak tackle mertua kan. Kena lah pandai.


Nak tips tips tackle mertua haruslah aku tak taw sebab aku pun tak kawen lagi.


Tapi apa yang aku taw perempuan bila nak berkawen, mertua mesti tengok sama ada kita ni pandai masak ke tak, ada ciri ciri isteri yang baik ke tak, bole jaga kebajikan rumahtangga kita ke tak, bole jaga pakai minum suami kita ke tak, semuanya mertua tengok kat bakal menantu perempuan ni. Sebab tu perempuan kena bersedia tambah tambah lagi bila lelaki nak kenalkan dengan family dia. Paling koman pun, perempuan kena pandai masak.


So, bukan senang nak kawen. Memang la dalam hati ni tergedik gedik nak kawen. Tapi tanggungjawab lepas kawen sangatlah besar. Bukan senang nak hadapi. Kalau tak sabar, tak de sefahaman, tak bole tolak ansur, memang tak tahan lama lah. Jom doa ramai ramai minta benda macam ni tak terjadi. Tetiba je aku dah rasa takut nak kawen. Erk =_='



Okay bai!


p/s: Entry ni bukanlah entry bajet bagus ke entry gedik ke apa. Cuma aku nak share apa yang pikir. Aku tak taw la kalau korang memang tak penah pikir pasal hal ni. Kalau tak pikir, tak payah nak condemn ke hape.

11 comments:

Yayaa said...

betul. lepas tu dpt mentua yg jenis cerewet2 ke. huuu. susah gak. kawen bukan kerje senang !

hudahazwani said...

salam..huda jalan2 terjah kat sini kak..insyaAllah..jgn risau pasal tu kak..selalunye keluarga mertua akan terima menantu perempuan dea..aminn..




http://hudahazwani.blogspot.com/

AesyaZealous said...

aih, seramnye kalau bakal mak mertua tak brp suke kite..hrp2 tak.haha

niesz said...

niesz mau kawen..heheh..sbb xlarat nk tggung rindu ni lame..ekekekeke...gatal!

..ika itu aku.. said...

ad pk gak psl ni sjak 2 mnjak ni ieyna...
xnk pk tp duk pk gak..
bg yg blm msuk alm rmh tgga cm kte ni, blm pasti lg ap yg mndatang kn..

eykameow said...

hihi ala gedik ah kalau nak kata iena macam tu. blog kita kan...so leh share papepun . peduli apa kata org. huhuu

btw, eyka suka gilaaaaa okay pikir bab ni. hahaha. iena xde tips lg eh? xpelah. tggu iena kawin ah nk baca tips ni :P

kata kila said...

gulp.seram pulakk!

NuR 'aQiLaH said...

nak kawen jugakkkkkkk mak -_-"

Bazilah said...

umur macam kita ni memang akan fikir pasal kahwin2 ni. normal je haha tapi best kan kahwin kihkih

enyheartsdiamond said...

itu lah yang paling eny takut.. bab masak-masak tu.. adoyyy!

mmg ada hati nak kahwin awal, tapi, bila baca paper ttg suami curang etc etc etc.. mcm takut pula nak ongsi zahir dan batin..

tercarik hati lagi :(

baru2 ney, dengar2 mama sembang dgn kawan dye..

omaigod! bukan setakat dalam paper.. realiti pun ada :'(

sedih sgt bila ada perempuan lain rela2 jd nombor dua atau main dgn suami org :'(

alinac lover said...

yong pon slalu pk

huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...