December 30, 2010

.Alhamdulillah selesai semuanya.

Hye semua!


Tak lama lagi tahun 2010 nak hilang dah. Pastu 2011 pula datang ganti 2010. Tahun baru weh. Segalanya mesti baru. Acececece, barulah sangat. So, sebelum nak masuk tahun baru ni aku nak story pasal kenduri kahwin abang abang aku. Kenapa mesti 'abang abang'? Kenapa tak 'abang' je? Sebabnya.....




Korang kenalah baca entry ni sampai habis dulu. Hahaha. Chup! Entry ni entry cecah lantai sebab banyak gambar. Tu je nak bgtaw awal awal.




Okey, lets start!


24 Disember 2010
Majlis Pernikahan, Setapak Kuala Lumpur


-Abang aku nikah lepas Asar, but sebelum Jumaat lagi aku satu family dah gerak sebab takut jalan jammed. KL besalah kan, jalan jammed memang tak bole elak. Macam isi dengan kuku. So, gerak awal. Apesal tah abang aku yang nak nikah, aku pulak yang neves. Serius neves. Macam aku pulak yang nikah. Lepas abang aku nikah je, aku tacing weh. Airmata nak turun dah. Rasa sedih sebab abang aku dah kahwin. Lepas ni tinggal aku sorang sorang tak de kawan nak bergaduh, tak de kawan nak makan, tak de kawan nak ajak pegi bank. Wuwuwuwu, tacing ah T___T

.Konon konon berlagak cool je abang aku ni. Tapi tangan dia sejuk kot. Aku pegang tangan dia time tu sejuk macam air batu. Punyalah neves. Tapi still control lagi.

.Selalu muka pengantin perempuan senyum control ayukan? Tapi kakak ipar aku ni sempoi. Dia senyum tak de cover cover. Memang ikhlas lah dia senyum. :D

.Time ni abang aku dia punya debau tak payah cakap la. Memang debau habis. Alhamdulilah sekali lafaz je. Lepas je dengar abang aku ucap lafaz nikah, airmata aku bergenang. :')

.Kawen ni tak de cincin. Sarungkan rantai jeee.

.Macam besa salam tangan suami tu memang wajib lah lepas dah sah jadi suami isteri.

.Pengantin perempuan syiokk kena cium dahi maaa. Hahaha.

.Bagi duit mas kawin. Wajib tu. Budak yang pegang dslr tu cousin pengantin perempuan. Dia punya perangai, sabar jela =_='

.Semua pengantin yang akan bersanding sekali.

.Dengan sepupu kesayangan yang suka sangat transformers. Apesal tah muka aku macam tu? Teruja mungkin.


.Dengan kak zura. Peace yaw!

.Dengan mama kesayangan. Jangan pertikai kenapa muka kitorang lain.



25 Disember 2010
Majlis Perkahwinan sebelah perempuan, Setapak Kuala Lumpur.


-Bangun sepagi yang mungkin sebab nak kejar masa. Dengan matlamat, lepas makan kenduri nak terus balik rumah sebab kat rumah tinggal mak dengan abah je yang nak kemas rumah and banyak lagi benda nak setel. Kenduri belah perempuan memang meriah. Ramai orang datang. Tema belah perempuan kaler gold nak dekat krim krim cenggitu.

.Abang abang kesayangan aku. Sayang gila dengan diorang.

.Gambar ni aku cilok dari facebook cousin kak ana. Main amik je sebab cantek.

.Gambar ni pun aku cilok.

.Lighting tak bape elok. Sekian.

.Atas pelamin kena senyummmm :)

.Time ni memang panas kot. Muka abang aku berpeluh peluh sebab panas. Habis make up noks.

.Abang aku dengan isteri dia. Makan beradab mesti tak kenyang kan? Agak dah.

.Time makan beradab. Time ni pun aku tak join sebab aku segan. Nak kena cover makan beradab bagai memang bukan cara aku. Baik aku makan besa je.

.Dengan abang and kakak ipar kesayangan aku. Well, dedua kesayangan sebab duduk dekat dengan aku. Jangan pertikaikan kaler shawl dengan kaler baju aku tu. Aku main rembat je weh. Tak taw nak pakai apa dah. Sadis je rasa -_-'

.Dengan abang kesayangan aku. :)


26 Disember 2010
Majlis Perkahwinan sebelah lelaki, Alor Gajah Melaka.


- Konon konon nak bangun selewat mungkin, tapi tak berjaya. Terus bangun tolong apa yang patut. Lepas tu bawak pengantin pegi kedai nak siap make up apa semua. Tema belah lelaki purple and biru. And aku jadi pengapit weh. Ketaq lutut tak sangka. Dah ar aku cuak. Bila jadi pengapit haru biru terus. First time in my life tuu. Kenduri belah laki pun ramai orang. So, alhamdulillah. Selamat semuanya :)


.See, abang abang aku yang kahwin. 2 pengantin tuu. Aku lupa yang abang aku tu tinggi, aku bole pegang payung tu kasi rendah. Habis kena marah =_='

.Pelamin kena besar sebab 2 pengantinkan.

.Ni abang aku yang num 3. Aku panggil dia bayi. Abang kesayangan and paling rapat dengan aku. Mana mana aku nak pegi, dia yang jadi driver. Isteri dia nama kak Ana. Keje sekali 1 tempat. Kak Ana pun rapat dengan aku. Akak, jaga abang elok elok :)

.Ni abang aku num 2. Aku panggil dia bayin. Ni abang aku yang paling sempoi, paling protective and paling rapat dengan aku. Abang aku yang sorang ni suka buat aku gelak. Tengah tengah malam mesti mengekek ketawa dengan dia. Isteri dia nama kak Zura. Kak zura pun rapat dengan aku. Suka ketawa dengan aku. Akak, jaga abang elok elok :)

.Time makan beradab. Sadis tul sebab aku tak dapat join. Busy tangkap gambar katanyaa.

.Masing masing muka nak hepi sebab potong kek 3 tingkat. Kek freee weh. Time aku nak susun kek tu tangan aku punyalah parkinson macam ape je. Takut kek tu jatuh. Dah ar first time juga nak susun kek tinggi tinggi cenggitu.

.With my first kakak ipar. Kak zura. Kecik molek je kak zura ni. Hahaha. Mak andam yang make up kan dia pun cakap yang kak zura ni cantek, manis. Pandai abang aku pilih. Bole plak mak andam tu tanya kat abang aku 'mana awak amik dia ni?' sambil tunjuk tunjuk kat kak zura. Hampeh je soalan mak andam tu.

.See, terpenyek kak zura bila kena peluk dengan aku. Hahaha. Kecik besar!

.With my second kakak ipar. Kak ana. Yang ni memang sekepala dengan aku. Aku selalu je buli kak ana ni. Dia keje dengan abang aku. So, selalu dia datang umah aku and memang menjadi mangsa buli aku untuk basuh pinggan and lipat baju. Gila jahat aku ni.

.Time ni kak ana la punya keje. Dia bole pusingkan badan aku sebab nak cover badan dia. Hampeh punya akak.

.Aku sorang je anak dara lagi. Teeehehehe.

.Muka aku paling happy sebab dah dapat kakak ipar sekali 2 orang. Kau hado? Hahaha.

.2 orang kakak ipar yang cantek! :)

Tiga hari tu memang sangat busy dan penat. Tido pun tak cukup. Mata dah macam mata panda je aku rasa. Tapi still cover.


Mesti korang tertanya tanya kan, bila abang aku, bayin dengan kak zura tu nikah? Sebab gambar nikah tunjuk bayi je kan? Hehehe. Sebenarnya, bayin dengan kak zura nikah seminggu lepas raya puasa. 18.9.2010. Kenduri belah perempuan pun dah buat. Just belah family aku je tak buat lagi sebab nak buat kenduri sama sekali dengan bayi. So, tunggu bayi nikah, baru buat kenduri. Masa bayin kawen memang aku tak story kat blog sebab malas. Teehehe. Ni aku letak gambar sket je masa bayin kawen. Gambar penuh kat facebook aku. And aku tak taw nak letak caption ape dah. Lantak sana. Tengok gambar jela.



Bayin dengan bayi dah lepas dah. Lepas ni turn aku plak nak kawen. Hahaha. Tunggu jela nanti :D

Okay bai!


p/s: Nak siapkn entry ni pun punya la lama. 2 hari nak edit nak upload gambar. Kesayangan aku and orang ni dah bising dah sebab tak update update lagi. Sory lambat. Malas nak update. Teeehehe.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...