February 13, 2011

.Seluar takung air yang famous dekat Korea dah ada dekat Malaysia laaaa.

Pegi Mydin teman kawan beli barang dapur. Jalan jalan cuci mata sekali.


Tengok tengok baju. Tengok tengok seluar. Mana taw ada yang berkenan. Kawan dah pegang satu seluar. Aku tengok seluar tu dahi dah kerut kerut. Rasa penah tengok je style seluar tu. Tilik tilik depan belakang seluar tu.


Baru teringat aku tengok style seluar tu dalam satu video clip lagu korea. Tak sangka pula style seluar macam tu dah sampai Malaysia. Ingatkan tak de kat Malaysia seluar seluar yang style pelik ni.


Kawan aku pegang lagi seluar tu. Hajat di hati konon nak beli. Aku suruh dia try dulu. Bila dah try semua bantai gelak HAHAHA sebab nampak pelik sangat. Pakai seluar tu dah gaya macam bapok je aku tengok. Kalau laki pakai memang nampak gay.


Aku panggil seluar tu seluar takung air. Orang INI panggil seluar takung taik. Segala yang takung takung semua kasi kat seluar tu. Sebab kat tengah memang besar. Angin bole keluar masuk. Agak agak kalau kangkang memang dah bole takung segala benda.


.Kasi full version dulu.

.Close up sket tapi blur bukti aku tengah gelak HAHAHA.


Yang ni versi Korea plak.

Orang Korea selamba je basuh keta pakai seluar takung air. Mungkin nak takung segala air air yang dibasuh. Bukan takat basuh keta je keluar jalan jalan pun selamba pakai seluar takung air. Its like macam fesyen kat sana. Laki perempuan mesti ada yang pakai.


Eh, kenapa diorang selamba je pakai tak de rasa malu pun?


Sebabnya dorang tu korean. Memang lah tak TERperasan yang seluar dorang pakai tu takung taik segala. Kite ni melayu. Cuba kalau kau pakai tengok, memang aku balik terus. Jalan lah kau sorang sorang.<-(jawapan aku cilok dari entry yang INI)


Agak agak korang nak pakai tak seluar macam ni pegi jalan jalan? Hehehe.


Ok bai!

15 comments:

Rtp Farra Arisha said...

whoaaaa..hebat sekali ya? hahaha;)

syanabel said...

seluar takung air?? hakhak..pestime tengok..mmg lawak jer tapi biase lah, fesyen yg pelik tu la yang org suka dan akan pemes..hehe

dak eina said...

macam2 la fesyen skang nie.. asalkan ade duit je kalo nk bergaya.. tul x??

jaaFahiza said...

kalau tak silap seluar tu nama harem pants..

^_^

Anonymous said...

ooo...1st time tgk suar ni. funny. hehe

kata kila said...

arghhh HAHAHAHAHAH

Insomniac. said...

hahaha.takung air? x leh blah la. aku xleh bayang pasni mesti ramai yg pakai seluar cm nie nk pegi kelas

cik jannah said...

hehe..lawakla ina..:)

nadira shahid said...

haha, ade ke yg pkai kt Mesia nih? tbik spring la sape yg pkai ;)

ozzy said...

macam pakai pampers je..

Amir Syahir said...

keh2..lawak juga design.

yaya_flanella said...

tak pakai kot. hee

Puteri Katek said...

wahahaha kelakar gila.....

misSbLurRy said...

dah lama dah ade kat mesia kan....
apa ntah nama nye slua nie

Call me, Eyka said...

HAHAHAHHA cannot go lah iena , baik punya kawan u posing! HAHAHAHA and yes yes terbukti u pun tgh gelak mase tgh ambik gmbr...huhuh

p.s : tapi kalau kene ngn gaya & org tinggi sesuai & sylo apa suar tu...huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...