January 2, 2011

.Tak semua orang suka kita. Dalam seribu, mungkin satu yang benci.

Hye semua!


Semalam macam besa, aku online facebook tengok home, usha status kawan kawan. Then aku tengok status kawan aku ada bgtaw pasal ada group meluat Aimie Harmelia girlfriend golkeeper Malaysia si Khairul Fahmi Che Mat tu. Bila team Malaysia menang semua pemain bola terus meletup terkenal. Dari yang suam suam kuku terus jadi famous amous kan. Congrats Malaysia sebab menang :)


Bila aku dah baca status kawan aku tu, aku pun terus la buka blog dia sebab nak tengok link group yang kononnya meluat sangat dengan Aimie Harmelia tu. Bila buka tengok group tu terus rasa wadehell la nak create group segala bagai ni? Siap nak suruh si Khairul Fahmi tu cari awek lain. Jeleskah wahai admin group? Tapi tadi aku cek balik group tu dah tak de. Tekanan mungkin sebab ramai orang serang. Aku bajet admin group ni mesti perempuan. Yela, majoriti yang minat pemain bola sepak semuanya perempuan kan. Dari Safee Sali, Muslim Ahmad, Shahrul Idlan, Safiq sampailah ke gol keeper Khairul Fahmi. Semua perempuan yang minat kan?


.Semua gf gf or isteri isteri pemain bola semuanya dah famous amous.

.Fuh fuh Rozita Che wan pun kena gosip u aoolllssss.

.Tu tu isteri Safee Sali dgn Shahrul Idlan.

.Khairul Fahmi yang femes dekat facebook and twitter dengan gf Aimie Harmelia. Mesti ada yang makan hati kan? Hakhakhak!


Kalau minat tu minat jela. Tak payah la nak create group segala bagai. Takkan la sebab kak Elia tu blogger and selalu cite pasal love story dia kat blog tu jadi masalahkan? Padahal benda tu tak kacau hidup sesapa pun. And setahu aku, kak Elia duk cite pasal love story dia pun sebab ada request dari readers. Bukannya dia syok sendiri ke ape. Cubalah kalau pemain Malaysia ni tak femes, aku rasa tak de sapa nak kenal and group macam tu tak kan nak ada. Ni semua sebab pemain Malaysia dah famous amous baru la nak create group yang menjatuhkan orang.


Admin group yang create group tu mesti obses gila dengan Khairul Fahmi kan? Sampai create group segala bagai. Tak dapat terima kenyataan la tu yang Khairul Fahmi dah ada awek. Meroyan mungkin. Kalau kau meluat sangat dengan blog jejariruncing tu or mana mana blog sekalipun, aku rasa better kau tak payah la susah susah nak terjah blog tu lagi. Sebabnya, bila kau terjah nampak sangat yang kau still nak taw juga perkembangan owner blog tu kan? Then sekaligus kau telah meng'up'kan traffic blog tu. Tak ke rasa macam LOSER je? Lepas tu kau juga yang sakit hati nak jeles bagai.


Bila sekali orang dah start famous, memang akan ramai orang yang suka. Tapi akan ramai juga haters haters yang membenci. Biasalah tu adat dunia. Tak semua orang akan suka kita. Ye dak? Tambah tambah lagi dalam dunia blogger ni. Konfirm la ramai je yang tak puas hati kan. Kalau tak percaya tengok la blogger blogger otai yang famous amous macam cik Epal, Fatin Liyana Asri, Irine Nadia Marcello mesti ramai je yang nak mendengki kan. Normal la tu. Ada je yang nak mendengki. Pantang nampak orang lebih sikit. Mula la nak menyerang. Tak puas hati mungkin?


Kalau ada orang nak mendengki tu biarkan jela. Tak payah layan. Jadi diri sendiri sudeyyyy. Biasalah tu JELESSSSSS katakan. Heh!


Oh ye. Selamat Tahun Baru 2011. Hope tahun ni akan lebih baik :)


Ok bye!


p/s: Even Siti Nurhaliza yang memang famous amous pun banyak haters.

5 comments:

Nanad. said...

kah kah kah. i like! its soooo true. biar lah mereka dgn pasangan masing2 kan? dulu mase diorang tu bukan sape2, takde orang pun pandang. sekarang kemain lagi. hamende tahh.

Ryna Tri Asmara said...

suka entri ne, ieyna :D hahaha. baru ja hari tu ada anon duduk kutuk saya di shoutbox. dia marah sebab saya tulis entri pasal gf khairul fahmi ne. hahaha. rasanya dia pun benci dekat elia ne ? grrr~

^misslina^ said...

kesiannya!jht la depa neh.

eily farhana said...

betul tu dik.. bila diorang menang, terus nama diorang malatop.. yg trut malatop sama, org2 sekeliling mereka. kesian jgk. nak2 kat elia sb dia yg plg truk org xsuka.. pelikkan.. dah takdir diorang jd gf n bf, tak lama lgi insyaallah akn jd husband n wife plk. alahai.. xfaham la.kan komen lebih2 kan.. dah mcm nak post entry plk =p

penyisir rambut said...

suka dorang sume...
suweettt kapel..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...