December 5, 2010

.Ciri ciri lelaki idaman perempuan.

Hye semua!


Okeyh, hari ni aku nak update pasal ciri ciri lelaki yang menjadi idaman perempuan. Acewahhhhh, tajuk tak menahankan. Actually, aku dah lama nak update pasal ni, before aku final lagi memang nak update. Siap kau buat survey dengan kawan kawan aku. Tapi bila time aku nak update je, mesti tak de mood, rasa malas. So, tertangguhlah aktiviti nak mengupdate pasal ni. Apa tunggu lagi, LETS CHECKIDAOUT~~~!!!!




Ciri ciri lelaki yang menjadi idaman perempuan



1. Lelaki yang jujur


- Jujur memang penting dalam setiap perhubungan. Kalau tak de kejujuran, memang susahlah hubungan nak tahan lama. Perempuan suka lelaki yang jujur. Jujur dari segi bercakap, bergaul, apa semua tu kena jujurlah. Maksud aku macam ni, kalau kau lelaki ada kawan perempuan yang kau memang rapat dan selalu kuar dengan dia, bgtaw je girlfriend kau terus terang tak payah nak menipu nipu bagai. Memang la perempuan ni jenis cepat jeles emosi bagai, tapi bila kau terus terang dengan perempuan, at least dia try untuk terima and lama lama nanti dia akan faham. Itu lagi better dari kawan kau yang bermulut puaka pegi bgtaw kat girlfriend kau yang kau keluar dengan perempuan lain la, apa la, tu lagi susah kot. So, better terus terang je. Haa. Jujur tu memang penting tapi janganlah terlampau jujur sangat. Bila girlfriend kau minta pendapat pasal rupa dia ke baju dia ke tudung dia ke apa ke, try la untuk bercakap selapik dan sesopan yang mungkin. Mungkin kau tak suka cara dia berpakaian ataupun kau tak suka style dia, so, tegur la seelok mungkin, tak payah nak terlampau jujur kata buruk la hodoh la apa la. Sensitif bai girlfriend kau. Perempuan kot. Hati tisu. So, jaga dan hargai perasaan dia. Dia nak cantek cantek pun untuk kau je. Bukan untuk laki lain.



2.Lelaki yang tidak mengongkong


- Okeyh, yang ni pun penting. Lelaki memang dikenali dengan sifat protective. Protective dengan girlfriend diorang. Protective tu okey, bagus, memang tak de hal la. Perempuan mana yang tak suka bila dapat boyfriend yang protective? Semua perempuan suka. Tapi.. tapi.. kalau boyfriend yang over protective macam mana? Mesti si girlfriend rasa rimas, rasa terkongkong apa semua tu kan. Bila girlfriend nak kuar dengan kawan kawan je, semedang boyfriend tak kasi. Nan adoo nya si boyfriend nak kasi green light. Alasan dia, risau la, bahaya la, tak elok la. Yang si boyfriend plak, bole je nak kuar dengan kawan kawan dia, tapi meh time girlfriend nak kuar memang dapat red light la. Amende macam tu? Takkan la girlfriend tu asyik nak kuar dengan kau je wahai boyfriend? Dia pun ada lifestyle dia juga. Dia pun ada kawan kawan dia juga. Dia pun nak juga hang out dengan kawan kawan. Just give her some space to enjoy her life la dude!. Takkan 24 jam nak kena berkepit kot. As long as girlfriend kau bgtaw dia nak kuar dengan sape, dekat mana, and yang penting girlfriend kau pandai jaga diri okey la tu. Bagi je. Tapi korang perasan tak, bila laki hangout dengan kawan kawan, dia susah nak mesej girlfriend dia kan. And perempuan plak, bila hangout dengan kawan kawan, mesti dia akan mesej gak boyfriend dia kan. Kekekeke.



3.Lelaki yang bole membimbing


- Perempuan kalau bole memang nak cari lelaki yang bole membimbing dia. Yela, kalau la ada jodoh, of kos la nak suami yang bole membimbing isteri. Membimbing dari segi apa? Mestilah dari segi kebaikan. Takkan kejahatan plakkan. Susahlah kalau tak de sape nak bimbing. Selain mak ayah, mestilah si perempuan perlukan boyfriend atau bakal suami yang bole membimbing dia. Bila dapat boyfriend yang bole membimbing tak dela kes cemolot yang lite lite kat tepi jalan tu kan (dia pilih klcc dowh). Pastu bila dating je, mesti si boyfriend yang ingatkan dah masuk waktu semayang la and cakap jom pegi semayang. Pastu sebelum maghrib mesti kena antar girlfriend balik umah. Paling penting, semayang Jumaat tu wajib buat, tak de nak skip skip. Kira cantek ar dapat boyfriend atau bakal husband cenggitukan. Yang sedar tanggungjawab sebagai umat Islam. Kalau bole dapat boyfriend yang berani jadi imam time semayang pun kira bagus. Yela, selalu kalau tanya lelaki nak perempuan macam mana, mesti diorang akan cakap nak perempuan yang pandai masak. So, tak salah kalau perempuan nak lelaki yang bole dan berani untuk jadi imam time semayang nantikan. ;)



4. Lelaki yang ada masa depan


- Memang majoriti perempuan sekarang ni tak pandang paras rupa sangat kalau nak cari boyfriend. Selalu perempuan akan tengok whether lelaki ni ada masa depan ke tak. Masa depan yang aku maksudkan kat sini macam kalau lelaki tu study, tengok dia usaha betul betul tak dalam study dia, pandai ke tak, rajin ke tak. Kalau lelaki yang keja plak, perempuan tengok dia keja macam mana, jenis pandai saving tak dengan gaji dia. Perempuan ni kalau bole, bila dia sekali jatuh cinta dengan lelaki and serius dengan lelaki, dia akan harap lelaki tu bole jadi husband dia nanti. So, ciri ciri lelaki yang ada masa depan ni pentinglah kan. Dari situ, si perempuan bole tengok yang lelaki tu macam mana. Jenis boros ke tak, jenis suka buang masa ke tak, jenis suka cakap gebang ke tak, semua perempuan tengok. Bila lelaki ada masa depan, at least perempuan yakin nak go on dengan relationship yang lebih serius dengan lelaki tu. Tapi semuanya terletak kat jodoh la. Kalau tak de jodoh tak bole wat apa juga.



5. Lelaki yang dapat terima keadaan diri seadanya


- Yang ni memang paling penting. Yela, cubalah kalau lelaki jujur, protective, bole membimbing, ada masa depan, kiranya kau memang ada pakej lengkap lah nak jadi boyfriend or bakal suami tapi tup tup kau tak dapat nak terima keadaan girlfriend kau seadanya. Semuanya kau nak ubah tak kiralah dari segi penampilan sampailah ke perangai. Tak best ar cenggitu bai. Mestilah girlfriend kau pun hangin satu badan bila banyak sangat benda kau suruh ubah. Yela, dulu time nak mengayat, kau cakap semua kau terima, baik buruk dia kau terima, kau tak kisah. Tapi bila dah bercinta, time time tu juga kau terus kisah, ayat plak terus berubah. Amende plak cenggitu kan? Tapi kalau la kau rasa ada something wrong dengan girlfriend kau and kau nak dia berubah, slow talk lah dengan dia sebab perempuan ni dia sanggup berubah untuk orang yang dia betul betul sayang and betul betul cinta.


5 ciri tu la yang aku bole kasi pun. Tu pun lepas aku wat survey dengan kawan kawan aku. Kalau korang rasa betul ke tak betul ke, bole je kasi pendapat. Tak salahkan kalau berkongsi pendapat. Sharing is caring kan? Hehehe.


Okay babai!


p/s: Nanti aku nak wat part ciri ciri perempuan plak. Hehehe.


18 comments:

Yayaa said...

eyh, gambar2 tu somel gila !!

Sophie Al-Yahya said...

WOW..TRUE! SOKONG2!!!

enyheartsdiamond said...

ada masa depan! perlu!!! :D eny nak yg boleh bimbing eny to the right path :))

CI_ said...

ouh,
saya nak MEJ saya!
hanya DIA...

tsk! ='(

Anonymous said...

yes!!like that!!setuju!!haha!!

Tuan Penasihat said...

macam saya la ciri2 tu.
hohohoho...

kata kila said...

alamak.betul jugak tu yang.wah pandainya

Amir Syahir said...

yesss...ada sumenyee..heee..bajet

Munira Muhiyddin said...

kelima lima itu BETOL !
taste kita sama . teheee :)

dayah said...

tanggungjawab! nice entry :)

IZZ HAZWANI. said...

and... lelaki yg lain dari yg lain. yg unik. yg attractive. yg merendah diri. yg tak terlalu menunjuk. yg faham perempuan.

Call me, Eyka said...

paling penting penyabar ! *tambahan huhu
ok sekian. yg kat atas semua betul. i like ! cepat buat ciri2 girl plak.....hihi

Cik_Shiqah said...

setuju2. ;]

Diyanieee said...

susahnak cari lelaki mcm tu skrg..
terutama nak cari yg jujur dgn kita dan bley trima diri kita dgn seadanya..
yai!
BFF better than BBF'

nanie said...

nani nk yang bole membimbing..
stuju dengan semua ciri kat atas..

nanie said...

nani nk yang bole membimbing..
stuju dengan semua ciri kat atas..

amira said...

soo cute pegang flash cards

cik nur said...

tapi tak sume yg kita dapat kan
kena la terima seadanya dan dia pn akan terima seadanya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...