September 7, 2010

.Kisah kucing yang comel dan gemuk.

Hai semua!


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa :)




Hye!. Nama saya Boboy. Kat picture atas ni masa saya umur setahun. Kecik lagi tu. Tengok badan saya, kecik kan siap ada loceng blue blue lagi tuu. Tapi tu zaman masa saya kecik kecik la. Sekarang saya dah besar. Dah 3 tahun dah. Loceng blue blue tu pun dah tak pakai lagi sebab dah tak muat. Badan pun dah besar. Kalau tak caya tengok la picture bawah ni ar. Haa, lagi satu, tuan saya yang comel tu penah tulis entry pasal saya kat SINI.


Nah nah tengok la picture saya ni. Semua picture saya ni, tuan saya yang comel tu tangkapkan.

.Masa ni saya nak pegi makan. Tengok la muka saya tu, memang dah aim makanan kat depan tu. Tapi tuan saya tu suka sangat nak tangkap gambar saya. Tak sempat nak senyum terus dia click dah tangkap.


.Tuan saya suka mandikan saya tapi saya tak suka mandi. Sebab saya sejuk la bila mandi. Bila kena mandi je, saya mesti buat buat sakit konon minta simpati tapi mesti tak berjaya sebab tuan saya nak juga mandikan saya. Tuan saya selalu cakap 'Boboy kena mandi sebab boboy dah busuk'. Ish, mana ada busuk la. Badan saya wangi taw. Bau perfume hugo boss ooo.


.Kan saya cakap saya tak suka mandi sebab bila saya mandi mesti saya majuk. Majuk tak nak makan tak nak minum. Nak berak dengan kencing pun tak nak. Memang betul betul taw saya mogok dengan tuan saya. Tapi tuan saya buat bodo je bila saya tak makan tak minum sebab dia taw saya majuk kejap je. Saya ni mana bole tak makan. Nanti saya tak bertenaga taw. Tengok lah badan saya tu. Kan makin besar tu -_-


.Saya majuk lagi dengan tuan saya. Tuan saya bukan nak pujuk saya. Dia duk tangkap gambar saya je. Dah la posture badan langsung tak seksi tup tup dah click lagi sekali. Haiyoo. Tuan saya ni memang suka dengki dengan saya la =_='


.Saya memang gayat. Kalau letak saya kat tempat tinggi memang saya menjerit macam kak Ziana nyanyi lagu Puncak Kasih. Wuuu, serius la saya gayat tapi tuan saya suka letak saya kat tempat tinggi konon konon nak bagi saya berani. Tapi saya tak berani pun. Lagi takut adala. Korang ada tips tak macam mana nak bagi saya tak gayat dengan tinggi ni?


.Haa, ni la wajah terbaru saya. Tampan tak? Hihihi. Saya taw ramai je orang cakap muka saya berlagak, sombong, kerek. Saya memang tak suka senyum la. Sejak azali lagi muka saya memang macam ni. Tuan saya tangkap gambar pun saya tak senyum. Ni kan pula bila kucing betina nak ngorat ngorat saya. Lagi la saya tak senyum. Sebab tu saya tak couple couple sampai sekarang =_='


Eh eh, saya lupa nak bgtaw korang yang saya ni pemalas sikit. Bukan sikit tapi banyak. Saya ni bukan lah kucing yang cergas lagi cerdas macam kucing lain tu. Saya ni balokk liat sikit. Saya main sikit sikit je. Bila saya bosan saya main la. Pastu saya makan then saya tido.


Kat bawah ni, ada video saya tengah main main dengan tuan saya. Masa ni mood saya baik, tu yang saya bole nak main main. Korang abaikan jela suara tuan saya yang duk panggil Boboy boboy tu. Dia memang macam tu. Suka tarik perhatian saya.





Tuan saya mestila tuan punya blog ni sendiri. Ala Cik Ieyna bersuara yang tembms tembs tu. Hihihi. Okay lah, saya nak pegi makan lepas tu saya nak tido. Saya penat lah duk menaip kat laptop tuan saya ni. Bai semua~~~ :)

30 comments:

Pinky Pixie said...

kucink ni pndai posing la.. hehe

EYQA ♥ said...

eeee, takut meow2. hihi.

ashraf said...

alamak... sy tak suka kucing~ :(

Sophie Al-yahya said...

hihihi..kiut entry..& kiut cat..
rindunyeee kat kucing kite.. =(

I.Hazwani said...

ni yg rasa nak dtg melaka cpt cpt nihh
kang wani lari dari kuantan kang
eh tapi apesal gamba last tu Boboy mcm da kurus?

diana said...

ish..awat
dia comey sangat
ni..
geram.
hahah

Wan_hazel said...

salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..

Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..

Amirrah Zawani said...

alolo meow-moew..
comel kan kucing..
kucing sy kalo bg mandi mst bising.. x suka mandi dia..

Munira Muhiyddin said...

alololo . comell sungguh tucen itu . miauw miauw .
siap pandai hapdet belog lagi . kelas ! :)

enyheartsdiamond said...

hahaa.. masa boboy kecik2, comel.. dah besar, muka nak ketat & bajet macho je! tehee :D

hye boboy! bila nak kawen? :p

.s.o.f.i.a. said...

awak sangat comel boboy!!!!! (jangan bagi cik ieyna baca nie tau!!!)

Myra Arshad (: said...

sila jgn bawak kucing dekat dgn sy. kalu tak, habis melompat ! heh.

Trah Wann said...

adess boboy ni pandai pulakk menaip ye ? . yang dok puji2 tuan dia tu ntah2 tuan dia yang suruh , ye tak ? hekhekk .

eei trah geli dengan bulu kucing >.< btw, selamat hari raya sis ieyna and boboy :)

kata kila said...

arghhhhhhhhhhhhhh.jelessssss.nak kucing tu.haha

nanie (✿◠‿◠✿) said...

alolo,comelnya..
sy pn suke kcing..
tp lau dye brak,perghh..mmg xsggup..

.miss d'ieyna. said...

Pinky Pixie.

hahaha. pandai la sgt. susah nak tangkap pic kucing ni.

.miss d'ieyna. said...

eyqa..

meow2 comel la syg.

.miss d'ieyna. said...

ashraf.

x suka kucing? kenapakah?

.miss d'ieyna. said...

sophie al-yahya..

hehe. kucing ni kiut tp malas.

.miss d'ieyna. said...

I.Hazwani..

haha. meh la dtg melaka cepat. bole jmpa boboy. kurus ke? dia dah gemuk skrg ni.

.miss d'ieyna. said...

diana..

hahaha. kucing kan mmg comey.

.miss d'ieyna. said...

wan hazel.

selamat hari raya :)

.miss d'ieyna. said...

amirrah..

haha. boboy ni pun x suka mandi.

.miss d'ieyna. said...

Munira..

haha. tu la pasal. kucing ni demand.

.miss d'ieyna. said...

eny..

hahaha. taw x pe. x taw la bila boboy nak kawen. pemalu katanyaaa.

.miss d'ieyna. said...

s.o.f.i.a

terima kasih sofia, kata boboy :) haahhaha

.miss d'ieyna. said...

myra..

haha. kucing kan comel. x yah lompat2. dia x cakar.

.miss d'ieyna. said...

Trah wann..

haha. mana ada. ni boboy yg taip. hee. selamat hari raya juga.:)

.miss d'ieyna. said...

kata kila..

haha. meh la amik

.miss d'ieyna. said...

nanie..

haha. besa la tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...