May 12, 2010

.Perempuan cantik VS Bola bulat.

Sekarang ni aku tengok ramai kawan kawan kat fb buat status pasal game badminton Piala Thomas. Semuanya tersangat la excited tengok game badminton ni tambah tambah lagi bila Malaysia pula yang lawan kan. Wuu, biasalah.kita kan rakyat Malaysia mestilah sokong Malaysia. Malaysia Boleh! Haa. Semangat semangat! Hoyeah!. So, marilah kita berdoa supaya Malaysia menang ye. Kata rakyat Malaysia. Kena la doa untuk kemenangan Malaysia. Hehehe.


.Milik siapakah piala ini?. Harap harap milik Malaysia.


Lepas habis je Piala Thomas ni, tak lama lagi muncul FIFA World Cup 2010. Hohoho. Memang ramai jejaka jejaka tampan di luar sana yang menunggu saat ini. Bukan setakat jejaka jejaka tampan tapi perempuan perempuan cantik pun mesti menunggu juga. Kalau tak salah aku, FIFA World Cup ni 4 tahun sekali je. So, bila setiap 4 tahun tu memang ramai orang yang akan penangan bola sepak ni.

.Siapa juara FIFA World CUP 2010?.


Macam biasa, bila time FIFA je kedai kedai mamak mesti dapat untung lebih. Sebab ramai jejaka tampan akan melepak di kedai mamak sampai pukul 3,4 pagi. Tengok bola dekat screen besar sambil pakai jersi team favourite lagi. Lepas tu jerit Goal!!! Bole pecah gegendang telinga ni kalau dengar jejaka tampan ni jerit. Setakat aku yang dengar abang abang kesayangan jerit goal bila Man U lawan pun bole pekak sekejap. Huhuhu.


So, kepada girlfriend girlfriend dan isteri isteri di luar sana time FIFA dah start nanti kena bersedia la di abaikan sekejap. Bila boyfriend korang tak reply mesej, tak angkat kol, silent hp, off hp apa semua jangan panik, jangan risau sebab itu simptom simptom yang korang akan di abaikan sekejap. Yela, boyfriend korang mesti la layan bola. Lelaki dengan bola mana bole berpisah ibarat lelaki dengan rokok la kan. Kang kalau berpisah, tak bernyawa pula. Hahaha. Kalau la boyfriend boyfriend dan suami suami balik rumah lambat tak yah nak risau mesti diorg tu pegi lepak kat kedai mamak dengan geng geng diorg tengok bola. Abang aku selalu cakap tengok bola ramai ramai baru masyukk, meriah, best apa semua dari tengok sesorang. Yela tengok kat kedai tak dela nak kena berebut control tv dgn adik beradik apa semua. So,better tengok dekat kedai mamak. Screen besar gedabak siap bole order makan lagi.


Ala.tapi bukan jejaka je yang obses dengan bola. Ada je perempuan perempuan cantik yg minat bola. Tapi tak dela seobses lelaki kan. Aku pun minat juga sebab penangan abang abang aku tu. Tambah tambah lagi kalau Man U lawan. Maunya dah siap chupp remote control. Tak bagi sesapa tukar channel. Aku pun kena jela tengok. Tak pasal pasal dah jadi peminat setia Man U. Hahaha! Untuk FIFA, aku tak tahu la aku minat yang mana. Yang mana masuk final yang tu la aku minat. Hahaha! Sebab aku tak suka team yang kalah kalah ni. Nak team yang kuat kuat masuk final baru aku minat. Ngehngehngeh. Sangat tidak aci!


So, ladies out there bersedia la untuk di abaikan sekejap dari your boys sebab penangan bola ni. Jangan sampai pegi tanya pula dekat your boy mcm ni 'u pilih i atau bola?'. Oh mahunya your boy tu cakap dia pilih bola. Heh! mau menangis terduduk kang. Baik jangan tanya. Ala, FIFA 4 tahun sekali je. Apa salahnya bagi peluang kat jejaka jejaka tampan tu nak melayan bola sekejap. And para jejaka tampan tersebut tak payah la nak menyalah gunakan kepercayaan perempuan perempuan cantik tersebut. Nama pun jejaka tampan, mestila panjang akalnya kan.


Okay, better stop sini dulu. Malas nak melalut lagi.
Till then!
Bubbye! :)


p/s; sangat bersyukur sebab encik boyfiee tak minat sangat dgn bola..:)
p/s; teringat iklan adibah noor yang pasal bola tu.haha.comel!

4 comments:

enyheartsdiamond said...

tehehehe.. eny sokong team GERMANY! :D

mr.khong eny tak fanatik sangat bola-bola ni :D

eny pulak yg lebih2 dr dia :p

.miss d'ieyna. said...

eny..

haha.i tau u minat bola.
tmbah2 lg bila CHELSEA lwn.
mr khong u sama dgn encik boyfiee i.
x minat bola.hehe.

shahdiana said...

masa kita preggy dulu...dah sangat sarat dan menanti hari..hubby buleh lagi pegi tengok bola kat kedai mamak sampai lewat pagi....grrrrr.....

.miss d'ieyna. said...

shahdiana.

haha.really?
tp,mesti sekejap je kan.
musim bola mmg cenggitu.
laki duk ingat bola ja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...