May 21, 2010

.Jangan terlampau zalim boleh tak?.

Baca paper tadi terbaca pasal isteri dalam pantang DITENDANG suami. Pergh. gila betul! Isteri dalam keadaan pantang pun bole DITENDANG lagi kan.



Sekarang ni banyak gila dengar kes kes penderaan kaum perempuan. Aduhai. Kenapa lah bole jadi macam ni. Perempuan insan yang lemah. Patut dilindungi patut dijaga bukannya disakiti disepak terajang bagai binatang.


.Dalam pantang pun kena tendang lagi. Tak ke zalim?.


Selalunya kes penderaan ni terjadi lepas kahwin. Biasalah sebelum kahwin mana berani nak pukul sepak terajang bagai nih. Tak nikah lagi kau ingat sesuka hati je bole nak pukul bagai nih. Dulu mulut manis gila janji macam macam nak belikan bmw 5 series, gelang emas sampai ke lengan apa semua. Sehidup semati ala ala macam Titanic la you jump i jump. Tapi bila dah kahwin dah dapat, janji yang kononnya nak beli emas sampai ke lengan tu macam haram. Last last dapat cap tapak tangan kat pipi cap tapak kaki kat perut. Sakit taw wei kena pukul sepak terajang nih. Ingat perempuan kuat apa? Kalau nak sepak terajang juga pegi la pukul orang yang kuat bukannya yang lemah ngek. Haih!


Please la lelaki janganlah pukul sepak terajang perempuan ni. Lelaki dayus je yang buat cam tu. Tak kan nak di panggil lelaki dayus kot. Tak gentle la bro. Be gentleman la sikit. Kata lelaki ada 9 AKAL 1 NAFSU. Tak kan la 9 akal tu tak berfungsi nak pikir yang mana betul yang mana salah.


Ingat la yang martabat seorang perempuan sangat tinggi. Perempuan yang melahirkan zuriat. Digelar seorang ibu. Syurga dibawah tapak kaki ibu. And jangan lupa setiap kejayaan seorang lelaki pasti ada perempuan di belakangnya.


Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untik dijadikan atasnya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
Dan dekat di hati untuk dicintainya.

6 comments:

ms.whatever said...

salam cik adik... lame x membace blog ko nih... hihi...
aku dapat tau psl brite ni sblm aku nk smyg subuh, tgh berkejar nk naik bilik smyg 2, sekali terdengar brite ni kt tv, aku turun balik, trkjut pnye psl...
skrg ni, tiap2 hari ade je brite2 cmni kuar...
aku rse cm malaysia ni dh kureng manusia yg berperikemanusiaan.. nk kawin pn kne pikir 5 juta kali cmni...

.miss d'ieyna. said...

ms whatever..

taw x pe.banyak sgt kes2 mcm ni skrg.sampai aku gerun juga.haih! cm ne nak kawen nih.

cik eykameow :) said...

emosi betul bila baca kes2 melibatkan kaum sendiri nih . isk!!!!

enyheartsdiamond said...

yang hiris kemaluan tu lagi sewel!!!

.miss d'ieyna. said...

eykameow.

taw x pe.tetiap ari mesti ada je kes pasal wanita kena dera.

.miss d'ieyna. said...

eny..

yang tu mmg lagi sewel.haish!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...