May 18, 2010

.Perempuan pandai masak baru bole kahwin.

Mama selalu bising sebab aku tak reti nak masak sampai sekarang. Alah bukan tak reti langsung. Reti la sikit sikit. Takat goreng ayam, ikan apa semua tu. Sebelah mata je aku bole buat. Hahaha. Berlagak gila!


Dan untuk membuktikan yang aku bole masak, aku pun decide nak masak untuk hari ini. Hari ni je. Esok lusa belum tentu lagi. Hahaha. So, aku decide nak masak Ayam kicap dengan Sotong Kunyit. Hari ini, aku bagi abah aku rehat puas puas. Biar anak perempuan yang sorang ni tunjuk kan bakat yang terendam yang selama ni semua orang pun tak tahu.


.Ayam kena gaul dgn kunyit dulu. Tengok kunyit kat tepi pinggan tu.
Tak senonoh betul anak dara ni wat keja. Haish!.

.Ayam dah goreng. Tengok semua bahagian kepak je taw.
Lepas ni jangan terkejut kalau aku ada kepak. Bole terbang. Hahaha.


Setelah berhempas pulas dengan periuk belanga, kuali, senduk, pisau akhirnya tercipta la Ayam Kicap dengan Sotong Kunyit aku ni. Nak masak dua lauk ni je dah berpeluh macam lari 100 m. Panas wei dapur tu. Habis dapur tu berkecah bila aku yang masak.


Err.. Sebenarnya Ayam kicap yang aku masak tu termasin sikit. Dah jenuh aku adjust nak cover masin tu. Bubuh air bagi mendidih. Letak air asam. Tapi duk masin gak. Cam hampeh je. Percubaan nak buat Ayam kicap yang sedap tak berapa nak menjadi. Aku bgtaw kat abah yang ayam ni masin sikit. Abah cakap tak pe. Dah lama lama practice ok la tu. Practice make perfect maa. Sotong Kunyit tu sedap. Tak de apa apa yang nak kena adjust. Hehehe.


.Ayam kicap. Nampak macam sedap je kan. Tapi termasin plak.
Spoil betul. Haish. Siapa la yang masak ni. Masin masin plak.

Kemasinan Ayam Kicap dapat ditebus dengan kesedapan Sotong Kunyit.


.Tak bole jadi ni.Sotong kunyit yang marvelous. Slurrp.
Meleleh air liur tengok sotong kunyit ni.
Lain kali bole masak lagi. Aip biasa dia ni!


First time aku masak masa lepas habis SPM. Lepas dah masuk U ni, tak masak pun. Harap mama ngan abah masak jela. Hampeh punya anak dara tak reti nak masak. Huhuhu. Mama selalu cakap perempuan kalau belajar tinggi tinggi pun mesti kena masuk dapur. Nanti dah kahwin siapa yang nak tolong masak untuk suami ngan anak anak? Tak kan nak beli lauk kedai je. Tak pasal pasal suami cari lain baru taw. Haa. Macam tu la mama cakap. So, lepas ni aku akan belajar memasak dari mama kesayanganku. Best juga masak masak ni. Rasa puas dan nikmat!


So, ladies ladies semua. Mari la kita sama sama memasak untuk kesejahteraan negara. Erk. Tetiba je tak de kena mengena langsung. Hahaha.


Okey. Till then.
Bubbye! :)


p/s; Rasa lapar balik bila tengok sotong kunyit tu.

10 comments:

enyheartsdiamond said...

mr khong cakap;

"b tak sedia nak bawak bby balik rumah b lagi sebab bby tak pandai masak!"

kejam gila! ;p

.miss d'ieyna. said...

eny.

haha.encik boyfiee i pun ckp benda yg sama kat i.
x pe eny,kita bole belaja masak nnt.
bg depa tercengang dgn kesedapan masakan kita nnt.

khairul said...

hahahaa....
ina..nnti masakkn tuk aku..
xleh jadik ni...
ina nk blaja masak...
aku kena blaja masak lg nih..
nnti ina lg superb dr aku.....
hehehee...

.miss d'ieyna. said...

nisa..

haha.bole2.
nnt aku masakkan.
hehe.ala.kau lg superb dr aku.
kau terer masak kot.

.k-roon only. said...

haha..ne ade...
masak simple leh laa

liyanna said...

haha

aku suka masak.
tapi aku pemalas.

haha.


n aku tak kenal rempah ratus mahupun sayur.
men hentam ja kalau masak sendri.

hahahha

.miss d'ieyna. said...

nisa..

at least kau reti masak gak dr aku.
aku ni baru nak masak.
pas ni kena belajar sungguh2.
hahaha.

.miss d'ieyna. said...

liyanna..

hentam2 kau pun mesti jadi juga apa yg kau masak.
hehehe.betul x?

Anonymous said...

aku pndai msk..tp rendang2,pulut,lemang lom pndai g;)
otw..

.miss d'ieyna. said...

anonymous..

pergh.kau mesti terer masak nih.
rendang pulut lemang time raya la wei.hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...