June 8, 2010

.Drama Melayu sangat stereotype.

Tadi aku tengok cite Si Capik yang dekat TV 2 tu. Dah 50 lebih episod dia, dah macam cite Indon pula nak panjang berjela jela bagai nih. Lepas 1 masalah, masalah lain datang pula. Tak pernah nak habis. Aku ni pun layankan jela sebab mama peminat setia cite Si Capik nih.


Dalam cite tu kan. Walaweyh! Rumah banglo gedabak gedabak besar naw. Kalau budak budak kecik main nyorok nyorok mesti tak jumpa sebab banyak sangat bilik. Dah la siap swimming pool dengan lif lagi. Pergh. Mantopppp seyh!! Pastu dapat projek berjuta juta berbillion billion kalah Donald Trump lagi. Keta pula tak main la Kancil. Paling cikai dalam drama MyVi juga. Fuuuuuhhhh, dalam drama semuanya kaya kaya belaka.

.Wuu. Kalau berendam dalam tu mesti best.

.Duit, duit, duit!. Duit tak penah nak cukup.-_-

Tapi itu semua dalam drama jela kan, hakikat sebenar kebanyakkan orang Melayu nih still lagi duk kat rumah setinggan bagai. Paling koman pun, rumah flat yang kerajaan dah peruntukkan tu je. Paling koman pun, orang Melayu dapat projek setakat beribu ribu je tak sampai berjuta juta lagi. Paling koman pun orang Melayu bawa Viva je. Itulah realiti sebenar. Tapi itu semua pun dah cukup. Lebih baik ada dari tak de.:')


Itu beza dalam drama dengan realiti. Tapi ada satu benda yang ditunjukkan dalam drama yang diambil dari realiti kehidupan sebenar.

.Perasaan Hasad Dengki (PHD), Iri hati, Cemburu, Dengki, Khianat dan semaksud dengannya.


.Ish! Tak aci ar. Dia dpt A+. Aku dpt D je. Eii. Tak aci tak aci!

Benda ni memang selalu kita tengok kat drama drama Melayu kan. Dia punya PHD dia fuhh komain lagi memang mengalahkan syaitooonnn. Tapi apa yang ditunjukkan dalam drama tu memang hakikat pun. Orang Melayu mesti tak bole tengok kelebihan, kebahagiaan, kejayaan orang lain. Kang mulalah syaitoooonn bisik bisik kat tepi telinga tu ar. Pastu nanti mulalah nak merancang macam macam nak bagi orang tuh jatuh. Ish tak baik dek non buat macam tu. Berdosa, nanti Tuhan marah. Aiyokk. Tak tahu. Tuhan marah. Haaa. Takut tak takut tak? Baik takut, even orang tak tahu apa yang kita buat tapi Tuhan tahu. Lagi satu, tak payah la nak dengki, cemburu, iri hati dengan orang sampai nak khianat khianat nak sihir sihir bagai nih. Syirik woh. Berdosa besar! Kalau dah cemburu dengan kejayaan orang tu apa kata kita pun berusaha dengan cara yang afdal dan halal. Mesti berjaya juga macam orang tu. Tak yah duk main kotor nanti mesti tak kekal lama punya. Percayalah cakap aku. Heee. Ada gaya gaya macam Ustazah Ieyna tak? Hahahaha. Perasan je lebih!


So, lepas nih tak payah la nak dengki khianat bagai nih. Buat hati tu jadi lagi busuk berkulat taw! Eii... nak ke bawa ke hulu ke hilir hati yang busuk cm tuh? Mesti tak nak kan? So, tak payah la nak dengki khianat ni ea. Tak baik. Nantikan hidup tak tenang. Kalau agak agak syaitoooonn tu tengah berbisik bisik kat tepi telinga pegi amik air sembahyang cepat cepat pastu baca quran tak pun baca ayatul kursi. Mesti nanti ok..:)


Ni jela benda yang akan sentiasa ada dalam setiap drama Melayu kita. KAYA dan HASAD DENGKI. Every drama mesti ada punya. Dari dulu sampai sekarang. Siap dah bole taw story line dia. Oh. Stereotypenya drama Melayu -_-

29 comments:

I.Hazwani said...

skrg, org melayu dah ada rumah lima tingkat dahhh
siap berlif bagai
tangga nak berpusing ajee
abg ckp;
org nak berlagak, mmg gitu lah gayanye

irahehe said...

memang pon..drama melayu..
biase r tue..dari aku kecik sampai besar.hahaha..

niesz said...

uma sape la ni ek..kaye tul..hihi..mahu pinjm jgk..

Muhammad Fakhrul Rozi Abd Rahman said...

Betullah tu drama Melayu ni, kalau kaya, rumah sikit lagi nak kalahkan KLCC, bila miskin pula, rumah mcam kotak kucing...

tak boleh nak praktikal langsung...

cik bunbun said...

tak suka gaks cite capik uh. hahahaha.

tapi my mum suka sangat. huhu.

kita serupa~

noor afzan said...

betul2..
dorang kata cite2 camtu ikut selera penonton..
masalahnya penontonpun dah muak la.

enyheartsdiamond said...

semalam i tertengok noktah erna (apesal bukan noktah ernie..hahaha)

bosan lah! asyik2 cerita dunia korporat.. kerja syarikat..

buat lah cerita berkadar sederhana.. orang biasa2 yg bercinta.. duduk dekat flat je ke.. rumah teres je ke..

jimat jugak kos penggambaran :p

.miss d'ieyna. said...

i.hazwani..

taw x pe.tp umah mcm tu takat tengok dalam cite jela.hakikat sebenar x denya sampai cm tu.
org Melayu bape kerat sgt umah 5 6 tingkat ni?
haha.setakat nak berlagak je.
hey,aku ada ni,kau ada ke?

.miss d'ieyna. said...

irahehe.

taw x pe.
dr kecik sampai dah besar gaban ni cite melayu tak kan penah berubah.sama jek

.miss d'ieyna. said...

niesz..

haha.umah ni google jek.:)

.miss d'ieyna. said...

Fakhrul rozi.

taw x pe.klu kaya,kaya sgt.
klu miskin,mak aih miskin sgt!

.miss d'ieyna. said...

cik bunbun..

hehe.gimme five bebeh! :)

.miss d'ieyna. said...

noor afzan..

heh.penonton skrg lebih suka tgok cite omputih sbb dah jemu dgn cite melayu yg asik sama.

.miss d'ieyna. said...

eny..

taw x pe babe! cte skrg psal dunia korporat.tan sri,datuk belaka.
projek juta2.dah bosan semua tuh.

wat cite ala kadar tp story line gempak sudeyh.janji meletup.

myra arshad (: said...

sokong.
gmbar skrg ade yg annoying gile kot

semua nak gah gah je.

wanie said...

tu lah psl..drama mlayu ni bile ntah nk maju..hahaha..lg2 kalo crita psl kt kolej..psl brcinta dh jd satu hal, lpas tu rebut2 lelaki pulak..aiyoooo @_@ pergi kolej adala utk brcinta, bukan blaja~

gades ain said...

adodoi. . besaq nye lahh uma die, berganda ganda uma ain. . hahaha . . bosan laa tgk citer samarinda. . x abes2 dunia korporat. . business. . dengki . . haishh . . jln citer dekat2 same. . . juz pelakon ajehh yg tukar . .

dunspeak♥ said...

bile la drama mlyu nk berubah yea..dr dulu smpai skng cm2 je la

Mario said...

pasal tu tak suka tgk citer melayu...bhahaha

zety said...

yup, sokong yg drama melayu just stereotype.... dan da dapat agak da jalan cite dia...
tentang khianat tu, memang takkan kemana kalo kita berhasad dengki ni.. kalo kita usaha dan berjaya, lagi bagus, lagi orang pandang kita sebab kita berjaya bukti kita pun leh buat....janji jangan lepas tu sombong..

mengenai realiti orang melayu masih pakai kete viva aje, duk umah flat aje dan projek takat ribu2 aje, saya tak bape sokong la.... memang tak sokong sama sekali. cuma saya sokong, memang kebanyakkan melayu ni masih ketinggalan.. budak2 muda banyak yang suka berseronok dan menghabiskan duit mak pak dia...
mudah2an melayu cepat berubah...
apapun, saya tetap ANAK MELAYU.

.miss d'ieyna. said...

myra arshad.

kan.cte sekarang gambar semua gah2 je.

.miss d'ieyna. said...

wanie..

haha.taw x pe.cte melayu mmg kebanyakkan mcm tu.
klu p kolej nak menggedik je.bukan nak belaja.

.miss d'ieyna. said...

gades ain.

taw x pe.samarinda lg x bole blah.
cte semua sama.korporat memanjang.

.miss d'ieyna. said...

dunspeak...

entah la.agak2 tggu semua boikit drama melayu baru berubah kot.

.miss d'ieyna. said...

mario.

haha.pastu suka tgok cte apa?

.miss d'ieyna. said...

zety.

taw x pe.bab khianat mmg teruk kan.sanggup wat mcm2.

oh.bab melayu duk umah flat pakai viva tu pandangan sy saja.hehe.sy pun ANAK MELAYU jg..:)

eykameow :) said...

iena ! i sokongg! dalam byk2 cite melayu dalam tv,i suka cite sutun kat tv1 ke 2 ntah. i lupe.. tp cite pasal budak laki yg nak jd SOTONG tu. ups.. bukan2.. nak jd pompan tu.. :P

.miss d'ieyna. said...

eykameow.

haha.cite sutun tu memang best.kat astro selalu ada.

adel said...

org melayu skng dh advnce ckit...
my father dh brp kali dpt projek rtus ribu...projek millions pn ad gk, yp blr tolak itu ini dpt rtus ribu gk la...hihihiih...

ad mber i br bljr dh pkai honda city, coz parents dye bisnes...

so scr tknikalny, ad org mlyu yg mju... kt msia ni ad yg cm donald trump. nme dye mokhtar gitu...

but, i stuju sgt ngn wt u said. drama melayu mmg x bg minda bkmbg... sempitkan lg adlh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...