June 4, 2010

.Bila si perempuan drive,si lelaki mesti condemn.

'Keta depan ni slow betul la. Bawak keta macam siput babi. Ni mesti perempuan yang bawak'


'Keta depan ni asyik tekan brek je. Ni mesti perempuan yang bawak'


'Keta depan ni duk ikut belakang lori je asal?. Ni mesti perempuan yang bawak tu yang takut nak potong lori'


'Keta depan ni masuk parking pun senget. Tak center. Ni mesti perempuan yang bawak'


Mesti korang penah dengar orang cakap macam ni juga. Tak pun kena kat batang hidung sendiri. Dulu masa tak de lesen dan tak berani nak bawa keta. Abang abang aku selalu je condemn perempuan yang driving nih. Dulu aku gelak la sebab tak terkena lagi kan. Tup tup bila dah start drive baby oren kesayangan aku baru la kena kat batang hidung sendiri. Cisdel betul! Tula dulu gelak kat orang sekarang aku pula yang kena. Yang tak bole blah tu abang abang aku sendiri condemn aku. Haih berasap telinga ni.


Abang: Haa. Traffic light dah hijau tu tak yah brek terus je masuk simpang tu.

Iena: Ish. Tak bole la. Viva ni ringan kang rasa nak terbalik. Kena brek juga. Tak bole nak terus masuk je.

Abang: Haish! Kata ada abang yang bawak keta macam racer tapi adik bawak keta macam siput. Slow je.

Iena: Ala, orang bukan apa. Sayang keta oo. Nanti mama marah bawak laju laju.

Abang: Eleh, penakut! Cakap jela tak berani nak bawak keta laju laju.


Haaa. Tengok tengok. Abang aku pun condemn cara aku drive keta. Cisdel punya abang. Ini memang membangkitkan kemarahan ni! Grrr.


Aku bole je nak bawak laju laju. Tapi aku rasa tak selamat la bila laju laju ni. Rasa macam keta tu nak terbalik pun ada. So, better drive dengan cermat dan steady. Sebab tu aku tak suka kalau time aku drive ada keta kat belakang yang saja nak cucuk cucuk keta aku. Dah la si drivernya sang lelaki. Saja la tu nak bagi aku gabra. Bila dah bagi laluan bg potong tak nak pula dia potong. Lagi mau cucuk cucuk bontot baby oren aku tuh. Haih. Mentang mentang la kau lelaki aku perempuan, kau buli aku ea. Ciskek betul! Jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna nama ku wanita.... Tak pepasal aku dah nyanyi lagu seksis.


Sebenarnya, perempuan ni cermat, sopan santun penuh dengan tata kesusilaan. Sebab tu bila si drivernya perempuan mesti bawak slow je. Dah cermat katakan. Biar lambat asal selamat. Lagipun sayang keta la wei. Dah lah beli mahal mahal beribu riban buat loan sana sini pastu senang senang je nak lenjan keta tu. Wuuu, sangat rugi ooh. Sebab tu perempuan pandai jaga keta sebab perempuan taw kang kalau kereta rosak dia bukan taw apa apa pun. Nanti nak kena cari lelaki juga kena uruskan. So, better jaga elok elok kan. Tak mau bagi calar ke apa. Lagipun kalau perempuan accident susah wei. Tak pasal pasal nanti harga hantaran kena turun. Wuuu.. Sadis sadis.T____T



Haa..dan lagi satu, kebanyakkan perempuan suka drive keta auto dari manual kan. Aku pun sama. Sebab bagi aku auto senang masuk gear terus jalan pastu brek. Tak dela susah susah nak tukar gear pastu nak kena tekan clutch la apa la. Ala,even orang cakap bawak keta auto tak nikmat macam manual tapi apadehal? Janji keta tu gerak. Try la bawa keta manual kat KL tu ar. Dengan jalan jam apa semua. Konfirm kaki kau lenguh mana nak tekan clutch, mana nak tekan minyak brek lagi. So, auto is easy babe! Haha.



Whatever pun drive la dengan cermat ye kawan kawan sekalian. Hidup ni hanya sekali je. Tak de yang kedua kali. Hanya sekali ye! So, hargai nyawa tu. Nyawa tu tak de galang ganti wei.


Pesanan khidmat masyarakat: Ingatlah orang yang tersayang..wink wink :D



p/s: Marilah sama sama berdoa supaya si iena arshad dapat result yang cemerlang ye..:)

6 comments:

nur said...

hahahahaha... aku pun bengang kalau ade org kondem cara aku bwk.. huahuahua.. tapi aku bwk mmg cam bangang.. huahuahua...

.miss d'ieyna. said...

pika..

haa.taw x pe.cukup bengang kan bila org condemn cara kita drive.klu jenis bg semangat tu x pe.ni jenis nak condemn perli habis2.

enyheartsdiamond said...

eny nama ja ada lesen.. tp tak drive.. eny mentak keta auto kat papa.. papa beli manual.. hish!

eykameow :) said...

hahaha, kesian eny . iena plak kete auto ke manual? hehe kita geng viva yo!! saya babyblue...awak baby oyen! hehehehe. btw, perempuan kan penuh lemah lembut...yg laki kena phm la! :P (walaupun kat jalan raya,masih nmpak kelembutan perempuan kalau pegang stering! ahaha)

.miss d'ieyna. said...

eny...

haha.iena pun baru je drive lepas mama ngan abah beli keta auto.tp eny try la manual.mana taw nnt terer bwk manual.:)

.miss d'ieyna. said...

eyka..

yesh my dear! kita geng viva yaw..
babyblue ngan baby oren.
iena punya keta auto..eyka pun auto gak kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...