June 21, 2010

.Kawan macam pelangi.

Sebulan lepas, ada orang tanya aku kat formspring pasal kawan. Dalam omputih kawan tu 'friend'.

"What do you do when you have people called as 'friend' but they didn't appreciate you same as how you appreciate them? What are your opinions? What should you do to make them appreciate you better?"


Aku baca soalan ni pun aku macam dah terkedukan. Ish, dalam hati ni ar duk tertanya tanya gak macam mana la si Anonymous tu bole pula nak tanya pasal kawan kawan ni. Touching aku wei bila orang duk tanya pasal kawan, sahabat, teman nih. Bila bercakap pasal kawan ni mesti menangis tersedu sedan mengalahkan orang yang putus cinta. Isk isk isk.


Bagi aku kawan ni penting. Sebab pegi mana mana mesti nak kena ada kawan, even pegi tempat baru pun kena pandai cari kawan. Kang kalau tak de kawan bosan wei. Hidup tanpa kawan ibarat kau kera sumbang la. Tak mesra alam langsung. Aku sayang semua kawan kawan aku. Tak kira kawan tadika, kawan sek ren, kawan sek men, kawan se'U', kawan fb, kawan fs, kawan blogger semua aku sayanglah! Sebab kawan kawan yang ceriakan hidup aku dan yang sedihkan hidup aku. You all make my day lah!

.Kawan macam pelangi. Memula kawan buat kita sedih lepas tu kawan buat kita gembira.


Back to the question yang Anonymous tu bg, dia tanya pasal menghargai kawan apa semua tu kan. Hmmm. Bagi aku kalau kawan tu tak reti nak menghargai kita, kita tak payah nak buat apa pun. Biar je mereka dengan cara mereka. Selagi mereka tak menimbulkan masalah tu okey. Tak kan la kita nak pegi desak desak orang suruh hargai kita kan. Tak kan la nak cakap 'Hey, aku nak kau hargai aku macam aku hargai kau. Kalau kau tak hargai aku, kita putus kawan!' Eh eh ada pula nak paksa paksa orang macam tu sampai nak putus kawan. Biar la kat dia nak hargai kita ke tak. Masing masing kan da besar dah ada akal fikiran. Bole pikir la wei sama ada nak hargai orang tersebut mahu pun tidak.


Malaslah nak cakap pasal kawan kawan ni panjang lebar. Sebab nanti aku menangis kang susah nak berhenti. Banyak kenangan antara aku dengan kawan kawan. Manis pahit masam tawar kelat semua ada. Kang tak pasal pasal rumah aku banjir. Sapa nak menjawab tu ar? Kesimpulannya, aku sayang semua kawan kawan aku because once a friend, forever a friend :)

.A friend gives hope when life is so low, a friend is a place where you have nowhere to go, a friend is honest, a friend is true. A friend is precious, a friend is You.


p/s: Hargailah orang yang kita sayang. Mana tahu esok lusa orang yang kita sayang meninggalkan kita.


16 comments:

helena's said...

boleh tak cikhel nangis bace nih!iskkk

nabilah abd rahman said...

betul,kawan sgt penting dlm hidup kita...mcm saya,masa lebih byk dihabiskan dgn kwn...so,xda kwn,xcerialah hidup ni...n belajar menghargai org tersyg mmg penting sbb xla kita menyesal sgt bila dia dah xda...

eykameow :) said...

betul tu iena . i pun macam terkedu bile terbaca entry u nih. bg i..memang kawan tu penting,tapi kalau dapat kawan yg kawan ngn kite sbb kepentingan sendiri..kawan cmtu langsung takde kaitan dengan kite pun x ape! ok tu je nak komen :) peace!

.miss d'ieyna. said...

cikhel.

alolo.jgn la nangis cikhel.nnt dah x comey dah.:')

.miss d'ieyna. said...

nabilah..

yeap.kwn sgt penting dlm hidup kan sbb bole dikatakan kita bnyk spend time dgn kwn.:)

.miss d'ieyna. said...

eykameow..

huhu.i pun terkedu bila nak taip entry nih.i pun setuju dgn u,kalau dpt kawan yg nak mengambil kesempatan je better x de kawan lgsung pun x pe kan.:)

farysa said...

friends are like our siblings. sedih kn kalo kwn tak appreciate our relationship.

♥PrinCeSs KellY Eun♥ said...

n Frens r like stars,,u dont owez see them but they r owez there 4 u..^-^v...

.miss d'ieyna. said...

farysa..

yup.mmg sedih kalau friend x appreciate persahabatan tu.

.miss d'ieyna. said...

Princess kelly eun..

yup.but only certain friends can be like the stars.

noor afzan said...

kawan tu mmg penting.
tak penting how kawan tu appreciate kita.
tapi yang paling penting macam mana kita appreciate mereka.
baru kita rasa puas hati.
=)

Chybee said...

seriously, friends are awesome. without them, our life will be empty. not complete right?

enyheartsdiamond said...

kawan sekarang ni banyak yang sekadar title je..

eny selalu sorang2.. biarlah org nk kata kera sumbang ke apa.. :)

eny lebih baik dgn kawan maya dr kawan reality..


pssttt! nk fb pemain bola tampar tu :p

.miss d'ieyna. said...

noor afzan..

betul2.biar la dia nak hargai kita ke x.yg penting kita dah hargai mereka.:)

.miss d'ieyna. said...

chybee..

yeap.you are right.but certain2 friends je yang betul2 baik dan bermakna.:)

.miss d'ieyna. said...

eny..

yeap.taw x pe.kawan skrg hanya pada nama sahaja.iena pun skrg dah mcm mls sgt nak pkir2 pasal kwn ni.better berkawan dgn kwn alam maya kan.sometime they know how to apprecite us even baru skejap je kenal.

psst,setahu i pemain bola tampar itu tiada fb.nnt i try check ok.:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...