June 7, 2010

.Apa yang ada dekat Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2010?.Best ke tak best?.

Hari Sabtu lepas aku ikut mama pegi jaga pameran kat Airport Antarabangsa Melaka sebab kat situ ada Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2010. Huargh! Tetiba terasa sangat bangga menjadi orang Melaka sebab Melaka yang kecik ni dah ada airport sendiri okeyh! Antarabangsa lagi, tak payah nak pegi menempel kat airport negeri lain dah.


Nak pegi Karnival tuh aku kena bangun awal pagi maa. Pukul 6.30 pagi alarm dah bunyik padahal kul 3.30 aku baru je lelap mata. Sangat sangat tak puas wei tapi nak buat macam mana dah gedik sangat nak pegi. Sabar jela. Dan nasib baik, pengorbanan aku yang tak cukup tido tuh berbaloi sebab karnival tuh sangatlah best! Ini bagi aku lah. Yela, sebabnya first time kot Melaka ada buat karnival udara macam nih. Selalunya buat kat Langkawi jek. So, memang best la wa cakap sama lu. Tak rugi aku bangun pagi pagi buta tuh. Cis! Nampak sangat selama nih aku bangun tengah hari jek.-_-


Ada apa kat sana? Mestilah ada kapal terbang wei. Tak kan ada kapal selam kot. Dah nama pun Karnival Udara okeyh bukannya Karnival Laut. So, kat sana banyak la aircraft aircraft yang dipamerkan. Helikopter pun ada. Ala bayar singgit je pun. Belek la kapal terbang tu lama lama nak tangkap gambar ke, nak peluk kapal terbang tu ke, nak duduk dalam kapal terbang tu ke (kalau muat) buat jela puas puas. Singgit tuu. Murah jee. Tapi kapal terbang cam Air Asia, MAS Airlines tu nan ado la yee. Hak tu semuanya besar gedabak. Tak celuih nak pamer pamer nih lagipun Air Asia dengan MAS Airlines busy bawa penumpang nih. Tak dan nak booked. Tapi tak pe, even kapal terbang Air Asia dengan MAS tak de tapi semua yang datang dapat tengok aksi akrobatik udara yang ditunjukkan oleh sapa tah. Tapi memang gentar ar wei tengok kapal terbang tu duk buat aksi lagak ngeri versi 18PL. Konon konon buat aksi menjunam la, aksi orang mabuk bawa kapal terbang la, aksi nak langgar tiang lampu la. Aku yang tengok ni pun cemas wei siap terjerit jerit emo pula ibarat aku yang ada dalam kapal terbang tuh padahal tengok kat bawah je.-_-. Lepas dah habis aksi aksi ngeri tersebut, ada la pertunjukkan payung terjun dari Unit Udara PDRM. Terasa bangga seketika sebab jadi anak Polis. :') Mama ada naik aircraft PDRM bila nak pertunjukkan payung terjun tu. Aku tak bole naik sebab bukan anggota Polis hanya anak anggota Polis sahaja jadi aku tak bole nak naik. Aku hanya tunggu mama kat bawah saja. Ni ha ada video yang aku letak sekali bila Polis tu nak buat aksi payung terjun tu. First time upload video letak dalam blog. Satu pencapaian yang baik. Tepuk tepuk sikit. Yeay!!! (^_^)





.Wuuu. Cemas tak cemas tak?. Aku tengok pun cemas. Nak rakam video ni pun kena ikat nset dekat tangan taw. Mau jatuh kang nangis tak berlaguuu.


Setiap yang best mesti ada yang tak bestnya. Tapi yang tak bestnya tak dela banyak sangat pun. Sikit je pun. Yang tak best bila nak cari parking keta teramatlah susah. Dah la parking keta kat airport tu sikit jek. Orang yang datang pula berduyun duyun. Memang tersangatlah tak best bila nak cari parking ditambah pula dengan orang yang tak berperikemanusiaan yang parking keta diorg ikut sesuka hati tok nenek diorg je. Dahla parking dekat simpang simpang nak masuk. Kiri kanan pulak tuh. Nak jalan pun susah. Kalau keta diorg je yang calar tak pela. Ni tak, dengan keta aku calar juga. Ish! Memang selfish sungguh! Cuaca yang panas pun antara yang tak best juga. Hitam sikit muka aku ditambah pula minyak yang bergelen gelen menempel kat muka ni. Oh sangat damn! Haa. Bab makan memang lagi tak best. Urus setia kat situ kerek mak aihh berlagak macam airport tu mak bapak dia yang punya! Dahlah tak bagi makanan kat orang yang involve dengan pameran macam mama aku. Dahlah panggil Polis suruh buat pameran kat situ tup tup diorg tak bagi makanan even air mineral pun tak bagi. Memang hampeh sungguh! Dahlah makanan yang dijual kat situ mahal nau. Cekik darah wei. Sosej sebatang pun dah seringgit limapuluh sen taw. Mengambil kesempatan betul. Kalau guna sosej ayamas yang mahal tu tak pela juga ni tak guna sosej yang cap cap cokia yang murah murahan nih.Tak patut betul! Eh. lagi satu, bab harga nak naik kapal terbang dengan helikopter, mahal sangat wei. RM80 utk kapal terbang, RM100 utk helikopter. Mahal gila dan tak berbaloi! Orang yang tak berada macam aku nih tak mampu nak benda mahal mahal nih. T___T. Tak pe tak pe nanti aku kumpul duit banyak banyak naik Air Asia pegi Langkawi baru berbaloi baloi!


Dahlah tengok jela gambar yang ada nih. Maaf la ye gambar tak dela nak jelas sangat pun. Guna kamera handset je pun yang kuasa kuda 2 MP. Tunggu la bila sesapa bagi DSLR nanti aku bagi gambar kaw kaw punya. Haaa. Lagi satu, gambar aku tak banyak pun sebab tak de sapa nak tolong tangkapkan gambar aku. Tak kan aku nak tangkap gambar sendiri depan depan orang ramai pula. Kang orang kata aku perasan pula walaupun hakikatnya memang begitu. Hahahaha.^_~


.Haa, Yang DiPertuan Melaka siap datang sekali nak rasmi.
Belakang tu Ketua Menteri Melaka. :)



.Kecik gila landasan kapal terbang ni. Muat ke kapal terbang sebesar gabak MAS Airlines tu landing kat sini? Hmmmm.


.Kan dah cakap ramai orang. Tak nak caya lagi. Padan muka!

.Yang kecik kecik tu payung terjun ye bukan belon udara yee adik adik.

.Pergh, awan yang terpilu betul. Bole pula awan tu mendung mendung sepoi bahasa macam nak hujan. Naya pemayung terjun tuu.

.Sikit lagi sikit lagi nak jejak tanah tuu. Nasib baik tak hujan.
Awan yang terpilu dah berlalu pegi dan awan yang cerah kembali!.

.Itu dia barisan perajurit perajurit bangsa yang menjaga keamanan negara yaw.;) Kalaulah sehari je semua polis cuti, apa yang akan terjadi???.

.Mama dengan anak buah beliau, Kak Asrah.


.Itu dia muka orang yang ditunggu tunggu. Cis! Macam bajet fofular je kan. -_-



Kesimpulannya, tak rugi pun datang Karnival Udara nih sebab besttt!! :)

6 comments:

enyheartsdiamond said...

eny pon anak polis :))

cantek gambar2 yg u snap :))

Iena Arshad said...

eny..

yeay! geng anak polis! :)
gambar chantek?haha.mana ada chantek.i pakai kamera nset saja.

Call me, Eyka said...

hahh sape suruh tidur kul 3.30 kalau dah tahu nak kne bangun kul 6.30. hehehe. tp muke u still segar kan bile tgok semua bnde tu? ee..seram tgok video. gayat :P

fat said...

nk itot...
xbwk jet satu ker?
bley ltak dpn umah wt trikan pelancong :)

Iena Arshad said...

eykameow..

haha.sbb malam tu i x bole nak tido.
pkir pasal result.kul 3.30 baru bole lelap.ha'a.gayat kan tgok video tuh.

Iena Arshad said...

CikGadis.

klu bole amik,dah lama dah sy amik.hee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...