June 12, 2010

.Feeling tetiba down bila tengok Lagenda Budak Setan.

.LAGENDA BUDAK SETAN.

.Yeah. Itu dia movie yang ditunggu tunggu.


Masa memula movie ni kuar, memang aku tergedik gedik gila nak tengok. Sebab tengok trailer macam best je. Tapi, mama pula tak bagi tengok, mama suruh tunggu dvd je. Tengok kat umah. Huu. Tapi hati tetap bersabar. Bila lama lama, aku tengok makin ramai orang status update kat fb bgtaw yang LBS ni. Ada yang kata best, ada yang kata tak best. Perasaan nak tengok tu makin menurun tapi bila je aku taw yang kak zura tengok LBS sampai nak menangis, perasaan nak tengok tu makin berkobar kobar macam nak pegi lumba lari. Dan hari Jumaat lepas, aku pun pegi la tengok LBS dekat TGV KLCC dengan kak ana dan adik adiknya. Total semua 5 orang.


Bagi aku cite ni ok la. Memula cite ni memang lawak. Terkekeh kekeh aku gelak. Tapi lama lama part sedih meruntun jiwa. Tambah pula dengan suara gemersik penyanyi lelaki yang nyanyi lagi Bila Cinta tu. Mak aihh, memang tersentuh. Masa part Lisa Surihani jadi Ayu tu memang aku feeling habis. Memang syahdu bila tengok dia berpisah dengan Kasyah time Kasyah nak buat research tu. Tapi bila Ayu bertukar wajah jadi Emilia, terus feeling aku down. Muka Shikin, suara Lisa. Ala, memang potong stim aku nak layan feel lah. Terus aku jadi tak touching, tak nangis. Aku tengok Kasyah pun macam tak feel je bila Ayu bertukar wajah. Kalau la Lisa terus jadi Ayu dari awal sampai habis, aku rasa aku dah nangis teresak esak sampai tak cukup tisu kot. Ngeeee..


.Part ni paling aku suka. Romantis babe! :)


Even, aku tak nangis tapi hati still tersentuh dan aku still prepare tisu awal awal mana taw aku nangis. Last last bukan aku yang nangis tapi kak ana dengan adik adik dia yang nangis. Keluar je wayang, semua pakat mata nak merah. Aku pula yang menganjeng pegi gelakkan lagi. Hahaha.


Tapi kan kan kan, aku memang terpegun la dengan kecantikan Lisa Surihani dalam cite nih. Rasa dia cantik sangat. Dengan rambut dia, muka dia, mulut dia, senyum dia, semuanya cantiklah! No wonder, sekarang ni Lisa menjadi rebutan. Dahla dia pandai. Ada ijazah undang undang lagi. Kalau dia jadi lawyer mesti kes menang kat dia saja. Memang Pretty with Brain. Untung Lisa :')

.Lisa memang cantik kan.:)

Ye ye, aku taw ramai blogger tegar dah tulis pasal LBS nih. Tapi aku nak tulis juga. Sebab aku suka. Heee. Ok, bye!


p/s: mata dan hidung berair bila entry ini ditaip. Maknanya aku nak demam. Huuu.-_-

9 comments:

BENA said...

bena sukeeeee lisa surihani!!!
heeee~

Call me, Eyka said...

TIPU LA IENA TAK NANGESSSSSSSSSSSSS! hehehe. btw, part yg u ckp pasal lisa ni.. MEMANG DYE SANGAT BERUNTUNG! hope dapat bercakap ngan dye 1day :) nak tengok kecantikan tu dr dekat..hihi

Iena Arshad said...

benaa..

iena pun suka lisa.disa sangat chantek..:)

Iena Arshad said...

eykameow..

haha.betul la.i x nangis.nak nangos mmg nak nangis tp airmata x kuar.ngeh3.ha'a kan lisa sgt beruntung.dia cntik,pndai.klu jmpa lisa kimslm kat dia ea.hehe.

enyheartsdiamond said...

tak tengok lagi :|

Iena Arshad said...

eny..

try la tengok.hehe.

Ezad said...

hurm.. cte best.. tapi... quiet mngecewakn.. sbb ezad bce n0vel tue.. tapi muvie ni cam dh tukar.. hu.. xsame..

diyana said...

LBS mmg kureng pon lg2 bile Lisa Dah tukar org !

Time Lisa tu ada jgk nk nangis,baru nk feeling lebih,dah tukar watak

mcm tgk cerita kelakar pon ada sbb asyik tergelak jer

dyana-lilo.blogspot.com

akubukanpuitis said...

xtau napa ternanges jgk tgk cter ni!!! tp sket jelaaa...

tp betul la...klu lisa yg lakon smpai abis, mst merah da mata kuar panggung!! hahaha...

salam kenal~ =))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...