June 24, 2010

.Jangan berjanji kalau tak boleh ditepati!.

Korang pernah berjanji tak? Berjanji apa apa je. Berjanji dengan kekasih ke. Berjanji dengan kawan ke. Berjanji dengan mak ayah ke. Berjanji dengan adik beradik ke? Aku berani bajet la semua orang pernah berjanji. Aku pun pernah berjanji dan dijanji.


Selalunya, kalau aku nak berjanji, aku akan berjanji benda yang aku rasa aku mampu buat dan tunaikan. Aku takkan berani berjanji membabi buta kalau aku taw benda tu aku tak bole buat. Sebab semua orang taw kot, kalau dah berjanji wajib di tepati ok. Janji bukan sebarang janji. Kalau dah berjanji kena la tepati. Agak agak kalau tak bole nak berjanji cakap je yang kau tak berani nak janji apa apa. Kang kalau berjanji, macam bagi harapan kat orang tu pulak. Kang dia kecewa pula kalau kau tak tepati janji kau tu.


Lecturer aku selalu pesan kat budak budak lelaki kelas aku. Dia pesan cam ni


'Boys, nanti kalau dah ada kekasih ke ada wife ke jangan berani nak berjanji bukan bukan kat kekasih or wife tu. Ladies ni akan sentiasa ingat janji janji yang boy tu penah buat especially janji dari kekasih atau husband dia. Bila sekali kamu dah berjanji, ladies ni tuntut janji kamu sampai mati. Ingat tu boys!'


Haa, lebih kurang macam ni la yang lecturer aku pesan kat budak budak lelaki kelas aku. Aku mengaku yang perempuan ni memang jenis ingat janji janji yang lelaki penah buat kat dia. Janji masa berkawan, janji masa bercinta, janji masa berkahwin, semuanya dah save dalam memori seorang perempuan. Perempuan memang mempunyai daya ingatan yang tinggi berbanding lelaki. Ini memang fakta ye. Hehehe.


Ala, bukan perempuan je jenis ingat janji. Lelaki pun jenis ingat janji taw. Ada yang siap tulis dalam diari lagi. Jangan memain u. Even lelaki ni bukannya jenis yang kuat daya ingatan tapi diorang bole je tulis kat dalam diari apa yang orang penah berjanji kat dia. Betul tak betul tak? Ngeee.~~~:D


Senang cite macam ni la, jangan senang nak berjanji dengan seseorang ok. Tak kira la kawan ke, kekasih ke, mak ayah ke, adik beradik ke atau sesapa jela. Sebab sekali kau berjanji, orang itu ingat sampai mati. Tak pasal pasal nanti orang tu jadi hantu tuntut janji kau tu. Susah nanti. Jangan main main dengan janji!


p/s: Aku tak suka nak berjanji dan aku tak suka dijanji. Sebab kalau janji tak tepati aku jadi sedih, geram, kecewa. Kang aku jadi emo, bertukar menjadi makhluk hijau. Arrggghhh!! Hahaha.

10 comments:

Unknown said...

betul..better jgn byk berjanji sbb bukan setakat di dunia,di akhirat pun dituntut janji 2..baik jgn cari pasal..

niesz said...

niesz pling benci bile org yg xreti nk tepati jnji nie..sakit jiwa nie..mmg da bnyk kali sgt kene da..smpai da rs xcaye ngn sape2 yg bjnji nie..huhu..

farysa said...

tp lelaki selalu sgt jnji mcm2 kn?

Jimmy said...

adey.. cam kenal je kisah ni.. hmm..

Iena Arshad said...

nabilah abd rahman..

yeap.betul2.orang selalu janji bukan2.padahal,janji ni bukannya benda main2.sampai akhirat dituntut.

Iena Arshad said...

niesz..

yeap.betul2.iena pun x suka orang yg berjanji mcm2 pastu x tepati.mcm hampeh je!

Iena Arshad said...

farysa..

yeap2.kebanyakan lelaki selalu jnji mcm2.tp pumpuan pun ada juga.

Iena Arshad said...

jimmy..

kisah ape ea?;)

kata kila said...

ish, kila tak suka pegang pada janji.grrr

Call me, Eyka said...

err.. saya suka janji cara mcm tu .... lalala~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...