August 30, 2010

.Memang dasar pemalas!.

Hai semua!


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa :)


Korang, dalam diri korang semua mesti ada penyakit M yang sangat bahaya kan? Taw tak penyakit M tu apa? Penyakit MALAS la bai! Mesti ada punya penyakit M tu. Aku pun ada gak. Selalu je ada. Hihihihi. Tapi aku ada benda nak story pasal penyakit M yang sangat tak bole blah.


Time bulan bulan puasa cenggini, mama aku selalu je masak. Tak penah lagi la beli lauk kat luar. Then satu hari tu, mama aku masak la ketam masak lemak cili api. Memang marbeles la! Mama, abah dengan aku semua makan ketam tu, kecuali bayi abang aku tu. Mama pun tanya la


Mama: Ali, nape tak amik ketam tu? Tak makan ke?

Bayi: Makan. Tapi MALAS nak kopek tu yang tak makan.


Kalau kisah ketam bole di maafkan lagi sebab ketam kan memang susah nak kopek. Memang perlukan kesabaran yang tinggi la kalau nak mengopek ni.


Dah lama sikit cenggitu, mama masak pula udang sambal. Udang tu besar sikit, kulit luar dia mama aku tak kopek habis, kiranya ada kulit lagi. Kena kupas sendiri la. Tengah tengah makan tu, semua amik udang kecuali bayi juga yang tak amik. Aku dah pelik, abang aku ni nak kata alergic udang tak de la plak. Udang feveret dia kot. Pastu tak amik udang. Aku dah macam dapat tangkap je maksud tersirat dia. Mama aku pun tanya dia lagi.


Mama; Haa, nape tak makan udang tu?

Bayi: Alergic la mak.
Mama: Aik, alergic apa pulak? Sebelum ni makan udang sambal tumis petai laju je (selalu makan udang kecik yang dah siap di kupas ye)
Aku: Eleh, bayi tu bukan alergic tapi MALAS nak kopek udang tu. Dasar pemalas!
Mama: Laa, nak makan pun MALAS, sanggup tak makan udang sebab MALAS nak makan? Ish. berhenti jadi orang la ali. Jadi beruang pulak.


Haa, kan dah kena sedas! MALAS sangat nak kopek kulit udang sampai sanggup tak makan. Tak pasal pasal mama dah suruh jadi beruang. Kekeke. Padan muka abang aku! :p


Aku tak paham betul kalau orang yang MALAS bab bab makan nih. Aku MALAS bab bab lain macam nak study ke, buat keje ke, tu kira normal la. Ni kalau bab MALAS nak makan, memang susah la. Kalau aku tanya kawan kawan aku, 'asal kau tak nak makan?'. Mesti akan ada jawapan 'aku MALAS la nak makan'. Bukan suruh masak ke apa. Suruh makan je. Cis! Kalau nak makan pun MALAS tak yah hidup la wei. Makan tu satu kenikmatan taw wei.

.Kan aku dah cakap Makan itu satu kenikmatan. Bila korang makan cuba korang feel makanan tu konon konon macam tak de hari esok. Mesti layan ah~~


Korang pula macam mana? Nak makan pun MALAS juga ke? Ke korang MALAS bila buat keje?


Okay babai!

25 comments:

Aida Effarina said...

sy suka makan. even konon2 dah worried takut berat naik, tp nanti gatal jugak nak gi dapo carik makanan. haha. =p

dylli said...

mak aihh..
malas gitu pun ada. :P

cik lya said...

hahaha..kalau ketam tu akak pon mls nak kopek..tapi mang kureng sket makan ketm ni..tapi kalau udang tuh mang akak elegik..bukan alasan malas nak kopek tau huu

ozzy said...

salam..
Tu lah dia hakikat..org mcm ni kalau cakap malas tau pulak marah hehe..

misyamissyou said...

haha..same la macam adik2 ku..sanggup xmakan ketam n udang sbb malas nak kopek kulit..rugikk!

hamzah ian said...

ketam!!!!

lame gua tak makan ketam!!!!

Zezebel said...

Makan juga boleh jadi satu penyakit kan kalau berlebihan. hehehehe....
Salam kenal dan selamat berkenalan.

kata kila said...

psstt dik.lebih kurang kakak je ni.tak nak makan rambutan sbb malas kopek.bile mak daj kopek kan, baru makan.grrr

fitria said...

hehe.. ape ubat penyakit M ni erk? kdg2 tu mls gak nk makan.. nk suap nasik kat mulut sndri pon mls.. tu lastly dapat gastrik.. padan muke kan.. ehhehe...

Manja (let it be my sweet name) said...

betul2 kite kena menikmati makanan rugi2 kalu beli x makan ngan sepuas nyer hehe

Munira Muhiyddin said...

moon pun malas nak kopek ketam . sambil tu meminta simpati org utk kopekkan :))

hamzah ian said...

sedapnya makann tu.. argh..

Trah Wann said...

memang malas :)

hanya rajin bila dapat upahh . ngehnge *mata duitan .

hehe takdelah . ikut mood jugak , kalau tga mlas time tu mmg malas habis , tp bila mood rajin , mmg rajin habis . huhu .

.miss d'ieyna. said...

Aida Effarina..

hahaha. sama l kita.

.miss d'ieyna. said...

dylli..

hehe. ada ada. abg iena la tu.

.miss d'ieyna. said...

cik lya..

oo. akak alergic dgn udang ea.

.miss d'ieyna. said...

ozzy..

haha. taw x pe. :)

.miss d'ieyna. said...

hamzah ian..

pegi la makan.

.miss d'ieyna. said...

zazabel..

hehe. kena control mkn la yang. salam kenal juga.

.miss d'ieyna. said...

kata kila..

haha. akak klu buah adik pun sama. mls nak mengopek.

.miss d'ieyna. said...

fitria..

woo. dasyat tu klu kena gastrik. kena jaga kesihatan yang.

.miss d'ieyna. said...

Manja..

hehe. taw x pe.

.miss d'ieyna. said...

Munira.

haha. iena suka kopek ketam.

.miss d'ieyna. said...

hamzah ian..

mmg sedap pun.

.miss d'ieyna. said...

Trah wann..

haha. akak pun klu dpt upah laju je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...