August 1, 2010

.Kenapa lelaki suka low profile? Perempuan suka expose?.

Hai korang!


Sekarang ni aku nak tanya 2 soalan kat korang ni


1. Kenapa lelaki suka low profile? Maksud aku, lelaki tu tak suka kecoh kecoh yang dia ada girlfriend

A. Lelaki tu takut saham dia jatuh. Takut kang awek tak nak kat dia
B. Lelaki malu dengan kawan kawan dia yang dia ada girlfriend sebab nanti kalah betting
C. Lelaki tak suka kisah peribadi dikecoh kecohkan


2. Kenapa perempuan suka exposed? Maksud aku, perempuan suka bgtaw yang dia dah ada boyfriend

A. Perempuan nak share kebahagiaan dia dengan semua orang
B. Perempuan nak boyfriend dia taw yang dia betul betul serius dengan beliau
C. Perempuan nak menghargai boyfriend beliau dengan bgtaw semua yang 'aku cinta kau'


Eh eh kenapa aku tanya soalan macam ni? Haruslah aku tanya sebab aku perasan, bila berfacebook atau berblogging mesti akan ada perempuan perempuan yang tag nama boyfriend kat fb, tulis entry pasal boyfriend kat blog. Ouh, aku perasan itu tapi aku tak kisah malah aku semakin suka nak baca sebab aku suka tengok couple couple yang alololo sweet happily ever after macam sweet couple ini, sweet couple ini, sweet couple ini dan sweet couple ini juga. ;)


Tapi kan wei, ada yang aku tak paham ni. Aku sangat sangat tak paham bila si bf tak de rasa terharu dengan keberanian si gf yang meng-expose-kan kat semua orang yang diorang dah bercinta. Kalau korang perasan la kan kat fb tu, tak de nya si bf nak komen kat status yang si gf ni tambah tambah lagi bila si gf tag nama si bf, hurmmm lagi la tak komen. Haram wei. Tak de pun nak komen komen status gf tu. Kalau gf wish gudnyte, love u bla bla bla apa semua tu lagi la tak de nak reply ke apa. Padahal online juga. Tak pasal pasal wall post tu kena remove T__T Yang tak bole blah kan, bila gf tanya 'nape b tak penah reply komen baby kat fb?' si bf akan menjawab 'ala, kan kita dah sms. Tak payah la nak komen komen kat fb lagi' Hey hey hey, sms dgn fb lain taw. Jangan nak bagi alasan seribu satu macam ar!


Wahai si bf. Kenapa la susah sangat kau nak reply komen gf kau? Bukannya kalau kau reply kau kena sumpah tangan jadi parkinson 44 hari. Tak de nya wei. Tak de sapa nak sumpah. Sekali sekala reply la komen gf kau kat fb tu. Bila kau reply, aku konfirm ar yg gf kau akan bahagia, senyum melebar sampai telinga. Percaya la bai, aku berani konfirm. Sekali sekala expose la sket yang kau dah ada gf. Tak kan nak suruh gf kau je exposed. Kau pun expose la sama. Tunjuk yang kau pun betul betul cinta dan sayangkan dia. Tak de sapa nak marah kau kalau kau expose dan mengaku kau cintakan gf kau. Gf kau pasti akan rasa di hargai taw.


Kalau nak hubungan cinta kekal lama mestilah kena bertolak ansur kan. Lelaki jangan terlalu ego dan perempuan kenalah memahami ;)


Okeylah babai!

p/s: Entry ni pandangan aku je. Aku taw tak semua lelaki macam tu. Tapi kebanyakannya memang macam tu. Hahaha! Dan ini bukan entry emo yang berkait dengan private blog tu taw.

44 comments:

ozzy said...

ohh ..mcm tu ke..x tau pulak pasal zaman saya dulu x kenal FB pun..tenet pun x tau

touya said...

aku lelaki ..jadi aku terus teranglah .. kalau aku nampak lelaki yang asyik tag awek dia , atau tulis entry pasal awek dia memang aku rasa geli ... siyes . Tapi kalau awek wat camtu takder rasa geli .. rasa jeles ada .

Sama case macam nie

aku tak kisah bila tengok perempuan dengan perempuan pegang tangan gi jejalan tapi rasa geli kalau tengok laki dengan lelaki berpegang tangan .

PiNk ButTeRfLy said...

love this entry!!!!!!!!

echah mashuri said...

hik..terasa~~~

Ery Farieha said...

hahahaha terasa
xD


tapi kan, sekarang si bf yang expose lebeh
pelik pulak

ahaha

Aida Effarina said...

i think sbb lelaki ni kan lebih relax drpd girl. benda2 yg remeh bg lelaki tu kadang2 jadi benda yg sgt penting bg girl. kan kan? :D

Prince Halilintar said...

soalan 1. saya jawab c. soalan 2. a

eryn nazri said...

kbykkan macam tuu. eryn mengaku, eryn mmg suke expose. bf plak mcm soalan 1(b). mule2 sakit haty gak cuz rase mcm bertepuk sebelah tangan, tapi bile da nk tglkn dia, baru dia takut n terhegeh-hegeh balik dkt kita, hahaha :)

SarahSyahira said...

sy suka ini post! totally agree. hai iena! :-P

Saya Adalah 'Cik Putput' said...

setuju 100%..
:)

enyheartsdiamond said...

tehee.. me? sweet couple? thx sebab iktiraf hubungan i mcm tu.. tehee!

tp isu dalaman, hanya eny sahaja yang tahu..

semalam, eny baru buat sesi heart to heart dengan mr khong ;)

enyheartsdiamond said...

nice entry btw.. i shud share it on fb :D

Ariff Shah said...

setuju!
kadang2 ada yang dah couple pun xnak ngaku in a relationship

Syida Shukor said...

i likeeeeeee this ! first time datang sini from eny's fb ! :D

intanurulfateha said...

btw, sumpah sis rse entry neh pasal sis
waaaaaaaaaaaaaaa T_______________T

Rara said...

hihi sedih kot kalau dapat bf macam tu kan? tak pernah pula rasa macam tu -________-

Anonymous said...

saya tahu...sebab bf tu memang takut saham jatuh...huh! hanya bf yg betul2 fall in love jer akan bg tahu satu dunia relationship diorg..so kalau x bg tahu tu faham2 la kenapa hubungan tu takkan lama...hmmm

eykameow said...

eh iena! jawapan i dua dua 'A'.

btw,i setuju dengan entry u.

terima kasih kerana mengulas dengan begitu jujur sekali.

HAHAHAHA. i nak suruh boy baca lahh. thnks iena!!!

I.Hazwani said...

1. Jawapannya sbb lelaki tak suka kecoh. Laki ni kdg2 berfikir panjaaang. maybe dea rasa tu hanye cinta monyet. so tak perlu nak kecoh sbb nanti putos jgk

2. sbb pompuan tu rase dea akn kekal dgn laki tu. thats why dea nak btaw sume org

cume pendapat wani je laa =D
miss you kakak!

chikova said...

oh God,
sangatlah betul entry anda kaliini,
sangatlah suke dgn kupasannye,
bagus2!!

BUDAK NAKAI said...

best ohh entry nie..mau copy eh:)

.miss d'ieyna. said...

ozzy..

ha'a.zmn skrg mmg selalu jd cm ni.

.miss d'ieyna. said...

touya..

ala.sekali sekala bole je nak tag nama gf sendiri.x de sapa nak halang pun.

.miss d'ieyna. said...

pink..

i love it too.:)

.miss d'ieyna. said...

echah..

haha.nape terasa lak?

.miss d'ieyna. said...

ery..

kalau bf expose lebey tu ok la.selalu gf je expose bday.

.miss d'ieyna. said...

aida..

yeap2.betul tu.

.miss d'ieyna. said...

prince..

thanks! :)

.miss d'ieyna. said...

eryn..

kan kan?lelaki suka wat x taw.bila kita nak tinggal baru tergedik2 cari.

.miss d'ieyna. said...

sarah syahira..

thanks dear.hi sarah! :)

.miss d'ieyna. said...

saya adalah cik putput

:)

.miss d'ieyna. said...

eny..

u dgn khong mmg sweet couple :)
thanks darla! :)

.miss d'ieyna. said...

ariff shah..

kan kan?ramai yg x ngaku.

.miss d'ieyna. said...

syida shukor.

hehe.thanks.:)

.miss d'ieyna. said...

intanurulfateha..

eh eh sis.x la.ni umum je.

.miss d'ieyna. said...

rara..

mmg sdey pun t__t

.miss d'ieyna. said...

Anonymous..

yeap.taw x pe.huhu.

.miss d'ieyna. said...

eykameow..

haha.x dela yang.i share apa yg i penah rasa.

.miss d'ieyna. said...

i.hazwani..

hehe.thanks adik syg bg pendapat.

miss u too! :)

.miss d'ieyna. said...

chikova..

thanks dear.:)

.miss d'ieyna. said...

budak nakai.

hehe.silakan.:)

AMALIN SHAHIDA said...

betowll betowll. lelaki macam taknak ngaku kekadang da ada gf. dan alasan yg plg tak bleyh blah kan, dye ckp taknak campur urusan peribadi dgn dunia dia yg baru. cehhh.

Mochammad said...

Bahasa apaan sih ini

Mochammad said...

Bahasa apaan sih ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...